Monday, September 17, 2007

Kempen mencari Nurin dipergiat

KUALA LUMPUR: Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) mempergiatkan kempen mencari Nurin Jazlin Jazimin, 8, ke peringkat negeri dengan mengedarkan poster kanak-kanak itu ke 142 cawangannya di seluruh negara.

Jurucakap GPMS cawangan Wangsa Maju, Muhammad Azruddin Alias, berkata pengedaran poster itu dilakukan secara berperingkat-peringkat sejak persatuan itu melancarkan kempen mencari Nurin, Jumaat lalu.

“Setakat ini GPMS sudah mengedarkan 20,000 keping poster Nurin ke Pahang.

"Mulai minggu depan edaran akan dibuat ke Perak, Pulau Pinang dan negeri-negeri lain,” katanya.

- Harian Metro

3 comments:

  1. Semakin lama semakin tak selamat negeri kita. Undang undang yang lebih ketat diperlukan. Biarkan orang kata kerajaan kuku besi, asalkan anak-anak kita tidak mati dibunuh oleh manusia binatang.
    http://www.azmi.buildvertical.com

    ReplyDelete
  2. nurinjazlin

    tiada lagi senyummu
    tiada lagi seraut wajahmu
    tiada lagi aksi manjamu
    berderai airmata ini
    hancur hati ini
    nurin
    bersemadilah dikau
    wahai puteri
    tenanglah dikau disana
    tidurlah dengan lena
    hanya tinggal kenang kenangan
    terpahat dalam ingatan
    mengingatimu seiring dengan tangisan
    -alfatihah-

    ReplyDelete
  3. dari saat nurin hilang sehinggalah sekujur tubuhnya ditemui
    tak henti henti mendoakan agar itu bukan dia' tapi.... telah tersurat
    ummi dan semua sahabat ummi, tersedu, bergenang genang airmata'
    semoga manusia bertopengkan binatang itu dapat ditangkap, seorang yang tidak berhati perut,, alangkan haiwan pun menyayangi anaknya.

    ReplyDelete