Tanpa kita sedari, sudah genap setahun Arwah Nurin diculik. Petang Selasa 20 Ogos 2007 adalah kali terakhir ibubapanya melihat Nurin dalam keadaan hidup. 27 hari kemudian, mayatnya yang terkujur layu kesan penderaan telah dijumpainya dan setelah disahkan identiti mayat itu, akhirnya jenazahnya sempurna disemadikan.
Peristiwa yang menyayat hati ini pasti sudah sukar dilupakan. Bagi mengenang arwah Nurin, satu majlis tahlil sempena perginya Arwah Nurin selama setahun telah diadakan malam tadi.
Majlis yang hampir secara keseluruhannya dipenuhi oleh jiran-jiran setempat mengingatkan mereka betapa pentingnya memastikan keselamatan anak-anak mereka agar sentiasa terjamin kerana penjenayah tidak memilih mangsa. Yang pasti, anak siapapun boleh menjadi mangsa penjenayah gila ini.
Masyarakat mengetahui yang sehingga setakat ini, penjenayah itu masih belum dikenalpasti dan oleh itu ia mungkin sahaja berada dimana-mana, mencari mangsa barunya. Oleh itu, berwaspadalah. Jangan sekali-kali kita memikirkan yang malang tidak akan terjadi kepada kita kerana anggapan yang ianya hanya akan berlaku kepada ibubapa bermasalah sahaja, satu andaian yang mendorong Jazimin untuk mengambil tindakan saman terhadap pihak polis dan kerajaan Malaysia yang telah cuba memberikan sebab-sebab terjadinya tragedi Nurin di peringkat awal dan tidak pernah diperbetulkan sehingga hari ini.
Berbalik kepada majlis tahlil itu, para hadiran yang hampir mencecah 300 orang itu telah disajikan dengan jamuan tajaan Ali Maju Restoran, sebuah syarikat yang telah sentiasa menyokong ibubapa Nurin dalam mengharungi keperitan kehilangan anak mereka sejak dari awal lagi.
Semoga roh arwah Nurin sentiasa terpelihara. Amin.
Jasni AJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
alfatihah...
salam, sy masih berdoa agar pembunuh2 gila di beri petunjuk Allah swt dengan apa cara sekalipun.kalau mrk berkeluarga,isteri,anak atau saudara mara mrk yg beri maklumat,kalau mrk rakyat asing,majikkan atau rakan sekerja yg akan pecahkan lubang...segalanya mungkin jika Allah swt menghendakinya begitu.
BUT DONT GIVE UP & DONT STOP PRAYING...!!
p/s mana rakan2 lain..?sy hrp w/p mrk tdk meninggalkan komen tapi masih prihatin & sentiasa menyokong usaha ini.Ianya boleh terjadi sekali @ beberapa kali lagi
& kpd sesiapa jua,doakan agar pembunuh2 ini lenyap dr mukabumi Allah ini!
Terima kasih Unicorn, semoga di bulan Ramadan yang menjelang tiba ini dapat membuka hati sipenjenayah itu bertaubat dan menyerah diri kepada pihak berkuasa demi keselamatan anak-anak comel yang lain.
benar, sy berharap bulan ramadhan ini kita menggandakan solat hajat dan segala solat sunat2 lain...juga jika nurin di bunuh dlm bulan ramadhan saya sgt berhrp dlm bulan barkah ini juga penjenayah2 zalim ini di beri petunjuk dan hukuman Allah swt!!!
selamat berpuasa!
Post a Comment