Friday, June 27, 2008
Doa dipanjatkan, Syukur dizahirkan
Sejak kebelakangan ini, adalah menjadi satu kemustahilan bagi saya mencedok keratan-keratan berita perihal samada Nurin, Sharlinie atau Asmawi untuk diterbitkan semula dalam laman blog ini.
Setiap hari meneliti akhbar, setiap hari jua saya dapati yang tiada langsung sebarang berita mengenai Sharlinie ataupun Asmawi. Berita perihal Nurin tentulah jauh sekali kerana ianya sudahpun dianggap sebagai satu peristiwa yang telahpun berlalu.
Tapi Sharlinie dan Asmawi masih tidak ditemui, dimanakah mereka? Ayah Sharlinie khabarnya sudahpun sampai di Tanah Jawa dalam usaha pencariannya, sejauh mana lagi beliau pergi pergi?
Malang sekali nasib ibu dan ayah Sharlinie, tercari-cari kesana kemari. Pasti sudahlah kehidupan mereka terganggu, terganggu yang amat sangat. Begitu jugalah nasib yang ditanggung oleh ibu Asmawi, menanti dan terus menanti entah sampai bila.
Mengenangkan nasib ibu dan ayah Sharlinie serta Asmawi, terdetik di hati saya yang nasib ibu dan ayah Nurin adalah berganda lebih baik dari mereka. Ya, Nurin telah diperlakukan dengan zalim sampai menemui ajal, tapi sekurang-kurangnya, jasadnya dikembalikan (dalam beg sukan) bagi membolehkan ibu dan ayahnya menyempurnakan jenazahnya dan tentu sekali menamatkan pencarian yang amat memeritkan, bukan sahaja ibu dan ayahnya malah sanak saudara samada yang dekat ataupun yang jauh, jiran-jiran, rakan-rakan serta perbagai pihak yang berusaha mencari Nurin dikala tempoh kehilangannya.
Yang pasti, Nurin sudahpun "selamat", tidak lagi menderita dari kezaliman.
Atas hakikat inilah keluarga Nurin sentiasa bersyukur walaupun pada asalnya peristiwa itu merupakan satu musibah.
Bagi menzahirkan kesyukuran ini, keluarga Nurin kerap sekali mengumpulkan sanak-saudara serta rakan dan jiran terdekat bersama-sama mensedekahkan yassin bagi arwah atau setidak-tidaknya bersama-sama berdoa selamat.
Majlis terakhir adalah pada hujung minggu lalu, dan saya seperti kebiasaan turut ada bersama dengan keluarga.
Jasni AJ
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam,
doa ttp ku panjat agar penjenayah2terhdp kanak2 di tangkap!!! demi keselamtan anak2ku nanti serta generasi mrk!
sayu bila mengenang nasib linie dan mawi yg tidak dihiraukan lagi.... kini tinggal hanya keluarga yg akan terus mencarimu dan mendoakan mu! inilah pentingnya institusi keluarga..! masyarakat mungkin melupakannya w/p bersimpati tp selama mana yg boleh saja.
kisah sibapa john serra di new haven, conneticut ,amerika yg berusaha selama lebih 3 dekad mencari pembunuh anaknya penney serra sgt menyayat hati. Tiap-tiap tahun john serra meletakkan iklan bergambar diakhbar sempena “ulangtahun” kematian ngeri anak kesayangannya agar penney serra sentiasa diingati masyarakat dan pihak berkuasa sehingga pembunuhnya ditangkap.
Team penyiasat polis silih berganti dan dia terpaksa mengendong dokumen2 serta keratan2 akhbar jika berjumpa pegawai2 /team penyiasat sampailah Tuhan memperkenankan usahanya setelah 3 dekad.
w/p pembunuh berjaya ditangkap,john serra tidak sempat melihat pembunuh dihukum kerana meninggal dunia tetapi diteruskan oleh adik mangsa. Akhirnya pembunuh itu di tangkap dan dihukum.
heran juga jika dilihat kebanyakkan profile perogol/pembunuh kanak2 ini biasanya sudah berkahwin dan mempunyai anak2 sendiri...
pihak berkuasa WAJAR mempercepatkan pelaksanaan DATA PENGKALAN DNA dan BLOOD TYPE untuk bekas penjenayah2. DATA FINGERPRINTS juga perlu bagai warga asing yg melambak kat m'sia la ni. mrk ni penyumbang separuh kpd kadar jenayah disini!
JIKA pihak berkuasa dan kerajaan TOTALLY COMMITED tentang seriusnya jenayah kepada kanak2 dll tentunya peruntukkan untuk usul ini sudah lulus (dengarnya sudah dicadangkan beberapa tahun lalu).Tak guna sekadar retorik saja.
alfatihah untuk anak2 yg manjadi mangsa dan keluarga mangsa teruskan usahamu dan terusan berdoa. Yakinlah Allah akan makbulkan satu hari nanti!!
masyarakat sudah lupa kes kanak2 hilang ni....di harap masyarakat juga tak akan lupa kan pengajaran atas apa yg telah berlaku....
Nurin will be a deep scar in Malaysian history. The pain has subside but the ugly mark is still there.
Post a Comment