KUALA LUMPUR Polis menafikan kadar jenayah di daerah Brickfields di sini meningkat, sebaliknya ia turun tujuh peratus dalam tempoh lima bulan pertama ini berbanding tahun sebelumnya.Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Supritendan Azri Abdul Rahman berkata, pihaknya memang tidak menafikan jenayah masih berlaku di sekitar daerah terbabit namun dakwaan bahawa ia meningkat adalah tidak benar.
"Statistik menunjukkan penurunan, justeru, saya menafikan laporan yang mengatakan ia meningkat," katanya yang mengulas laporan bahawa indeks jenayah di Brickfields mencatatkan peningkatan.
Azri berkata demikian kepada pemberita selepas menerima replika kunci kereta baru pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini semalam.
IPD Brickfields menerima 14 kereta Proton Waja 1.6 CPS bagi kegunaan para pegawai penyiasat.
Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan kehilangan Muhamad Asmawi Jalaludin, 11, Azri berkata, polis masih gagal memecah kebuntuan kes tersebut meskipun sudah lebih tiga bulan kehilangannya.
Menurut beliau, kalau sebelum ini ada dua maklumat yang tidak membuahkan hasil, kini maklumat yang diterima polis adalah sifar.
"Selagi maklumat kami peroleh walaupun petunjuknya tidak kuat, kami tetap akan melakukan sesuatu. Tapi keadaan semasa tidak mengizinkan, kehilangannya terus menjadi misteri," jelasnya.
Muhamad Asmawi atau Awie dilaporkan hilang ketika pulang dari sebuah taman permainan berdekatan rumahnya di Lot 127, Jalan Permai Tujuh, Lembah Pantai di sini, 9 Mac lalu.
Kanak-kanak itu dikatakan dalam perjalanan pulang bersama rakannya dari taman itu berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi.
Misteri kehilangannya sehingga hari ini telah memasuki hari ke-111.
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Salaam,
Dalam kesibukan masyarakat Msia dengan kemelut politik yang seolah-olah ingin mengabaikan isu-isu yang lebih penting bagi small people like us, saya singgah sebentar di sini untuk menitipkan tanda ingatan saya pada arwah nurin, dan doa saya buat keluarganya.
semoga hari-hari berikut lebih mudah untuk ditempuhi, amin.
I am so sick of the political issues in Malaysia. It's all he said, she said. We should focus on IMPORTANT issues, like protecting our children. Clearly, we are not doing enough. My thoughts and prayers are with Nurin, Asmawi, Nini and their families. Keep blogging Encik Jasni, even if the papers have nothing to report.
Lagi kisah budak hilang selain Sharlinie dan Asmawi.
http://dukeamienerev.blogspot.com/2008/07/missing-girl-helena-gadis-hilang.html
Post a Comment