Thursday, September 18, 2008

Hiba Aidilfitri tanpa Nurin
















JAZIMIN dan keluarga menziarahi pusara Nurin di Gombak semalam.

KUALA LUMPUR - Luka di hati keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin (gambar kecil) masih belum sembuh sungguhpun telah genap setahun kanak-kanak malang yang berumur sembilan tahun itu dibunuh secara kejam oleh manusia yang tidak berhati perut.

Bagi Jazimin Abdul Jalil, 34, dan isterinya Norazian Bistaman, 36, luka di hati mereka masih berdarah dan kenangan terhadap anak kedua mereka itu terus segar terutama dalam menjalani ibadah puasa dan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ini merupakan kali kedua mereka menyambut hari raya tanpa kehadiran seorang insan dalam keluarga yang bergelar 'Kak Ngah' di kalangan empat adik beradik itu.

Sungguhpun pahit untuk ditelan, namun bagi Jazimin, isteri serta tiga lagi anak mereka, terpaksa merelakan pemergian Nurin dan redha dengan ketentuan Ilahi.

Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi, seakan-akan mengingatkan kembali gelagat Nurin semasa berpuasa dan ketika membuat persiapan menyambut hari raya, kata Jazimin ketika ditemui di rumahnya di PPR Ayer Panas, Setapak di sini semalam.

"Kalau diikutkan hati memang kami tak sanggup untuk beraya dengan ketiadaan Nurin tetapi kami ada anak-anak lain yang masih memerlukan perhatian... takkan kami nak terus mengikut perasaan hingga mengabaikan mereka," katanya sambil merujuk kepada tiga anak mereka iaitu Nurin Jazira, 10, Nurin Jazlina, 7, dan Nurin Jazlisa, 2."

Isterinya pula berkata hanya baju raya tahun lepas kepunyaan puteri keduanya itu yang masih disimpan dan ianya menjadi pengubat kerinduan buat mereka sekeluarga.

"Sebelum arwah hilang, kami ada buatkan dua pasang baju kurung untuk dia.

Salah satu adalah kain pilihannya sendiri. Beria-ia sangat dia nak pakai... Tapi tak sangka pula dia tak sempat bergaya dengan baju kurungnya itu.

"Biarlah baju ini disimpan. Tak nak beri pada kak long (anaknya yang sulung) walaupun dia boleh pakai. Biarlah mereka pakai baju mereka sendiri," katanya. - Bernama (Published by Kosmo Online)

6 comments:

Iceblender said...

Hari ini di dalam akhbar Sinar Harian, ada melaporkan tentang murid tahun 5 nyaris diculik. Apa yang membimbangkan saya adalah persamaan yang cukup ketara dengan kes arwah Nurin iaitu dua lelaki dengan van putih. Saya harap pihak berkuasa tidak memandang ringan perkara ini dan melakukan penyiasatan secara menyeluruh.

Anonymous said...

Harap byk bersabar kepada keluarga En Jazimin...semoga pembunuh adik Nurin dapat ditangkap sebelum Aidilfitri tahun ini...

Polis ni kan...nak kata benggong, nanti kena masuk ISA pulak...tak kata benggong, rasa cam tak kena plaks...geram btul aku...janji tinggal janji...kata lepas PRU nak cari...hampeh je...tak bleh pakai

Jasni AJ said...

Terima kasih iceblender, berita penuh Sinar Harian yang sdr. highlightkan telahpun saya postkan dalam halaman utama.

Sama-samalah kita beringat, penjenayah rakus itu masih berleluasa, sayangilah anak anda, jangan sama sekali terleka.

Cukup sudahlah dengan Nurin, Sharlinie dan Asmawie. Jangan biarkan anak kita menjadi mangsa seterusnya.

Jasni AJ

Zulkifli said...

Selamat berpuasa dan hari raya pada Jasni Sekeluarga...

harap harap polis ambil "port" yang amat sangat tentang apa yang dilaporkan oleh Sinar Harapan....

selain dari isu isu politik yang tidak ada kesudahan dan makin meloyakan ....isu keselamatan kanak-kanak ini sepatutnya di utamakan....

aruza08 said...

Betul ke ada lelaki tersebut seperti yang telah dilakarkan wajahnya atau hanya nak bagi sedap hati rakyat Malaysia je. Pembunuh sebenar masih lagi mencari-cari mangsa baru. Setahun lepas pihak polis telah memberi jaminan akan tertangkapnya penjenayah sebenar melalui ujian DNA pada 3 helai rambut yang melekat pada beg nurin. Tetapi sampai sekarang mana hasilnya? Adakah kerana Nurin hanyalah anak orang-orang biasa sahaja dan kes ini harus dilupakan mengikut peredaran masa.

solehah said...

huhu..kesian..

cantik nurin nie~