KUALA LUMPUR 22 Mac - Keluarga Muhamad Asmawi Jalaludin melahirkan kebimbangan terhadap kehilangan kanak-kanak berusia 11 tahun itu yang kini masuk hari ke-14.
Ibu kanak-kanak itu, Rozita Abu Hassan, 50, berkata, sudah dua hari dia tidak menjamu makanan kerana tiada selera disebabkan terlalu merindui Muhamad Asmawi.
"Saya sangat risau. Saya selalu duduk diam dan sendirian mengingatkan anak saya, banyak kemungkinan bermain di fikiran saya.
"Adakah dia kini kesejukan? Adakah dia diberi makan? Semakin difikirkan semakin saya takut dengan keselamatannya kerana dia selalu sakit perut," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pantai Dalam di sini hari ini.
Muhamad Asmawi atau Awie dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang dari taman permainan berdekatan Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi di sini pada petang 9 Mac lalu.
Menurut Rozita, dia dan suaminya sentiasa membuat rondaan di sekitar kawasan perumahan pada sebelah pagi dan kemudian mencari Muhamad Asmawi pada waktu malam.
Katanya, beberapa hari lalu keluarga Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, 8, telah datang melawat mereka sekeluarga dan memberi bantuan dari segi kewangan untuk meringankan beban keluarganya.
"Ibu Allahyarham Nurin nasihatkan saya supaya sabar dan tidak rputus asa cari Muhamad Asmawi. Mereka turut sama-sama membantu edar poster kepada orang ramai," katanya.
Pada 20 Ogos 2007, Nurin Jazlin hilang selepas keluar seorang diri untuk ke pasar malam tidak jauh dari rumahnya di Wangsa Maju di sini.
Mayatnya kemudian ditemui di dalam sebuah beg pakaian yang ditinggalkan di hadapan premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada 17 September tahun lalu.
Rozita meminta orang ramai berdoa untuk keselamatan Muhamad Asmawi dan membantu dalam mencari kanak-kanak lelaki itu.
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Isn't there a clearer photo of young Asmawi available?
download from nurinalert.org
2-3 hari lepas kalau ada yg terbaca pasal budak lelaki bogel (7 thn) dijumpai kalau tak silap kat KL sentral .! macammana bolej jadi begitu? pihak berkuasa ada investigate ke kut ada link lagi pada kes2 yg belum selesai sekarang?
w/p ada ckp budak tu hyperactive ke,nakal ke,degil ke,itu tak relevan kalau dah berlaku kejadian begitu!have to be seriously looked into because they are all children.
nape lah asal kes culik kanak2,rogol ke ,bunuh ke,banyak yg tak selesai.
sy mahu tengok juga pihak polis pergi serbu rumah atau rumah tinggal ke dan jumpa kanak2 diculik bukannya jumpa mayat tepi jalan atau 'penculik' telefon hantar balik budak macam kes yin.
tuan2 & puan2,
Memang patut keluarga mawi tu risau... malah kita semua lebih 20 juta ni kena jugak risau... Bukan masalah budah tu nakal ke tak... masalahnya.. ada jugak org kita yg suka ambik anak org (budak kecik) dan buat benda yg tak betul..
Jgn terkejut nanti kalau tertangkap.. semua baru teringat n terkata "eh penjenayah ni dulu tinggal kat sebelah rumah" atau "eh penjenayah ni macam yg bawak bas sekolah tempat kita" dan lain lain..
Pada saya, wang ganjaran sepatutnya dinaikkan ke RM2juta.. mungkin ada yg tak setuju.. tapi bagi saya.. ia melambangkan betapa seriusnya masalah/jenayah ini.. Pihak berkuasa pulak, tak galakkan ganjaran tunai.. tapi mereka pun takde perkembangan positif..
Perlu ingat yg hilang tu anak MANUSIA.. bukan tv, komputer, handphone dll... Manusia ni (terutama kanak kanak) kena makan cukup, minum cukup, tidur cukup dll...
Saya setuju dgn pandangan bapa Nurin yg cakap polis kurang ambil berat... kalau harap org awam sahaja bagi maklumat.. tak payahla kita ada polis...
Polis tu pihak berkuasa yg ada mandat.. tapi strategi tak betul .. camna nak selesaikan kes ini...
Mana itu pihak yg menang PRU12... anda semua berhutang dgn rakyat... Anda MESTI selesaikan kes ini...
Hari ni 25 mac hari polis ke 201. Slogan mesra cepat betul dah ditukar agar pasukan polis lebih tegas, adil dan berhemah.
Saya yakin, bahawa salah satu perkara yang membawa kepada kemerosotan BN dalam PRU 12 adalah kegagalan polis hingga ke hari ini untuk mengesan penjenayah yang terlibat dalam ke Nurin, Sharlinie dan lain2.
Manifesto Selamat Aman Makmur (SAM) yang dicanang BN gagal menarik perhatian rakyat, sementelahan rakyat hidup dalam keadaan rasa yang tidak selamat, tidak aman dan tidak makmur. Perkara ini amat perlu diberi perhatian. Maka rakyat tersebut telah menyatakan keputusan muktamad mereka melalui pilihanraya.
Oleh itu amat diharapkan pada hari polis 201 ini, pasukan ini akan kembali gemilang, punya semangat baru dengan slogan yang baru.
Selamat Hari Polis
sy rasa ada hikmah disebalik kemorosotan BN pd PRU12 ni. setuju dgn pendita alam kegagalan k'jaan & polis dlm menyelesaikan jenayah plg keji spt kes nurin,presheena dll menyemarak amarah m'kat yg prihatin pd kanak2! kwsan sy tggl ada kain rentang yg marahkan k'jaan dan polis sebab jenayah culik,rogol,bunuh kanak2 tak selesai pd PRU 12 hari tu.keluarga sy pun penyokong BN tapi semakin goyah sejak term Pak lah ni ,sebab utama banyak isu yang 'panas' dan PM kurang tegas.
itu baru rakyat marah, kalau Allah marah,kes2 yg di kategorikan kecil oleh pihak2 berkuasa /k'jaan begini khuatir akan dijatuhkan musibah besar lagi,dulu 'tsunami politik' ,takut nanti tsunami lain pulak.harap ambil ikhtibar ,k'jaan baru selangor perlu langsaikan janji2 sebelum PRU12!
Post a Comment