KANGAR 10 April - Polis tidak akan berputus asa dalam menyiasat kes kehilangan Sharlinie Mohd. Nashar dan Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin kerana itu tanggungjawab serta amalan kerja pasukan itu.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Ismail Omar berkata, polis masih berusaha menjejaki petunjuk-petunjuk baru bagi menyelesaikan kes-kes tersebut.
''Kita tidak akan menutup begitu sahaja kes-kes ini dan akan mencari jalan (menyiasat).
''Kerjasama semua pihak termasuk media diperlukan bagi memastikan mereka yang bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan itu diheret ke muka pengadilan," katanya di sini hari ini.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas melancarkan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (Suksis) Universiti Malaysia Perlis (UniMap) di Dewan Kapitol UniMap di sini hari ini.
Pada 9 Januari lalu, Sharlinie diculik ketika perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.
Allahyarham Nurin pula hilang ketika keluar seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur sebelum mayatnya dijumpai pada 17 September lalu iaitu selepas 27 hari kehilangannya.
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam.
saya tidak tahu apa kesudahan kes arwah ini. sepertinya pihak yang bertanggungjawab tidak melaksanakan tugas mereka dengan baik.
apa yang saya harapkan, semoga si pesalah itu dihukum dengan kejamnya seperti mana dia menghukum insan2 yang tidak berdosa. karma does exist.
Saya syorkan agar bapa Sharlinie jumpa para ulama, ustaz, orang2 alim solat hajat supaya Sharlinie cepat dijumpai walau dalam keadaan pa sekalipun.. jumpalah Tuan Guru Nik Aziz agar Menteri Besar buat solat hajat ramai2... tentu ramai yg volunteer..nak harap usaha polis tu susahlah nak ckp..kita usaha juga cara kita : mencari, bantuan polis, bantuan orang awam.. tapi kita ikhtiar agar doa dari orang2 alim ni makbul.. insyaAllah..
on body disptacher kat cctv tu dah byk kali di persoalkan ,why the police hasnt intensify locating the HP no used by cilakat kat cctv tu. maybe takde motivation ataupun emosi yg blh push them to that extend.?!
on solat jahat khasnya kaum keluarga mangsa JGN sesekali diABAIkan.
syor PDRM tgk channel CI on 'Manhunt' pasal pemburuan serial rapist/phaedofile. The detective/police team handled the case was so dedicated and sampai ada yg begitu beremosi krn benar2 mahu penjenayah ditangkap krn ianya melibatkan kanak2yg tak berdosa!other than dedication, their technology benar2 mengkagum.
Post a Comment