Wednesday, April 16, 2008

Waspada setiap masa benteng lindungi anak

Oleh Syahadatul Hafizah Abdullah

BERDASARKAN fakta sejak 1984 lalu, banyak peristiwa tragik dan menyayat hati membabitkan pembunuhan kejam, rogol dan penculikan berlaku. Dari 1984 hingga Februari 2006, sebanyak 87 kes rogol dan bunuh dilaporkan. Daripada jumlah itu, hanya 23 kes atau pun 26.4 peratus berjaya diselesaikan dan pesalah dijatuhi hukuman.

Kes seperti itu bagaikan tiada noktah. Misalnya, kita masih meratapi pemergian Nurin Jazlin Jazimin, kehilangan Sharlinie Mohd Nashar yang masih tidak tahu beritanya dan terbaru kes sadis Nurul Amira.

Apa yang berlaku kepada Nurin Jazlin adalah satu peristiwa yang mendapat perhatian seluruh negara. Kesakitan dan penderitaan dialami kanak-kanak berusia 8 tahun ini tidak dapat dibayangkan. Begitu juga dengan trauma yang terpaksa dihadapi ibu bapa, adik beradik dan keluarga arwah Nurin Jazlin. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Pada 18 Mei 1999, Audrey Melissa Bathinathan, 17, dijumpai mati berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur, tempat beliau belajar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa dipukul di kepala, dirogol dan dijerut.

Mayat Noor Suzaily Mukhtar, 24, ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang pada 7 Oktober 2000. Mangsa dirogol dan dibunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan di taman itu. Pada 23 Oktober 2000, Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis town house di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan. Mangsa dipercayai dirogol sebelum dibunuh.

Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan dibunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah pada 14 Februari 2001. Mangsa mati akibat dijerut menggunakan tali. Nurul Hanis Kamil dibunuh dalam semak selepas pulang dari sekolah di Serkam Darat, Merlimau, Melaka pada 3 Julai 2001. Sementara itu, seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol dan diliwat sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong pada 13 Ogos 2001.

Norshakila Ramli Choo, 6, pula dirogol sebelum dibunuh di Taman Tasik Permai Ampang pada 1 April 2002, manakala seorang pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4.00 petang pada 8 Oktober 2002. Mangsa patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stoking dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan.

Pada 6 November 2002, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, kanak-kanak berusia dua tahun diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus.

Hasil bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain lebih 40 kesan luka pada badan. Mangsa juga mengalami pendarahan dalam otak, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.

Noritta Samsudin, 22 dijumpai mati di Kondominium Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada 5 Disember 2003. Mangsa dikatakan dirogol sebelum dibunuh. Pada 13 Jun 2003, Canny Ong Lay Kian dilarikan dari tempat letak kereta Bangsar Shopping Centre di ibu negara. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam longkang di tepi Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Januari 2004.

Pada 17 Januari 2004 seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di pondok pengawal stesen pencawang Tenaga Nasional Berhad Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor. Mayatnya ditemui berbogel tersandar pada dinding tandas pondok pengawal terbabit dalam keadaan mencangkung. Mazny Abdullah dari Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang dibunuh pada 23 November 2004, manakala Siti Syazwani Ahmad Dusuki, 9 tahun dibunuh selepas dirogol di Taman Rhu pada 22 Disember 2004.

Masih ingatkah lagi apa yang berlaku kepada mereka ini? Sudah pasti kita masih ingat kerana kes itu mendapat liputan besar di media tempatan. Apabila kita membaca kisah Nurin Jazlin, misalnya ramai berasa sedih dan hiba, malah ada juga terkejut dan marah.

Sudah tiba masanya sesuatu dilakukan untuk mencegah berulangnya kes seumpama ini. Ketika ramai yang bercakap dan memberi pelbagai cadangan selepas apa yang berlaku pada Nurin Jazlin, ironinya kes seumpama itu terus berlaku. Persoalannya bilakah pandangan dan cadangan membendung kes seperti itu boleh dilaksanakan? Bila pula kita akan mengambil tindakan untuk mengubah keadaan ini? Adakah kita hendak menunggu siapa selepas Nurin Jazlin baru ada kesedaran?

Kita tidak boleh mengharapkan seratus peratus kepada pihak kerajaan, terutama polis untuk menghindar perbuatan kejam seperti itu. Kita, sebagai warga yang prihatin dan beradab harus sama-sama berusaha mengatasi dan mengelak kejadian seperti itu.

Paling tidak, pastikan anak kecil termasuk yang bersekolah agar sentiasa dalam keadaan selamat ketika bermain di luar rumah atau ketika pergi dan pulang dari sekolah. Kita harus berjaga-jaga dan berwaspada sepanjang masa sebelum terkena. Kita mahu terus tinggal di negara tercinta dalam aman dan selamat.

Penulis ialah Ketua Unit Media dan Penyelidikan Hal Ehwal Wanita & Mahasiswa Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM)

- Berita Harian

12 comments:

Unknown said...

salam..

Ni la yg aku dah tak faham... bukan tak setuju dgn tulisan kak long (zpersatuan mahasiswa ni) tapi ni la akibat & kesan sistem pendidikan kita..
Semua (termasuk aku la kot) dah jadi ahli politik, jadi mat jenin.. bila bagi contoh tu kan... semua kes pun masuk.. Sekarang ni aku rasa fokusnya ialah kanak-kanak (bawah 15 tahun).. Yg lain tu kita ketepikan dulu..
Lagi satu kan.. idea tu hebat sambai kita semua tak tau nak buat apa..
Cuba renung balik.. yg hilang tu anak kita. Anak kita tu manusia.. bukan kereta, bukan HP, bukan barang yg boleh beli kat kedai..
Sekarang ni kita dah jadi sebijik macam polis la.. tunggu org lain bagi maklumat.. org lain pun tunggu la org lain lagi nak bagi maklumat.. Hah bagus la tu.. kita semua tunggu la.. Nak cari sendiri .. dah buntu.. bukan buntu sebab takde idea.. Saja buat buntu sebab yg hilang, yg kena rogol tu BUKAN ANAK KITA.. tapi anak org lain kan.. Kita cuma KESIAN.. Jadi tunggu la giliran masing-masing..
Yg kat kelantan tu, yg kena rogol.. kes dianggap selesai sebab yg jadi suspek tu sedara-mara gak.. Yg camtu punya kes polis suka la.. sebab senang.. Tak payah tunggu lama..
Tapi takpe aku pun sama macam korang jugak.. Tunggu je la lps ni sapa plak jadi mangsa..
Yg kita tak tau.. emak/ayah sharlinie tu hari hari pegi cari anak dia.... Yg kita ni.. semua jadi mat jenin..

mononoke said...

looking from the percentage solved in child kidnapping/raped/murdered cases fr 1984-2006 ,only 26.4% jer?!!! sorry to say, kita punya police GAGAL dan tak cekap la..

yg kebanyakkan ditunjuk kejayaan polis dlm TV ialah lebih kpd jenayah komersil...adakah jenayah yg menjurus kpd emosi & perasaan manusia sejagat tdk berapa dimabil serius?

PDRM tgk lah 'first 48' dlm channel CI astro,b/mana dect.team cuba selesai kes jenayah berat in 48 jam sebab kalau tak selesai jugak ianya menjadi lebih susah dan kes jenayah berat pasti akan bertambah(kat US,every minute ada crime!),dgn staf yg terhad tapi THEY LOVE their job,passionate and very commited.

for now, JAGA lah anak2 dgn baik krn once yr child bn kidnapped,chances nak jumpa balik maybe 26.4% to NONE! cause police kita tak cekap dlm kes2 cam ni....

Adline Writes said...
This comment has been removed by the author.
Iceblender said...

The bottom line is, our society itself is on the verge of self implosion. We seem to be getting more and more a distance to god. What we are lacking now are good values, harmonic symbiosis, and common sense. We are living in a world that seems to be a little bit to hedonistic. For me changes for the better could only be initiated at home. At times of adversities, there is no harm to look for god for guidance.

Iceblender said...

It has been quite a while now ever since the last time we heard of any real development regarding on the tragic lost of little Nurin (god rests her soul). The only clue that we have on the case seems to the blurry images of a dispatch carrying his job that is the placement of the body containing sports bag. A lot have been done to improve the quality of the visual. Even to the extent of acquiring the service of the FBI. But unfortunately, it did not gave any clearer image of the culprit nor the plate number of the motorcycle. How ever there are many aspects in the video that we could took into account. The man in the cctv recording gave away his posture, his left-handedness (judging on the way he answered the phone and carried the bag) and his style of walking (we can clearly see how he paces himself). Right on his shoulders, i could state that it was a morning glory towel that we commonly use to wipe off perspirations. It could suggest his profession. He could be working in a wet market where morning glory towels are used for many purposes. Instead of posting the composite of the alleged killer every where, we should air the video clip more often so that some one could recognize the dispatch base on his traits. Friends and family tend to know some one this way. Then there was the phone conversation lasting for about a minute. It had been made public that the telco keeps the log of phone calls that patches through a telecommunication tower(the Altantuya's murder trial). Base on the video clip, the duration of the call is well established. There could be hundreds of phone calls made around the area at that time but this little piece of information could narrowed it down to a few. There is no harm to investigate these phone numbers as it could as well be as similar as the house to house search. I hope my piece of mind could be take into consideration.

mononoke said...

"There could be hundreds of phone calls made around the area at that time but this little piece of information could narrowed it down to a few"

there has been thousand of such suggestion before but no +ve feed back from the police.

nurin, presheena and others died from tortured & tragic death AND only GOd knows what happened to sharlinie,asmawi etc .

i can accept if children died from normal circumstances but a big NO to tortured,abused,neglects,rapes,murders!

To the victims families and related authorities ,pls do more,for us,for the children..!

media pun dah senyap je..hmmm until new kidnapping pulak agaknyer

ShawnSharif said...

any chance of looking for little Sharlinie in the abandoned buildings? I mean kalo I lalu di stesen Star Plaza Rakyat, I noticed a lot of perkakas untuk masak, bantal, baju bersidai underneath the Star tracks, which is part of the abandoned building. It's right behind Puduraya. People are living there... manalah tahu... kot-kot la...

Munira Mustaffa said...

yg kebanyakkan ditunjuk kejayaan polis dlm TV ialah lebih kpd jenayah komersil...adakah jenayah yg menjurus kpd emosi & perasaan manusia sejagat tdk berapa dimabil serius?

Komentar Mononoke menarik. Kejayaan dalam menyelesaikan jenayah seperti rompakan (volume crime, B&E dll), kecurian dsbgnya didapati lebih tinggi jika dibandingkan dengan jenayah seksual (kalau tak silap, atau mungkin saya yang salah sebab tiada data untuk dirujuk). Ini mungkin disebabkan bahawa jenayah seksual sangat jauh berbeza daripada jenayah "biasa" dan memerlukan kajian yang lebih mendalam dan rapi... the best way to catch a sexual predator/rapist/molester is by understanding where he's coming from and his motivations.

Compare with the crime busters in US/UK, they have it all - the experts, the psychologists, the studies, the data, etc that equipped them very well in tracking down these sex criminals/abductors. Some of their cities have their own sexual crime units (e.g: Toronto, San Diego, Winnipeg etc) - and when I say sex crime units, it doesn't mean the squad consists of only women to deal with the victims (because majority of the victims are often female), but officers that have the experience and expertise in dealing with and investigating sex crimes and their perps. Hence the high success rate compared to us. I don't think we are mundur, but at the same time maybe not enough effort to push for this kind specialty. Mungkin.

wakawaka said...

jgn salahkn polis.. aku rasa mmg tk adil kalu salahkn polis lebih2 lagi siasatan tu lembab.. kalau nk tau betapa susahnya jadi polis, sarankan anak/adik/pakcik/makcik join dlm pasukan polis...
sebab tulah diluar negara ramai org upah penyiasat persendirian.. igt altantunya?, dia pn main upah personal investigator...

kalau nk salahkn undang2, pikir balik semula, kite pakai undang2 saper?...cube lihat dekat makkah sana, sana kes bunuh mcm lagu rayer, setahun hanya sekali, tiap2 hari jumaat lpas solat boleh tengok hukuman pancung kepala smpai kepala tu putus tergolek secara live...manusia ni bile tgk depan mata, baru rasa gerun nk buat salah.. itula antara kelebihan undang2 dari Allah kalu ianya ditegakkn, polis sana pun tkdela byk keje cm dimalaysia..

simpati, aku mmg simpati dgn semua keluarga yg hilang anaknya, aku harap hukum hudud tu ditegakkan di malaysia nnti.. siapa yg skeptikal bolehla gi uat umrah n tgk keadaan kt sana... cume jgnla salahkn org tu , org ni.. lebih baik kita usaha hidupkn nurin alert yg masih samar2 statusnya... nurin alert perlu dibuat secara nationwide..

mononoke said...

"jgn salahkn polis.. aku rasa mmg tk adil kalu salahkn polis lebih2 lagi siasatan tu lembab.."

quite confused with jsmith's word as aboved.no blaming here but facts.
it's like 'jgn salahkan mak bapak jika anak2 menjadi liar lebih2 lagi jika mak bapak tu sibuk kerja...!'

the point is how commited &responsible are you in carry out duties given.and i think,officers yg 'beremosi' lebih sikit patut di serahkan kes2 begini.

makkah is a blessed land.tak adil jika dibandingkan dgn malaysia ni.apapun,murder case kat makkah mmg low tapi taklah sampai macam setahun sekali. try baca arab news.com.

Takziah diucapkan pd kaum keluarga arwah zaiton,seorang ibu tunggal yg dibunuh kejam baru2 ni ditgg DAN Tahniah kerna membuat satu 'team penyiasatan sendiri' sehingga dpt menjejak suspek sehingga ke chalet di cherating dan seterusnya menyerahkan suspek kpd polis!

dengarnya mrk tidak puas hati dgn invstgn.progress setelah membuat report polis ttg kehilangan mangsa w/p khabarnya setelah memberi clue ttg org terakhir yg dilihat bersama mangsa pun masih tdk dpt diambil tindakan oleh polis.

how's that guys?

Amalina said...

http://sverdades.blogspot.com/.
found the blog in other blog. Just in case belum tahu lg.

Wassalam

fille du ciel said...

saya berharap kes inin tidak akan berlaku lagi....
kenapa manusia begitu kejam?
sedangkan kita sama-sama manusia juga,kanapalah hendak berbuat demikian untuk mendapatkan faedah sendiri itu?samapai mahu menculik ,merogol lalu membunuh orang?!SELFISH betul la!!demin kesyiokan sahaja lalu berbuat demikian!?sebelum berbuat demikian,adakah kamu berfikir tentang tuhan,hukuman yang akan diberikan dan keluarga??jangan la begitu SELFISH!sama-sama manusia~jangan la berbuat demikian~