PUTRAJAYA: Orang ramai perlu terus menyalurkan bantuan dan maklumat kepada keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang sejak Januari lalu bagi membantu usaha mengesan kanak-kanak malang itu yang sudah berlanjutan lebih 100 hari.
Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata bantuan termasuk semangat dan sokongan boleh memberi keyakinan kepada ibu bapa Sharlinie, Mohd Nashar Mat Hussin, 29, dan Suraya Ahmad, 28, untuk terus menjejaki anak mereka.
"Kesedihan yang ditanggung kedua-dua ibu bapa adik Sharlinie sebenarnya turut dirasai semua rakyat Malaysia dan saya mendoakan keluarga mereka supaya terus tabah serta sabar dalam menghadapi dugaan ini.
"Justeru, saya berharap orang ramai akan terus beri maklumat dan semangat supaya mereka tidak putus asa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan cek sumbangan warga Bahagian Pendidikan Guru dan Institut Pendidikan Perguruan (IPG) bernilai RM21,800 kepada Mohd Nashar dan Suraya.
Sharlinie, 5, dilaporkan hilang 9 Januari lalu selepas keluar bermain di taman permainan berdekatan rumahnya, di Taman Medan PJS 2, Petaling Jaya.
Sementara itu, Mohd Nashar, ketika ditemui pemberita, berkata beliau masih berusaha mengesan Sharlinie di sekitar kediaman mereka dengan bantuan jiran dan ahli keluarga.
"Saya tidak akan berhenti dari mencari anak saya kerana yakin anak saya masih selamat...cuma ketika ini tidak tahu di mana dia berada...hanya Tuhan saja yang tahu," katanya.
- Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam pembaca semua,
nampaknya kes ini tak nampak jalan penyelesaian langsung..
Tapi saya paparkan perkembangan semasa sebagai renungan:
1. Kes diAustria dimana seorang perempuan dikurung selama 24tahun menghasilkan 7 anak.. Saya takut ada org Malaysia opun kerja menculik kanak-kanak dan dikurung.. Pastikan jiran/kawasan kita..
2. Kes Sufiah, genius yg jual badan.. Ada pulak menteri/badan yg pergi nak membetulkan si Sufiah ni.. Usaha terpuji tapi hilang fokus
3. Kes lebih kurang sama dalam Metro (sabtu; 3Mei08), pelajar 17 tahun dari terengganu melacurkan diri sepanjang hujung minggu.. Dalam akaun ada RM80ribu.. Takde pulak orang nak pegi tanya/siasat.
Sekian
mrasd, kes 'inces' kat austria tu plg kejam pernah saya baca..! Josef fritzl should be punished severely!
kalau dia mati ,agaknya anak2nya ayg dikurung dicellar tu mati kebulur tanpa org tahu(?). DAN aku tak percaya rosemarie tu tak tahu langsung..! nyanyuk?pekak? ke just blatantly ignorance? nak buat bilik tu mestilah kena drill,bancuh simen,angkat batu-bata,tolak trolley...tak masuk akal tak tahu langsung! dua2 patut dijel!
p/s mana zulkifli,lang,pendita alam etc ,lama tak jengok kat sini?
Post a Comment