Tuesday, May 6, 2008

Keluarga masih tunggu Sharlinie

KUALA LUMPUR 5 Mei - Keluarga Sharlinie Mohd. Nashar, 5, masih tidak berputus asa melakukan pelbagai usaha demi menjejaki kanak-kanak itu yang diculik dalam perjalanan pulang ke rumahnya, kira-kira empat bulan lalu.

Bapa mangsa, Mohd. Nashar Mat Hussein, 29, berkata, harapan keluarganya tidak pernah luntur sebaliknya sentiasa berdoa dan berikhtiar agar anak bongsunya itu kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sama seperti dahulu.

"Kami masih meneruskan solat hajat dan bacaan Yasin pada setiap malam Jumaat di rumah dan masjid untuk mendoakan agar Sharlinie selamat pulang.

"Sharliena dan Amirah pula masih murung kerana memikirkan tentang adik mereka itu terutama apabila pulang dari sekolah apabila rakan-rakan lain turut bertanyakan soal Sharlinie," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Hari ini masuk hari ke-118 kehilangan Sharlinie yang diculik ketika dalam perjalanan pulang selepas bermain bersama kakaknya, Sharliena di padang permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Sementara itu, Mohd. Nashar berkata, dia sentiasa berhubung dengan pihak polis bagi mengikuti perkembangan siasatan kes penculikan Sharlinie.

Menurutnya, dia amat berterima kasih dengan bantuan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang banyak mengorbankan masa serta tenaga bagi merancakkan usaha mencari anak bongsunya itu.

"Sudah sebulan lebih kami tidak menggunakan khidmat pihak luar seperti bomoh untuk membantu mengesan Sharlinie tetapi kami masih berhubung dengan polis," katanya.

- Utusan Malaysia

2 comments:

unicorn said...

ya, sememangnya begitulah..solat hajat& yassin JGN sesekali dilupa untuk sharlinie,asmawi malah yg plg tragik nurin sekalipun. To the victims family, PLS DONT GIVE UP even for 100 years,pass it on to the grandchildren,great grandchildren so on this legacy..kerana kita tidak mahu org2 zalim berada dlm masyarakt kita. stop abusing children because they'd grow up & becoming one.

sy rasa sedih bila kawan anak saya yg berusia 8 thn meninggal baru2 ni tetapi sedih yg berlainan krn matinya ditatang penuh kasih sayang sepanjang telantar di hospital,memikirkan ttg b/mana kanak2 spt nurin pergi,meyebakkan dada.

kalau dulu,dlm 2.30 ptg akan kelihatan 2 beradik lalu depan rumah gelak2,berlari2 untuk ke sekolah KAFA,sekarng hanya kakaknya sahaja berseorang berjalan tanpa gelak ketawa lagi..

alfatihah untuk anak2 kecil yg telah pergi..kamu semua ahli syurga.jika mahu melihat ahli syurga,tgklah kanak2 sekelilingmu..

Unknown said...

Merekalah ahli syurga.Tapi tak terbayang di fikiran kita bagaimana terseksanya mereka.. allah maha mengetahui