Sunday, May 4, 2008

Masyarakat prihatin mampu atasi penculikan



KES penculikan di negara ini seolah-olah tidak ada penghujungnya. Keadaan ini seakan-akan bertali arus tanpa ada yang cuba menghalang daripada terus berlaku. Golongan kecil seperti kanak-kanak bawah umur adalah mangsa paling diminati untuk diculik dan dilarikan. Kes adik Nurin Jazlin, adik Sharlinie dan yang terbaru adik Asmawi diculik tanpa ada sesiapa yang menyedari kehilangan si kecil ini. Di manakah mereka sekarang?

Terbaru kes seorang eksekutif, Woo Yeen Yeen, 24, yang diculik sejurus keluar dari pintu pagar rumah tanpa sesiapa menyedarinya. Walaupun hanya diculik tidak melebihi masa 24 jam, tetapi hanya mangsa merasai trauma penculikan.

Apabila diimbas kembali, kes yang berlaku terhadap Allahyarham adik Nurin Jazlin sangat menyayat hati dan menggemparkan seluruh negara. Kekejaman yang dilakukan terhadap si kecil ini seolah-olah si pemangsa sememangnya menyimpan dendam teramat sangat.

Siapakah manusia yang berhati kejam itu? Tiada sesiapa mampu menjawab segala persoalan itu. Kini, bukan seorang, malah dua orang si kecil yang masih tidak mengerti erti kehidupan menjadi mangsa.

Ia adalah kes yang disebarkan, tetapi adakah kita menyedari masih banyak kes seperti ini berlaku di luar sana yang tidak dilaporkan. Keadaan ini dilihat seperti kejadian biasa tetapi adakah kita memahami perasaan ahli keluarga mangsa.

Kehilangan seseorang yang dilahirkan, dijaga, ditatang bagai minyak yang penuh, yang sentiasa dalam perhatian tetapi tiba-tiba lenyap daripada pandangan. Adakah kita berasa dan mengerti perasaan terbuku di hati keluarga mereka?

Sememangnya semua ini tidak dirancang dan kita tidak mengetahui apa yang akan terjadi kelak. Tetapi dengan cara berhati-hati dan tidak alpa mampu memberi satu sinar baru kepada kita semua sebagai insan yang inginkan kebebasan tanpa sebarang ancaman.

Kesedaran untuk memberi bantuan dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat kita dan ia menjadi satu perkara amat penting dalam membanteras kes penculikan ini, di samping kita sebagai masyarakat yang bersatu hati demi keamanan negara tercinta.

NADIA AZIMAH,
Muadzam Shah,
Pahang Darul Makmur.

7 comments:

Anak Perelih said...

Hari ini di kuala perlis, terjadi suatu kes dimana seorang warga Burma yang cuba/telah merogol kanak kanak berumur 10 tahun di rumah telah dibelasah oleh orang ramai sehingga mati. Polis telah menahan 10 orang atas kesalahan membunuh tanpa niat....

mengenai orang Burma di Kedah dan Perlis, mereka ini adalah warga Burma yang dibawa masuk oleh Kerajaan Kedah semasa zaman Sanusi Jonid menjadi menteri besar dan terus memasuki negara ini. Mereka diberikan kewarganegaraan/IC biru oleh kerajaan Malaysia dan dilayan sebagai anak emas kerajaan... untuk mengetahui lebih lanjut tentang warga burma ini, sila lawati anakperelihblog.blogspot.com

unicorn said...

case macam tu boleh dilihat dr dua segi but i dont want to touch on politic punya side.

belasah sampai mati tu adalah 'street justice' tapi adalah lebih baik diserah pd pihak berkuasa krn jika terdpt unsur2 lain spt sindiket atau fidofail bersiri maka ianya terhenti disitu tanpa dirungkai.Dan itu membuktikan kita manusia bertamaddun juga.

satu lagi jika ada yg di'frame' tanpa bukti kukuh tapi dah dibelasah sampai mati maka itu penganiayaan pula dan org yg sepatutnya dihukum, lepas.

bulan feb lalu,di hypermarket KB, seorang lelaki dibelasah juga setelah ditangkap oleh orgramai krn katanya cuba menculik kanak2 3 tahun . bila saya tanya adik lelaki saya,kenapa tak panggil polis,dia jwb ,entahlah kalau kat kelantan,'street justice' dah biasa. kdg2 polis ada pun, dia org biar je suspek dibelasah org ramai. apa yg tak kena dlm sistem kita tak tahu lah aku.

sy takut jika suspek dibelasah mati, kut2 tak bersalah sebab di'frame',kes dosa besar dan jika suspek didalangi sindiket,ada lagi kanak2 di sembunyikan dimana2 tanpa terungkai,bagaimana nasib mrk pula?

mana satu yg betul

'Guilty until proven innocence' or 'innocence until proven guilty'

Anonymous said...

Unicorn,

Apa yang diujarkan itu adalah bernas. "Street justice" ataupun "vigilantism" tidak patut digalakkan. Walau marah sebagaimanapun orang ramai terhadap penjenayah seksual dan berniat untuk mecari keadilan, sebaik-baiknya biarlah pihak berkuasa yang mengendalikan pihak disyaki. Ada sebabnya undang-undang diwujudkan - masyarakat yang bertamadun dan bertauliah tidak bergantung kepada "street justice". Walaubagaimanapun, kita harus menghukum seseorang itu berdasarkan bukti yang kukuh dan undang-undang yang adil dan saksama. Kita harus menitikberatkan keputusan yang wajar di atas bukti yang ada.

Saya bukan seorang yang idealistic, tetapi saya lebih suka memilih jalan yang rasional dan objektif dan tidak terlampau bergantung kepada emosi yang tidak wajar.

Jasni AJ said...

Sdr Anak Perelih,

Dengarq cerita kat Buletin Utama sat tadi,yang depa pukui sampai mati itu silap oghang!

Naya arwah Burma tu.

Betui kata Unicorn dan Munira, kalau maghah sekali pun, kita tak bulih ambik tindakan ikut dan saja. Negheri kita ada undang-undang, seghah kat pulislah kes-kes lagu ni.

Jasni AJ

unicorn said...

Ya Allah, aku pun dpt tahu akhirnya tang salah org lepah tgk buletin utama tadi.

bila nafsu lebh dr akal ,tulah jadinya..sekarng sapa nak jawab, bini dah jadi balu,anak2 dah jadi yatim...ntah2 ada lagi tanggungan kat kampung!

benludin said...

lama tak ziarah blog ni....nurin always in my heart...

NUR SYAZWINA/NORDIN said...

kasihan adik nurin jazlin...Mari kita sedekah Allahyarham AL-FATIHAH...