Saturday, May 3, 2008

Penguatkuasaan Akta Kanak-kanak 2001

Akhir bulan lalu pihak polis mengumumkan bahawa mereka akan menguatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 terhadap mana-mana ibu bapa yang didapati cuai hingga menyebabkan anak-anak mereka hilang atau diculik.

Mengikut peruntukan dalam akta itu, ibu bapa yang melakukan perbuatan aniaya, abai, cuai, buang atau mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal, mental dan emosi boleh didakwa di mahkamah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberitahu, jika sabit kesalahan, mereka yang terlibat boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau menyifatkan tindakan itu wajar ekoran kes penculikan dan kehilangan kanak-kanak didapati semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Berikutan dengan pengumuman itu, beberapa respons masyarakat telah disuarakan dan yang terkini adalah sepucuk surat dari seorang pembaca Utusan Malaysia yang disiarkan pada 30 April. Berikut disiarkan kembali surat itu:-

POLIS seperti mahu lepas tangan apabila mereka mengumumkan pelaksanaan Akta Kanak-Kanak 2001.

Semua beban mengenai keselamatan kanak-kanak hendak diserahkan kepada masyarakat secara total.

Kejadian seperti yang berlaku kepada Sharlinie merupakan kejadian yang langsung tidak dikehendaki oleh ibu bapa mereka. Tiada ibu bapa yang waras mahu membenarkan anak mereka diculik dan diperlakukan dengan sewenangnya oleh penjenayah.

Pihak polis memberikan alasan kadar kes penculikan yang semakin tinggi sebagai faktor untuk mereka melaksanakan akta ini.

Apakah dengan menghukum ibu bapa maka peratusan ini akan berkurangan sedangkan masih ramai penjenayah di luar sana yang sudah cukup bersedia dengan pelbagai taktik untuk melakukan kegiatan mereka?

Penjenayah mampu melakukan kegiatan apabila mereka melihat peluang yang ada dan menjangkakan bahawa kegiatan yang mereka lakukan itu tidak membawa banyak masalah kepada mereka.

Apabila kita berbicara tentang kejadian jenayah, kita tidak mampu lari daripada membincangkan tentang kelonggaran sistem keselamatan kawasan persekitaran yang turut disumbangkan oleh kelemahan pihak polis dalam menjalankan tugas.

Kes-kes penculikan yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis juga menjadi faktor kepada penjenayah untuk melakukan perkara yang sama berulang kali. Penjenayah beranggapan bahawa taktik mereka sudah berjaya dan kegiatan mereka seperti sukar dijejak oleh pihak polis.

Selain itu, pelaksanaan akta ini turut memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kawasan kejiranan di Malaysia sudah lagi tidak selamat untuk kanak-kanak membesar.

Seperti yang berlaku pada Sharlinie, dia diculik di lokasi yang jaraknya 200 meter dari tempat kediamannya. Adakah sekarang anak-anak kita sudah berada di zon bahaya apabila keluar 200 meter dari kawasan rumah? Apakah punca kawasan kejiranan sudah tidak lagi selamat?

Kawasan kejiranan yang selamat selalunya dapat diwujudkan dengan kehadiran pihak berkuasa secara kerap ataupun pihak berkuasa mampu respons dengan cepat kepada segala aduan yang disampaikan penduduk.

Pihak polis seharusnya memastikan bahawa penjenayah mempunyai ruang yang minimum untuk mereka bergerak sejurus mereka melakukan aktiviti jenayah.

Sekiranya kita merujuk kepada Akta Kanak-Kanak 2001 yang membolehkan ibu bapa dihukum maksimum RM20,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali, pelbagai masalah tambahan akan timbul.

Sekiranya ibu atau bapa sudah dipenjara atau dikenakan denda maka keluarga tersebut akan ditimpa dengan bebanan yang baru. Bagaimana pula nasib ahli keluarga yang masih perlu ditanggung?

Langkah polis menempatkan balai polis di kawasan kejiranan sememangnya satu langkah bijak namun melaksanakan Akta Kanak-Kanak 2001 yang menjurus kepada menghukum ibu bapa dan bukan kepada penjenayah yang melakukannya adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

AZMI AHMAD

Kuala Lumpur.


Apa pula kata anda?

6 comments:

Anonymous said...

En. Jasni,

Prepare yourself for a very long comment. I'm sorry, but I find the Children's Act 2001 is a load of farce - in fact, in my own personal point of view, it's a very ignorant legislation that shouts lack of thorough and fair research. While I agree that there are many parents that are outwardly irresponsible (take the latest case of child abandonment), but when it comes to child abduction - it is an absolutely different matter altogether. To fine and imprison the parents of an abductee is akin to giving them the finger and spitting them in their faces in the midst of an unwanted tragedy. A child abductee is like a rape victim - think about it, how many of these rape victims wanted to be raped in the first place? Ignorant, uneducated and uninformed ppl would say, "Oh the victim asked for it because of the way they dressed", but please. Let's wake up to reality, shall we? In the past years, how many have the rape victims turned out to be decently-dressed respectful young women? And not to mention that some of them were even old ladies. It's the same thing with abducted children. Do these parents want their children to be abducted? No. Of course not. I'm not giving any excuses for parents to be uncaring and irresponsible and allow their children wander about on their own. But society and the authorities - especially the authorities - it is not fair for them to slam a label on the parents of abductees and blame them for the crime. Because the crime that took place was the fault and action of the person that commited it, him and him alone. And that goes the same for all the rapists, molesters... their actions belong to them and only them. Not the victim. NEVER the victim. The public, the authorities - it is not their place to be judgmental in the face of an atrocity such as rape and abduction. The authorities, the lawmakers... their first duty should always be about serving the public. But this act that allows parents to be punished by the law - it's beyond absurd.

I am an angry citizen, but I will continue to put my words out in a rational manner. No bashing anybody, because I refuse to lower myself to that level. In the wake of tragedies such as Nurin Jazlin, Canny Ong, among many others - what have the authorities done for the nation? For the public that they have supposedly sworn to serve? Why are we taking the shortcut to things by simplifying the issue through blaming a choice scapegoat? Where is the research? Where are the studies? Where is the data? Do these people even understand why these sex perps do what they do? No. Because nobody seems to be interested to invest in studies that would help improve the matter. It's so much easier to blame the parents and imprison them, isn't it? If that is the solution, what will happen to the rest of the children? Do they become the state's ward? Did they even think about the implications of this act?

I propose that an awareness of crime victims' plight should be raised. Society needs to understand why victims of crime and their family deserve support, empathy and understanding. Because this habit of pinning the blame on the injured party simply shouts ignorance. Authorities, law-makers - their job foremost is to protect their citizens, not to crucify them. We have AIDS Awareness and Breast Cancer Awareness. I think it's time for us to have Crime Victims Awareness as well.

US and UK - both are countries with very high crime rates, but they have positive support system towards their crime victims, especially sex crimes. Parents don't get slapped into the confinements of a jail when their children went missing or get abducted. Unless if they are involved in the abduction conspiracy, now that is a different story. Their media is relentless and unforgiving towards sex offenders. Why can't Malaysia follow suit? Why must we take the shortcut to everything? Why must we have preferences for short-term solutions? Are we that lazy?

I agree with Azmi Ahmad's letter.

"Criminals thrive on the indulgence of society's understanding." - Henri Ducard

Unknown said...

Tuan2 & puan2
Aku tak tau la MP mana yg luluskan akta ni.. Kalau dilaksanakan, ini menunjukkan pihak ahli politik & berkuasa tak ada kredibility lagi di malaysia ni.
Fokus kita nak cari kanak2 hilang,, apa yg pihak berkuasa & ahli politik buat.. takde apa pun,,
Silap silap silap

Jasni AJ said...

Thanks Munira for the very firm and clear position.

I guess the nation needs more citizens like you who could think straight, rational and objective.

Terima kasih untuk Mrasd juga, walaupun kelihatannya tiada banyak yang dibuat bagi mencari cara menangani masalah kanak-kanak hilang ini, namun saya dimaklumkan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Komuniti akan menganjurkan satu bengkel khusus untuk tujuan ini pertengahan bulan ini.

Saya telah dijemput hadir dan insyaAllah akan cuba menggunakan kehadiran di majlis itu untuk mengemaskinikan maklumat serta bertukar-tukar pandangan tentang isu ini sekiranya berkesempatan.

Terima kasih.

Jasni AJ

Anonymous said...

Here, En. Jasni, it seems that America does have a support centre focused on crime victims, since 1981:

Office For Crime Victims

Anonymous said...

Sorry. Another link to an essay about Victim Blame:

Scapegoats and Scapegoating: Never Blame the Victim

And there's also another website that you might be interested in, but it's more related to rape victims, but I guess there's correlation, regardless. It talks about victim blame as well:

Victim Blame

Malaysia hopes to become a developed first world country and get out of its current status as a developing 3rd world country. I just don't see how we can reach that goal since there are so many issues we have not covered, that we choose to ignore.

jai'shu muhammad said...

assalamualaikum..
pendapat saya tentang penguatkuasaan akta kanak2 2001, sama sekali tidak bersetuju!
adakah dengan akta tersebut mampu mengurangkan kes culik atau yg sama waktu dengannya? sekirannya hanya ibubapa shja yang mengambil peranan dan pihak berkuasa hanya tunggu laporan, masalah ini tidak akn selesai. akta kanak2 tersebut jelas sekali hanya menyalahkan pihak ibubapa, bagaimana dengan penjenayah? ibubapa pun banyak tanggungjawab yg perlu dibuat,mereka terpaksa membahagi2kan perhatian mereka terhadap anak2, kerja dan sebagainya, mereka tidak boleh menumpukan 100% perhatian mereka kepada ank2.
jadi, saya harap pihak berkuasa mampu menjalankan tugas mereka dengan lancar dan cekap.kepada pihak atasan harap dipertimbangkan lagi akta tersebut dan cuba mencari jalan keluar yang lebih sistematik."lebih baik mencegah dari merawat"