Oleh Norakmah Mat Youb
GEORGETOWN: Kehilangan Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang dipercayai diculik awal tahun ini menjadi inspirasi sekumpulan pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menghasilkan jam pintar.
Produk yang menggunakan jam tangan digital dan dilengkapi cip pengenalan frekuensi radio (RFID), berfungsi menyedarkan ibu bapa dengan mengeluarkan bunyi jika anak mereka dilarikan atau terpisah dari jarak tertentu.
Ciptaan pelajar tahun akhir jurusan Pengkomputeran Perniagaan UiTM, dipamerkan pada Pertandingan Penyelidikan dan Inovasi Kebangsaan (NRIC) di Universiti Sains Malaysia (USM), yang bermula semalam.
Ketua Projek, Nur Azry Zainudin, berkata ibu bapa yang menggunakan produk itu perlu menampal pelekat RFID pada baju atau kasut anak mereka dan menetapkan jarak dikehendaki.
Jika anak mereka berada melebihi jarak yang ditetapkan, isyarat akan dihantar kepada jam itu untuk memaklumkan bahawa anak mereka sudah berada jauh, sekali gus menyedarkan ibu bapa.
"Jadi, ibu bapa tidak perlu bimbang jika mereka terleka seperti ketika membeli-belah," katanya kepada pemberita selepas perasmian NRIC di USM di sini, semalam.
Pertandingan tiga hari itu, mempamerkan kira-kira 145 hasil penyelidikan pelajar ijazah pertama daripada 19 institusi pengajian tinggi awam dan swasta seluruh negara.
Pertandingan itu juga membuka peluang kepada pelajar menghasilkan lebih banyak penyelidikan ke arah penghasilan produk berkualiti dan bertaraf antarabangsa untuk tujuan pengkomersialan.
Jam pintar itu dihasilkan Nur Azry bersama empat rakannya, Mohd Shafizal Zainal Abidin, Syed Mohd Faizal Syed Kuning, Mohamad Redzmi Mohamad Radzuan dan Izzaldin Misri dengan kos RM102.
Nur Azry berkata, buat masa ini jam pintar itu hanya boleh dilekatkan pada lima barang, seperti dompet, baju, kasut dan dilengkapi kod nombor tertentu untuk jarak berbeza sehingga 15 meter.
"Contohnya, nombor satu untuk dompet dengan jarak 10 sentimeter. Sekiranya dompet terjatuh, secara automatik jam berbunyi dan tertera nombor satu. Terpulang kepada pengguna untuk menentukan kod nombornya," katanya yang bersedia untuk mengkomersilkan produk itu.
- Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
salam dan selamat sejahtera, disini aku terpanggil la nk bagitau pasal jam 'smart watch' tuh actually, menurut sumber yg dipercayai bebudak2 uitm ni bagitau diorang sebenarnya just kuarkan idea dan concept baru, jamnya belum tercipta, ni mungkin disebabkan kesilapan press melaporkan berita tersebut dan bebudak ni pun cakap yg diorang dh call pun press yg kuarkan berita tersebut supaya betulkan kesilapan tersebut tetapi tak tau sampai skang diorang masih jugak belum betulkan lagi kesilapan tuh....lagipun time tuh press datang tempat yg salah, sebenarnya NRIC tu hanyalah sebuah pertandingan yg membabitkan project2 akhir pelajar2 universiti dan bukannya menghasilkan finish product, yg ada di exhibition tu pun semuanya adalah prototype serta idea & concept semata2 (ni nmpak sangat yg wartawan tk wat homework ttg event tuh). Sepanjang berada di sana apa yg dapat dilihat adalah banyak idea baru yg dicetuskan oleh student2 universiti salah satunya 'Smart Watch', aku pun salute gak la kat bebudak tuh, walaupun hanya keluarkan idea dan concept sahaja, at least diorang dh berjaya mencetuskan satu idea untuk mengurangkan peratusan jenayah kanak2 di Malaysia.
wartawan lesen kopi 'o' lah tu. buat ler homework sebelum tulis, haru biru org yg baca,nasib baik tak tempah lagi...!
salam semua,
ini ada lagu untuk adik sharlinie yg ditulis oleh komposer lumpuh seri bayu..
hanya Tuhan yang Tahu
semalam engkau bersenda
Dan semalam tawamu masih kurasakan
Kiniku dilukai bayangmu
hanya Tuhan yg tahu
kemana hilang jejakmu
dimanakah kucari senyummu sayang
tidak terjulang rinduku
hanya Tuhan yg tahu
oh Tuhanku deritaku yang terkalam
berakhirkah satu penantain
ku serahkan laraku padaMU
satukanlah dua jiwa yg terpisah cahayakanlah kasih yg gelita
atas nama keagunganMU
andainya tertulis jua
seandainya airmata tak bersalam
doaku hanya untukmu
hanya tuhan yg tahu
oh Tuhanku deritaku yg terkalam
hidayahkanlah satu kekuatan
kuserahkan laraku pada MU
saya hrp keluarga sharlini, asmawi dll yg hilang tidak AKAN berputus doa & usaha. Siapa lagi yg akan memohon doa tak putus-putus jika bukan kedua ibubapa mangsa? walaupun semakin berkurangan perhatian media & org ramai skrg DAN kemungkinan akan dilupai terus TAPI jgnlah keluarga mangsa berputus asa.Ikhlas saya luahkan ini.
keadilan untuk arwah nurin dll perlu di teruskan dan jgn harapkan polis krn mrk mungkin lupa w/p IGP pernah berkata kes 20 thn pun akan di teruskan. kat malaysia ni, belum ada rasanya kes dibuka sampai 20 thn dan mungkin tidak.
Pengkalan DATA DNA wajar di SEGERAkan dan detektif professional untuk fail 'cold case' perlu diwujudkan jika mahu merealisikan penurunan kadar jenayah kejam terhadap kanak2 terutamanya. jangan CAKAP saja!
media perlu melakukan tanggungjawab sosial dgn SELALU menulis2 ttg JANJI2 pihak berkuasa utk turunkan jenayah kalau tak, bak kata P ramlee, almarhumlah jawabnya.
To all, pls give your support to this blog...! And congrats to JAJ kerana dpt perhatian kementerian sbg penulis blog nurin jazlin.
Pembunuh nurin,presheena,nurul syazwani etc,belum di tangkap! ninie, awie dll belum dijumpai! bayangkanlahjika mrk anak2 manja kesayangan kita!
Post a Comment