Thursday, September 18, 2008

Murid tahun lima nyaris diculik



BANDAR KINRARA - Selepas negara ini digemparkan dengan tiga kes penculikan kanak-kanak di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan yang terbaru di Johor Bahru tahun ini, penduduk di sebuah pangsapuri kos rendah di sini pula gempar apabila seorang kanak-kanak lelaki nyaris diculik 9 September lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.13 malam, murid tahun lima dari sebuah sekolah berdekatan itu dikatakan sedang duduk bersendirian di tembok batu berdekatan pintu lif rumahnya.

Ibu mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian berlaku ketika umat Islam di negara ini sedang menunggu waktu berbuka puasa di rumah masing-masing.

Katanya, anaknya memaklumkan ketika duduk bersendirian di tembok batu itu, dia didatangi dua lelaki Melayu yang memeluk dari belakang dan memikulnya masuk ke dalam sebuah van berwarna putih.

Ujarnya lagi, dengan saiz tubuh badan yang kecil, kedua-dua lelaki itu dengan mudah mendukung anaknya dan menyumbatkannya ke dalam van menggunakan pintu belakang kenderaan itu.

“Dia yang tergamam dengan kejadian itu kemudian meronta-ronta di dalam van meminta dilepaskan tetapi permintaannya tidak diendahkan.

“Namun anak lelaki saya berjaya melepaskan diri apabila salah seorang daripada suspek memperlahankan van dipandunya kira-kira 100 meter dari tempat kejadian ketika melalui kawasan bazar Ramadan.

“Ketika salah seorang suspek memperlahankan kereta, anak saya yang berusia 11 tahun itu kemudian bertindak nekad membuka pintu tepi dan terus terjun keluar daripada van.

- Sinar Harian

15 comments:

Zulkifli said...

Polis????????

cahayabulan said...

pleaseeee......help ,put a STOP to this heinous crime!!! u right zul,police should be more proactive and not giving 1001 excuses like not enough witness,bla,bla..pls STOP this now!

jaj, ada ke cdgn2 di web ini di kemukakan kpd pihak atasan polis..?atau badan NGO lain yg proactive dlm hal2 jenayah culik,dera seksual,bunuh knk2?

Zulkifli said...

betul tu cahaya bulan... kalau di Bandar Kinrara pun dia orang boleh lepas "begitu sahaja" bagaimana ditempat-tempat lain... dah lama sangat dan kejadian-kejadian ini berulang ulang kali berlaku...sebelum nurin, dua orang dicolek dengan modus operandi yang sama...sharlinie tak tau apa dah jadi kat budak tu....harap pihak atasan jangan terlalu tumpukan kepada isu politik semata-mata ...isu keselamatan juga penting...jadikan Malaysia tempat yang selamat untuk didiami terutamanya oleh kanak-kanak...

Iceblender said...

Pada musim perayaan ini, polis boleh melakukan sesuatu yang proaktif dalam mengesan 'van putih' yang digunakan penjenayah dengan mengintegrasikan pencarian di dalam ops sikap. Fokuskan kepada kenderaan-kenderaan yang mencurigakan seperti nombor plat palsu, cermin gelap, van perniagaan dua tingkap dan lain-lain. Semoga perkara ini diletakkan di dalam pemerhatian yang paling tinggi. Ps selamat hari raya kepada semua. :-)

cahayabulan said...

sy ada mencadangkan kpd rakancop untuk memerhati/memberi tumpuan kepada SEMUA yg putih dilmbah klang yg nampak meragukan atau mempunyai ciri2 spt yg diceritakan oleh mangsa2 yg terlepas/terselamat.mungkin mrk kata,tak mungkin buleh perhati semua tapi apa lagi yg nak dibuat /beri alasan..?

sampai bila nak tnggu anak2 kita diculik satu persatu,di dera ,bunuh..? pihak polis perlu NOKTAHkan penculik/pembunuh/fidofail bersiri ini!

cahayabulan said...

maksud saya SEMUA VAN PUTIH DI lembah klang terutamanya perlu di intip yg driver pelik2 gayanya ....


musim raya dah dekat,knk2 mesti rajin berziarah cari duit raya,masa penjenayah ambik peluang makin besar.kena selalu pantau
anak2 dan pihak polis mesti lebih pantas & cekap!

semuga berjaya! dan selamat hari raya dan maaf zahir batin.

Zulkifli said...

idea demi idea di curahkan dalam blog ni sejak Allahyarham Nurin hilang....ada tak yang dipakai...Idea cahayabulan ni pun bagus jugak...

ekonomi kita tak menentu...maka kadar jenayah, kadar perceraian dan perkara-perkara negatif yang lain turut akan bertambah...

Kepada politician....bagilah tumpuan kepada isu ini pula...sejak dari pilihanraya sampai kehari ini asik cerita politik ...dah naik jemu dah....Isu keselamatan amat penting...

aruzah said...

.. pesal kebanyakan polis lebih cenderung kepada menjaga keselamatan ahli-ahli politik dari menjaga keselamatan orang awam, sehinggakan kita sentiasa mengambil sekuriti swasta untuk menjaga keselamatan dikawasan perumahan. Malaysia hanya diwar-warkan sebagai negara selamat & aman oleh media tetapi sebenarnya tidak. Mungkin untuk menutup mata pelancung dan pelabur asing. Rakyat sebenarnya sentiasa berada didalam ketakutan. Sebenarnya Malaysia adalah sebuah negara yang tidak selamat untuk kanak-kanak...

Iceblender said...

Zaman yang serba canggih ini kita sebagai satu masyarakat secara amnya harus bersikap lebih peka dengan keadaan sekeliling kita. Pendekatan menjaga di tepi kain orang kini janganlah lagi dipandang enteng. Kita harus hidup dalam persekitaran yang dinamik dengan setiap individu saling melengkapkan antara satu sama lain. Kita seharusnya tidak menunding jari kepada pihak berkuasa apabila sesuatu musibah berlaku kepada jiran tetangga kita. Kita harus aktif dalam membantu menyelesaikan sesuatu kes jenayah. Jaringan komunikasi kita yang cukup luas sepatutnya sudah cukup untuk kita melaksanakan 'nurin alert'. Sesiapa yang mempunyai fon berkamera seharusnya sentiasa bersedia merakamkan sesuatu jenayah yang sedang dilakukan. Janganlah kita sekadar menjadi penonton sahaja. Bukakan mata dan telinga kita kepada perkara-perkara yang mencurigakan. Anak-anak jiran yang berkeliaran haruslah ditegur atau diberi tunjuk ajar dalam menghadapi situasi cemas. Janganlah setelah terhantuk baru nak terngadah.

Zulkifli said...

rukun tetangga misalnya perlu diwujudkan semula melibatkan penduduk kawasan setempat...

dulu kadar jenayah tak sehebat sekarang ni...sebelum pilihanraya ada gak Datuk Sharizat ambil berat kes kes cam ni....lepas pilihanraya tak ada dah...senyap jer semua...

isu yang ada politik, hari hari politik... ...bila ada budak kena bunuh kena bakar baru keluar berita ..lepas tu senyap balik....

harap pihak berkuasa mengambil langkah proaktif untuk cegah jenayah...

unicorn said...

salam..saya nak balik kampong sok..so yg nak balik kampong beraye jgn dok tergopoh gapah, jgn bawak bila mengantuk, nanti tiang lampu dok ingat lemang buluh lak..nauzubillah.!

sy merasa sayu bila inbat anak2 kita spt arwah nurin, ninie, awie dll yg tidak akan bersama keluarga & kawan2 menyambut raye..

satu cara untuk kita sentiasa merasa bertanggungjawab kpd kanak2 lain selain anak2 kita ialah ..dgn menganggapkan semua macam anak2 kita,semua amanah Allah swt untuk kita lindungi dan jaga sebaiknya.

sy pernah mebayangkan anak2 yg tak bernasib baik itu adalah anak2 saya sendiri...tak boleh tidur malam dibuatnya,menangis ,emosi terganggu....maka sy dpt rasa b/mana peritnya perasaan keluarga mereka yg malang itu!

benar kata iceblender, rakam guna phonecam jika ada kejadian jenayah berlaku..kalau takut nak intervene, rakam dan call 999!!

perbuatan anda tidak sia-sia, malaikat catit kebaikkan anda untuk perangi jenayah!


selamat hari raya !!!

Iceblender said...

Ayuh semua, daripada fakta kes, dua penjenayah terlibat dalam cubaan menculik ini. Mereka pasti akan mencuba lagi kerana pada mereka mereka cukup kebal dan licik. Kita harus berwaspada senantiasa. Perhatikan individu-individu yang mencurigakan dengan penuh prejudis. Seperkara yang penting kita mesti mengawasi anak-anak kecil kita. Jangan sesekali membiarkan mereka berpeleseran sehingga mendedahkan diri mereka kepada bahaya. Harus diingat juga sehingga kini, 'lelaki kucing' juga masih bebas dan mungkin mencari peluang untuk memperdaya kanak-kanak dengan pujuk rayunya. Berwaspadalah dengan individu bermotosikal ini. Namun begitu, janganlah kita leka membiarkan anak-anak kita bermain di punca-punca air, jalan raya bertrafik berat, tempat-tempat tinggi dan lain-lain kerana malang tidak berbau dan kita harus beringat sebelum kena. Sama-samalah kita menjadikan persekitaran kita selamat untuk semua. Semoga pihak berkuasa dapat membenteras anasir-anasir jahat dengan kerjasama dari semua pihak. Kepada pemimpin-pemimpin negara, hentikanlah berdrama dan bersama-sama mengembleng tenaga berkhidmat kepada rakyat terutama sekali pemimpin oposisi yang sudah cukup banyak mengalutkan keadaan.

Zulkifli said...

bukak paper masih cerita politik lagi ...naik muak...cerita pasal masalah sosial, masalah phaedophile etc kat muka belakang jer...kalau ada yang mati kena bakar baru la ada liputan lepas tu senyap...tindakan pro-aktif? tak ada...

Sepatutnya ada la politician yang membincangkan isu ini secara berterusan kerana keselamatan kanak-kanak wanita bahkan semua warganegara patut dibagi keutamaan.....dan perkara ini perlu diperbincangkan secara berterusan....


sampai bila akan berterusan macam ini tak tau la....

Iceblender said...

I just read the news today about a monster who has just escape the gallows.
He was found guilty 4 years ago, but now he only have to face 20 years in prison. In islam the act of adultery of some one who is married is punishible by death by stoning. But this man gets to live in prison with all expenses paid. He even did not get the cane because of his age. Cruel justice to the victim's family, she's dead and our justice system let the guy who raped her live because of some loop holes. Bring back trial by jury coz a judge is one man too short.

Zulkifli said...

mangkuk la the law..lepaskan penjenayah macam ni...kat arab hukuman rogol di bunuh sahaja...tak kira mangsa dibunuh atau tidak..."and justice for all" pui