Sunday, March 23, 2008

Ganjaran RM20,000 rungkai kes Nurin

KUALA LUMPUR: Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Micheal Chong menyatakan kesudiannya untuk membayar wang sagu hati RM20,000 secara tunai kepada sesiapa sahaja termasuk individu misteri yang membawa beg berisi mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, pada 17 September lalu.

Chong yang ditemui semalam berkata, wang ganjaran itu akan dibayar kepada sesiapa sahaja yang mampu menrungkai misteri kehilangan dan pembunuhan Nurin Jazlin walaupun kes terbabit berlalu hampir tujuh bulan lalu.

Menurutnya, dia dan masyarakat masih berharap supaya pembunuh kanak-kanak itu ditemui, namun sehingga kini belum ada petunjuk baru ditemui.

“Oleh itu saya minta sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tampil. Malah jika lelaki yang membawa beg berisi mayat Nurin itu sudi membantu siasatan polis...wang itu adalah miliknya serta-merta.

“Kita tidak pasti sama ada lelaki yang membawa beg terbabit adalah penculik atau pembunuh. Mungkin dia diupah atau sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, dia turut menyelar kenyataan bapa mangsa, Jazimin Abd Jalil, 33, yang beranggapan polis tidak berminat lagi meneruskan siasatan pembunuhan anaknya kerana dia bukan dari golongan kenamaan atau kerabat istana.

Menurutnya, kenyataan Jazimin melalui sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin itu dianggap menyedihkan kerana polis bersama masyarakat dan badan bukan kerajaan (NGO) sentiasa berusaha memastikan penjenayah bertanggungjawab diberkas.

“Malah pihak MCA beberapa kali pernah bermesyuarat dengan pihak polis Daerah Petaling Jaya dan Kuala Lumpur bagi mendapatkan butir perkembangan kes itu.

“Walaupun siasatan polis tidak dilaporkan butiran terperinci setiap hari di media namun saya yakin polis tidak pernah menutup kes itu,” katanya.

Menurutnya, bapa mangsa perlu bersabar dan berdoa kerana masih ramai ibu bapa yang kehilangan anak di luar sana turut mengalami penderitaan sama.

“Malah sehingga kini masih ramai yang gagal menemui anak masing-masing, malah tidak tahu apa kesudahannya,” katanya.

Menurutnya, pihak MCA sebelum ini turut membantu operasi menjejak kanak-kanak itu dengan kerjasama Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

- Harian Metro

2 comments:

Unknown said...

tuan2 & puan2,
Pandangan saya, wang ganjaran sepatutnya dinaikkan ke RM2juta.. mungkin ada yg tak setuju.. tapi bagi saya.. ia melambangkan betapa seriusnya masalah/jenayah ini.. Pihak berkuasa pulak, tak galakkan ganjaran tunai.. tapi mereka pun takde perkembangan positif..
Perlu ingat yg hilang tu anah MANUSIA.. bukan tv, komputer dll... Manusia ni (terutama kanak kanak) kena makan cukup, tidur cukup dll...
Saya setuju dgn pandangan bapa Nurin yg cakap polis tak ambil berat... kalau harap org awam sahaja bagi maklumat.. tak payahla kita ada polis...
Polis tu pihak berkuassa yg ada mandat.. tapi strategi tak betul .. camna nak selesaikan kes ini...
Mana itu pihak yg menang PRU12... anda semua berhutang dgn rakyat... Anda MESTI selesaikan kes ini...

rone said...

Question to ALL Malaysian.

If Asmawi 11 years old boy from a poor family has been kidnaped...what else we can hold?