KUALA LUMPUR: “Terima kasih banyak-banyak. Saya tidak sangka ada syarikat besar yang sudi menghulurkan bantuan,” kata Mohd Nashar Mat Husin, 29, bapa kepada kanak-kanak hilang, Sharlinie,5.
Beliau mendapat sokongan kewangan berbentuk tajaan gaji selama tiga bulan daripada pengendali Pasaraya Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd.
Katanya, dia tahu mengenai penajaan itu sejak seminggu lalu dan amat terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan syarikat berkenaan.
“Saya dalam dilema ketika ini kerana terpaksa memikirkan bagaimana menanggung keluarga kerana sudah masuk tiga bulan tidak bekerja.
“Dengan tajaan gaji ini, sekurang-kurangnya dalam tempoh beberapa bulan akan datang, saya boleh tumpukan perhatian dalam usaha mencari Sharlinie,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohd Nashar bekerja sebagai juruelektrik di Bandar Tasik Permasuri di sini, terpaksa mengambil keputusan berhenti kerja untuk mencari anaknya.
- Harian Metro
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
Syabas buat GCH Retail kerana perihatin dengan penderitaan keluarga Ninie. Harap-harap usaha seperti ini akan diikuti oleh Syarikat Besar yang lain sehingga Nini dijumpai.
Bukan mudah untuk meneruskan kehidupan seperti tidak ada apa yang berlaku bila mana anak yang hilang masih belum ditemui dan masih belum dapat diketahui sama ada hidup atau pun mati.Semoga Encik Nashar akan terus tabah.
Saya hanyalah pembaca tetapi amat terharu dan berterima-kasih keatas pihak pengendali Pasaraya Giant, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd, dalam usaha membantu masalah keluarga terbabit.
Jadi saya akan membantu buat belian di Giant sebagai balasan..
Saya percaya yg kanak-kanak itu masih hidup.. Oleh kerana itu saya harapkan usaha diteruskan..
Saya akan tolong buat pencarian tak rasmi (tanya penduduk di kawasan Melawati/ ulu kelang)
mrasd,
Memang kita semua harapkan Ninie masih hidup dan akan di jumpai segera .Tidak kiralah berapa banyak hari yang dia hilang dan berapa banyak masa yang perlu dikorbankan untuk mencari Ninie, harapan kita tidak pernah malap untuk melihat Ninie kembali ke pangkuan keluarga.Saya percaya memang ada perkara yang kita bimbangkan.Orang kata kita mesti cuba untuk berfikiran positif, TAPI bila kita terlalu berfikiran positif, kita sebenarnya semakin leka.Selagi kita sentiasa beranggapan dia masih hidup dan selamat, selagi itu kita menjadi leka dan desakan untuk mencari semakin menurun. Ninie will give up hoping for us to find her, should we gave up searching for her.Bukankah ini yang diharapkan oleh penculik Ninie supaya kita menjadi leka. Dah tiba masanya kita berfikiran negatif.Begitu juga dengan pihak polis, jangan terlalu mudah membuat kesimpulan bahawa Ninie masih hidup dan selamat.Ninie sebenarnya dalam bahaya dan perlu diselamatkan segera.Kalau pencarian tidak dipertingkatkan, tidak mustahil kita akan kehilangan Ninie selamanya.Malahan, berkemungkinan mayat dia pun kita takkan jumpa.Kalau penculik Ninie adalah juga pembunuh Nurin, takkan mereka akan buat perkara yang sama, exposed themselves to the public by getting caught on cctv. And will the public learn their lessons? No they won't.Selama kehilangan Nini, macam-macam kes yang kita dengar pasal kemalangan dan penculikan yang menimpa kanak2 akibat kelalaian ibu bapa.Semuanya kerana ibu bapa terlalu berfikiran positif.Biar anak di rumah sendirian pun tak pe . Biar anak keluar sendirian pun tak pe.
Kes penculikan kanak-kanak akan berterusan selagi pembunuh Nurin dan penculik Ninie tidak dijumpai.Jelas sekarang ini kita tidak boleh berharap ibu bapa akan lebih menitikberat keselamatan anak-anak selepas apa yang berlaku tetapi kita perlu terus berharap pembunuh Nurin dan penculik Nini akan dapat ditangkap segera supaya anak-anak kita lebih selamat di bumi bertuah ini.
Seorang lagi kanak-kanak dilaporkan hilang, kali ini Muhammad Asmawi Jamaludin, 11 tahun. Asmawi, seorang anak yatim hilang 3 hari lalu ketika sedang bermain dihadapan rumah di Pantai Dalam.
Sumber, Buletin 1.30 TV3 12 Mac 2008
Apa tindakan kita?
hmmm ...masih lagi demam pilihanraya...budak budak hilang pun tak kena ambil peduli...apa nak jadi ni
Adik Asmawi Jalaluddin hilang.
http://mstar.com.my/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_a797f955-c0a85062-c5e23400-ecd32afe
God bless them for such a noble act...
tadi saya terdengar di radio sinar.fm bahawa budak hilang lebih sebulan telah ditemui. disorokkan di bawah katil.
saya cuba cari kesahihan dari berita2 mutakhir secara online, tapi tak ada.
jika berita itu benar, syukur Alhamdulillah, Allah panjangkan umur sharlinie.
I don't know where to start - the many kidnapping attempts after the big tragedy should have given away enough clues and by now we should already have some answers!
I think I only have 2 requests - CCTV in the right spots please (make sure the quality is not cikai ok) and Nurin Alert.
Assalammualaikum & selamat sejahtera..
Macam mana ye klu saya nak joint member untuk nurin alert?
Terima kasih
im speechless, ini gang dah jadi serial kidnapper(s).kalau bukan duit yang dikejar ,maka penculikkan ini adalah penganiayaan semata-mata.
asmawi,11 thn anak yatim pula telah hilang,sy tidak heran dan sy telah jangka.kalau di analisa dr pattern jenayah ini dilakukan,mereka (penjenayah) mmg akan melakukan balik dgn melakukan penculikkan sebenar ( sebelum ini diculik dgn pukau dan dilepas macam kes sblm nurin,ninie dan asmawi).Dan asmawi yg hilang dah seminggu baru didedah dlm paper(mungkin keutamaan berita pd PRU12!)
adakah approach dlm penyiasatan yg digunapakai pihak berkuasa tidak hebatdan teliti? gagal dan gagal lagi!!
dont tell me that we have to quarantine our children from gng for o/door activities?!
jgnlah nanti jenayah serius begini gagal diatasi akan membuat public hilang keyakinan terhadap pihak berwajib(yg b/tggjwb menyelesaikan kes ini)
i'm juz dissappointed & angry
harap harap kerajaan BA di beberapa buah negeri tu buktikanlah untuk jadiakn malaysia ni negara yang selamat...setakat citer jer tak yah la...sekarang dah menang harap di buktikan dengan kadar yang paling segera
salam maulidur rasul,selawat kepada junjungan kita,rasullullah saw..!!!
i can feel it's getting cold...including this blog!
bangunlah, anak2 kita tggu giliran kalau penjenayah2 itu terus gagal di tangkap!
nak citer ckit, balik kg baru2 ini..sy ada berbual dgn ibu sy termasuk kes nurin,ninie dan awie yg terbaru tu. ibu sy cakap dia rasa bukan org kita buat ,rasanya org seberang..yg tak berapa campur org2 kita,kawan2 geng2 dia je.ibu sy ni rajin juga bersolat hajat.
ada kemungkinan sebab kalau cara jenayah yg begini biasa berlaku di tanah seberang. hrpn sy pihak polis tubuh skuad ELIT sebab penculikkan ini dah serius tapi digambarkan tidak berapa serius di media.
selalu ajar anak2 kita doa keluar rumah,ayat kursi dan doa2 pendek kalau dlm bahaya.
budak2 besar pun kalau ditarik secara paksa dan diikat akan rebah jua apatah lagi di pukau ,pukul ke.
harap kita ada ada kesabaran dan kesungguhan dlm kes ini walaupun 'berjuang' dengan mata pena atau butang keyboard!kalau berdiam diri maka pihak berkuasa pun berdiam terus agaknya!
ambil sedikit semangat nabi yunus yg terus berdoa w/p terseksa dlm perut ikan paus atau nabi zakaria yg berpuluh2 tahun menunggu zuriat dgn tak putus2 berdoa dan berusaha pada Allah swt!
Sdr. Arilzura dll,
Keahlian dalam C4NA akan dibuka sebaik sahaja C4NA sah berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Sementara itu, lawat-lawatilah blog ini untuk maklumat terkini.
Terima kasih.
Jasni AJ
Post a Comment