Thursday, March 6, 2008

SEMENJAK NURIN KE SHARLINIE

Semenjak Nurin
sehinggalah ke Sharlinie
adakah kita akan terus
tidak menghiraukan anak jiran
yang berkeliaran
di taman permainan sendirian
ke kedai tanpa teman
di lorong pintas keseorangan
entah siapa teman
sepermainan
tidak menjadi kehairanan
usahkan merasakan sama
bakal kehilangan.

Kembalikan hak jiran
menegur anak kita
kembalikan hak kita
memarahi anak jiran
tali kekeluargaan antara kita
telah lama terungkai
kerana keegoan kita
sehingga memangsakan kita
sendiri?

Kembalilah kita menjaga
tepi kain orang lain
supaya tepi kain kita juga
diperhatikan
jadikanlah kanak-kanak itu
seperti anak kita
seluruh warga negara
tanpa mengira bangsa dan
agama.

HASHIM YAHYA
Sek. 24, Shah Alam.

Dipetik dari Berita Harian Online

4 comments:

Unknown said...

Kalau kita perasan.. makin kurang sumbangan, makin kurang kemas-kini... blog ini..
Betapa kita tak prihatin..
jadi.. sama samalah kita tunggu kes kanak-kanak hilang seterusnya... Kerana makin kurang yg ambil tahu langsung perkara ini.. Kita semua adalah mat jenin.. Dulu berkobar-kobar.. sekarang makin malap...
TETAPI.. ada keluarga yg berduka.. akan nasib anak perempuan mereka berumur LIMA tahun.. Apa makanan, pakaian, kesihatan, dll.. semenjak 2 bulan lepas.. INGAT ini bukan handphone.. kalau hilang boleh beli baru...
INI ANAK KITA sama sama ....

Jasni AJ said...

Maafkan saya mrasd. Bukan tak nak kemas kini, cuma ada hari-harinya tak ada bahan baru langsung. Takkan nak ulang balik ulang balik apa yang telah diperkatakan sebelum ini.

Saya percaya rakan-rakan yang lain pun sama juga seperti saya. Mereka tetap melawat, cuma lidah kelu untuk berkata-kata lagi.

Insyaallah, saya akan terus mengendalikan laman blog ini sebaik mungkin.

Terima kasih.

Jasni AJ

Zulkifli said...

tabik atas semangan kobar kobar mrsad, kita orang sebenarnya dah tak ada idea dah nak bagi...tambah pilihanrayani pelbagai perkara entah apa-apa berlaku...yang pelik tak ada langusng isu undang-undang ditimbulkan oleh mereka ini apatah lagi isu semasa yang membabitkan kanak-kanak...

lepas nurin, ninie...presheena....harap ada perubahan pada sistem undang-undang...dan harap kerajaan tak membebankan rakyat dengan kenaikan minyak dan harga barang...bila berlaku perkara sebegini percayalah...jenayah akan meningkat....

ibu said...

Salam En Jasni

walaupun kes Sharlinie sedikit tenggelam dek kerana gawatnya PRU12
tapi saya sentiasa kelaman web ini utk dapatkan info2 terkini.Cuma saya harap pihak berkuasa tidak melupakan kes ni....kerana bukan sedikit airmata yg tumpah gara2 kes yg masih tidak mampu diselesaikan...