Wednesday, February 20, 2008

Dua fotofit baru kesan penculik

PETALING JAYA 19 Feb. - Polis kini berpandukan dua fotofit baru bagi meningkatkan lagi gerakan untuk mengesan Sharlinie Mohd. Nashar, 5, yang hilang lebih daripada sebulan lalu.

Sebelum ini polis pernah mengeluarkan fotofit gambar lelaki ketika kanak-kanak itu hilang pada 9 Januari.

Bagaimanapun Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed tidak menyatakan sama ada fotofit terbaru itu lelaki atau perempuan.

"Bagaimanapun, fotofit tersebut tidak akan dihebahkan seperti yang terdahulu bagi mengelakkan kekeliruan orang ramai.

"Ini kerana fotofit yang akan dikeluarkan ini tidak sama dengan fotofit terdahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sharlinie hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, setelah bermain di taman permainan di Taman Medan, dekat sini pada pagi 9 Januari lalu.

Sementara itu, Arjunaidi menegaskan polis tidak menutup kes penculikan tersebut walaupun kekurangan anggota kerana kempen pilihan raya umum tidak lama lagi.

Sebaliknya, beliau berkata, kekurangan itu ditampung dengan mendapat kerjasama daripada agensi kerajaan yang lain.

"Misalnya operasi di rumah kongsi pekerja asing di Kota Damansara awal pagi ini kita mendapat bantuan 20 pegawai dan 34 anggota Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ)," jelas beliau.

Operasi itu, katanya, dilakukan setelah polis menerima maklumat kanak-kanak malang itu mungkin berada di situ.

Mengenai seorang lelaki berusia 50-an dikatakan boleh mencari Sharlinie menggunakan teknik matematik, Arjunaidi berkata, maklumat tersebut gagal membantu polis dalam memburu penjenayah terlibat.

Menurutnya, maklumat berdasarkan kiraan nombor dan angka itu tidak dapat dikaitkan dengan kes kehilangan kanak-kanak itu.

- Utusan Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

Polis dan kerajaan tidak boleh kelihatan surrender dalam kes baby Sharlinie.

Pencarian Sharlinie adalah top priority. Ini kerana keselamatan masadepan anak-anak termasuk anak-anakku bergantung kepada kemampuan kerajaan menyelesaikan kes ini. Failure is not an option. Crime against children must be stopped once and for all!

Dave & Kristen said...

Since I learned about Nurin about three weeks ago I have not been able to get her out of my mind. May god rest her soul and the person/persons responsible for this act rot in hell.

Kristen
United States

Zal said...

I'm a fan of Medium, the series. It's based on a true medium - Alison Dubois and I've wrote to one of her recommended contact, giving her all information on Sharlinie's dissapearance since she no longer accepts online reading. I've yet to receive any reply.

I would like to suggest that the parents/ authority get in touch with Alison Dubois, if she could find Sharlinie or what had happened to her. Her website is www.allisondubois.com

She has helped cracked many cases such as Sharlinie and Nurin in the past - in US. My prayers goes out to the girl and her family.

Zal
Selangor

Zulkifli said...

agree with fso...in this kind of cases Failure is not an option...kes Nurin dapat perhatian masyarakat seluruh dunia dengan adanya blog ini...

Sharlinie mesti dicari dan penculik itu mesti ditangkap...disoal dipulas pulas telinganya samada dia terlibat dengan kes Nurin dan kehilangan kanak kanak lain...

unicorn said...

i love to hear again from zal abt the reply if any frm alison dubois.keep ur updates.