Saturday, February 9, 2008

Groups decry inaction on violence

By : Ili Liyana Mokhtar and Evangeline Majawat

KUALA LUMPUR: Nurul Huda Ghani. Nurin Jazlin Jazimin. Preeshena Varshiny. These girls made the headlines for all the wrong reasons.

Abducted, brutally raped and murdered, their cases catapulted a flurry of campaigns from various quarters in a bid to create a more secure and safer environment for children.

There was a campaign to equip children with whistles. Certain quarters called for an alert they dubbed the Nurin alert, modelled on an American system called the Amber alert.

There were suggestions for single-session schools, introduction of safety as a subject in schools, establishment of a public registry for sex offenders and placing CCTVs in public areas.

Yet, it was clear that not enough had been done as incidences of violence against children are still occurring. Five-year-old Sharlinie Mohd Nashar has been missing since Jan 9, after being snatched while on her way home from a playground near her home in Taman Medan.

Protect and Save The Children director Madeleine Yong admitted it was easy to come up with suggestions.

"It is typical to get a knee-jerk reaction, judging from the trend in the past 10 years. It's a lot of talk but no action.

"Campaigns are only good if there is a sound strategy or immediate implementation. Without which, a campaign is just an idea."

She also feels that some of the ideas and suggestions given are by people who were not familiar with the issue. Therefore, the suggestions do not address the core of the problem.

In order for these problems to be dealt with effectively, Yong strongly advocates an overall systematic change from the top down.

"This issue will only be addressed effectively when the government creates a sound strategy or improves on current flawed strategies."

All Women's Action Society (AWAM) president Judith Loh Koh concurs with Yong. She said drastic change must be made by all sectors of society to stop violence and to create safer spaces for children. The implementation process of ideas and suggestions must be speeded up and followed through.

"At present, our reaction to safety issues is ad hoc, where we only take action whenever a particular threat or problem arises."

Former Social Welfare Department assistant director Vijayakumari Pillai feels that there is a need to understand that violence happens everywhere.

"It has implications for everyone. Everyone is involved.

"Since 1991 the Child Protection Act has a provision which states that it is an offence to leave a child without adult supervision, and that the parents or guardian can be charged in court."

National Council of Women's Organisation Malaysia deputy president Datuk Ramani Gurusamy said everyone was guilty of not making a concerted effort to follow through the suggestions post-Nurin.

"It's time for us to take responsibility to tackle this issue urgently."

- New Straits Times

9 comments:

Unknown said...

tuan-tuan & puan-puan,
walaupun kita mampu ke angkasa, ke bulan, ke bintang atau ke planet apa sekalipun...
walaupun kita maju menjadi negara agung dan maju dalam apa jua sekalipun...
walaupun kita berjaya dalam bidang ekonomi, pendidikan, perkilangan, pertanian sekalipun...
Semua itu tak bermakna jika jenayah ini tak selesai..
Ayuh semua.. sempena pilihanraya yg dah dekat.. tak usah kita minta semua itu... Hanya satu saja.. safety & security untuk kita anak-beranak, ibu-bapa, saudara, jiran, keluarga jiran, teman sekerja dan sesiapa sahaja..
Kalau itu pun tak terjamin, apa guna berbilion-bilion ringgit yg kita taburkan untuk semua tu... TAK GUNA...
Mintak sesiapa pihak berkuasa dapat selesaikan segera masalah sosial ini...
Ingat pesan itu dan khabarkan kepada semua..

Unknown said...

Pelawat sekelian,
Saya semakin gusar dengan kejadia yg tak selesai ni.. Dulu masa adik SharLinie belum hilang, ramai mintak jangan perkara ini berulang..
Nampaknya ia berulang dan pihak berwajib telah gagal lagi.. Saya percaya mereka sudah, sedang dan akan terus berusaha... TETAPI usaha tanpa fikiran, tanpa strategi betul, tanpa kaedah berkesan tidak akan kemana...
Kita sebagai rakyat patut menuntut agar kerajaan lakukan sesuatu.. Klaua sebagai kerajaan tak mampu nak sumbang tenaga dan wang-ringgit, apa guna kita jadi rakyat...
Kes ini MESTI selesai.. supaya anak kita tidak jadi mangsa seterusnya

Unknown said...

salam semua,
Pasal kes ini, Cuba sekejap kita renung terutama kes nak menarik perhatian masyarakat kita. Kita semua dah nampakclip-video lelaki (penjenayah)... Tapi cuba renung dan fikirkan:
1/ lelaki atau lelaki-lelaki atau campur perempuan (penjenayah) adalah besar kemungkinan dari BANGSA MELAYU
2/ Bila dah melayu tu kan, di Malaysia ni dikategorikan sebai BERAGAMA ISLAM
3/ Usia mereka ini (dari perwatakan dlm clip) mungkin antara 16 (masih sekolah????) hingga 40 tahun (atas pada tu mungkin boroi, berisi, etc).
4/ Dari fakta #3, kita boleh andaikan yg tahun kelahiran mat ni mungkin dari 1968 hingga 1992.
5/ Orang yg lahir lepas 1981 semua hidup dalam era BN dgn perdana menteri Tun Dr. M..
6/ Jadi adakah ini dari hasil polisi PENDIDIKAN KERAJAAN semasa..
7/ Kalau org islam tu besar kemungkinan mereka ini semasa usia muda (kanak-kanak) telah diajar sembahyang, mengaji, perkara hal agama.. mungkin tahu dan dulu selalu bersembahyang Jumaat di Masjid. Jadi soalannya dengan pengetahun agama yg dikira AVERAGE (kira secara purata perkara di atas diajar sebagai budaya adat resam melayu islam di Malaysia), MANA SILAP nye da...!!!!!!!!!!!

jadi cuba renung dalam dalam.. Apala kerja diorang ni sampai tergamak buat perkara hina... Kita boleh kata dia ni gila ke, setan ke, binatang ke tapikan kalau dia ni MELAYU, ISLAM, BERPENDIDIKAN AGAMA... camna kita nak jawab kat anak kita, saudara kita ataupun kita sendiri

Tapi cari kena cari.. mangsa atau penjenayah ... doakan selalu

tehsin mukhtar said...

jasni, bace posting kat tembam and rocky on child porn MAS pilot and tembam's research... no legislation in Malaysia to deal with this yet.

we should all write to Shahrizat on this.

rone said...

Another malaysian bastard!!

Pembantu juruterbang bawa klip video lucah didenda

KUALA LUMPUR: 11 Feb 2008-Pembantu juruterbang Penerbangan Malaysia (MAS) berusia 25 tahun yang diberkas dan didakwa pihak berkuasa Australia, Khamis lalu, didapati cuba membawa masuk tiga fail klip video lucah bertajuk ‘10 Years Old’ (Gadis 10 tahun), ‘High School Students’ (Pelajar Sekolah Tinggi) dan ‘Raped Virgin’ (Perawan Dirogol).

Siasatan turut mendapati satu daripada klip video lucah dirampas memaparkan seorang gadis perempuan berusia bawah 18 tahun menangis selepas dipaksa mengadakan hubungan seks dengan lelaki lebih dewasa.

Berdasarkan bukti itu, juruterbang yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak terbabit didenda oleh Mahkamah Majistret Adelaide kerana membawa bahan lucah membabitkan kanak-kanak dalam komputer peribadinya ke Australia.

Difahamkan ketika ditahan, suspek bertugas sebagai pembantu juruterbang bagi penerbangan dari Kuala Lumpur ke Adelaide.





Menurut laporan laman web akhbar Adelaide Advertiser, suspek warga Malaysia itu didakwa kerana membawa masuk bahan terlarang menerusi fail video yang disimpan dalam komputer ribanya.






Difahamkan pegawai kastam Australia menahan suspek di Lapangan Terbang Antarabangsa Adelaide namun suspek memberitahu dia tidak membawa barang terlarang untuk diisytiharkan.

Bagaimanapun, pegawai kastam segera memeriksa kandungan komputer riba dibawa suspek sebelum menemui tiga fail video mengandungi aksi pornografi kanak-kanak.

Suspek dihadapkan ke Mahkamah Majistret Adelaide sebelum Majistret Simon Smart menjatuhkan hukuman denda A$5,000 (RM15,000) selain komputer riba miliknya dirampas, Jumaat lalu.

Terdahulu pihak pendakwa menganggap bahan pornografi yang dibawa suspek sebagai jijik dan mengaibkan, malah ia didakwa akan memberi kesan terhadap orang berfikiran waras yang menyaksikannya.

Malah, pihak pendakwa menganggap ia bukan satu jenayah yang tidak membabitkan sebarang mangsa kerana setiap video yang memaparkan aksi terbabit ada mempunyai mangsanya tersendiri.

Sementara itu, peguambela pembantu juruterbang terbabit, Stephen Barratt berkata, anak guamnya menerima e-mel video lucah terbabit tetapi tidak pernah menunjukkan kepada sesiapa.

Malah Barratt mendakwa tertuduh didakwa cuai dan video pornografi itu didakwa bukan untuk disebarkan.

Bagaimanapun, alasan itu ditolak pihak pendakwaan dengan alasan tanpa individu seperti tertuduh adalah mustahil video pornografi itu boleh tersebar di pasaran.

Peguambela tertuduh berkata, pertuduhan itu boleh menjejaskan karier anak guamnya sebagai juruterbang MAS selepas menunjukkan peningkatan prestasi sejak beberapa tahun lalu.

“Penangkapan dan pendakwaan dalam tempoh 24 jam terhadap anak guamnya dianggap tidak bertimbang rasa,” katanya.

rone said...

For parents eye-bull to your kids.
I believe within 2-3 days coming, we will hear another mising girl/boy.

Bekas polis gagalkan cubaan culik kanak-kanak 5 tahun

KLANG 10 Feb. - Cubaan menculik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang hanya dikenali sebagai Ain di hadapan pusat beli-belah Klang Parade di sini pada 27 Januari lalu berjaya digagalkan oleh seorang bekas anggota polis yang terserempak dengan kejadian itu.

Mohamed Yassin Fatah Mohamad, 45, yang juga ahli Persatuan Kebajikan Bekas Perisikan (Perisi) menggagalkan cubaan culik oleh dua lelaki bermotosikal itu selepas berjaya menakutkan mereka.

Menceritakan peristiwa kira-kira pukul 8 malam itu, Mohamad yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang di sini petang ini untuk melaporkan kejadian itu berkata, ketika kejadian, beliau sedang berjalan ke arah pekarangan pusat membeli-belah tersebut untuk membuat salinan dokumen perniagaannya.

''Ketika sedang berjalan, saya ternampak kanak-kanak perempuan berkenaan sedang berlari dalam keadaan ketakutan sambil menjerit perkataan mama beberapa kali.

''Pada masa yang sama, di belakang budak perempuan itu ada dua lelaki bertopi keledar dan menaiki motosikal sedang mengekori.

''Saya yang pada mulanya tidak menyangka ia satu cubaan untuk melarikan kanak-kanak itu terus menjerit kepada kedua-dua suspek yang mula mencapai tangan budak itu,'' katanya.

Katanya lagi, pada ketika itu, beliau menghampiri kedua-dua lelaki terbabit dan seorang awam yang menaiki kereta.

''Mungkin kerana takut, kedua-dua lelaki terbabit melepaskan tangan kanak-kanak itu dan terus memecut," dakwanya.

Menurut Mohamad Yassin, melihat kedua-dua lelaki terbabit melarikan lari, beliau terus mendukung kanak-kanak itu sementara orang awam itu pula menghubungi polis.

''Kanak-kanak itu menangis dan badannya menggigil mungkin ketakutan dan saya memujuknya sambil bertanya nama dan di mana ibu dan bapanya.

''Kanak-kanak itu memberitahu namanya Ain dan ibu bapanya berada di pusat beli-belah Klang Parade untuk membeli barang," katanya.

Kata Mohamad Yassin, selepas 15 minit menunggu, sebuah kereta peronda polis tiba dan beliau menyerahkan kanak-kanak itu kepada anggota polis untuk tindakan lanjut.

Beliau kemudiannya pulang ke rumah dan tidak dapat melupakan kejadian tersebut serta ingin mengetahui keadaan budak perempuan itu.

''Akhirnya selepas berbincang dengan Ketua Perisi, saya yang sibuk dengan urusan perniagaan datang ke balai hari ini untuk membuat laporan kejadian dan pada masa yang sama ingin bertanya kepada pihak polis keadaan Ain.

''Saya berharap dapat berjumpa Ain selepas ini," jelasnya.

Katanya, beliau dan anggota Perisi lain turut membantu usaha mencari kanak-kanak yang diculik, Sharlinie Mohd. Nashar, 5.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusuf ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, kanak-kanak tersebut telah diserahkan kepada ibu bapanya pada hari yang sama kejadian berlaku.

Kata beliau, ibu bapa kanak-kanak itu berada di dalam pusat beli-belah Klang Parade dan tidak mengetahui yang anak perempuannya hampir diculik.

Zulkifli said...

Rone, 2 lelaki bermotosikal tu dapat tangkap ker? tension tul ntah ntah bajingan tengik dua orang tu la menjadikan kanak kanak mangsa dia orang...

yang malaysia bastard tu pun satu hal gak...pornografi kanak kanak pun dia simpan ...menggigil geram aku dengan orang orang cam ni..

mrasd,

takguna kalau ada bangunan tinggi tinggi tapi anak anak tak selamat....bila la setan setan tu nak kena tangkap..

patut sebelum apa-apa sistem keselamatan dalam negara di utamakan...kemudian sistem keselamatn di Sempadan...

ini penyanggak penyamun boleh masuk suka hati kat dalam negara...penyangak yang sedia ada tak terjaga import lagi banyak banyak...

entah apa nak jadi...bangsa melayu memang serba boleh termasuk pemegang rekod jenayah tertinggi dalam negara...dadah pun dia, bohsia bohjan pun dia...entah apa nak jadi...

persoalannya kenapa perkara ni terjadi...? system...itu jawapannya ...selagi tak ubah begini lah sepuluh dua puluh tahun lagi...

Zulkifli said...

masalahnya sekarang ...takat manakah seriusnya pihak berkuasa menangani isu ini? sedangkan kes autopsi nurin masih senyap...?

U.Jasni ...apa perkembangan kes autopsi...painful bah...no news...no nothing...senyap jer kes ni

unicorn said...

kenapa SKMM tidak block web child pornography ni ?
pasal swiss market ari tu,boleh pulak! sy agak lah Pak Lah yg berlatar belakang kan keturunan mualim2 patut bertegas dlm hal ini.

Tulis arahan rasmi pd SKMM suruh block laman2 web lucah kanak2.

ada dulu pernah terbuka video (spamming!) dlm email ..tup-tup child porno...menitis airmata,kesian! entah apa malang kanak2 itu.

malaun2 itu tidak tahu betapa panasnya neraka..! jika di letak satu je rantai dr neraka di bukit2 tinggi,manusia2 di bawah dah mati kepanasan! agaknya dia org ingat neraka tu dongengan atau tempat minum arak,berjudi dan berfoya2 ...!

tak tahu nak cakap apa lagi melainkan berdoa agar tiada lagi culik & dera & bunuh kanak2!!