Monday, March 3, 2008

Polis yakin Sharlinie masih hidup

KUALA LUMPUR 2 Mac. - Polis menafikan dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan Sharlinie Mohd. Nashar yang hilang sejak 54 hari lalu tidak dapat dikesan kerana kemungkinan kanak-kanak malang itu telah meninggal dunia.

Sebaliknya, menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, polis percaya Sharlinie masih hidup memandangkan tiada petanda yang menunjukkan kanak-kanak itu telah tiada.

"Kita yakin Sharlinie masih hidup. Setakat ini, walaupun maklumat yang diterima agak terhad, tetapi ia tidak bermaksud polis percaya kanak-kanak itu telah tiada dan seterusnya menghentikan operasi mencari," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Pecah Tanah Sempena Pembinaan Balai Polis Baru Bandar Utama dekat sini hari ini.

Tambahnya, misi mencari Sharlinie, 5, masih diteruskan walaupun berdepan dengan kesibukan Pilihan Raya Umum ke-12.

"Kita masih terus mencari Sharlinie berpandukan maklumat yang ada tetapi menggunakan pendekatan berbeza," jelasnya.

Sharlinie, 5, hilang ketika dalam perjalanan pulang bersama kakaknya dari padang permainan di Taman Medan, Petaling Jaya kira-kira pukul 11.30 pagi 9 Januari lalu.

Pada majlis yang sama, Arjunaidi memberitahu, pembinaan balai polis baru berkonsepkan futuristik tersebut adalah bagi menggantikan pondok polis lama yang beroperasi dalam sebuah kontena sejak empat tahun lalu.

"Balai polis baru ini bakal dilengkapi bilik siasatan, bilik tahanan sementara, bilik senjata api, bilik taklimat dan juga dua unit kuarters apabila siap sepenuhnya pada April 2009."

"Selain itu, kemudahan logistik seperti kenderaan meronda, alatan komunikasi dan senjata juga turut diambil kira sejajar mewujudkan suasana bandar yang selamat seterusnya dapat memberi keyakinan kepada penduduk dan masyarakat di sini," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Datin Paduka Yong Dai Ying, calon Ahli Parlimen Subang, S. Murugesan dan Pengarah Pembangunan Bandar Utama Sdn. Bhd., Datuk Teo Chiang Kok.

- Utusan Malaysia

9 comments:

Unknown said...

Pembaca sekelian,
Selagi adik Sharlinie tak dapat di jumpai, ini menunjukkan kegagalan kita semua. Kegagaln institusi kerajaan, institusi polis dan pihak berkuasa lain, kegagalan pihak berkuasa sukarela, kegagalan masyarakat, kegagalan semua..

Bayangkan yg hilang itu ialah anak kita, apa perasaan kita..

Nampaknya kita SEMUA memang tak berusaha kuat.. kita sanggup panjant tiang tampal poster pilihanraya.. KENAPA.. sebab bagi kita upacara PANGKAH ini adalah lebih penting daripada nyawa seorang anak... ia lebih penting dari hati seorang IBU, lebih penting dari perasaan seorang AYAH..

Inilah KITA.. saya pasti ramai dah lupakan BLOG ini.. kerana PANGKAH.. tetapi ingatlah semua.. BAYANGKAN JIKA ANAK KITA SENDIRI YG HILANG.....

unicorn said...

sy setuju mrasd,we're not doing enough...apalah daya seorang ayah dan ibu ,mrk masih lagi menyusuri lorong2 sunyi setiap hari mencari anak yg dikasihi...

entah mengapa sy merasa begitu sedih semalam dan sy terus bersolat hajat disamping memohon keselamatan keluarga, sy mohon jua untuk adik kecil sharlinie semuga dijauhkan drp penderitaan , kesakitan serta kelaparan,semuga ninie masih sihat dan dikembalikan cepat. sy mohon jua untuk pembunuh arwah nurin ditangkap segera(kerana masih merasa mrk adalah geng yg sama..)semasa sujud dgn tidak semena2 sy terbayang bgmana arwah diseksa...sy tidak sedar yang sy masih berada dlm keadaan sujud dan menangis kerana terlalu sedih.

sy tak mampu berkata apa2 lagi selain berharap untuk melihat iblis2 itu ditangkap dan disula!

Zulkifli said...

KECEWA...

Unknown said...

wahai pembaca yg mulia: unicorn, Zulkifli dan lain lain

Saya faham perasaan anda.. kita hanya solat, doa, berharap setiap hari agar adik sharlinie dijumpai... tetapi ingatkah kita.. kenapa usaha keras yg kita lakukan semua masih tak berhasil.. ini kerana satu perkara... usaha kita belum termakbul.. sebabnya usaha itu hendaklah collective.. kalau 100/200 org saja yg tolong.. tak mungkin boleh.. kita semua kena bagi peringatan and mintak tolong dimana kita pergi.. MAri kita sebarkan kepada org yg kita kenal, jumpa dll... bukan apa cuma perkara ini tak dapat diterima langsung...
Kita boleh mengeluh kata kecewa... tapi berat mata memandang, berat mulut membaca.. BERAT LAGI BAHU MEMIKUL.. bayangkan ibu-bapa adik sharlinie.. sekarang dah masuk mungkin 60 hari kali 24 jam.... Mereka dalam kesusahan.. mereka menderita...
dan yg paling penting mereka PERLUKAN pertolongan...

Sapa lagi yg nak tolong kalau bukan kita... tak kira siapa kita..

Zulkifli said...

mrasd, setuju dengan cadangan anda...paling penting ialah perundangan negara mesti berubah...pindaan undang-undang perlu memasukkan kesalahan phaedofile ini dalam undang-undang...kita walaupun dah merdeka 50 tahun masih guna undang-undang berteraskan United Kingdom...executive kita , parlimen kita terlalu Bacul untuk meminda undang-undang....kita tak semestinya buat undang-undang hudud (walaupun perkara itu sepatutnya berlaku) tetapi sebatan dikhalayak ramai , gantung di khalayak ramai adalah undang-undang yang efektif....ada politician mengatakan sebat di khalayak ramai undang-undang rimba ..tapi dia tak baca sejarah dan tak melihat betapa kurangnya jenayah di Iran dan di Arab Saudi yang amalkan undang-undang hudud ini....pada saya yang kata sebat khalayak ramai undang-undang rimba, mereka samalah seperti Darwin dan Frued yang mendakwa manusia berasal dari monyet...tok nenek dia oranglah berasal dari monyet..

kita perlu ubah standard siasatan kita ...undang-undang banyak perlu digubal...selagi tak ubah kepada undang-undang yang lebih strict...selagi tu saya akan tetap menyatakan law maker kita bacul dan ketinggalan zaman..projek segala macam dengan koridor sana sini tidak akan menjamin keselamatan kita dan anak anak kita selagi semua pemimpin kita tak ada strategi yang baik dan bernas untuk memerangi dan mengurangkan kadar jenayah selagi itu mereka bukan pemimpin yang baik....kat pilihanraya baru turun padang...kempen rumah kerumah lepas pilihanraya hampeh batang hidung pun tak nampak ...cis ptui

Zulkifli said...

dan mrasd...saya sebenarnya merasakan malaysia bukanlah tempat yang selamat, maaflah pak menteri ni realiti...kita langusng tak ada sekatan bawa masuk orang asing semua main lantak jer...terutama bila bawak anak anak berjalan....jadi apa perubahan yang dah ada sejak kes Nurin? apa yang lebih memeranjatkan lepas kejadian menimpa Nurin kita semua dapat makluman sebelum Nurin ada 17 budak budak hilang ....tak jumpa...ada tak perubahan lepas tu? tak ada...few years back ada anak menteri kena culik...berapa hari jer dah jumpa...see betapa double standardnya kita dalam menjalankan undang-undang?

kita kena ubah mentaliti...government kena ubah mentaliti....rakyat sebenarnya raja yang memilih korang....so tolong buat kerja untuk kami dengan betul....

unicorn said...
This comment has been removed by the author.
unicorn said...

Buletin utama SEMALAM melaporkan budak 10 thn diculik selepas turun dr van sekolah yang menghantarnya pulang dlm pukul 1.30pm.

Dia dijumpai sisebuah stesen minyak dlm keadaan bingung dan letih kira2 pukul 7.30pm.

MAKA BERHATI-HATILAH wahai ibubapa dan penjaga sekalian mugkin akan ada lagi penculikan...!!(mintak dijauhkan!)

analisa sy modus operandi geng ini ,mrk menculik kanak2 dan dilepaskan untuk mengeliru o/ramai dan polis supaya menyangka budak itu lari dr rumah atau nakal suka2 jalan2 sendiri main2 atau lain2 tapi itulah niat iblis2 celaka itu!

kali ini budak lelaki pula ! sebelum itu dekat taman melati tapi budak lelaki itu lari pergi kepada jirannya.

Polis perlu siasat dgn CEKAP & CEPAT SIAPA menculik kanak2 itu dan APA sebenarnya berlaku!!!!

check CCTV kat stesen minyak itu segera! JGN PANDANG RINGAN atau LEPAS PANDANG kerana anak2 kita dlm keadaan 'darurat'!

selamat kan anak2 kami Ya Allah!!!

Anonymous said...

saya ni orang biasa biasa jer..tiada kelebihan apa-apa..sentiasa ingin membantu tetapi tidak berkupayaan..saya tertarik kepada blogger'Unicorn'yang mana corak pemikiran kami adalah lebih kurang sama..kadang-kadang saya ingin brainstom dan berbual-bual dgnnya..
saya ada perasan yang bahawa kes penculikan ini biasanya berlaku selepas penghabisan cuti sekolah..yang menjadi tanda tanya kenapa waktu itu yang menjadi pilihan kepada penjenayah untuk melakukan penculikan..sampai sekarang kita tak tahu tujuan utama kanak-kanak ini diculik..
kalau sesiapa ada teringat sebelum kes arwah adik nurin,seorang gadis remaja (lebih kurang 15 tahun umurnya)telah diculik dan dirogol ketika dalam perjalanan ke kedai berhampiran untuk membeli prepaid handphone..waktu kejadian kalau tak silap saya menghampiri pukul 8 malam..berlaku di jalan gasing petaling jaya..beliau telah diculik oleh sekumpulan lelaki yang menaiki van..selebih beritanya saya tak ingat lagi..bagi pendapat saya kenapa tidak data maklumat dari mangsa ini diguna dalam menangkap suspek..tak silap saya suspek adalah pendatang indonesia..adakah suspek kes ini berkaitan dengan arwah adik nurin,sharlinie dan mangsa-mangsa yang lain..adakah suspek ini bekerja sebagai buruh binaan ???
Kita semua hendaklah sentiasa berhati-hati..kerana kita semua masih tak tahu siapakah penjenayah yang sebenarnya..