Tuesday, August 28, 2007

Budak hilang perlu makan ubat rawat darah tinggi

Oleh Amirullah Andi Nur

KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga sangat risau dengan kesihatan Kak Ngah kerana dia perlu memakan ubat setiap hari. Kalau terlepas sehari, dia mungkin berdepan risiko besar untuk mendapat penyakit lebih serius.

Nurin Jazlin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dikatakan dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.

Kehilangannya yang genap seminggu semalam masih terus menjadi misteri dan setakat ini tiada sebarang petunjuk baru dia akan ditemui semula.

“Kami sekeluarga berharap sesiapa mempunyai maklumat mengenai kedudukan Kah Ngah, agar dapat menghubungi kami segera. Anak kami sangat memerlukan ubat untuk penyakitnya itu,” katanya.

Jazimin sebelum itu menerima kunjungan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dan isteri, Datin Shazarina Shamsudin di kediamannya di D10, Seksyen 1, Wangsa Maju, tengah hari semalam.

Norazian Bistaman, 35, isteri Jazimin adalah adik ipar kepada Zulkifli Osman iaitu adik Zainal Abidin.

Difahamkan, banyak maklumat diterima daripada orang ramai kononnya mengetahui kedudukan kanak-kanak itu sejak laporan mengenainya didedahkan media pada 22 Ogos lalu, namun tidak berasas.

Selain polis, usaha mencari anak kedua pasangan itu dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat dan Pemuda Umno tetapi masih buntu sehingga semalam.

Usaha mencari turut dilakukan dengan bantuan media serta edaran risalah yang memaparkan gambar Nurin Jazlin. Nombor talian keluarga ini turut disiarkan iaitu 019-3667067 dan 013-2486651.

Jazimin berkata, sehingga kini keluarganya masih tidak dapat mengenal pasti punca anak mereka itu hilang biar pun ada dakwaan ia dilarikan orang tidak dikenali selepas menjadi mangsa pukau.

“Kami sekeluarga kini benar-benar pasrah kerana hampir semua ikhtiar sudah dilakukan, namun Kak Ngah tidak juga ditemui. Ada yang kata dia dibawa ke Hutan Melintang, Perak tetapi apabila kami ke sana dia tidak ada.

“Terbaru kelmarin ada panggilan memberitahu, anak kami berada di Tasik Sri Rampai tapi apabila kami ke sana, tidak ada langsung kelibat Kak Ngah. Polis juga memaklumkan, anak kami itu belum ditemui,” katanya.

-Berita Harian

4 comments:

Anonymous said...

Well, saya kesian jugak dengan kehilangan budak Nurin ni. Tetapi saya juga merasakan bahawa ibu kalau tak pon kedua2 ibu dan bapa budak ni patut masuk lokap aje. Ade ke bodoh sgt kasi budak 8 thn jalan sorang2 waktu malam? Nampak sgt tak reti jaga anak. Total negligence. Budak ni kalau tak kena culik pon, bila besar nanti jadi bohsia. Kecik2 dah bebas sgt.

Anonymous said...

u r not helping anything by saying that..kte sumer bersedih tp awk xde perasaan ke?kalau xnk bersimpati pon, cukupla jgn mencemuh n menuduh bukan2..

Anonymous said...

Memang betul kata sahabat tu, lain kali jangan di biarkan anak2 keluar seorang diri, lebih2 lagi budak perempuan.

Tetapi tak boleh disalah kan ibu bapa juga, kekadang budak2 ni mana tau. mereka belum matang. ingat nak jalan sesuka hati.

walau apa pun, kita anggap ini satu pengajaran kepada ibu2 bapa2 yg lain.

dah takdir dia, ada hikmah di sebalik apa yg terjadi.

sya turut bersedih sebab takdir dia begitu kejam, apalah dosa budak kecil ni sehingga di perlaku dengan kejap!

Takziah kepada keluarga Nurin Jazlin, banyak kan bersabar.

fizah said...

aku nak ucapkan takziah kepada keluarga nurin.biarpun baru aku buka laman sekarang lewat.tapi aku rasa kesian.