Wednesday, August 29, 2007

Misteri kehilangan Nurin: 2,500 keping poster diedarkan

Oleh: azlan pada Selasa, Ogos 28, 2007 - 12:23 AM

Wangsa Maju- Susulan kehilangan Nurin Jazlin, 8 tahun di Wangsa Maju 20 Ogos lalu. 2,500 keping poster diedarkan kepada pengunjung pasar malam di Seksyen 1 Wangsa Maju hasil usaha pegerakan Puteri UMNO.

Pengedaran poster itu diketuai Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dibantu 15 ahli. Nurin Jazlin dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumah pada malam 20 Ogos.

Dia yang menghidap penyakit buah pinggang dan darah tinggi perlu mengambil ubat setiap hari. Sementara itu ibu bapa Nurin yang ditemui di kediaman mereka berharap orang ramai dapat membantu mereka.

- Bes Online (RTM)

3 comments:

Anonymous said...

Harap keluarga anda banyakkan bersabar atas segala ujian...saya hanya mampu mendoakan agar semuanya berada di dalam keadaan baik. Berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Bagi pihak saya sendiri berusaha menyebar luaskan flyers berkaitan kehilangan Nurin Jazlin ke groups dan komuniti cyber yg saya anggotai. Diharapkan kepada pengendali2 laman groups/komuniti yg telah melawati laman blog ini utk sama2 menyebarluaskan digital flyers kepada members komuniti masing2. Semoga berkat usaha dan doa, kita mampu melakukannya...insya allah. Ayuh Rakyat Malaysia!!!! Ketemukan Nurin Jazlin.....

Anonymous said...

Kepada semua di luar sana dapatkan flyers Nurin Jazlin di>>>

http://www.geocities.com/komuniti4komuniti/flyersnurinjazlin.jpg

Apa yg perlu anda lakukan ialah :

Save file, Cetak, Tampal di premis masing2 @ edarkan kepada orang ramai...

Anonymous said...

Assalamualaikum
Semoga keluarga nurin tabahkan hati menerima dugaan ini. Walau apa jua kemungkinan yang bakal tiba, tawakkal kepada Allah. Banyakkan solat hajat & zikir. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengasih & Maha Mengasihani.
saya juga sentiasa mendoakan moga anak kecil ini selamat kembali ke pangkuan keluarga.