Tuesday, November 6, 2007

24 jam lambat

Oleh AHMAD NAZRI MOHAMAD

Prosedur siasatan polis mengenai kes kanak-kanak hilang


KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, menyifatkan prosedur siasatan selepas 24 jam laporan polis dibuat bagi kes kehilangan kanak-kanak sebagai terlalu lambat bertindak.

Oleh itu, kementerian merangka satu mekanisma khusus mirip Amber Alert atau Nurin Alert bagi menangani segera kes kehilangan kanak-kanak untuk dimuatkan dalam Polisi Perlindungan Kanak-kanak (CPP) yang akan dibentang di Kabinet tidak lama lagi.

Amber Alert ialah mekanisma rangkaian integrasi maklumat ditubuhkan hasil kerjasama agensi kerajaan, orang ramai, pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan sebagai satu sistem amaran ketika menghadapi kes kehilangan kanak-kanak di Amerika Syarikat.

Manakala Nurin Alert atau singkatan daripada Nationwide Urgent Response Information Network (Rangkaian Maklumat Tindak Balas Segera Kebangsaan) kini diusahakan kumpulan aktivis yang bersimpati dengan mangsa penculikan dan pembunuhan kejam, adik Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Shahrizat berkata, pihaknya sedar tempoh 24 jam yang diberi polis bagi kes orang hilang terlalu lambat untuk bertindak, menyebabkan keperluan pada satu mekanisma untuk memberi amaran atau mengesan segera bagi kes kanak-kanak hilang.

Menurutnya, kertas cadangan CPP yang turut memuatkan usaha mewujudkan sebuah mekanisma khas bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak kini di peringkat draf terakhir sebelum dibentang pada mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.

- Harian Metro

13 comments:

Green_Man said...

Jangankan 24 jam, tempoh 1-2 jam pun sudah dikira lambat. Dalam tempoh tersebut macam2 perkara boleh berlaku.

Sekadar kongsi pengalaman, seorang penduduk di perumahan saya kehilangan anak...sebelum kehilangan YIN dulu. Anak yang sepatutnya pulang menaiki bas sekolah, tidak muncul menyebabkan pemandu tersebut tidak membawanya pulang hari itu.

Setelah menyedari anaknya tidak pulang..si bapa terus memberitahu Persatuan Penduduk, Surau dan NGO di sini. Kami mencari bersama2 disekitar sekolah sehinggalah sepanjang sungai di keramat.

Si bapa pula membuat laporan polis..macam biasalah..laporan diterima..tindakan hanya selepas 24 jam.

Namun terdapat polis yang secara sukarela turut membantu pencarian itu. (ini di luar prosedur).

Ada kaum keluarga yang minta bantuan bomoh...macam2 cerita pula timbul. Saya dapati dalam ramai bomoh yang membantu..ada satu orang saja yang tepat..dia kata anak ini selamat, ikut kawan dan akan dihantar seseorang pagi esok. Wallahu A'lam..kuasa Allah nak bagi kelebihan pada seseorang tu.

Dalam masa pencarian berterusan hingga 5 pagi..si bapa buat laporan kat TV3, disiarkan dalam berita Nightline 12 mlm.

si bapa dan si ibu yang pasrah terus menunggu di kantin sekolah, kira2 jam 8.15..si anak muncul tetapi tidak tahu siapa yang menghantar.

Orang yang menyimpan anak itu semalaman adalah "orang seberang" sekeluarga.

Apa yang tak patut berlaku..si bapa dimarahi pihak sekolah kerana membuat laporan polis dan media terlalu cepat, sekolah dapat malu katanya.

Entah lah..serba tak kena..yang penting si anak tu selamat pulang.

Kami di sini mengambil iktibar kejadian tersebut, bersama2 membuat pemantauan anak-anak semasa pergi-balik sekolah dan lain2 masa.

UMMI YL said...

kena marah pulak..biarlah..ini hak kita sebagai ibu bapa..kita tahu rutin anak-anak/ahli keluarga kita macamana..kalau ada berlaku yang diluar kebiasaan yang sepatutnya kita kena ambil tindakan cepat-cepat....

jangan tunggu sampai berjam-jam baru nak pi cari....

sekarang ni kita kena fikir sampai ke worst case...kena ada buruk sangka juga(yang patutlah)...

apa yang dibandingkan sangat dengan ke"malu" an pihak sekolah/org lain berbanding keselamatan ahli keluarga kita...

hish..makin hari makin takut dengan keadaan sekarang..tak taulah..kita cakap-cakap ni takut kita tak mampu nak jaga ahli keluarga kita....macam-macam sangat bahaya sekarang ni....

arilzura said...

dah banyak berlaku kes-kes kanak-kanak diculik tapi segelintir masyarakat masih tidak sedar lagi...buktinya:
masa pergi ke pasar sentul adalah seorang kanak2 dalam lingkungan 8tahun dibiarkan oleh ibu nya keseorangan kerana ibu nya sibuk membeli barang dapur.. bila saya tegur dan bertanyakan budak tu mana mak dia, budak tu jawab "ibu tengah beli barang".. pastu saya tanya lagi "kenapa tak pergi kat ibu, tak takut ke tinggal sorang nanti orang jahat tangkap"... dia senyum aje.. tiba2 seseorang menarik tangan dia saya pandang dan orang itu masam terus memalingkan muka bila saya tanya pada budak tu "mak adik ke?" dia hanya mengangguk.. cuba bayangkan perlakuan mak dia yang tak berterima kasih dan lalai..bila berlaku sesuatu baru nak salahkan orang lain kata tak prihatin.. dan kita juga boleh buat andaian adakah benar mak budak tersebut atau pun tidak?(atleast pun informlah saya mak dia ke apa ke) ada juga macam2 insident yang saya terserempak yang ibu bapa meninggalkan anak keseeorangan tapi bila saya tegur budak kecik tu mak dia marah terus rentap dan tarik tangan anak dia (apa muka saya ni macam org jahat ke).. bukan apa saya ada 3 org anak sedara (10,6 & 5 tahun) yang membesar depan mata jadi saya rasa prihatin dengan kanak2 lg pun kes sekarang nie menakutkan... manalah tahu kita wat baik ngan org esok lusa org wat baik ngan anak2 sedara kita...

bilalah masyarakat nak sedar.. dahlah polis & yang sewaktu dengannya buzy dengan bermacam2 hal...penjenayah & perogol pun buzy juga susun strategy...

Izleen said...

nampak sangat lah pihak sekolah tu tak ambik tahu langsung keselamatan murid2. apahal lak pihak sekolah konon nak kata "sekolah dapat malu"?? kalau apa2 terjadi kat budak tu, tak ke lagi malu sebab pihak sekolah tidak menjamin keselamatan murid2?

cikgu yang kata cam tu memang nak kena batang hidung dia sendiri baru dia akan sedar kot. Jangan bongkak atau takbur kalau sesuatu malang tak terjadi pada kita...Allah hanya perlu sebut "kun fayakun" maka jadilah.

rone said...

At first time I'm agreed with sahrizat "24 jam lambat".

With 7-8 hrs the kids who missing in KL can be enter Thailand by road transport.

With 3-4 hrs the kids can be smuggled to Indon by sea "bot pancing or whatever..."

These stupid procedure "24 jam hilang baru boleh buat lapuran Polis" MUST be change by now by politician in house of parliament & Police Act...NOT only spray the water-canon & tear gas if assembly more than 5 people...
OR fearing the rakyat to 100K Gathering this Saturday in Dataran Meredeka!!

Zulkifli said...

bagus menteri pun dah bersuara 24 jam lambat..memanglah undang undang kuno selepas 24 jam tu perlu dipinda...tabik spring kat shahrizat...

penjahat dah pakai kereta boleh lari 220km sejam...dalam 24 jam sejauh mana dia boleh bawak mangsa...?

nazura said...

Saudara Pendita Alam, tak bolehkah saudara dapatkan khidmat pak bomoh yang efektif tu..ini adalh salah satu ikhtiar kita untuk menangkap si keparat yang bunuh adik Nurin dengan adik Preshena tu.
Saya serius ini..daripada sebelum puasa sampai dah nak habis Raya..kes tu dok macam tu jugak. Polis ini nak jaga sangat reputasinya ke takut orang cakap dia orang tak efisien pulak kalau guna khidmat lain...Come on lah.. this is not about you, or any menteri. This is about our beloved adik Nurin and Preshena and other forgotten victims..

Green_Man said...

Nazura,

Anda boleh hubungi sendiri pak cik tersebut. Namanya Razak, tinggal kat Lorong 1, Datuk Keramat (tak jauh dari Pasar Keramat).

No. Tel 016-6038226 / 016-2802371.

Beliau ni tak suka dipanggil bomoh.

Kalau nak bantuan atau nasihat, call lah. Kalau dia tanya dari mana dapat no tel, bagi tau dari saya "Pendita Alam".

Izleen said...
This comment has been removed by the author.
Izleen said...

pendita alam, nazura,

kalau kita pegi sendiri jumpa bomoh ke dukun ke nak tau saper pembunuh kanak2 ni pun, pas tu kita nak buat camner? bagitau polis? polis nak ke dengar cakap kita lebih2 lagi info yang diberi berdasarkan ramalan bomoh/dukun.

Bukan nak underestimate orang yang ada kelebihan...tapi masalahnya, pihak polis nak dengar ke? sedangkan depa sendiri dengan bongkaknya kata tak perlu khidmat psychic lah bomoh lah etc.

TaxConsultant said...

kes ini semakin dilupakan?
tiada lagikah berita terbaru?
adakah orang ramai turut mula lupa?
adakah kita ini sahaja?
sanggupkan biarkan penjenayah kejam itu lepas bebas?
apa perkembangan terbaru siasatan polis?

Lang said...

Kes ni tak kembang2. yang kembang tu perut diorang (paham-paham je la)

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Ni nak kobakan, bukan prosedur lapor orang ilang jo yang dah lapuk, yang laen2 tu pon dah ikot lapok.. nak tau apo dio.. mentality diorang ni.. solosaikan keh zaman moden macam zaman dulu2 lae... gunolah teknologi moden.. ni idak.. suko bonar ngan bondo2 lapuk.. kulat agak..e diorang ni..

Pokcik dah naek loteh nunggu si hanjing3 ni.. bilo la nak di tangkap.