Tuesday, November 6, 2007

Children need adult supervision

Preeshena

Tuesday November 6, 2007

FIRST it was Nurin who was brutally murdered and sodomised. Now another young girl has suffered the same fate. She was snatched from the safety of her condominium and was killed in a brutal way. (The Star, Nov 5).

Children make good targets for adults, as they are unable to resist the raging hormones of mentally sick people who pick on them because they are considered easy prey.

A good lesson to learn from this sad episode is no matter what, we cannot leave our young ones at home to their own devises without an adult minder taking care of them.

With both parents working and finding good maids difficult, most parents are left with no choice but to leave their young ones without adult supervision.

We are living in a dangerous world today and children need to be protected all the time by adults, as danger lurks around every corner.


HAMDAN IBRAHIM,
Kuala Lumpur.

- Star Online

57 comments:

unicorn said...

anakku nurin jazlin, 8 tahun.

8 tahun dialam maya ini pastinya kenangan terindah bagi yang mengenalinya,apatah lagi bagi keluarganya.

begitu juga presheena,9 , terlalu cepat pergi dr hidup ibubapa dan adik beradik dan kawan2.

Bila aku dengar lagu ini dr samsons,aku teringat pada anak2 kecil yg tak mengerti apa2 hanya ingin bermain & bermanja tapi diragut semuanya oleh binatang berhati iblis.

tidak tahu lagi apa mahu di katakan, kenapa?,mengapa? bagaimana?,bila? ...masing2 ada tafsirannya. Tapi mampukah kita hanya bersedih dan menunggu satu demi satu mangsa 'tumbang' kpd iblis yag masih bebas itu?
atau masih mampukah kita hanya mengharap tanpa pihak berkuasa bertindak dgn lebih cekap?

kembalikan kedamaian di bumi malaysia ini. it has to be preserved as before.iblis2 itulah yg patut di hapuskan bukan mengurung anak2 kita dr menjalankan kehidupan yg sewajarnya.akar umbinya terjadi kekejaman sebegitu perlu di tangani.


Kenangan Terindah
Artist: Samsons

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang tlah hilang darimu
Yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun
Aku mampu tuk mengenangmu

Darimu...
Kutemukan hidupku
Bagiku...
Kau lah cinta sejati

Ooh...

Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau kenangan
Yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang tlah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Ooh...

Izleen said...

terjumpa dalam Utusan Online :
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=1107&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

"...Penjenayah yang didapati bersalah merogol dan jenayah seksual terutama ke atas kanak-kanak dicadang supaya dikenakan hukuman bunuh atau kasi.
Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Bukit Bendera, Hazlina Abdul Rashid yang menyarankan pelaksanaan hukuman kasi mahu ia dilaksanakan secepat mungkin..."

Pendapat aku lah, tak semua perogol guna "anu" dia, ye tak? Macam kes Nurin. HANJING(2) tu guna terung dan timun...so kalau kasi, buang anu dia, dia tetap boleh guna benda lain sebagai ganti, ye tak?

Hukuman bunuh je...buat nyemak lam dunia je HANJING2 ni.

mAi said...

My condolance toward adik Preeshena Varshinys' parents & family...

May Allah helps and guide us to bring the bastard to the justice!

Sampai bila kejadian sebegini mesti berlaku? Sampai bila kita akan diuji dgn kes2 sebegini? Sampai bila pemerintah nak sedar yg generasi kini makin tak selamat duduk & membesar di Malaysia ni?
Bila mereka nak sedar yg ini adalah antara isu terpenting dpd kempen pilihan/raya mereka?
Sampai bila mereka nak mengutamakan rakyat berbanding periuk nasi mereka?

Hai entahlaaa Luncai.... Apa yg mereka akan kata "Kalo rasa Malaysia tak selamat, haa berhijrahlah ke negara lain"... Tu je lah jwpn tidak bert/jwb mereka utk menangkis persoalan dr rakyat... Sickening...

ummi said...

Here in Singapore, they have before and after school student care centre.

Its something like Child care centre(aka Taman jagaan Kanak2), where working parents send their little children (age ranging from 18mths to 6 years old). So in the child care centre the children are grouped in classes depending on their age (nursery 1, nursery 2, Kindergarten 1, kindergarten 2). So, the little children spend the whole day until their parents fetch them in the evening.

As for the before and after school student care centre, its for children between the age of 7 and 12. Kira primary school level. If the children are schooling in the morning session, they will go to the centre after school hours(sebelah petang) and if the children are schooling in the afternoon session, the parents will send them to the centre early in the morning and they will go to the school from the centre.

Here, this is an alternative for parents who have to go to work but do not want to leave their children alone at home or with a domestic helper. Also, at the centre there are planned activities and tuition and thus the children time are occupied most of the time.

I'm not sure if they have such centres in Malaysia, but I personally feel that it is a better option than leaving your children at home alone.

ummi said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Unicorn,
Boleh tak download lagu kenangan terindah disini bolehlah share dengar. Saya lama tak tulis apa-apa kerana tension sangat menunggu penjenyah yang masih belum ditangkap.....bila agaknya? Alfatihah buat adik Nurin Jazlin.

Takziah saya ucapkan kepada ibu bapa dan keluarga adik Preeshena Varshiny...

Zulkifli said...

betul tu Unicorn...susah la cam ni...harga barang semua naik...kos of living terlampau tinggi...suami isteri kena kerja...nak ambil pembantu rumah pun ramai tak mampu..(kadang kadang pembbantu rumah pun malaun brongkos gak)...jadi terpaksalah tinggalkan anak sorang sorang...tapi inilah risikonya...

anak anak jadi tahanan kat rumah cam alcatraz..semua nak kena pantau....

kita kena jadikan Malaysia tempat yang selamat dalam ertikata sebenar....banyak undang-undang kena pinta...

mungkin government dapat membantu dalam hal ini...kalau tidak susahlah...

Zulkifli said...

Mai, kalau mereka katakan pada kita "kalau rasa Malaysia tak selamat pindahlah negara lain" bermakna mereka tidak bertanggungjawab atas kuasa yang diberikan kepada mereka...jawapan sambil lewa cam tu jika ada menunjukkan mereka bongkak dan tidak patut jadi ketua..."mereka bertangungjawab menjadikan Malaysia sebuah negara yang selamat...

Umi punya cadangan itu adalah cadangan yang bagus...tak salah kita tiru negara lain kalau bagus...jangan lah termaju termoden tapi keselamatan terhampeh buat apa..sampai anak tinggal kat rumah sendiri pun tak selamat...ada sekuriti lagi...kita patut malu tau ...sebab negara MAlaysia dah dikenali jangan pulak dikenali sebagai negara ter tak selamat pulak........jadi isu ini kenalah ditangani terlebih dahulu...selain dari isu kemiskinan, minyak naik itu dan ini naik...kalau negara tak selamat produktiviti negara akan terjejas...

saya tak sangka malaysia yang aman damai jadi macam ni...tolong authority do something...rakyat dah jenuh bagi idea hari hari...

Neasuci said...

Dear ummi...

There are such centres in malaysia. yes, I also believe that that is a better arrangement for the kids rather than let them stay alone at home without adult supervision. It is common for the KL folks to send the kids to religious school (after/before school), so these centres usually become like a transit for the children to have their lunch and mandi before they leave for their schools.

iszahani.. i agree 1000% on the proposal to hukum bunuh / castrate the penjenayah rogol lahanat dan bangsat itu. What is happening to malaysia? Looking at the nurin's case suspect CCTV, I jamin lever brothers yang penjahat tu orang Melayu. Apalah nak jadi? Menyedihkan betul. Tapi inilah realiti yang kita hadapi skearang. There's no used to bernostalgia mengenangkan betapa kanak2 zaman dulu used to be free, merayau2, panjat pokok kelapa, mandi sungai and yet at the end of the day, balik rumah dengan selamat. Itu semua nostalgia.... bak kata Samsons and unicorn, kenangan terindah. kita dah tak boleh bernostalgia. Kita kena hidup dalam masa kini yang semakin berbahaya. MAsalah hari ini, kita kena selesaikan cara hari ini. Dan satu cara yang mungkin efektif adalah mengenakan hukuman yang berat seberat2nya kepada pesalah rogol lahanat iaitu hukuman mati atau kasi. Tak payahlah cakap pasal human rights ke apa. These jahanam people don't deserve a second chance.

ps: Rest in peace, Nurin & Prisi. may Allah bless your souls and grant an unlimited of strength to your parents.

Zulkifli said...

Hukuman yang ada sekarang tak efektif penjenayah tak takut ...that's why government kena ubah hukuman yang ada sekarang...cara yang paling efektif ialah sebat di khalayak ramai dan hukuman bunuh di khalayak ramai...isu human rights tak perlu di timbulkan kerana penjenayah memang tidak berhati perut mereka bertindak inhuman dan human rights groups tak perlu membela mereka sebab mereka binatang...bernostalgia boleh ...mengapa tak boleh? Lirik lagu, pantun dan madah semuanya lahir dari angan angan dan nostalgia yang indah indah...sejarah tak boleh kita lupakan begitu sahaja...

Nurin yang dikasihi adalah satu sejarah yang akan di perbincangkan dan penyelesaian kepada kes ini perlu dicari...

Unicorn, benhaper semua nak malaysia jadi tempat yang selamat...tak salah mengungkap kenangan yang positif untuk ketenangan fikiran dan hanya satu sahaja...hukuman yang tegas kepada penjenayah penjenayah ni...dan sistem keselamatan yang bagus dan canggih...masyarakat kena jaga tepi kain orang lain dalam erti kata positif...

TaxConsultant said...

berita dari mstar online

Empat lelaki asing ditahan bantu siasatan kes Preeshena
07-11-2007 05:54:06 PM
KUALA LUMPUR: Empat lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan kanak-kanak perempuan, Preeshena Varshiny, yang dirogol dan diliwat sebelum dicampak dari tingkat dua sebuah kondominium di Batu Caves dekat sini Khamis lepas.

Timbalan Ketua Polis Selangor SAC I Mohmad bin Salleh berkata semua suspek yang bekerja sebagai pembantu kedai di kawasan kondominium berkenaan, ditahan sehari selepas kejadian.

Semua suspek yang berumur dalam lingkungan 20an itu masih ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan.

"Polis berharap supaya saksi yang nampak mangsa di saatsaat akhir supaya tampil untuk memberi apa sahaja maklumat bagi mempercepatkan proses siasatan," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di Ibupejabat Polis Daerah Gombak.

Preeshena, 9, ditemui mati dalam longkang di kawasan kondominium itu pada 4 petang dalam keadaan berpakaian bajuT dan berseluar pendek tanpa seluar dalam.

Pada mulanya, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kematian mengejut kerana kanakkanak itu dipercayai terjatuh dari bangunan kondominium itu tetapi laporan bedah siasat menunjukkan kematiannya mempunyai unsur jenayah.

Polis mengesahkan Preeshena dibunuh dan diliwat sebelum dicampak dari bangunan itu.
Terdahulu, pada majlis itu Mohmad menyampaikan cek RM30,000 kepada waris L/Kpl Jaya Balan Krishman dari IPD Gombak yang ditembak mati oleh penjenayah dalam serbuan antidadah di sebuah rumah di Taman Suria, Kampung Desa Aman, Sungai Buloh, pada 25 Okt lepas.

Dalam kejadian itu, seorang lagi anggota polis, Lans Koperal Alageson Malappan dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, turut terbunuh.
BERNAMA

Janganlah mengharap sangat, nanti kecewa lagi.

Izleen said...

nanti dengar "...dibebaskan..."

unicorn said...

aku takde maid dah lama.boring sebab mula2 dtg ikut kata ,pah tu maid (jiran) sibuk nak 'act' like a mother to my maid. lepas tu suruh pggl dia mak and mainkan jarum 'mencucuk'.pjg citer,anak2 aku yg kecik dibiarnya main gunting tajam sampai senget rambut adiknye dan dibiar main dlm kandang arnab yg busuk,maid aku sibuk bermesyuarat pagar.

bila takde maid, aku ajar anak djh satu balik sekolah sendiri dr mesjid(KAFA) ,pah tu aku balik dlm sejam kemudian.mmg terpaksa.now, tidak lagi.

but now, macam semua tempat 'hak' penjenayah.kita pula kena berkurung. how can that be? truth is,they are walking among us but we dont know who.

kenanga, i dont know how to upload or download the song but if u want to listen click the URL below;

http://www.youtube.com/watch?v=Yrv2D4htoro

Juz close ur eyes,imagine the sweetest moments you had with loved ones.....and dnt 4get alfatihah to nurin and other children who died tragically as her.

nurin jazlin adalah ahli syurga,dia diantara yang termuda terpilih untuk menjadi tetamu syurga Allah swt Allah ....

TaxConsultant said...

terpaksalah susah2 sikit. Keadaan sekarang dah tak macam dulu. Kena ascort anak2 walau kemana dorang pergi. Kalau ya beruang bolehlah upah bodyguard. Kalau jadi apa2 kita juga yg merana nanti. Dahlah merana kena pulak kena menjawab. Masyarakat pulak kutuk tak tau jaga anak.

TaxConsultant said...

persoalannya.. betul ke keadaan kat luar tu sebahaya yang kita fikirkan? Kalau tak percaya try ler lepas anak keluar. Aku rasa takde yang berani dah. betul tak? Pemerhatian aku ni.. sejak kes nurin ni, susah nak tengok budak2 main kat luar dah kat kawasan perumahan aku ni. kalau dulu ada nampak dorang bebas jer main2 kat sana sini. tak percaya? cuba perhatikan sendiri kat kawasan korang.

Unknown said...

Thank you, unicorn I will open the u-tube.

Still waiting for all the killers to be caught...ya, Allah tunjukkanlah jalan kepada kami semua...Amin

Unknown said...

salam semua pembaca, RECAP komen yang lepas. Oleh sebab kes jenayah ke atas kanak-kanak tak dapat dibendung,, Jadi kita semua tunggu je la giliran masing-masing. Kalau bukan anak kita, anak saudara-mara kita. kalau tak, anak jiran kita. kalau bukan, mungkin anak saudara jiran kita. Kalau bukan jugak, mesti anak kawan kita.. kalau bukan lagi, anak saudara kawan-kawan kita. Yang pasti, giliran kita akan datang selagi kes tak selesai. Jadi saya buka LIST.. nanti kalau ada kes baru, senang kita tambah. Syaratnya ialah penindasan (mati atau tidak) keatas kanak-kanak bawah 15 tahun (tak masuk yang lari dari rumah):
1/ adik 0001@Kg Baru (cabul, penjenayah masih bebas)
2/ adik 0002@Chow Kit (cabul, penjenayah masih bebas)
3/ adik 0003@PulauPinang (dibunuh/bakar, penjenayah sedang dibicara)
4/ adik Mohd KhairulNizam, 7 @klang (seksa/tikam, penjenayah sedang dibicara)
5/ adik NURIN JAZLIN, 8 @wMaju (cabul/bunuh, penjenayah masih bebas)
6/ adik 0004, 7 @?? (rogol ketika beraya, penjenayah ditangkap)
7/ adik Preeshena Varshiny, 9 @selayang? (cabul/bunuh, penjenayah masih bebas)
8/ adik Chin Kha Mun, 12 @?? (bunuh, penjenayah masih bebas)

mari kita ramai-ramai update/kemas-kini kalau ada kes baru

Unknown said...

Cuma nak tambah komen, saya setuju yang parents perlukan adult supervision. Tapi cuba lah berfikiran realistik, kalau kita baru dapat kerja dan baru pindah. Mungkin takde maid, jadi apa nasihat kita kat anak kita yang balik sekolah awal iaitu sebelum kita balik kerja... Selalunya kita kata duduk dalam rumah, kunci semua pintu dan janga buka pintu sebelum mak/bapak balik. Dalam kes ni... Semua yg adik Presheena buat ialah apa yg parents dia (atau kita) suruh anak kita buat. Cuma sapa sangka ada orang (berniat jahat) yg sengaja buat kecoh ketuk pintu macam orang gila nak mintak tolong. Cuba fikir, mungkin org tu kecoh palsu.. kata terbakar la dan macam macam lagi supaya pintu diBuka.. semua ini kemungkinan yang berasas.. Yg masalahnya camna ini boleh terjadi..
Saya keluar rumah pegi kerja awal pagi (around 6-45 am).. Kat tepi jalan punya la ramai kanak-kanak sekolah (dari darjah 1 sampai sekolah menengah) duduk tunggu bas... ada yg berkumpulan dan ada yg sender.. Cuba ingat penjenayah boleh tutup mata dan pilih mana suka.. Lagipun mungkin parents diorang takde cukup transport nak hantar sendiri macam kebanyakan kita. Lagipun diorang mungkin ada anak kecil lain yg nak kena hantar pust jagaan.. Tolonglah simpati kat org macam ni.. diorang berusaha keras nak support family.. Dah la harga barang naik melambung... Sana sini kena jimat.. Tiba tiba ada pulak anak kena culik n bunuh.. Pastu tak selesai jugak.. Ini sudah melampau..

Umm Sequim said...

Just nak nak beri pendapat .Tak tahu la pendapat saya ni betul atau salah . Pada pandangan saya la , immigran asing yang datang ke Malaysia lagi "besar kepala" daripada rakyat tempatan . Kekadang tu I tengok they all lebih daring n berlagak compared to us , Malaysians. I tengok rakyat asing seperti Bangla , Indon and Paki tak hormat langsung
kepada rakyat kita.Kita pulak takut kepada mereka. And the funny part is our authority pulak sering berlembut dengan mereka .
Based on my experience , Di negara asing if ppl like Bangla or Indon nak piket, protest or mogok , The very next day dia orang will face deportation without taking anything into consideration . Ni tak Indon nak mogok ... its ok ... Bangla nak protest it ok . Soon Malaysia will be like Bangladesh and Indonesia.Macam ni ke yang kita nak ??? Warga asing rogol n molest anak anak kita, a few months of jail term . Lepas tu keluar boleh kerja lagi kat Malaysia . Macam mana orang nak takut macam tu . Undang undang tak ketat and tak berat.

Basically Malaysia dah jadi macam negara asing bagi rakyat tempatan.
Indon and Bangla takeover , kita pulak macam menumpang . Nak pi jogging takut ,nak biar anak anak kat luar takut semua jadi takut .

Polis kata kebanyakan jenayah , dilakukan oleh rakyat tempatan. but lets say dalam 10 crimes tu, 5 oleh orang Malaysia dan 5 oleh rakyat asing ..if we can prevent the 5 crimes oleh rakyat asing tu kan dah baik.


I am not sure who said "kalau rasa malaysia tak selamat boleh pindah ke negara lain" Pemimpin yang kata begitu patut resign saja la. Tak guna jadi pemimpin . Betul tak? Instead of kata kat all those immigrants if u dont like to work here u can get lost , di kata kepada rakyat sendiri pulak .


Dan kepada family yang ada anak anak kecil tu , janganlah bagi sewa bilik kepada mat mat bangla, indon or paki macam sendiri cari nahas pulak .

TaxConsultant said...

aku setuju sgt pdgn tu. Tadi ptg lepas balik dr klcc bawak anak tengok aquaria, dalam lrt ada 3 mat bangla atau myanmar buat bising mcm org mabuk. Org lain relax jer. Suka hati mak bapak mcm dia sorang bayar tambang. Suka hati mak bapak buat negara kita mcm negara dorang. Nak jer aku belasah tp dorang belum tahap over lg. Sapa pemimpin yang cakap tu? Dia belum tahu kuasa rakyat jelata. Kalau aku tengok dorang tak ambik endah soal keselamatan ni. Tunggulah next election. Kita pakat ramai2 tukar pemerintah.

old lady said...

Setuju dengan pendapat umm sequim. Dah terlalu ramai sangat pendatang asing, yang kurang ajar dan tak menghormati budaya kita.

Minggu lepas KPN kata penyebar gambar autopsi akan ditangkap, sampai hari ni tak ada apa2 pun. Oh, saya lupa, bapak2 polisi sibuk menjaga keselamatan para peserta persidangan...

Semalam saya tengok ch 9 (terlupa tajuk program) berbicara pasal kehilangan. Ada seorang ustaz ni berkata, salah satu cara untuk kita menerima dengan redha dugaan terbesar Allah (apabila kehilangan orang yang tersayang), adalah dengan cara lebih mendekatkan diri pada Allah, dan berhijrah (berpindah).

Apa khabar ibu dan ayah, serta adik beradik Nurin sekarang.

Zulkifli said...

apo nak buekkan...kita ni baik sangat segala warga asing kat dalam dunia ni semua kita nak bawak masuk...rekod jenayah dia orang yang masuk sini pun bukannya kita check sangat pun masa bawak dia orang masuk...belum campur PATI lagi...

kes jenayah melibatkan rakyat tempatan pun tak tercover...bawak lagi orang luar ramai ramai...

tahniah...malaysia boleh...

time raya KL macam kat Dhaka dan JAkarta...salah siapa?

Zulkifli said...

ah ah kes autopsy apa ceriter? kata dah ada kena tangkap? akan di dakwa...? jangan sekadar janji manis mu saja...

unicorn , kejadian jenayah sekarang ni dah membuatkan kita jadi penakut...habis dah sistem keselamatan lemah...kalau jadi apa-apa "parents" dulu kena tuding kerana cuai...walhal dulu tak macam ni...negara maju tapi keselamatan mundur...nak amik amah...amah pun ada gak yang kes bunuh budak...eee seram seram...negara kita ni dah macam dipenuhi mak lampir dan pak lampir...

nak tangkap penyebar gambar autopsy pun makan bulan...Pembunuh? kelibat pun tak ada...gambar photofit sebelah ni? dah naik beku mata hitam ku...tak juga kena tangkap? apa jadi...mula mula jer dengar cerita ada kat bustand la ada kat dalam LRT la itu la ini la...kemudian senyap...bila senyap timbul la budak budak lain kena bunuh rogol...habis tu berapa ramai lagikah mangsa selepas ni? list yang dibuat oleh mrasd menunjukkan sistem kepolisian dan keselamatan kita lemah...tahap setokin yang tidak di basuh lima belas tahun...mungkin mereka ada alasan sendiri yang tidak diketahui...

kita kena buat macam dulu adakan rondaan ikut giliran macam RUKUN TENTANGGA...kenapa rukun tetangga...? sebab rukun tetangga adalah diwakili oleh penduduk setempat...yang bertugas ikut giliran...jadi semangat untuk jadikan tempat atau satu kawasan lebih selamat lebih tulen...

tengah tengah ronda tu ternampak pulak perompak nak robek rumah sendiri...kan time tu boleh balun ramai ramai...

minta gomen bekalkan cota dan sebagainya...tak boleh guna pistol belajar guna sumpit...

polis? boleh la ronda ronda sekali sekala...

jenayah terlampau banyak dan sukar di kawal..aktiviti mat rempit pun tak dapat nak dihapuskan,ragut dan penagih dadah pun ramai makin ramai..siap pekena dadah depan budak budak pun pihak berkuasa buat derk lagi...belum campur pelacuran, pondan memondan dan sebagainya...jenayah jenayah bunuh dan rogol kanak kanak makin bertambah...apa sudah jadi..paling sedih kanak kanak sekarang jadi mangsa...

kita pulak jadi takut nak keluar rumah bawa dia orang bersiar siar...

ni fenomena yang membawa masalah besar ni...macam mana nak buat kan ni...harap menteri-menteri bagi tumpuan pada perkara ni...kaji akar umbi benda ni...bak kata trey
7707 kalau tahap keselamatan masih teruk...kena ubah pemerintatah la jawabnya...bukan sebab pro pembangkang sebab dah fed up..orang putih kata menyampah you know...

harap harap rintihan ni di dengar....

Anonymous said...

Pendapat saya dalam isu jagaan anak dan keselamatan, Kita sama-sama kena bertanggungjawab ke atas anak kita. Anak itu memang tangungjawab kita. Kita kena la pikul tanggungjawab tu walaupun susah macamana pun. Allah berikan kita hidup susah senang untuk menguji diri kita sebagai ibu bapa.Kalau kita complain sana sini tak akan mengubah apa-apa. Anak kita tetap tanggungjawab kita. Jangan kita salahkan orang lain. Dan dalam masa yang sama, kita berdoa. Allah akan melundungi umatNya yang selalu ingat padaNya. InsyaAllah. Bila kita dah tak tahu mana nak dipercayai, kembalilah ke Allah. Jangan berhenti berdoa untuk keselamatan keluarga. Kalau tak ada dugaan, bukanlah DUNIA namanya. Kita jalankan tanggungjawab kita kepada anak-anak, cuba lindungi mereka sebaik mungkin dan terus berdoa. Dah usaha dan berdoa, then kita tawakal. Kerajaan tak boleh jaga kita yang berjuta ni. Setiap orang kena contribute, baru la boleh capai apa yang diinginkan. Kalau kita pun banyak sangat tak boleh tu Tak boleh ni, kita nak salahkan orang lain sebab tak bagi keamananan yang sewajarnya pun tak boleh juga. Kita kena lebih bertolak ansur. Kita cuba dulu lakukan part kita.

cikpuansue said...

duduk kondominium pun dah tak secure sekarang nie....

cikpuansue said...

kenapa ye saya peratikan.....byk security guard bukan org tempatan??

biar la org tempatan sendiri yang menjaga keselamatan kita....

cikpuansue said...

zulkifli,

masa nurin hilang polis sibuk nak puasa...masa dah jumpa dibunuh..sibuk nak raya lak....bila lepas raya...sibuk nak open2 house lak....abih tu camner?

aku hangin betol kalau belek balik surat khabar masa nurin baru2 dijumpai mati tu...confident jer statement kat paper "penjenayah tersebut akan ditangkap dalam masa terdekat" issshh...hangin betol aku...

cikpuansue said...

badan atau mana2 pihak berkuasa...tolonglah pantau ckit pendatang asing kat malaysia nie...diaorang buat perangai sesuka hati...diaorang nie:

1. bawa basikal arah lawan arus...
2. bawa basikal makan lane kanan
3. kalau jalan kaki...suka jalan ramai2...tengah2 jalan..so kalau kita yg bawak kete nak lalu..kena la hon....
4. kalau malam2 bawa basikal atau jalan kaki..suka pakai baju warna gelap...kadang2 lampu jalan takde..kita tak nampak diaorang...
5. kalau kat tempat jogging..tgk je lah..ramai betol minah2 indon n mat2 indon dok berdating....anak2 majikan diaorang biar main sendiri...ni je lah peluang diaorang nak berjumpa n dating..
6. kalau kat tempat joging..tempat2 exercise tu akan dijadikan tempat untuk diaorang duduk..so kita kalau nak guna kena muntak "kebenaran" diaorang la...
7. ada juga mat2 indon yang suka jadikan tempat joging tu untuk mengorat gadis2 tempatan yg dok jogging situ....
8. kalau naik lift dgn org2 nie, habis atas n bawah kita diarang perati.....(kalau boleh elak la naik lift dgn puak2 ni)

Zulkifli said...

memang kerajaan tak dapat nak pantau berjuta orang kita setuju..tapi mengapa terlampau banyak kes yang filenya tak bergerak itu persoalannya...
ramai sangat kanak kanak kena culik tak di cari dan hilang sampai hari ni...

kita berdoa dalam prinsip tawakal...macam sabda nabi ikat dulu unta tu dan baru tawakal...unta kalau kita lepas dah tu hilang kita lah kena salahkan...

cam tulah anak anak kita..kita kena jaga...tapi boleh ker kita pantau 24 jam...?


kita bertanggungjawab kepada anak anak kita saya setuju tapi polisi siapa yang buat? polisi kemasukan pendatang asing dan lain lain siapa yang wujudkan?

kelemahan kelemahan benda benda macam ini lah yang jadikan penjenayah tidak takut pada undang-undang...

terus terang saya katakan saya terlalu kecewa dengan bilangan budak budak jadi mangsa penderaan seksual, penderaan orang tua sendiri dan sebagainya...mesti ada kecacatan dalam sistem kita sendiri..
kes rogol bunuh dah terlampau banyak ..mangsa tak kira umur..

sue,

pendapat anda wa caya...sebab apa..kita pulak jadi takut kat pendatang asing ni...dia pulak boleh kurang ajar dengan kita...tengokla kalau hari cuti...baik punya lepak dia orang kat shopping complex kacau anak dara kita...


saya tidak kutuk kerajaan sekadar bagi pandangan... kalau dah pandangan rakyat di pandang remeh habis cam na....

Anonymous said...

Saya memang setuju yang banyak kes tak dapat diselesaikan oleh polis. Kekadang saya fikir, idea yang datang dari setengah tu dah memadai dan saya yakin sangatlah yang boleh dapat sesuatu, tapi still tak de bende. Adakah kita sendiri kena jalankan siasatan? Nak track down phone number pun kena ada police report. Jadi kalau tak de, kita minta tolong kawan pun tak boleh coz nanti ada yang kena buang kerja sebab expose nama pelanggan. Tu polisi diaorang pula! camaner ye??

Part orang asing ni saya memang tak suka betullah. Kekadang saya nak tanya barang kat supermarket pun saya rasa macam saya tengah shopping kat negara diaorang pula. kat shah alam ni berlambak nya lah orang asing yang kerja ngan supermarket. diaorang siap jadi cashier lagi. Pergi mydin hypermarket lagi banyak. Kalau nak hantar pulang semua lama la gamaknya. Lihat saja kisah 360 hari tu. imigran Siap buat banglo berderet dan rumah bukan main canggih. Rumah rakyat kita di tanah yang di kelaskan haram di runtuhkan. Tapi rumah orang imigran ni ok je pulak. Memang tak patut la kan.

joesniper said...

pagi2 makan nasik lomak,
tak cukup satu mintak duo,
kalau larat makan jadikan tigo,
dapek anak satu bagi pada omak,
dapet anak duo bagi pada mertuo,
dapek nak tigo tak tau sapo nak jago ...

bukan kebondoan yang dicaghi,
bukan kekayoan nan dikoja,
dah jadi adat zaman ini,
mak bapak kojo anak kono tingga ...

sobab tu masyarakat hilang kemasyarakatan,
menyebabkan manusio jadi setan,
takkan nak salahan kito mau pon korajaan,
tanggungjawab bersamo jago kosalamatan ...

wallahu 'alam ...

hari ni budak poie skolah kono cilok dek bohsia la pulak,
makin bertambah jonayah koliling kampuang,
marilah kito hidupkan budaya zaman tok nenek, anak ekau anak den, anak eden anak ekau juo ..

tehsin mukhtar said...

Polis dah check ke neibor2 kat kondo Preeshena? terus2 cekup pekerja asing...tah2 org yg mmg dok sana? tapi nak defend org pendatang ni, yg byk merompak Indon gak, spt umah neibor blakang i...what abt the guys who robbed the family in Kepong and then raped their 7 year old sampai terburai usus? dah cekup? berapa bulan depa dapat? sebulan penjara? All the parents of rape and violent crime victims...would be good if they get together and form support and lobby group...press for better investigation procedures, more policing, harsher punishment...why the high unsolved crime rates? kena buat kajian.....

Zulkifli said...

Tu ler Tehsin, sistem penyiasatan kita lemah lagi...

habis budak kena rape dalam rumah yang dirompak tu macam mana boleh kita salah kan parents kerana tak jaga?

adakah dalam kes macam ni mak bapak juga salah...? admitlah kita dah tak seselamat dahulu..
cerita-cerita politik yang mengatakan kadar jenayah malaysia ni antara paling rendah adalah omong kosong kerana setiap hari ada sahaja cerita orang kena bunuh...

selagi kita tak tegas pada penjenayah , selagi authority treat benda ni tidak betul betul SERIOUS...we the People going to suffer...


memang aku akui kerajaan tidak dapat pantau semua orang tapi polisi dan sistem keselamatan dalam genggaman mereka...kalau sistem tu gagal mereka kena buat sesuatu...kalau kita semua as tax payer dari datuk, mak bapak kita bayar tax tak boleh bagi pandangan dan idea susahlah...pak lah sendiri suruh bagi pandangan so kita bagi...

kalau penjenayah asyik terlepas sahaja macam mana ? bila dia orang nak takut...nak suruh publik pergi kejar perompak tu...nak mampus...dia orang entah entah ada parang ker pistol ker...Pak Lah, tolong tegur menteri menteri yang masih tidur..suruh jalankan tugas mereka...



apa rasa kalau rumah kita kena rompak ...anak kena rogol sampai terkeluar usus dah tu autoriti gagal cari penjenayah dan clue...apa kita rasa...?apatah lagi kalau kita pergi balai tengok file melonggok tak bergerak...?
come on la...

jangan asik kata kita masyarakat turut bertanggungjawab..yes itu aku admit..kita kena bersatu padu perangi jenayah..kena pantau jiran jiran dan kawan kita...tapi kalau jenayah berlaku juga macam tehsin kata...adakah kita menyalahkan masyarakt juga...autoroiti pun main peranan...Nurin kena bunuh pun autoriti point finger kat bapak dia ...ingat tak mula mula dulu...walhal patutnya mereka cari penjenayah tu sampai dapat...

adakah kita akan kata...oh susah tugas mereka bahaya .,..habis pada siapa kita nak harapkan...kalau satu dua kes tak apa la ni dah terlalu banyak...

sorryla kalau aku marah tapi memang pun...aku tak suka setan iblis ni terus bermaharajalela dan aku tak suka bila siasatan terlalu perlahan...kalau tak cukup anggota tambah lagi...pengganggur dikalangan kita pun ramai...

berapa ramai lagi nak kena mati, dirogol diliwat mayat kena campak longkang dan sebagainya...marah ni marah....

Green_Man said...

Seorang lagi budak hilang...

*******************

Gadis liar sorok budak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
Laporan Harian Metro 09/11/2007

KUALA LUMPUR: Seorang suri rumah kesedihan sejak lima hari lalu apabila anak perempuannya yang baru berusia sembilan tahun hilang, dipercayai dilari dan disorokkan seorang gadis 'bohsia' ketika dalam perjalanan ke sekolah di Sentul.

Nur Fatin Nabila Sulaiman, 9, dikatakan dipujuk gadis liar berusia 12 tahun terbabit supaya mengikutnya pada tengah hari Isnin lalu.

Selepas itu, Fatin yang tinggal di Flet Sri Perak di sini, terus ghaib menyebabkan ibunya, Kamariah Mohd Yusof, 40, kesedihan.

Usaha menjejakinya hingga kini gagal walaupun laporan sudah dibuat di Balai Polis Sentul, kelmarin.

Kamariah berkata, Fatin atau lebih mesra dipanggil Bella berjalan bersendirian ke sekolahnya kira-kira jam 1 tengah hari.

Bagaimanapun, katanya, dia mula bimbang apabila Bella tidak pulang ke rumah hingga jam 7 malam.

"Tambah membimbangkan apabila kakak Bella, Suhada, 14, memberitahu dia terserempak adiknya bersama gadis terbabit ketika membeli tepung beras di kedai berhampiran.

"Ketika itu, gadis terbabit yang tercicir persekolahan dikatakan menarik tangan anak saya meninggalkan kawasan berkenaan," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Sejak itu, Fatin tidak dapat dipastikan sama ada masih berada di sekitar flet berkenaan atau sebaliknya.

Gadis terbabit dikatakan tidak bersekolah, malah pernah terbabit dengan gejala tidak sihat seperti mempengaruhi kanak-kanak merokok, lari dari rumah selain bergaul bebas dengan remaja lelaki.

Menurutnya, penduduk mengenali gadis terbabit yang kerap dilihat duduk melepak hingga awal pagi di kawasan taman berhampiran.

"Dia yang bertubuh agak besar tidak sepadan dengan usianya turut mempunyai ramai teman lelaki hingga menimbulkan sangsi di kalangan penduduk. Gadis liar yang petah bercakap itu gemar menyembunyikan kanak-kanak lain di tangga flet atau rumahnya.

"Setahu saya, dia pandai memujuk kanak-kanak untuk mengikutnya sebelum disorokkan beberapa hari. Tindakan itu menyebabkan ibu bapa penduduk di flet itu bimbang anak mereka menjadi mangsa," katanya.

Kata Kamariah, gadis terbabit turut gemar menghidu gam beramai-ramai serta mengajak rakan sebaya menyertai aktiviti liarnya dan memperkenalkan mereka kepada kumpulan remaja lelaki kaki lepak.

"Sejak Bella hilang lima hari lalu, saya tidak henti-henti mencarinya siang dan malam, selain melakukan solat hajat. Saya pernah ke rumah remaja terbabit untuk bertanya sama ada Bella ada di sana.

"Bagaimanapun, remaja terbabit bersama ibunya enggan bekerjasama dan sekadar mendakwa tidak tahu. Namun, saya tidak puas hati apabila terjumpa beg sekolah anak saya di rumah mereka," katanya.

Sebagai ibu, dia tambah bimbang apabila pakaian sekolah anaknya turut ditemui dalam beg sekolah itu.

"Saya mohon orang ramai yang melihat Bella supaya segera menghubungi polis atau membawanya ke balai polis berhampiran," katanya.

Kamariah yang bimbang kejadian kes kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, berulang berharap anaknya itu ditemui segera.

unicorn said...

nih yang aku geram, pasal budak hilang di flet sri perak tuh, kata mak dia jumpa beg sekolah anak dia kat rumah budak perempuan liar tu.entah2 disorok dalam almari/bilik air atau di rumah lelaki2 kawan anaknya!.

kenapa polis tak soal siasat mak dia & budak prempuan tuh ?budak umur tu,sekejap jer cakap yg betul kalau tahu caranya.

expect the worse..bukan nak menakutkan tapi dengan kejadian yg kejam berlaku kpd kanak2 sebelum ni, perlulah cepat bertindak pak polisi! takkan nak fikir ,takpa..takpa...nanti baliklah budak tu,perkara biasa ler..mungkin bosan dok rumah..?!

zulkifli,aku setuju dgn kau & kebanyakkan teman2 lain di blog ini, warga asing banyak menyumbang kepada jenayah2 terutama jenayah berat,bunuh,rogol & rompak.ada maid sepupu aku,baik ler keje bila lama baru nampak belang,last skali dpt tahu,dia bunuh orang kat indon! mau kah anda semua ambik maid yg begitu menjaga anak2 anda? satu lagi ,laki dia tiap2 malam mengaji quran kuat2,tapi botol2 arak berbotol2 di tepi rumah!

Selain itu,vcd lucah & web lucah juga wajib di halang.kalau web swiss cash boleh di halang,takkan web lucah tak leh buat..?

aku tak puas hati banyak perkara,terutama penyiasatan pihak polis dalam kes kehilangan,rogol dan bunuh kanak2.

tambah sedih bila aku pandang mata anak2 prempuan ku yg kecil2..ya Tuhan..,terus terbayang kesakitan dan penyiksaan yg dilalui anak2 kecil itu terutamanya arwah nurin,27 hari ...terlalu lama,ianya terlalu lama penyiksaan dan kesakitan itu.!

Tolonglah semua ini perlu berakhir..! perlu solat hajat dan ikhtiar dengan apacara sekalipun perlu berterusan.

Green_Man said...

Seorang lagi kanak2 mangsa rogol, kali ini berumur 5 tahun.

Perogolnya warga Bangladesh, telah menghilangkan diri.

Laporan Buletin Utama TV3 sebentar tadi, 09/11/2007

Izleen said...

palamak..ter-miss laporan TV3 tu..tima kasih, Pendita Alam, kerana beri maklumat.

Bernama link : http://www.bernama.com.my/
"KUALA LUMPUR, Nov 9 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi today asked employers to stop the "craze" to hire foreign workers as the move will not contribute to human capital development but will instead have a negative impact on the nation..."

harap2 Pak Lah jangan lah salahkan majikan jer...tengok sekali golongan pekerja tempatan...depa pun ngada-ngada jugak, kerja sikit tapi nak gaji kalahkan CEO syarikat besaq. Kalau lah aku boleh dapatkan orang tempatan keje ngan aku, tolong jaga anak aku, tolong kemas rumah tetapi tak berkira, rajin, jujur, terus terang aku cakap aku tak kisah bayaq gaji tinggi dari gaji indon.

Pernah aku hantaq anak2 kat rumah orang, bayaq RM 500 untuk manpower dia je, bukan dia kemas rumah aku pun, anak2 aku semua dah tak pakai pampers atau minum botol lagi dah, tapi ngumpat kat orang pasal aku, kata anak2 aku bodoh lah etc lah, marah2 anak2 aku kata mak ko gatal, bapak ko gatal menyebabkan anak sulong aku yang 6 tahun pun tension, cerita habih kat orang kata aku selalu bayaq gaji dia lambat padahal tak pernah selepas 30hb, aku selalu balik malam lah padahal paling lewat pun lepas isyak, suruh aku beli biskut & milo untuk anak2 aku minum petang tapi dia pun ikut sama balun makanan anak2 aku, aku beli roti yang panjang RM 2.90 tu untuk sarapan anak2 aku budget 3-4 kali sarapan boleh lah tapi pagi tu jugak habih, dia sendiri cerita dia makan, laki dia makan, anak2 dia makan. Camana tu? Disebabkan perangai sundal orang tempatan cam tu lah kebanyakan orang ambik orang asing je keje maid. Walaupun tak perfect tapi sekurang2nya tak se-tension menggajikan orang tempatan.

Aku pasti pengambilan buruh asing boleh dikurangkan sekiranya orang kita berubah sikap "kekampungan" tu.

Siiiigggghhhhhh........que serra serra

tehsin mukhtar said...

5yr-old girl raped by family friend

By RASHITHA A. HAMID

""PETALING JAYA: A five-year-old girl was raped several times by a family friend who was renting a room in their flat.

The girl is believed to have been raped five times by the foreigner since Oct 13 at the Intan Baiduri flat.

The parents found out about the rape when a cleaner, sweeping at the 10th floor of the flat, spotted the suspect raping the girl and alerted the parents when they returned home from work.

Petaling Jaya deputy OCPD Superintendent Shukor Sulong said the girl's parents immediately took her for a checkup at a nearby hospital before lodging a police report.

The 22-year-old suspect had been renting a room in the flat for the past year.

The suspect went missing after finding out that the girl's parents had found out.

Supt Shukor said the suspect left behind his belongings including his travel documents.

According to his travel documents, the suspect had entered Malaysia via a student pass.

Supt Shukor said police are looking for Siraju Islam Siju, who was working as a security guard, to help in their investigations. Anyone who knows of his whereabouts can contact investigating officer Inspector Nor Asiah Ahmad at 03-7966 2081.""

...The parents found out about the rape when a cleaner, sweeping at the 10th floor of the flat, spotted the suspect raping the girl and alerted the parents when they returned home from work....

Does this mean the parents left their 5 year old daughter with a man??? After all that has happened??? Kalau bapa sendiri pun boleh makan anak, inikan orang luar/family friend!!! I give up. I really do!!!!

tehsin mukhtar said...

Pendita Alam, yang kakaknya dah nampak tak dapat tarik je adiknya, atau jerit minta tolong??? Kakaknya kan 14 tahun? Macam mana ni? Bukan nak blame...just wondering why? why? why? what? what? how?

Dalam umah tak selamat. Pi sekolah tak selamat. Mana2 pun tak selamat. Umno dan Barisan Tumpang Sekaki...tolonglah stop fanning all these racial sentiments and talking cock and empty rhetorics about 2057, glokal malays. corridor sana sini...get back to the basics!!!! Keselamatan rakyat, kemudahan2 asas, benteras kemiskinan, masalah sosial, practise accountability, transparency...get down from your gilded cages and out of your posh hotel coffee houses and retreats...turunlah tgk masalah dan keperluan sebenar rakyat...sedarlah diri tu..esok lusa mati masuk kubur..tak takut ka nak jawab kat Allah...

Green_Man said...

Seperti biasa..dah tangkap...bebas lagi...bilalah nak selesai???? Sama macam kes Nurin gak ni...tangkap...bebas...tangkap...bebas...

Mirip dgn penahanan waita indon dulu...akhirnya hantar kat imigresen sbb tak de permit.

Wal hasil balik asal daaaa...



*****************************

4 lelaki yang dikaitkan kes rogol dibebaskan

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Empat lelaki warga asing yang ditahan untuk membantu siasatan kes pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan, Preeshena Varshiny, 9, yang dirogol dan diliwat sebelum dicampak dari tingkat dua sebuah kondominium di Jalan Bukit Idaman, Batu Caves dekat sini pada 1 November lalu dibebaskan semalam.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Senior Asisten Komisioner (SAC) I Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka dibebaskan setelah polis berpuas hati dengan siasatan dijalankan.

“Kesemua mereka yang merupakan pekerja di kedai serbaneka kondominium itu dibebaskan setelah siasatan polis mendapati empat warga asing ini tidak terlibat dengan kes tersebut dan mereka dibebaskan hari ini.

“Mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya dan polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Empat orang warga asing yang berusia dalam lingkungan 20-an itu ditahan ditahan sehari selepas kejadian dan siasatan awal mendapati mereka tidak mempunyai rekod jenayah di negara ini.

Mohmad bagaimanapun memberitahu, kesemua mereka kini ditahan di bawah akta imigresen kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Jelasnya, tumpuan polis adalah untuk mengesan suspek yang bertanggungjawab terhadap kejadian tersebut.

“Polis berharap orang ramai bersabar dan memberi kami masa menyiasat kes ini,” jelasnya.

Mangsa yang merupakan murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan St. Mary, Selayang ditemui mati di dalam longkang di kawasan perumahan terbabit kira-kira jam 4 petang.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan berpakaian baju T dan berseluar pendek getah tetapi tidak memakai seluar dalam.

Pada mulanya, polis mengklasifikasikan mangsa mati mengejut ekoran dipercayai terjatuh dari bangunan tetapi laporan bedah siasat menunjukkan kematian mangsa mempunyai unsur jenayah.

Green_Man said...

Tehsin, saya sedang cuba dapatkan maklumat dari pengerusi penduduk kat sana. nanti saya update kat sini.

mrasd, saya dah bina satu website sementara utk kita listkan kes-kes yang telah dan sedang berlaku. Website ini SEMENTARA tunggu nurinalert.org siap.

http://alert.bestari.net

Ada sistem utk hantar info, saya akan updatekan info tu utk tatapan umum.

Kalau sesiapa ada idea, nak tambah apa2 ruangan yang patut, sila beri idea, kerja camni x boleh buat sorang2, mesti berjemaah.

Izleen said...

aku dah agak dah dibebaskan...why is it i'm not surprised.

"“Mereka telah memberi kerjasama sepenuhnya dan polis berpuas hati dengan keterangan yang diberikan,” katanya ketika dihubungi oleh Utusan Malaysia di sini, hari ini."

Oh jadik polis cuma tanya "ko ada buat?" depa jawab "tak de" so bebas?? Semen sample dari vagina budak tu ada buat comparison tak dengan 4 ekor tu punya dna? tak de rekod jenayah bukan bermakna depa tak pernah buat jahat, ye tak?

Yang bapak budak 5 tahun tu pun bengong...ada ke tinggalkan anak pompuan ngan orang luar cam tu. Tak kira lah dah besar ke kecik lagi ke..."kuk kuk" kena ketuk kepala mak bapak ni.

Izleen said...

kalau nak kata tiada semen sample yang boleh match dengan depa nyer dna, ada terpikir tak yang depa guna condom? kalau condom tak jumpa, dah tentu depa dah buang tempat lain, ada terpikir tak?

grrrrr........

joesniper said...

Tehsin Mukhtar said...
5yr-old girl raped by family friend

By RASHITHA A. HAMID

PETALING JAYA: A five-year-old girl was raped several times by a family friend who was renting a room in their flat.

.......................................

pa ka bodo mak bapak dia bagi orang asing bukan muhrim pulak tu masuk dan tinggal kat umah dia !!!!!!!!

budak kecik apa tau, dia mungkin ingat abang tu nak buat eksperimen ke hapa ke dia ikut jerr !!! mak bapak dia tu la tak skolah tol la mak bapak cam tuh ...

hancuss !!! masyarakat dah pincang cenggini !!!

heboh dok bersidang cakap perkara tinggi2 sampai 2057 hal2 cam gini tak terpikiaq ka kat depa tu nak cari jalan ...

kena bangunkan dan kuatkan bangsa Malaysia dari sekarang dengan kekuatan keselamatan, ekonomi, sosial dan mental ... ini tak, cuma kuat politaik jer ... cakap lebat, tindakan lewat... camana nak hebat kawalan dan keselamatan tersekat2 ...

joesniper said...

orang kita pun satu ...

kalau dengan indon sanggup bela, bayar beribu2, bagi makan, bagi pakaian, bagi bilik, bayarkan levi, bayar ejen, bagi cuti, bagi seragam, bayar itu bayar ini ... pengaruh buruk indon yang bakal jangkit kat anak tak nak kira ...

dengan orang tempatan nak bayar RM200, RM300 sebulan pun sakit ...

kalau dikilang pulak belikan beras, belikan sayur, bagi dorm ... kalau dengan orang tempatan pergi mampus la kalau dapat macam tu ...

bukanya memilih sangat orang tempatan dengan majikan tapi banyaknya majikan yang memilih pekerja ...

sampaikan tempat2 penting pun nepal dan bangla yang jaga ...

kerajaan pun satu, bagi lesen kat ejen2 cari pekerja ramai2 ... pastu amik la sekali penjenayah dengan alasan mana tau dia penjenayah ... senang jek mulut bercakap... cuba kalau permintaan pekerja tu kena melalui pejabat buruh macam orang malaysia juga, baru la ADIL ...

baru la tau tembelang ejen2 kuda belang tu ...

orang malaysia pun satu ... nampak orang asing takut2..

polis pun satu, kalau kita apa2kan orang asing tu kita yang kena ... patut2 kita la diutamakan ... salah ka betul ka, orang asing tu yang kena dihantar balik bukan orang tempatan .. kecuali la jenayah besar2 hukum la sekali orang tempatan tu .. ni tidak nak jentik orang asing pun tak boleh, silap2 kita kena penjara ...

dah terbalik la cara kita melayani tetamu jenis belanda macam tu ..bagi betis nak peha, bagi laman nak kebun, bagi tumpang nak memerintah ...

ada lagi teruk pemikiran orang tempatan sanggup kata 'kalau tak da indon Malaysia tak maju' ni lagi berat ... memang otak dah kena jajah ... nama jer merdeka 50 tahun, fikiran macam 5 tahun ..

imigresen lagi satu hal.. pendatang indon boleh kesan, yang dari india/cina tak leh nak buat apa sebab kaler sama ... tak boleh nak cam ...

tu la... sepatutnya kita cuma ada satu bahasa yang boleh membezakan orang tu malaysia ka pendatang ka ... ni tak dah 50 tahun merdeka, yang Melayu pun tak leh nak cakap Bahasa Malaysia ...

punah !!!

Green_Man said...

Kanak2 hilang telah ditemui...

***************
Bella pulang
Oleh Iskandar Shah Mohamed
Lapor My Metro 10/11/2007

KUALA LUMPUR: Hanya linangan air mata dan lafaz kesyukuran mampu diungkapkan seorang ibu apabila penantian mendebarkan selama lima hari akhirnya terungkai selepas anak perempuannya yang dilaporkan hilang dijumpai semula, semalam.

Nur Fatin Nabila Sulaiman, 9, atau Bella pulang ke rumahnya di Flet Sri Perak di sini, kira-kira jam 9 malam dihantar seorang jiran dan berada dalam keadaan sedikit keliru serta kebingungan.

Ibunya, Kamariah Mohd Yusof, 40, berkata dia tergamam bercampur gembira melihat anak kesayangannya itu pulang selepas dihantar seorang jiran yang juga ibu kepada rakan anaknya.

"Pada waktu itu, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya, begitu gembira dan teruja. Ternyata penantian selama lima hari tidak sia-sia.

"Saya bersyukur kerana Bella pulang dengan selamat dan terurus tanpa kecederaan," katanya ketika ditemui Harian Metro di rumahnya, semalam.

Kamariah berkata, anaknya memberitahu dia menginap di rumah rakan baiknya, warga Vietnam dan dijaga dengan baik oleh ibu bapa kawannya itu.

"Bella memaklumkan kepada saya keluarga warga asing itu melayannya dengan baik termasuk memberi makanan dan memandikannya.

"Selain itu, dia memberitahu dirinya selesa berada di rumah berkenaan kerana ada teman untuk bermain dan bergurau-senda," katanya.

Menurutnya, Bella sememangnya ingin pulang malam kelmarin kerana sudah keluar dari rumah pasangan warga asing terbabit dan menuju ke kediaman rakannya di kawasan berhampiran untuk mengambil beg sekolahnya.

"Saya difahamkan, rumah warga asing berkenaan sebelum itu diperiksa polis selepas rakannya itu dikatakan melaporkan perkara berkenaan.

"Bagaimanapun, Bella tidak berada di rumah berkenaan pada waktu itu kerana sudah pergi ke rumah rakannya. Pasangan Vietnam berkenaan pula dikatakan tidak ditahan selepas polis mengambil keterangan," katanya.

Kamariah berkata, ibu rakan anaknya yang menyedari hal itu menghubunginya sebelum membawa Bella pulang ke rumah.

Bella dikatakan mengambil keputusan untuk menginap di rumah di kawasan berhampiran kerana merajuk selain bimbang dimarahi ahli keluarga selepas melakukan kesilapan kecil.

Muka depan akhbar ini semalam melaporkan Bella dikatakan dilari dan disorokkan seorang gadis berusia 12 tahun yang juga rakannya ketika dalam perjalanan ke sekolah di Sentul, di sini.

Bella dilihat kali terakhir sewaktu berjalan bersendirian ke sekolahnya kira-kira jam 1 tengah hari sebelum menghilangkan diri.

Kamariah berkata, anaknya berjanji tidak akan mengulangi perbuatan seumpama itu dan turut meminta maaf kerana menyusahkan keluarga.

unicorn said...

pendita alam,tq for the update.

something's wrong with that child's background. mana ler anak2 org lain berani 'lari' dr rumah umur kecik gitu...ntah ler

harian metro lak pandai2 cop budak prempuan 12 thn tuh 'bohsia'.kesian mak die ,malu gaknyer. rupanyer ini kes kawan tolong kawan. tapi menyusahkan orang..aku piat kang kaki tuh!

Izleen said...

Pendita alam,

website http://alert.bestari.net tu excellent!

En.Jasni, the link which pendita alam had given looks more informative to be used for Nurin Alert. Great job!

Body Paint said...

the family of presheena has my condolences, i am very disappointed in the community of malaysia. the authorities should warn people nowadays of the danger of leaving kids alone because of the fact that crimes are getting more advanced nowadays, the influence of media has not yet seeped through everyone and it is a loss. the authorities have tried their best and more power to them as well in all their current and future investigations. these brutal killers should be locked up and never should they roam the streets as free men!

I have linked my blog to yours to show the people how much this means to me. keep up with the good job on alerting us and keeping us updated with the news regarding to nurin's case, also any other cases in the sense of the dearly departed girl. may presheena too rest in peace and may justice put her to rest soon.

TaxConsultant said...

kes ini semakin dilupakan?
tiada lagikah berita terbaru?
adakah orang ramai turut mula lupa?
adakah kita ini sahaja?
sanggupkan biarkan penjenayah kejam itu lepas bebas?
apa perkembangan terbaru siasatan polis?

Jasni AJ said...

Pendita Alam,

Nice job indeed. Will get the Committee to assess (and probably adopt) the dummy content for nurinalert.org.

Thanks Pendita Alam.

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Tajuk rencana : Children need adult supervision… aku nak pebetuikan… Malaysian need government supervision… geng semua, kalau aku silap, hang pebetuikan aku no…

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera...

Sue..

kalau dah semue kena mintak kebenaran dari mat2 ngan minah asing ni, namenye… kite menumpang ditanah air sendiri..

Itulah naseb kite lepas 50 tahun MERDEKA.


Joesniper..

Den setuju bona ngan kato2 ekau tu.. 1000 %

Untuk bersangka baek… bapak2 pulisi kite ni sebuk barangkali… tp entah sebuk apa, tak tau la kite nak teka..


Akhir sekali… teringat aku lagu yang kecik2 dulu aku nyanyikan sesame rakan2 semasa dibawah naungan GPMS…

Anak kecil maen api…
Terbakar hatinya yang sepi..
Air mata darah, bercampur keringat…
Bumi dipijak milik orang..

(macam sue laporkan diatas)

Herisyia said...

Dari pemantauan saya lah, kesemua kes jenayah rogol dan bunuh kanak-kanak ni hanya dapat diselesaikan dengan bantuan dari orangramai kalau nak harapkan pihak berkuasa yg selesaikan...jadi macam kes si comelku Nurin sampai sekarang makhluk durjana tu lepas bebas, semakin lama semakin hilang keyakinan rakyat semua terhadap kerajaan dan pihak berkuasa nih

~aishah~ said...

Inilah akibat dari gejala rasuah yang terlampau berleluasa. Sana sini polis sibuk rasuah. Sana sini tampal sticker "jangan rasuah" tapi tu semua drama aje. Beratus ribu warga asing masuk dan bekerja tanpa izin di negara ni tapi mereka bebas macam di negera sendiri. Mereka bebas buka perkampungan sendiri, sampai bina rumah mewah pun ada. Kerana apa? Polis Malaysia tak bodoh, anggota pun cukup sebenarnya tapi mereka lemak buat collection tiap2 bulan daripada warga asing ni. Itu la pasal! Tak terasa ke bagaimana semakin hari semakin Malaysia kita ni menjadi spt negara2 jiran2 kita yg kuat rasuah? Hmmmm...walau apa pun, pilihanraya akan datang korang akan tetap undi BN kan?? Saya bukan anti kerajaan cuma saya berpendapat bila mereka2 ini terlalu selesa, mereka takde motivasi nak serve rakyat aka pengundi sebaik2nya. So, saya seru, kita pakat ramai2 kasi gegar keselesaan orang2 BN supaya mereka tersedar!!!
Teringat kata2 Shahrizat Jalil bhw apa yg yg terjadi pd Nurin Jazlin tak akan terjadi pada kanak2 lain. Tapi lihatlah apa yang terjadi? Berapa orang dah jadi mangsa dan kes Nurin semakin suam2 kuku.

mAi said...

Membaca berita & ulasan dr Pendita Alam i was totally speechless dgn sikap sesetgh penjaga kanak2 ni...

At last PLEASE lah AUTHORITY esp the RULERS & POLICE, PLEASE lah PARENTS, PLEASE lah NEIGHBOURS, PLEASE lah anybody out there, PLEASE BACK TO THE BASIC!!! Which i mean, BACK TO RELIGION & MORALITY. Bagi yg Islam, kembalilah kpd ajaran2 Islam.. Semua sudah digaris-pandukan!

Nilah natijahnya jika meletakkan KEMAJUAN MATRIALISTIK adalah segala2nya... Kemajuan modal insan? I dunno wat Pak Lah means... All seems only towards WEALTH, MONEY, MATERIAL and all related things... Nyata sekali! Tak perlu berdolak-dalik...

Sighhhhhh... dunno wat to say anymore... Speecless but yet i've spoke it out...

rosmera said...

Salam buat warga Malaysia yang prihatin,

Sedih, marah, pilu...dan susah untuk digambar dengan kata-kata...

Anak-anak adalah permata dan hadiah berharga, daripada ILLAHI untuk umat manusia...

Mereka harus disayangi dan dilindungi,mereka adalah amanah ALLah itulah yang pasti...

Siapalah kita untuk mengingkari...

Buat mereka yang tiada hati dan pekerti, ingatlah tiada apa perbuatan kita yang tersembunyi di SANA...

Hanya doa yang kami panjatkan moga-moga keinsafan SEGERA menjelma.Ya Tuhan, putihkanlah hati yang hitam...

Buat anak-anak yang telah kembali padaNya... walau memori dan ingatan seringkali mengusik jiwa,hanya doa penguat lara...

Ya Rahman,
berilah kami kekuatan jiwa
Ujian ini sangat MAHAL harganya...