Tuesday, November 27, 2007

Kes Nurin paling dapat tumpuan - Merdeka Centre


KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mendapat liputan meluas media massa tempatan September lalu memberi kesan mendalam kepada masyarakat berbilang kaum negara ini.

Kaji selidik yang dijalankan firma penyelidikan, Merdeka Centre dengan kerjasama The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) mendapat 43 peratus responden yang meletakkan kes membabitkan kanak-kanak itu pada kedudukan teratas.

Pengarah Merdeka Centre, Ibrahim Suffian, berkata walaupun selepas sebulan kes Nurin Jazlin berlalu, kejadian itu tetap mendapat tumpuan masyarakat apabila mencatat purata 95 peratus responden mengetahuinya.

"Kes itu (Nurin) juga mencatatkan kadar pecahan tinggi mengikut kaum iaitu masing-masing 99 peratus responden kaum India mengetahuinya, diikuti Melayu (97 peratus) dan Cina (92 peratus).

"Daripada responden yang ada, 47 peratus berpuas hati usaha polis menyelesaikan kes itu," katanya.

Isu lain yang turut mendapat perhatian umum adalah pendedahan Laporan Ketua Audit Negara (12 peratus), perbicaraan kes pembunuhan rakyat Mongolia, Altantuya Shaariibu (9 peratus) dan demonstrasi jalanan di Batu Burok (8 peratus).

Selain isu jenayah dan keselamatan awam, isu lain yang turut mendapat perhatian adalah masalah sosial, rasuah dan salah guna kuasa serta ekonomi.

Ibrahim berkata, 30 peratus responden berpendapat setiap anggota masyarakat bertanggungjawab menjamin keselamatan semua pihak, manakala 24 peratus lagi meletakkan tugas itu kepada polis dan pasukan keselamatan lain.

"Manakala 18 peratus responden menganggap kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dalam hal keselamatan, manakala 15 peratus lagi berpendapat ibu bapa dan keluarga juga wajar memainkan peranan masing-masing," katanya.

Mengenai tugas yang dilaksanakan polis, sebanyak 58 peratus responden secara purata berpuas hati dengan polis iaitu 76 peratus bagi India dan Melayu (72 peratus).

Berkaitan klip video kes Lingam yang mengandungi perbualan telefon seorang peguam terkemuka dengan hakim kanan untuk mengatur pelantikan hakim di negara ini, secara purata responden sama ada di bandar atau luar bandar dan pecahan mengikut kaum, masing-masing memberi maklum balas seimbang.

Bagaimanapun, 50 peratus responden tidak mengetahui mengenai isu klip video itu, sekali gus dilihat tidak memberi kesan kepada undi mereka pada pilihan raya umum akan datang.

Selain itu, 51 peratus responden menganggap institusi kehakiman menjalankan tugas dengan dipengaruhi politik, manakala 23 peratus berpendapat badan kehakiman itu melaksanakan tugas dengan adil.

- Berita Harian

25 comments:

Zulkifli said...

47% berpuashati dengan siasatan polis manakala 53% tak berpuashati...hmmm aiman rasa cam tak percaya la mak

zetty said...

we want result!!!..kalau paling dapat tumpuan..citer CT nurhaliza kawen pun dapat tumpuan jugak..
apa jd pada pembunuh?? masih berkeliaran..?? polis buat apa?? tido??

arilzura said...

petikan dari harian metro online

‘Tiba-tiba dia larikan bayi saya’

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya menjerit meminta tolong sambil mencari remaja perempuan yang melarikan anak saya,” kata Norimah Tantalih, 31, menceritakan detik cemas itu di Hospital Kajang, semalam.

Menurutnya, walaupun terpaksa menanggung kesakitan kerana baru beberapa jam melahirkan anak, dia tetap menguatkan semangat mencari remaja itu di sekitar wad, tetapi tidak menemuinya.

Dalam kejadian jam 6 petang Ahad lalu, Norimah sedang berehat di atas katil wad bersalin hospital terbabit manakala bayi lelakinya berada di sisi sebelum mereka didatangi seorang remaja berusia 16 tahun.

Gadis tidak dikenali itu memberitahu Norimah bayinya sangat comel, tetapi tidak menyangka dia berniat buruk.
Dia tiba-tiba mendukung bayi itu dan beberapa minit kemudian melarikan diri membuatkan si ibu tergamam.
“Saya yang terkejut dengan tindakan gadis terbabit menjerit meminta pertolongan,” katanya kepada Harian Metro.

Kata Norimah, dia hampir gila dan menangis hingga jahitannya terbuka disebabkan baru beberapa jam melahirkan anak.

Namun, dia tidak menghiraukan kesakitan apabila berlari di sekitar wad untuk mencari gadis terbabit.

“Saya meminta bantuan kakitangan hospital, mujurlah mereka bertindak pantas menghubungi polis dan berjaya mencatatkan nombor plat motosikal dinaiki remaja itu bersama rakannya,” katanya.

Tindakan pantas pihak hospital menyebabkan polis segera melakukan sekatan jalan raya di hadapan hospital dan sepanjang Jalan Semenyih.

Norimah berkata, polis menahan dua suspek bersama bayinya dalam tempoh 30 minit.

“Sejam selepas kejadian, bayi saya dikembalikan dan bersyukur kerana dia tidak dicederakan. Saya betul-betul risau jika mereka mencampakkan bayi ke atas jalan jika ditahan polis,” katanya.

Dia berterima kasih kepada polis dan kakitangan hospital kerana dapat mengembalikan bayinya dalam keadaan selamat.

Norimah melahirkan bayi lelakinya pada jam 9.35 pagi Ahad lalu.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kajang, Superintendan Toha Abdullah, berkata polis menyelesaikan kes terbabit berikutan penangkapan empat gadis remaja, seorang remaja lelaki dan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an.

“Polis masih menyiasat motif di sebalik penculikan itu dan hasil siasatan awal mendapati mereka mengambil bayi berkenaan kononnya untuk diserahkan kepada rakan,” katanya.

Semua suspek direman sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.

Jurucakap Hospital Kajang ketika ditemui enggan memberikan sebarang ulasan berhubung kejadian itu.

Zulkifli said...

bunga layu, kalau polis buat macam kes dalam harian metro tu dah tentu kes Nurin tak jadi cam ni... kata kata saya ni cam cuba menyalahi takdir...tapi kalau usaha setakat cam ni cam ni lah result dia

Zulkifli said...

I'm not sure whether this case got he most intention..if it is the murderer for sure be in jail by now waiting for trial, or atleast being remanded...

I wonder what took them so long...from the day our little Nurin being kidnapped until now nothing seems to be happening the way all of us want it to be...

this is a nightmare for all of us folks ...a very long nightmare...

a sad day for all the children and Parents in Malaysia...

tehsin mukhtar said...

so, IGP...mana dia org belakang autopsy pics tu? don't tell me u need rocket science to figure that out???? at least give us that creep!!!!

ya Allah, how can they just walk in and run away wth smeone's baby??? what the hell is wrong with Malaysians nowadays???? Poor mother...sampai terkoyak2 jahitan...what the hell did the 16 year old's mother give birth to?

kudos to the police and hospital for their quick action and a great job done in ths case..see...they CAN succeed if they want to...

unicorn said...

rasanya polis ini bagi jwpn 'dlm siasatan' dan mahu m'kat tutup mulut dan believe it..?

i rasa kita perlu ada forensic psychic dan hypnosis dlm PDRM,makna mereka juga polis dan terima gaji TAPI PAKAR dlm area itu.mmg bukti diaorang tak boleh bawak kat court tapi dinegara barat pertolongan diaorang ni bawak polis jumpa mangsa dan pelakunya sekali. bukti hitam putih pula itu keje polis (detective) kena cari.

crime kat m'sia makin tinggi ooiii!
50% rakyat malaysia buat 50 % warga asing penyangak tu buat.

geramnya pada iblis pembunuh kanak2 ni! aku selalu berdoa iblis tu dapat penyakit teruk!geram sampai aku fikir boleh ludah atas mayat mrk kalau dah mampus...

LiaCatrina said...

setuju ngan unicorn..aku bukan setakat nak ludah mayat IBLIS tu, tapi aku memang dah nekad kalo sampai dia tertangkap dan dibawa ke mahkamah,aku akan tunggu dia..kes ni kalau bicara mesti kat Mahkamah Tinggi Selangor kat shah alam, aku nak tunggu dia kat sudut2 laluan pesalah kat mahkamah tu..moga doa aku ni dimakbulkan Tuhan..apa nak jadi pun jadilah...

tehsin mukhtar said...

Police Say 80% of Crime Committed by Locals
Friday, October 5, 2007

4 October 2007
Kuala Lumpur

Committee chairman Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh from the Parliamentary Select Committee on Integrity said yesterday that contrary to popular belief, 80% of the crimes were committed by locals and not foreigners.

He told reporters that there have been cases when local criminals used an Indonesian slang to fool people into thinking that they are foreigners.

Dr Wan Hashim said that although it was natural for the crime rate to rise as the population grows and more foreign workers migrate to the country, the growth of the police force has not been trending up. The current ratio is one policeman to between 500 and 1,000 people, which is below the expected ratio of 1 to 250.

He added that the Government's plan to recruit 60,000 policemen over the next five years will not be adequate to meet the growing police force demand.

zalwani said...

47% berpuas hati ! ape bende nie.. kes ni belum selesai, masih dipertengahan jalan. puas hati kat mana lak ni. betul kata zulkifli.. aiman tak payah la percaya. lagipun figure2 yg dia bagi nipun mcm rekacipta semata2.kami masih berharap agar tuhan memberi pertunjuk agar penjenayah iblisss tu tertangkap. diharapkan polisi2 tu menyiasat bersungguh2 dan iklas.harap2 penyiasat kes adik nurin terdiri dari golongan polis2 yg bersih, cekap dan amanah. kal;au tak susah nak dapat pertunjuk dari allah. sorryla ye

unicorn said...
This comment has been removed by the author.
Zulkifli said...

tehsin, 80% crime comitted by locals...another way to justify tindakan bawa masuk segala pendatang asing? hmmm dulu dia orang kata kat penjara di penuhi ramai pendatang asing....

autopsy???????????apa dah jadi??????

unicorn said...

i dont know tehsin but the truth is, jenayah yg berlaku di kalangan keluarga dan kawan2 80% indonesia.

last month, my sister's hse kena masuk perompak 3 org,diaorang pakai tong gas pecah pintu maknanya diaorang tak kisah atau nekad kalu semua org bangun.mahu diikat tangan sumo nasib baikler tak di apa2kan. my cousin diragut depan rumah,tgn di parangnya.bila di cuba telepon h/phone (yg ada dlm h/bag diragut tu) dengan selambanya mat indon jwb,katanya
kak zah dalam hospital ,dia sakit..!(macam menyindir lak..!)

dan saya sendiri pernah diekori 2 org indon semasa menunggu bas di bas stand klang bbrapa thn dulu.nekad terus masuk bas yg nak bergerak tanpa melihat no .bas kerana takut sgt..!

sy marah sebab sepatutnya mrk tahu bumimana yg sedang dipijak dan tahu menghormati warga tempatan barulah org kita boleh terima. sy pernah keindonesia ,sy tak berani untuk berkelakuan 'melebih' dan lebih berhati2 dlm setiap tutur kata maklumlah tempat org.tak boleh ke diaorg berbuat benda yg sama disini?

sy harap iblis yg terlibat kes nurin BUKAN warga asing kalau tidak sy akan bertambah marah dan IGP,immigration director dan menteri2 berkaitan patut resign.period. itu pendapat sy.

Zulkifli said...

tak lama lagi raya haji ...mungkin kembali menghadapi lemang dan ketupat pulut...

old lady said...

Bertepuk tangan keseronokanlah penjenayah2 asing indon kat malaysia bila dengar statement polis tu.

Saya rasa penjenayah gambar2 autopsi tu adalah di kalangan pegawai2 polis sendiri, sebab itulah sampai sekarang masih senyap. Kalau yang menyebar tu orang hospital, dah lama dah kena dakwa. Itulah, siapa suruh lambat2kan tindakan, orang dah membuat khabar2 angin.

Jadi, Tuan IGP janganla nak buat statement lagi tak usah percayakan khabar angin. Cakap tak serupa bikin.

Saya dah bosan menunggu....

tehsin mukhtar said...

tak tau la what to believe in this country of spinmasters...dah tau polis tak cukup ratio..what's da plan??? plan to fail lagi??? gambar autopsi...if I were Nurin's family...i would sue the authorities for negligence and cover-up...but i guess they are now more frustrated the murderer tak dapat2...

Zulkifli said...

agree with Tehsin...gambar autopsy tu dalam kategori kes memalukan...Jazimin can actually sue the authorities....unless memang dalam penyiasatan (perkataan selalu didengar) ..kita tak tau...tapi ini terlalu lama kerana laporan sendiri menyatakan hanya dua orang sahaja ada kamera dalam bilik autopsy tu...tak akan dah macam ni punya lama tak dapat nak remand lagi? atau sepatutnya dah di dakwa dah ni...

kalau dah kes yang macam ni pun tak dapat nak tangani macam mana lagi nak dibuatkan....? sedih tahap kronik dah ni

unicorn said...

zul, tahap sedih kau sama ngan tahap sedih aku,kronik,serius,tenat lagi memenatkan.

setuju ngan mak farrah, mmg polis yg sebar.kalau pihak dia dgr,mesti komen stereotype akan dikeluar..'JGN BUAT SPEKULASI..!'

kalu tgk CI,astro,citer pasa 'bad cops' di amerika boleh di buat dokumentasi program tv tapi kat m'sia pihak berkuasa kebal.

tgk ler 2 polis kes altantuya, berselubung ngan tudung hitam,muka pakai topeng putih..apahal?!
macam watak hantu pembunuh dlm dlm 'i know what u did last summer' lak

Zulkifli said...

unicorn, sedih tak tertanggung bila kebebasan anak anak kita tersekat...kita sendiri terpaksa sekat...kalau tak, kena apa apa mak bapak kena dakwa...nasib mak bapak sama dengan anak anak...kita terpaksa ajar mereka jadi penakut ...dan kita sendiri berada dalam ketakutan...kita sendiri sebagai orang tua pun tak tau keselamatan kita pun tahap mana...kejadian bunuh tak kira tempat dah sekrang...kat dalam public toilet pun boleh kena bunuh...terpaksa la bawak botol lepas ni untuk membuang rasa "berat"...

bab 80% jenayah dibuat oleh warga tempatan tu minta maaf la ...aku tak percaya....

apapun itu tak boleh dijadikan justification untuk bawak "dia orang " masuk sesuka hati sampai periuk nasi rakyat sendiri tergugat...

bad cops kalau dedahkan kat sini mau beratus ratus siri...aku heran tu yang autopsy tu ...dari dulu kata file forward dah...kes tu rasa aku tak ler susah sangat cam kes altantuya sebabnya...ada dua orang aku ulangi "lapan lagi" dua orang yang ada kamera...dari dua orang tu la dapat tahu siapa yang ada access to the file...kot itu pun tak dapat...guano? susah la cam ni....

ah ah polis kes altantunya tu tunjukla muka...memang tul cam hantu I know what u did last summer...clue sebenarnya banyak...aku rasa kes Nurin ni banyak clue dia...tapi entah la dah "kelu" dah cakap pasal clue clue ni cam tak kena peduli...

azryna said...

"Daripada responden yang ada, 47 peratus berpuas hati usaha polis menyelesaikan kes itu,"

Kalau exam, 47 dah kira pass. I CANNOT believe that ada orang yang berpuas hati! Hellooo!!! "menyelesaikan kes"?? I don't recall any penyelesaian.

Remember our former PM once said "Melayu mudah lupa"?. Are they counting on this? Tough luck! No Melayu, no Malaysian is going to forget that the case is not solved yet.

azryna said...

Ya Allah, sesungguhnya pasti ada hikmah as to why the @#$!&*%^ is not captured yet. And I hope that by the time the *(&*%&$%$* is captured, we will be able to STONE HIM TO DEATH, IN PUBLIC, and it be the most remembered warning to all the *&&%^$%#^%& in Malaysia. And our world will be a safe place for our precious ones. Amiin..

Zulkifli said...

47% tu mungkin warga asing yang tak tau pasal kes ni kot...ialah pendatang haram baru turun tongkang pergi tanya dapat la jawapan macam tu...seriously aiman memang tak percaya....

majoriti kat dalam blog ni pun tak puas hati ....termasuk Detective conan dan unicorn..aku pun sama....

unicorn said...

aku ingat Dr wan hashim tu keno kelentong..!kalau dah 80% warga tempatan buat,maka 20% warga asing ler..NO WAY i wld believe this!

yg lucu betul statement dia ...
' there have been cases when local criminals used an Indonesian slang to fool people into thinking that they are foreigners'...tak masuk akal langsung.

cthnyer.katalah dlm dok tergesa-gesa merompak ,mengejar masa 2,3 minit tu sempat lagi nak 'imitate' indon punye slang ker..? it doesnt make sense.

unicorn said...

zul & azryna, peratusan itu mengarut! 47% puas hati on what?

ada development dlm siasatan kes ini? nothing sejak 2 bulan lalu..!

yg keluar statement 'JGN buat spekulasi..! kalau o/ramai tanya pun jwpnnya dah dpt agak

Zulkifli said...

unicorn, statistik tu statistik mengarut...sorryla aku tak percaya langsung 80% orang kita yang buat jenayah dan 47% puashati hasil siasatan ...hasil dia mana?

dalam 100 hari ni adalah tangkapan dibuat iaitu tangkap muat...itu jerla...

lain lain tak ada lagi...err"jangan buat spekulasi" ..suka hati eden la nak buat spekulasi...eden bayar tol, mak bapak eden bayar tol...

habis kalau dah macam ni apa ke hal