Tuesday, November 20, 2007

Kes Nurin: FBI gagal kesan nombor plat motosikal

KUALA LUMPUR: Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat juga gagal untuk meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, Dewan Rakyat diberitahu.

Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Bahrum berkata FBI gagal mengesan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki seorang lelaki yang dilihat dalam rakaman itu.

"Kita telah minta kerjasama FBI untuk membuat penilaian daripada gambar CCTV itu, namun masih tidak dapat kesan nombor plat motosikal berkenaan," katanya menjawab soalan Datuk Mohd Razali Che Mamat (BN-Kuala Krai).

Mohd Razali ingin tahu perkembangan terbaru kes pembunuhan kanak-kanak berumur lapan tahun itu yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu dan kemudian dijumpai mati pada 17Sept.

Antara segmen rakaman CCTV itu menunjukkan imej seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dengan membawa sebuah beg sukan berlegar-legar di luar bangunan kedai tiga tingkat di Petaling Jaya pada 16 Sept lepas.

Lelaki itu kemudian mengangkat beg itu dari motosikalnya dan meninggalkannya di tepi tangga tingkat bawah premis itu sebelum beredar dari situ.

Mohd Johari berkata polis masih meneruskan usaha untuk mengesan lelaki tersebut dan berharap orang ramai dapat membantu memberi maklumat.

- BERNAMA

11 comments:

rone said...

We heard very sad news from dewan rakyat last night...the bastard killer still around

joesniper said...

kalau FBI tak boleh kesan,
mungkin CIA atau KGB boleh ...
PDRM apatah lagi tak bolehnya ...
gembiralah penjenayah tu ...
semakin bahayalah anak2 kita ...

tapi pencarian penjenayah tak boleh berhenti ...
agar jenayah sebegini akan mati ...
tak kiralah berapa lama atau beberapa orang lagi ...
yang mungkin senasib dengan simati ...

ya allah ya tuhan kami, berikanlah kami petunjuk dan hidayahmu, berikanlah kami kekuatan dan jalan untuk memerangi kemungkaran ini ... Amin ...

Izleen said...

Ya Allah...sesungguhnya semua ini adalah ujian dari Mu. Permudahkanlah urusan hamba Mu ini, Ya Allah. Sesungguhnya Engkau lah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Mengetahui.

En. Jazimin, Pn. Norazian & En. Jasni, serta kengkawan bloggers, teruskanlah membaca Surah Ikhlas semoga yang tersembunyi akan terserlah dan teruskan mengadakan solat hajat.

cikpuansue said...

kalau tgk cite2 omputih kat TV tu FBI kenmain canggihnyer...

berita2 mcm ni sungguh mengecewakan...

the killer out there must be laughing now...

Amalina said...

hmm...FBI pulak yg gagal...

unicorn said...

cuti sekolah ni tak tahu la,sepatutnya anak2 ada extra time untuk ke playground dan main basikal sekeliling taman tapi...mesti mereka 'memberontak' dan bosan kalau dok berkurung dalam rumah je. nak hantar camp2 bukan murah dan perlu kepercayaan juga pada organizer .tak boleh main anta je.

ni lagi satu, takkan siasat plat motor je.ada tak di monitor 4 org yg direman sebelum ni?

ada member cakap perlu buat 'elimination' process,sapa2 yg disuspek termasuk kaum keluarga sendiri(no offence!) perlu test DNA,kalau tak match,'eliminate' dan jalan kan kepada yg seterusnya.

can the police do that?

Zulkifli said...

hmm dah 8 juta idea dah unicorn ...mungkin dia orang tengah buat (nak menyedapkan hati) entah ler ...teruskan memblogging..

left_wings said...

FBI tak dapat kesan??...kena mintak tolong ustaz harun Din ni...

Nic said...

tergelak dgr jawapan menteri kat dewan rakyat tu. Kalau setakat jawab macam tu, tak perlulah jadi wakil rakyat.

susah2 sangat mengaku jekla yg kes nie tak boleh diselesaikan sbb ada kepentingan, ataupun kes ditutup..

benci tengok pemimpin Msia sekarang nie.

unicorn said...

zul, ye la banyak beto idea kita kasi.tapi aku rasa yg plg nak dengar tang perbualan handphone moorcycle guy u dgn accomplice nya pagi dia drop arwah tuh. pasa datuk johari tak komen pasa tu dlm parlimen?

kalu lah mung tgk CI kat astro tu,dia org buleh pegi cek bendo gitu dalam 48 jam!

c.l..a betul dua ekor iblis laknat tu!

mie_taiping said...

Kalau fbi tak dapat, sebarkan video tu ke public untuk di download. Pastu ada someone expert outthere. Maybe I can help too...