Tuesday, November 13, 2007

‘Don’t reveal details’

By MOHD YAAKOB YUSOF

NURIN Jazlin’s father, Jazimin Abdul Jalil , has asked police not to reveal the details of their ongoing investigation.

He defended police action to keep mum, saying the culprit could be reading the newspapers and would know what the authorities are doing.

“He would escape the law and police would take more time to solve the case. Let them carry out their investigation.”

When told that police had said it was not practical for them to keep releasing statements on new information received, Jazimin agreed.

The former cabbie said the culprit would know the status of their investigation if every detail was in the Press. Jazimin said as long as police are still investigating the case and keeping him informed, it was not necessary for them to make the information public.

“The culprit will be caught and I want to know who he is.” Yesterday, The Malay Mail had reported that Jazimin had not lost faith in the police, despite the absence of any development in his daughter’s case.

Jazimin was quoted as saying that, at one point, when media suggested that police did not have any leads on the case, he was frustrated and dejected. After a recent meeting with a senior officer, he was confident that his daughter’s killer would be caught.

- The Malay Mail

33 comments:

Unknown said...

Sedap sikit rasa hati bila dengar berita ini. Saya setuju jika perkara ini masih disiasat. Sabar menanti asalakan pembunuh dapat ditangkap dan dihukum.....

steph said...

Yes, I also feel wee better knowing that the police has not given up, that they seem to have leads to trace down the culprit soon.

Yes, we all survive on "Hopes" to get our days by. Small or big hopes, we thrive on it in order to survive in this world which is so full of distress and disappointments, day in day out.

Whatever that will happen will not bring Nurin back to life, but what we want to see is, her death should not be in vain or pointless, that when something good come out of it to benefit the society, she will be remembered in good memory. I am sure this will draw comfort to her beloved family who can then go on with their lives.

Most important of all, I want to see her perpetrator be caught. Police, please prove to the evils and criminals that there is no place for them in Malaysia.

Zulkifli said...

Alhamdulillah ini la yang kita nak dengar ..atleast tau jugak polis sedang siasat dengan giatnya....


harap harap dapat tangkap la si setan tu

~aishah~ said...

I hope this is true. I hope what was said to Jazimin is not just to kill time. And by the way, we are yet to hear about the culprit who distributed the autopsy photos.

Hmmmm...still waiting

Zulkifli said...

ah ah pasal autopsy tu katanya dah kena tangkap mana bajingan tu? bila nak kena charge? or mungkin polis diam dulu...relek relek ...esok lusa ada la tu

~aishah~ said...

Kita tengok la nanti sejauh mana kebenarannya. Tapi klu dah tak leh handle sangat sbb sekarang ni banyak kes high profile pending, apa kita kita cadangkan KPN letak jawatan dan serahkan pada orang yang boleh handle real police work. Bukan setakat boleh handle kes usung tilam jer...

mAi said...

Betul tu sdr n_Isa...

Saya amat berharap agar polis2 ni tahu meletakkan kepentingan yg paling wahid dlm tugasan mereka. Bila dikatakan mengapa kes ni tak setel, kes tu pending, etc., boleh plak dgn selambanya berkata 'tak cukup budget & kakitangan'. Tapi kalo bab berkawal ketika rapat umum yg aman, menghalang ceramah2 dimasjid/surau, merobohkan masjid/surau, mengiringi delegasi asing masa membuat upacara dlm negara,etc., ramai pulak kakitangan polis ni. Ada pulak masa & kakitangan nak buat itu semua.

Msykt Jepun selalu mendidik rakyatnya dgn kata2 'Hito no tachiba ni nattekudasai' (cubalah kita memikirkan & membayangkan diri ini jika kita berada di tmpt/situasi seseorg itu). Berharap sgt menteri2, pihak berkuasa terutama polis2 ni memikirkan jika mereka berada dlm situasi keluarga arwah adik Nurin. Apa rasa? Apa perasaan? B'mana resahnya... Deritanya... Keciwanya... Maka diharap sgt kes ini dpt disiasat & diselesaikan sebaik & secepat mungkin jika takmahu perkara ni berlaku terhadap diri sendiri...

Nau'zubillah... Mohon Allah lindungi kita dpd mahkluk kejam sebegini. Amiin.

Izleen said...

Betul tu, mai..

aku sebut dalam previous entry :
manusia cepat lupa...

"depa ni, nak kena batang hidung sendiri baru lah nak melenting. Cuba kalau Nurin atau Presheena tu anak depa sendiri, apa depa rasa, apa tindakan depa. Disebabkan Nurin dan Presheena bukan anak depa lah depa buat tak tau je.

Tapi kalau bab perhimpunan haram, amboi...cepat bukan main lagi. Kerah segala anggota.

Tuan KPN...ooh Tuan KPN...bangun lerr..."

unicorn said...

i hope mr jazimin was not given false hope.if the police has any lead ,pls nab the killer/s IMMEDIATELY.

no offence, im afraid if thing becomes cold case.it wont go anywhere but a broken heart.

we must think of other children too.if the killer/s still at large,any child would be his next target/victim.

agreed wth n_isa, KPN shld resign if he fails.BTW,didn't his service bg extended by our PM early this year? O,o.i suggest he cooperate with datok zaman khan (former KPN) to solve this case.Zaman khan at his time had a very impressive record,ex kalimuthu case etc.

joesniper said...

masih ada lagi yang nak bakar kelambu ? masih ada lagi yang suruh malaysia tiru singapura dll dlm urusan negara ? nape lak singapura tak bagi subsidi minyak pada rakyatnya tak ada rakyat malaysia yang cadangkan ikut la singapura ! peliknya warganegara kita ... patutla kolumpo huru hara hari tu, nak jumpa YDP Agong pun berkumpul bagai nak rak hingga jejaskan perniagaan, lalulintas dll ...

kalau nak jumpa sangat buatlah temujanji untuk mengadap baginda, tak payahlah menyusahkan orang lain ...

apa2 pun... harap2 Jazimin tidak dijanjikan kepalsuan kepolisian ... dan setuju sangatlah dengan kaedah yang digunakan PDRM yang menyembunyikan perincian maklumat asal jangan terus tersembunyi sudahlah ... sampai tak dengar berita pulak nanti ...

Mardihah said...

hmmm...saya tidak menyangkal tindakan pihak polis, tapi sedih sangat, lamanya....sabar itu separuh dari iman ye.....

Zulkifli said...

hmmm bab meniru Singapura tu tang yang baik tak salah tiru especially perkara yang baik yakni dalam isu menangani jenayah..or even tiru kecekapan penyiasat di US misalnya....rasanya tak salah sebab undang-undang jenayah yang kita ada pun berasal dari India...cuba baca Indian Penal Code dan bandingkan dengan Penal Code Malaysia ...sama semuanya...cuba pula bandingkan dengan negara-negara komanwel yang lain maka ianya adalah sama...sebab itu case reference kita dalam undang-undang jenayah merujuk kes kes negara negara komanwel yang kebanyakan berasal dari UK...kita dah patut ambil undang-undang Islam dan masukkan dalam undang-undang jenayah kita barulah betul....ingat undang-undang jenayah Islam adalah untuk menakutkan penjenayah dan bukannya mangsa...Undang-undang yang ada sekarang gagal mencapai matlamat menakutkan penjenayah sebab jenayah rogol, bunuh, liwat kanak kanak makin bertambah...inilah yang perlu dikaji...

cuma bab bab penindasan janganlah kita ikut Singapura kalau ada... cam tu..sebab orang Melayu kat Singapura seperti Tun Mahathir kata tak di layan dengan baik di Singapura...nak azan pun tak buleh kuat kuat...ini orang Islam kena fikir juga kedudukan ini...

bab bab pentadbiran negara yang baik tak perlulah nak ikut singapura bahkan singapura boleh pulak meniru kita...menjadikan kita model....

Apa yang mai kata tu betul...setiap dari kita kena letakkan diri kita ditempat Jazimin barulah kita rasa camana...dan pemimpin pemimpin perlu meletakkan diri mereka dalam kedudukan keluarga mangsa barulah tindakan drastik dapat di buat... Yes Unicorn, you are speaking London nowadays...ya me too hope that Mr. Jazimin was not given false hope ..hope that the police is really doing their job to the fullest...

saya juga setuju denga n_isa...orang yang benar benar berkebolehan patut diberi hak untuk duduk ditempat yang dia sepatutnya duduk...kerjasama dengan Datuk Zaman Khan cadangan yang bagus sebab datuk Zaman Khan ada track record yang bagus...tak salah belajar dari otai ayng bagus..

zalwani said...

assalamualaikum.,
wahai joesnisper jgn cakap sesuatu yg anda sendiri tak tahu. nak jumpa YDP sorang2 bukanya senang. perlukan sokongan dan sokongan mestilah datang drpda org ramai tanpa paksaan. aku nak jumpa managing director pun susah!. jgn tuduh diorg mcm tu, yg mentesakkan lalu lintas memangla diorgn tapi yg menyebabkannya terjadi adalah konco2 beruniform tu. macam hari sabtu tu waktu aku balik keje pukul 2pm dari klang nak ke bangi pun blh jam pasal konco2 nie nak tahan kita dari pi kl. diorg nak bagi memorandom saje, yg nak pakai polis ramai2 buat apa.
adoii kes autopsi tu pun mcm nak cover2. kalau polis telibat pun buat apa nak sembunyi2. kpn kenala mintak maaf bagi pihak konco2nya.(kalaula polis terlibat). biasala ketua kena ambik risiko.itu namanya responsibility.pasai tu bos gaji besar.

cikpuansue said...

i also hope nurin's was not given a false hope....

cikpuansue said...

sekarang musim org pegi mekah..buat haji....sesapa ada sedara mara yang ke sana...mintak la diaorang tlg doakan sesiapa yang terlibat dgn kes pembunuhan nurin ni tertangkap dalam masa terdekat...

joesniper said...

sebab pulut santan binasa ... hang haprak memang la susah nak jumpa managing director...

kalau nak jumpa makwe pakai cantek2 .. nak jumpa agong nak buat cara penyamun,jangankan YDP Agong, along pun tak mau jumpa maa ...

ada protokol ikutlah, kaji kalau tak tau, jangan hentam melulu ...

memang orang yang berkumpul ramai2 tu yang menyesakan lalulintas, polis baru berapa, orang tu ada lebih 4000 ... cuba kalau perhimpunan tu tak de, ade sesak ka kawasan tu ?

ramai yang fikir dengan kepala lutut, ikut tekak sendiri jer, dah tanggungjawab keselamatan diserah kepada PDRM, depa tentulah dah rancang dan laksanakan nak buat camana demi keselamatan ... walau pun terpaksa isytihar darurat ... kalau nak serah memo sahaja tak payah la kumpul sampai 100K orang ...buat secara diam dengan cara ramai2 memakai baju kuning pun dah memadai ...

ingat! Allahyarham TAR memerdekakan Malaysia dengan mata pena sahaja .. tiada perang saudara atau perang jiran ...

'bilakah pencetus emel gambar nurin nak didakwa?'

zalwani said...

assalamualaikum,

joesniper... TAR bukan fight utk kemerdekaan, tapi kita dioffer utk merdeka tapi ada beberapa syarat yg mesti diikuti, tolongla joesniper you ni tak berapa banyak membaca, kalau asyik baca paper utusan, berita tv3 macamniela pemikirannya. cuba pegi baca buku-buku sejarah. TAR keturunan diraja dan belajar diluar negeri dia diTAJA oleh oreng putih. and buat pengetahuan ko joe penyamun tak buat secara open cam tu..depa buat sengap2 cam kere....an. buat open nie tandanya berani. mereka mewakili org ramai (yg seangkatan ngan merekala). mempertaruhkan masa depan depa. bukan cam sesetengah org tu yg jaga karier saje. takut nak aktif politik, takut tak dapat naik pangkat. anyway joesnisper itu pendapat ko.tapi w/bagaimanapun KPN kita tu memang angkuh dia tak sedar masa dia pikul tilam dulu-dulu tu...

Zulkifli said...

hmm apahal kes pengedar gambar autopsy tu senyap jer?


apa pun undang-undang yang penjajah tinggal tu dah sepatutnya di pinda...tak menakutkan penjenayah langsung...

bila kita merdeka kita kena keluar dari bayang bayang mereka dan amend the law ikut citarasa kita berpandukan kepada agama (Quran dan Hadis),adat resam kita dan keadaan dalam negara...

pindaan undang undang sentiasa berlaku tapi masih berpandukan kepada autoriti tertinggi iaitu perlembagaan Malaysia...

Perlembagaan Malaysia pun dah beberapa kali kena pinda ini termasuklah pindaan pada tahun 1988 melibatkan bidangkuasa Mahkamah Syariah di seksyen 121(1A) (kalau tak silap aku) memberikan bidangkuasa yang mana Mahkamah sivil tidak boleh campur tangan...kesannya dapat dilihat dalam kes Lina Joy pada hari ini...


Begitu juga dengan pindaan terhadap kuasa raja raja....telah pun dipinda pada zaman Dr. M (kini Tun Dr. Mahathir) yang turut pada masa itu di sokong oleh Anwar Ibrahim...Anwar bila kena singkir menyesal apa yang dilakukan dalam government tapi dia dah lakukan ...

nak bercerita pasal politik dan undang undang ni esok pun tak habis... kita kena baca banyak perkara...termasuklah sejarah...akhbar harian, akhbar pembangkang,surf internet semua barulah kita akan dapat rumusan yang adil...



yang penting sekarang kita semua nak pembunuh kejam Nurin dan Preeshena ditangkap...itu yang penting dan kita semua patut fikir mengapa penjenayah makin tak takut dengan undang-undang kita sedangkan kita sudah merdeka 50 tahun?

cikpuansue said...

Preeshena tu pun tak dapat tangkap lagi ke pembunuhnyer....bukan dalam kawansa kondo with security facilities ker?

Umm Sequim said...

Hairan ye! kenapa parti pembangkang tak adakan rally untuk kerajaan meningkatkan keselamatan dalam negara , keselamatan anak - anak kita dan pelbagai isu yang lebih penting untuk rakyat malaysia,untuk pihak tertentu selesaikan semua pending murder cases . Ni nampak mereka gunakan rally untuk kepentingan sediri bukan untuk rakyat lain .

Politicians gunakan rakyat untuk menghuru hara kan lagi negara for their own benefit .

We do not need 4000 or 400000 polictical victims to send a memorandum to The DYMM Agong. Its job of one man .gosh ! Ini bila polis bertindak uh salah kan polis pulak .. tuduh polis cuba mencederakan kanak2 n wanita. In the first place who ask to bring the children there ???


I totally agreed with Joe sniper .
Malaysians janganlah cepat lupa .
Banyak lagi perkara yang penting daripada kita menjadi agenda kepada ahlipolitik yang cuba mempergunakan rakyat untuk kepentingan diri sendiri.

Zulkifli said...

mengapa sekrang ni susah nak masukkan comment ...apa masalah

Zulkifli said...

pada saya yang paling penting sekarang ini ialah pembunuh anak anak yang tak berdosa ini di tangkap dan kedua satu undang-undang yang lebih menakutkan penjenayah di gubal dan hukuman tersebut dilaksanakan di hadapan umum.

yang lain isu sampingan tapi masih boleh dibincangkan dengan semangat kesukanan yang tinggi

unicorn said...

ambo orghe P timur, tgk gamba perhimpunan "bersih" tu,Mat Sabu pong ade..orghe kampong ambo pong x suko ko dia,kaki Pon!..(bodek).kalu ler bercakap,tempiah-tempiah..kalu dok dekat,hujan teruh. begitu bersemangatnye die.

bilo Pas menang besa kat Gganu,besa sggh harapan rakyat nok tgk perubahan tapi x dok! kemas (tadika ) ditutup dan lain2 hok kemudahan/kebajikkan rakyat x di perelok malah di berhentikan.

dengar khabo, bilo menang je, masuk pejabat k'jaan,terus halau pekerja BN cam samseng..!agaknye sebab angkuh dan perasan sgt Tuhan bagi kejap je rase ,pah tu di tarik balik.

kalu pembangkang,ambo hormat tok guru je & beberapo org lagi sebab humble.

nati ngundi,ngundi ler calon rendoh diri,ikhlas,jujur dan rajin keje utk rakyat.tok sah dok tgk sgt 'bendera'apa2 tuh...!kalu x mahu denga pong tak pe..nasihat jer.jange maree yer adik,kakak..!

zul,aku speaking london pong kau sibuk,itu belum hangin nak cakap jerman lagi,nati sumo x faham,termasuk aku skali

zalwani said...

assalamualaikum
kenapa semua org bercakap macam tak cukup pengetahuan am sahaje. hah nila dia hasilnya kalau kebebasan media dan suara disekat. kat sini pun kita dah nampak betapa ceteknya ilmu pengetahuan mereka nie. berita hanya didengar drpd media massa shj. kita kalau nak maju kena cari ilmu. ilmu kena cari bukan dgr shaj sebab sometimes apa yg didengar tak sama dgn reality.mana you tahu kat sana yg bawak kanak2 tu dtg drpd org2 yang berhimpun tu. situ kan ada masjid, malam pulak ada pasar malam, ada pulak komuter etc , memangla ada perempuan & kanak2. dan buat pengetahuan "umm sequin" jgn tuduh semborono sekali sekala ergi la dgr ceramah atau bukak internet. paling malas bukak u tube, parti lain2 pun ada fight utk benda2 yg u cakap tu. mana ada manusia yg sukakan keganasan melain manusia yg senang diburu polis tu.
jgn lah nak kecam org2 yg berhimpun hari tu. kat mana2 seluruh dunia nie pun itula saja caranya nak menuntut keadilan bagi sesebuah negara yg penuh korupsi. kalau sorang2 sape nak layan. perlukan sokongan.anyway itu pendapat u all dan ini pendapat saya. tq

Zulkifli said...

mu maroh kawei ke unikong? kawei gurau jo...tapi memang susoh nok pangkoh tahun ni...kawei risau pangkoh hok sekarang ni minyok naik hargo pangkoh hok tu dio pulok naik minyok

Zulkifli said...

PROTEST DEMONSTRATION BY MALAYS

A big demonstration against the Malayan Union staged by 36,000 Kelantan Malays was reported by MAJLIS 9.2.1946. The Malays chose to call the White Paper as an “atomic bomb thrown by the British in Malaya”. SERUAN RA’AYAT 9.2.1946 gave the number of men who took part in the procession as 65,000. The demonstrators carried banners with inscriptions in English and Malay saying “British Government Betrays Trust”, “Can we trust British Government Again?”, “Allow Malays to exist in this world”, “Give us our rights”, “We want justice”, “We want peace but not at the expense of our rights”, etc.

The paper published the “declaration of oath” adopted by the Kelantan Malay officers who unanimously decided to tender their resignations, if their protest met with failure, and to employ most of their energy and ability in defense of their national status and their motherland.

Commenting on this procession the Chinese MING SENG 7.2.1946 said that the Kelantan Malays were now caught in a fever of nationalism and showed strong opposition to the White Paper. They were even prepared to stage a strike when it was necessary.

How, 2,000 Kedah Malays with banners and shouting slogans awaited the arrival of Major-General Hone in Alor Star to “offer their protest against the Malayan Union." -
Reported by WARTA NEGARA 4.2.1946. (Sumber: Malayan Press Digest No. 16, 10hb-16hb) Feb 1946

- Ni saya ambil dari Rocky's Bru...walaupun dalam beberapa perkara saya tak setuju dengan Rocky's tetapi dalam blog memblogging ni sesuatu isu tu kena la di hujah dengan positif...

- kita merdeka dulu bukan sekadar dengan mata pena sahaja tapi ada juga demonstrasi di jalankan bagi menentang Malayan Union...

- Isu menggunakan kanak kanak tak perlu timbul kerana ketika kerajaan nak hapuskan babi kat Melaka/N9 kalau tak silap saya penternak gunakan kanak kanak sebagai perisai...patut mak bapak penternak babi ni pun kena la tahan jugak...sebab babi ni kalau dah terlampau banyak boleh ganggu orang lain terutama orang Islam kat satu satu kawasan nak beribadah...kalau dah ternak babi sampai terlalu hampir dengan masjid dah melampau tu...

- apa pun budak budak tak patut di seret bersama kalau mak bapak dah tau adanya bahaya sebab polis dah warning akan ada tindakan...

- bab pembangkang atau tak bangkang...kita perlu satu sama lain kerana perlu kepada check and balance...kalau tidak ada check and balance nanti habislah kerana semua opinion akan diluluskan begitu sahaja...

- yang penting sekarang ialah kes kes jenayah yang makin banyak...apa tindakan kita...

- harga petrol naik, itu ini naik apa tindakan kita?

ini la yang kena kita fikirkan..penyelesaiannya kena la kita cari dan bagi pada pemerintah...kalau rintihan tidak di dengari terpulanglah kepada masing masing untuk buat keputusan masa G.E nanti

unicorn said...

joesniper & detective conan macam 'perang mulut' jer..

undiler mana2 calon yg berkenan dihati nanti,toksah dok gege riuh,agar rumahtangga tenteram.

zulkifli, pasa aku cakap pilih calon jgn pilih 'brand' tu ada sebabnya.dulu ada wakil rakyat yg setakat darjah 6 pong ade ,kalau2 menang wakil kawasan atau jadi menteri je,susah sikit ianya melibatkan kebijaksaan berfikir,analisa dan melaksana. takut jadi puppet lak.

ape ler, dah berpolitik pulak kite yer.apa2 pong,harap2 sapa2 yg teraju kerajaan nanti lebih prihatin dalam hal2 jenayah kanak2 dan pendatang asing yg menjadikan kita semakin terasing.

Zulkifli said...

betul tu Unicorn, bukan pilih party semata mata ...calon tu yang penting...ini kat al jazeera cakap omputeh pun cam tak lepas jer susah tu beb...

yes memang ada calon yang cam tu..kena hantar kat PBB bercakap mau malu negara...

jadi pilih jer yang bagus...yang prihatin betul betul dengan nasib rakyat...dengan sistem keselamatan negara ...cam tu...detective conan dan joesniper...jangan la gaduh tak baik maaa..

~aishah~ said...

Kekadang tu memang kena cakap isu politik sebab siapa yang kita pilih akan menentukan arah tuju negara. Mereka ni yg akan mencorakkan masa depan kita dan ini termasuklah keselamatan anak2 kita. Mungkin mesej saya ni akan kena pancung lagi oleh tuan mod, tapi saya cuma ingin berpijak di bumi nyata. Setakat cakap2/plan2 aje tak cukup.
Beratkan hukuman,tukar KPN,NURIN Alert, mcm2 yang kita cuba buat as a reaction to what has happened. Ngeri bila baca paper atu tengok berita kat TV. Hari2 risau bila anak pegi sekolah. Tapi kita tak pernah mahu terima hakikat bahawa apa yang kita dapat hari ini adalah hasil dari keterlanjuran kerajaan pilihan kita. Kita telah membiarkan mereka menjadi terlalu selesa utk berusaha menjaga kepentingan kita.
Tuan moderator harap tak cantas posting sy krn spt yang saya kata, selagi kita tak berpijak di bumi nyata, selagi itulah pisang akan berbuah beratus kali!

Jasni AJ said...

Dear N_Isa,

Walaupun secara peribadi saya beranggapan perbahasan yang berbaur politik tidak berapa kena dengan "semangat" laman blog ini, namun saya tidak pernah "mencantas" apa-apa komen seumpama itu.

Sementara itu, ingin saya maklumkan bahawa pihak keluarga sememangnya dimaklumkan tentang perkembangan kes secara am dari masa kesemasa.

Buat masa kini pihak kami berpuas hati dengan perkembangan ini kerana apa yang penting siasatan terus dibuat.

Terima kasih.

Terima kasih.

Zulkifli said...

ah ah..sorrylah jasni kengkadang tu dah tension termasuk sekali bab politik...tapi Alhamdulillah maklumat terbaru ni melegakan..


orang ramai sekarang ni rasa gundah gulana especially yang ada anak kecik, anak dara dan anak anak beranak yang ramai...kes macam ni memang bagi tekanan mental...

harap harap Nurin Alert akan jadi sesuatu yang berjaya dan secara "politik"nya gomen kena ubah dasar terhadap penjenayah...kena jugak pandang kebawah dari tempat yang tinggi itu...

~aishah~ said...

Thanks for your comment Jasni. Mmg klu boleh tak nak masuk bab politik, tapi bak kata Zulkifli, sekarang ni ramai orang yang tension dan gundah gulana memikirkan keselamatan anak2 mereka. Bukan kerja sorang ajer, lain kes lain orangnya,lain2 pulak tempatnya..mau tak makan hati bila semua senyap jer..kes presheena yang dibunuh dalam pagar kondonya pun takleh settle..mana tak tension!!!

joesniper said...

aku tidak gaduh dengan sesiapa disini kerana siapa sahaja berhak memberikan buah fikiran mereka jika fikiran mereka berbuah ... tak kira mangkor ke, buang buruk ke, kiset ke ... aku pun jenis yang suka memaafkan sesiapa sahaja walu pun maaf tidak dipohon ...

sebenarnya aku pun tak suka campurkan hal politik disini sebab ini forum untuk kes anankanda Nurin JJAJ dan yang sewaktu denganya, tapi geram juga kepada rakyat Malaysia yang berjiwa dan berotak penjajah ...

ini posting akhir politik aku ...

adakah 40,000 orang berbaju kuning BERHIMPUN di kolumpo itu menyusahkan rakyat dan menjejaskan negara tidak benar ?

adakah perhimpunan itu sama dengan RAPAT UMUM oleh orang2 Melayu semasa ATAR mendapatkan kemerdekaan?

perhimpunan 10/11 selain tidak dapat perkenan YDPA ia menjejaskan kolumpo pada hari tersebut, rata2 peniaga(walau pun mereka sebenarnya ramai dari kalangan jawa, sumatera, bengkulu, acheh, pakistan, bangladesh dsb) Jalan TAR yang disoal mengenai 10/11 pada keesokan hari olehku mempersoalkan kewarasan PERHIMPUNAN menentang KERAJAAN(dan YDPA) itu dan membandingkan ketidakaitan dengan rapat umum orang Melayu menentang PENJAJAH semasa ATAR mendapatkan kemerdekaan ... mereka tidak menentang Sultan2 yang pada masa itu amat rapit dengan PENJAJAH, sebaliknya mereka hanya menentang PENJAJAH ...

perhimpunan 10/11 sama dengan gerakan reformasi dan PERHIMPUNAN Batu Burok yang merosakan fizikal, mental dan sosial masyarakat dan KERAJAAN sendiri manakala rapat umum menentang Malayan Union hanya merosakan AGENDA PENJAJAH ... fikirlah sedalam2nya ...

lihat sahaja peristiwa 13 Mei, ianya bermula dengan perhimpunan sedemikian yang akhirnya menjadi darurat ... lihatlah filipina, indonesia dan thailand ... sehingga kini tiada keamanan akibat kebebasan mengadakan perhimpunan pada bila2 masa untuk menentang KERAJAAN sendiri ... pemimpinan perhimpunan tak ada masalah tetapi penyokong yang melebih2 ...

orang yang memperlekeh mana2 satu media atau ceramah baik arus perdana, arus penyokong mahu pun arus pembangkang sebenarnya adalah orang yang lupa kepada asal usul ... adakah media yang ada sekarang mampu wujud jika tidak wujudnya Utusan/TV3 pada zaman dahulu ?

adakah media asing, pembangkang juga 100% sahih ? kalau Tok Guru Nik Aziz aku boleh setuju, kalau yang lain payah ... apa bezanya Pak Lah dengan ANWAR sedangkan jiwa mereka sama(UMNO dan exUMNO) ...

meniru negara lain tidak salah ... tetapi kenapa memilih ? kenapa tak ada yang suruh Malaysia tiru tindakan negara lain terhadap orang yang membuang sampah merata-rata, yang melintas dijalan yang disediakan jejantas, yang membuat kenyataan menentang kerajaan secara terbuka dan berbagai2 lagi perkara yang elok ditiru ...

dan benarlah bahawa Malaysia perlu pembangkang tetapi biarlah yang benar-benar menjalankan tanggungjawab sebagai pembangkang bukanya yang dahulu dia adalah musang juga, tetapi sekarang berbulu ayam KFC yang naik roket tetapi tak naik2 ke ISS pun ...

wallahu a'lam bi assawab ...

dan seperti yang aku cakap aku tak akan respon hal politik kat sini selepas ini, kalau nak aku respon, aku akan respon kat emel ngkorang ...

ila hadrat annabiy muhammad saw wa ila arwahi allahyarhamah bintuuna Nurin Jazlin JAJ wa ila arwahi muslimiina wa almuslimaat, al faatihah ...