Monday, November 12, 2007

Kata Saya: Pindaan akta kanak-kanak biar berkesan

Oleh Norhayati Md Said
yatisaid@bharian.com.my

JENAYAH terhadap kanak-kanak semakin membimbangkan. Boleh dikatakan sejak beberapa bulan lalu ada saja kes jenayah seksual, selain kes jenayah lain terhadap kanak-kanak dilaporkan dan kelmarin seorang kanak-kanak berusia lima tahun dirogol. Kini polis sedang memburu seorang warga asing dipercayai terbabit kes berkenaan. Nasib baiklah seorang wanita ternampak perbuatan lelaki itu, jika tidak berterusanlah perbuatan terkutuk itu. Apalah kanak-kanak seusia itu tahu apa yang diperlakukan ke atasnya. Penganiayaan terhadap kanak-kanak nampaknya belum reda selepas apa yang berlaku terhadap Nurin Jazlin Jazimin, 8. Baru-baru ini, Preeshena Varshiny, berusia 9 tahun dipercayai dirogol dan diliwat sebelum dibunuh dan dicampak ke dalam longkang. Pada Aidilfitri lalu, niat baik seorang kanak-kanak yang mahu berhari raya di rumah jirannya turut menjadi mangsa rogol dan berikutan itu seorang lelaki didakwa di mahkamah. Ketika Perhimpunan Agung Umno 2007 yang berakhir kelmarin, Ketua Pemuda Selangor, Abdul Shukor Idrus mencadangkan subjek asas mempertahankan diri diajar kepada kanak-kanak supaya mereka mampu mempertahankan diri. Mungkin cadangan itu boleh dipertimbangkan, tetapi apalah tenaga kanak-kanak dibandingkan dengan perogol bernafsu ganas atau penjenayah lain. Mangsanya tetap juga kanak-kanak.

Pakar psikiatri berpendapat perbuatan jenayah ini dilakukan pesalah seks yang mengalami gangguan personaliti antisosial, menyebabkan mereka tidak mempunyai belas kasihan sehingga sanggup bertindak zalim. Pastinya kita tidak mahu lelaki seperti ini berkeliaran dalam masyarakat. Apa yang perlu dilakukan selain tindakan pihak berkuasa. Memang ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjalankan kegiatan memberi kesedaran kepada kanak-kanak mengenai jenayah ini, tetapi setakat satu atau dua NGO tanpa pembabitan menyeluruh masyarakat mungkin kurang memberi kesan. Daripada membuang masa mengadakan perhimpunan haram, demonstrasi atau apapun dipanggil yang kesannya lebih mudarat, mungkin lebih baik tenaga itu digembleng untuk membasmi jenayah ini. Semalam, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat kebangsaan. Syukur Alhamdulillah pada majlis itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 dijangka dibentang di Parlimen tidak lama lagi yang antara lain mewajibkan pegawai perubatan swasta, guru dan penjaga di bawah badan bukan sukarela melaporkan kes salah laku terhadap kanak-kanak. Tindakan itu sebagai usaha mencegah kejadian mengancam keselamatan kanak-kanak, terutama penderaan.

Ketika ini, akta itu hanya memperuntukkan kewajipan bagi pengasuh dan pegawai perubatan kerajaan membuat laporan penderaan terhadap kanak-kanak, termasuk penderaan fizikal, seksual, emosi, sumbang mahram dan kes buang bayi. Selepas kes Nurin Jazlin banyak cadangan dikemukakan sama ada kementerian berkenaan mahupun NGO terbabit dengan satu matlamat, membendung perbuatan jenayah kanak-kanak. Cadangan lain kementerian ialah individu yang pernah dipenjara atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, diwajibkan memakai cip dan gelang khas selepas dibebaskan bagi membolehkan polis mengawasi pergerakannya. Sistem pengesan pelaku jenayah seksual itu antara elemen jaringan keselamatan bersepadu yang diperkenalkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Maklumat penjenayah terbabit akan dipaparkan di internet dan orang ramai serta pihak berkuasa boleh merujuk laman web berkenaan. Selain itu, dicadangkan diwujudkan sistem amaran khas yang bertindak lebih pantas menyamai Amber Alert atau Nurin Alert bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak. Kita berharap cadangan ini dan banyak lagi syor sebelum ini dilaksanakan segera bukan hanya terus menjadi tajuk perbincangan dan 'sejuk' di atas kertas.

- Berita Harian

13 comments:

Zulkifli said...

Pindaan satu hal...tindakan pihak polis yang tiada kesudahan pula bagaimana?

Unknown said...

Seronoknya pembunuh adik Nurin Jazlin hingga sekarang masih bebas. Frust betullah macam tunggu buah tak jatuh. KPN dah lupa ke kes ini......

unicorn said...
This comment has been removed by the author.
unicorn said...

ZAMBOANGA CITY - "A poor girl who was driven to commit suicide because of extreme poverty and hopelessness was buried Saturday in Davao City.

Mariannet Amper, 12, hanged herself on Nov 2 inside their house in the village of Maa. Hundreds of people, many of them moved by the girl's tragic end, came to pay their last respects. They cried as the girl's white coffin was buried.

GMA Network also aired a special on Saturday as a tribute to the girl, who had written a letter asking the TV program "Wish Ko Lang" (I Just Wish) for a pair of school shoes and bicycle for her younger brother and goats for her unemployed parents - her father, Isabelo, a former construction worker and mother, Magdalena.

The letter was written two years ago and was never mailed for lack of money to buy a postage stamp...."

sedih bila baca berita diatas..betapa kemiskinan melampau dan tekanan perasaan untuk memiliki sepasang kasut mendorong gadis kecil membunuh diri..!

one banner fr the sympathizers say 'ONE DEATH IS TOO MUCH'

i juz have one question for Tan Sri Musa Hassan,KPN kita yg menjunjung tanggungjwab bekerja dgn betul,cepat & mesra; is ONE DEATH not TOO MUCH..for the vicious & inhumane rape and killing of nurin jazlin..?oh,we have newest one,presheena varshiny ..the list may goes on IF unefficient & undedicated team assign for these case.

we want answers.

Zulkifli said...

rasanya pihak polis juga patut dapat anugerah penyapu buruk sebab gagal selesailan banyak kes pembunuhan kejam terutamanya membabitkan kanak-kanak...

kes Nurin semakin dilupakan langsung tak ada berita....mana penyebar gambar autopsy tu...tak akan gembar gembur macam tu sahaja?

Zulkifli said...

pembunuh Nurin dan presheena siap boleh beraya dan sambut deepavali...tak lama lagi dia orang sambut christmas dan tahun baru masihi...tak akan kot nak biar binatang-binatang ni berpesta sedang ibubapa mangsa bersedih? come on la IGP do something...or TRY TO DO SOMETHING about this unsolved cases...

Amalina said...

Kenapa pesalah seks boleh wujud di Malaysia? Apa yang menyebabkan mereka wujud??? Bukan Malaysia negara Islam contoh ke?

Izleen said...

manusia cepat lupa...

depa ni, nak kena batang hidung sendiri baru lah nak melenting. Cuba kalau Nurin atau Presheena tu anak depa sendiri, apa depa rasa, apa tindakan depa. Disebabkan Nurin dan Presheena bukan anak depa lah depa buat tak tau je.

Tapi kalau bab perhimpunan haram, amboi...cepat bukan main lagi. Kerah segala anggota.

Tuan KPN...ooh Tuan KPN...bangun lerr...

UMMI YL said...

hmm entahlah apa nak jadi ye...penat dan marah menunggu agar penjenayah dapat diberkas..tapi belum dpat-dapt juga..memanglah percya bila sampai masa akan ada balasan terhadap penjenayah ni tapi kita ptut juga buat perubahan...

efektif ke kalau letak gelang/cip tu...boleh ke kita nak label org macam tu...? common...org lain pun boleh jadi juga....

makin lama kes-kes ni makin senyap saja....takkan lah kes-kes ni nanti senasib juga dengan mangsa yang terdahulu....

sedehla.....

diorang sebenarnya ambil berat ke tak ni?

UMMI YL said...

sebab apa pesalah seks ada malaysia..???

Malysia negara islam..tapi betul ke caranya ISLAM...Kita tak juga kembali ke akar umbi...

bangunan pencakar langit bukan ukuran kemajuan ketinggian ketamadunan tapi ia terletak pada kualiti insan....

abih tu kalu da kedai arak, toto, porno, belambak-lambak..pakaian pun bukan men suka hati je dipakai,,kelakuan main ikut suka logik atau hak asasi..nilah hasilnya kita

common.... hak asasi pun kena ukur juga pada apa yang allah syariatkan...kalau dah pakai seksi sampai semua benda leh nampak dok bersidai kat tepi-tepi jalan tu..macam mana lah takleh ada pesalah sek ni pulak....? tu tak masuk porno, child porno pun ada...

nafsu tu jahat...kalau iman tak kuat say bye-bye lah....

hish makin geramlah...kalau dah jadi kes nak pinda sana-sini...betulah zul pinda pinda kalau tak buat kerja pun tak guna juga...!!!

tau tak kenapa dah lupa..sebab bayak sangat jenayah kat malysia agaknya....
dah taktau mana satu nak letak priority....

huh....

zalwani said...

betul tu polis3 kat malaysia nie tak ada cretivity utk menyelesaikan masalah jenayah depo tu cuma pandai ikut arahan kerajaan saja terutamanya perhimpunan yg kononnya perhimpunan haram. harapkan badan aje tegap tapi otak hampeh.

zalwani said...

perhimpunan hari sabtu tu , dio org cakap buang masa! apa tak ada otak ke . itu merupakan salah satu cara untuk kita menuntut keadilan bukan sahaja terhadap mangsa-mangsa jenayah tapi utk seluruh rakyat malaysia. salah satu sebab kenapa jenayah kita smkn meningkat diketika ini adalah kerana pertadbiran negara ini sendiri. ada dikalangan mereka yg sama kategory dgn penjenayah bezanya mereka hanya merancang tapi tdk melakukanya sendiri.

Callie O said...

Yes, ensure that everything is still ongoing with investigations in all angles and do not let the murderer let loose. If not caught this idiot-animal-bastard will be targetting on more victims. As long the police update Nurin's Parents on the investigation progress, I am at least satisifed being a close news reader of this case. I wish that 'animal' will be caught and punished.