Monday, November 5, 2007

Nurin Alert sistem pantas kesan budak hilang

Oleh Siti Nur Almizan Aripin

KUALA LUMPUR: Sistem amaran khas yang bertindak lebih pantas menyamai Amber Alert atau Nurin Alert bagi menangani kes kehilangan kanak-kanak adalah antara kandungan draf Dasar Perlindungan Kanak-kanak (CPP) yang akan dibentang pada Kabinet, tidak lama lagi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil, berkata sistem berkenaan dirangka berikutan banyak aduan dan cadangan diterima daripada pelbagai pihak selepas berlaku kejadian penculikan dan pembunuhan kejam terutama membabitkan kes Nurin.

Katanya, kementerian berusaha memperbaiki sistem keselamatan sedia ada dan menyifatkan prosedur siasatan selepas 24 jam laporan polis dibuat dalam kes kehilangan kanak-kanak adalah terlalu lambat dan perlu dipercepatkan.

Di Amerika Syarikat, Amber Alert ialah sistem amaran bagi mengesan kes kehilangan kanak-kanak berdasarkan rangkaian integrasi maklumat yang ditubuhkan dengan kerjasama agensi kerajaan, orang ramai dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Manakala Nurin Alert atau Nationwide Urgent Response Information Network (Rangkaian Maklumat Tindak Balas Segera Kebangsaan) adalah sistem amaran tempatan diusahakan penulis blog yang bersimpati dengan kematian Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Shahrizat berkata, mengikut prosedur biasa, kes membabitkan kehilangan kanak-kanak masih di dalam bidang kuasa polis. Bagaimanapun, kementerian sedang berusaha memperbaiki sistem sedia ada.

"Kementerian berhasrat menjadikan mekanisme itu sebagai sistem khas atau alternatif dalam mengesan dan memberi amaran awal jika ada kes kanak-kanak hilang," katanya pada sidang media selepas Majlis Taklimat dan Penyampaian Cek kepada Pengerusi Nadi 2007, di sini semalam.

Beliau berkata, sistem itu sudah disertakan dalam kertas cadangan CPP yang kini berada pada peringkat terakhir sebelum dibentang pada mesyuarat Kabinet.

Sebelum itu, Shahrizat melancarkan Program Nadi 2007, sebuah jentera pembangunan sosial di peringkat akar umbi bertujuan menangani gejala sosial secara bersepadu dengan lebih berkesan.

"Nadi 2007 penting bagi memastikan pembangunan masyarakat Dasar Sosial Negara (DSN) menggunakan kaedah pemetaan sosial membabitkan 576 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kawasan Parlimen," katanya.

Beliau turut menyampaikan taklimat dan peruntukan kepada setiap pengerusi Nadi sebanyak RM10,000 sebagai bantuan awal untuk setiap kawasan terbabit.

Sementara itu, Shahrizat turut memandang serius masalah dihadapi Siti Nadzirah Mohd Nasir, 20, ibu muda yang dalam proses mendapatkan hak penjagaan anaknya di mahkamah Pakistan.

"Wanita itu wajar mendapat pembelaan dan saya sendiri berhasrat mendengar sendiri masalah dihadapinya sebelum dapat menentukan jenis bantuan yang boleh diberikan," katanya.

Kelmarin, Siti Nadzirah melahirkan hasrat menemui Shahrizat selepas tiba dari Pakistan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Diminta mengulas kes kehilangan seorang budak perempuan yang dilarikan dua lelaki selepas melanggar dan melarikan kereta Toyota Unser milik ibunya ketika dalam perjalanan ke pusat asuhan di Taman Jasmin, Kajang pagi kelmarin, Shahrizat berkata, beliau bersyukur kerana kanak-kanak itu ditemui semula dalam keadaan selamat dua jam kemudian.

Dalam kejadian itu, Nursakinah Mohd Saparudin, 5, ditemui selamat di Stesen Komuter Kajang oleh seorang guru yang kebetulan ternampak sebuah Proton Perdana hitam meninggalkan mangsa di situ kira-kira jam 9 pagi.

- Berita Harian

6 comments:

tehsin mukhtar said...

jasni,

Did polis check for foreign DNA material on all the girls tak? Mana lah tau..match ke? Nurin, the Chinese girl, the Indian girl, the Kampung Baru girls and yg pi beraya tu...

At least depa leh tgk sama org tak?

Takkan tak cuba tgk match tak semua victims? At least can rule out if same person tak?

Mana tau were those guys yg keluar paper tu tempoh hari?

Please look into it...driving me nuts

Lang said...

Assalamualaikum semua, salam sejahtera..

Selamat bertemu kembali. Setelah hamper 6 hari saya tidak dapat mlayari blog ini kerana berada diluar kawasan, akhirnya dapat juga melepaskan rindu membaca blog ini. Banyak cerita yang perlu di baca dan ramai juga blogers baru yang menulis dib log ini. Tetapi dalam banyak2 tulisan tersebut, saya tertarik untuk mengulas tulisan dari Lola..

..Just my 2 cents’ worth :- Why are Malaysians so easily side-tracked? Kenapa kita mudah terpengaruh dengan “isu sampingan” seperti memburu dan menangkap pengedar durjana gambar-gambar autopsi Nurin walhal si PEMBUNUH YANG CELAKA itu belum dapat dikesan?


Untuk maklumat Lola, blogers2 yang otai kat sini bukannye side-tracked. Kalau Lola rajin sikit baca tulisan dib log ini, mungkin Lola akan faham. Si penyangak yang edar gambar autopsy tu pun lebih kurang sama bangkainye dengan sipembunuh tersebut. Malaun tu telah menyebabkan keluarga Nurin lebih menderita. Sebab itulah kami merasa lega selepas IGP berjanji menyeret simalaun tu ke muka pengadilan.

Namun, kami masih belum berpuashati denga perkembangan siasatan kes ini yang semakin lembab (agaknya fail kes ni pon dah terlungok di bahagian bawah kot), kami akan berasa lega kalau si Hanjing2 tu tertangkap, dan akan terlebih lega bila si Hanjing2 tu menerima hukuman mati (kalau setakat penjara je.. walaupon 100 tahun masih tidak memadai).


-Lang sukar merasa puashati dengan hukuman yang tak setimpal pada penjenayah2 malaun ni-

Zulkifli said...

kes macam ni dah buat kita semua menjadi tidak tenang...macam kena sawan yang tak kunjung sembuh...penyembuhnya ialah bila bedebah itu di tangkap dan dihukum itu jerla harapang sekarang...betul lang isu utama pembunuh durjana tu kat mana dia sekarang....?

syilla said...

http://www.youtube.com/watch?v=0p6rVl6wR6c

Just a reminder to all!

syilla said...

http://www.youtube.com/watch?v=0p6rVl6wR6c

Just a reminder to all!

Lani said...

Hari ini kita dikejutkan lagi dengan kes budak hilang lagi...yg peliknya diculik di PJ..jumpa kt Wangsa maju... apa kaitannya?
Saya jd makin risau dgn keselamatan anak2 kita...
Takpalah satu hari nanti dia pasti tertangkap!!... sama2lah kita berusaha.

Sy ada jual alat untuk mencegah anak hilang..ini adalah salah satu kaedah untuk kita sentiasa awasi anak kita. Sekadar membantu mengurangkan statistik kehilangan..tq
http://kugeeku-gadgets.fotopages.com/