Wednesday, November 14, 2007

Polis masih siasat kes Nurin Jazlin

KUCHING 13 Nov. – Polis masih berusaha mengesan individu yang bertanggungjawab dalam pembunuhan kejam kanak-kanak, Nurin Jazlin Jazimin, 8, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

‘‘Kes ini masih lagi dalam siasatan dan polis masih cuba mengesan penjenayah terbabit,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat Pusat Latihan Polis (Pulapol) Puncak Borneo dekat sini, hari ini.

Nurin ditemui dalam keadaan menyayat hati dalam sebuah beg di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya pada September lalu, selepas usaha mencarinya yang hilang selama empat minggu menemui jalan buntu.

Tidak lama selepas itu, gambar bedah siasat Nurin disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Mengulas penyebaran gambar bedah siasat Nurin tersebut, Musa berkata, siasatan mengenainya telah selesai dan kes itu kini diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP).

- Utusan Malaysia Online

24 comments:

Izleen said...
This comment has been removed by the author.
Izleen said...

Anyone watched CSI Las Vegas tonight? (Wed 11pm, AXN). Kalau ter-miss, tak pe...hari Ahad ni, tengok, kul 12pm atau 9pm on AXN jugak. Tak pun, esok pun ada (Thurs 2pm I think, AXN).

The beginning part, before lagu intro dia tu, ada sebut Amber Alert. Perhaps our PDRM can learn something from here. Yeah, I know...watching too much TV but hey, sometimes TV can be educational too, you know.

Zulkifli said...

Wanita dijumpai mati ditikam dalam tandas Plaza Warisan
KUALA LUMPUR 14 Nov — Seorang wanita dijumpai mati ditikam di dalam tandas Plaza Warisan, Jalan Tun H S Lee di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC II Ku Chin Wah berkata, pemeriksaan awal mendapati Norleha Mohamad, 35, yang berasal dari Perak, mengalami kecederaan teruk di leher akibat ditikam dengan objek tajam.

Beliau berkata, mayat Norleha yang berpakaian jaket hijau, kemeja-t kuning dan seluar biru gelap, dijumpai pada 11.30 pagi oleh seorang pengunjung pusat beli belah itu dalam keadaan tertiarap di tingkat empat kompleks itu.

“Pada mulanya pengunjung tersebut menyangka mangsa pengsan, dan memanggil pegawai keselamatan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Ku berkata, motif pembunuhan belum dikenal pasti tetapi barang kemas, wang tunai dan telefon bimbit wanita itu didapati hilang.

Beliau berkata, tandas itu terletak agak tersorok malah di sebelah tandas juga ada lif yang memungkinkan pembunuhnya lari dengan mudah.

“Jadi mungkin pembunuhnya turun melalui lif itu tanpa sesiapa pun sedar. Tambahan tiada kamera litar tertutup dipasang di kawasan ini,” katanya.-Bernama


- hmm nyawa manusia sekarang begitu murah...dengan pendatang haram yang makin ramai susah juga polis nak kawal peningkatan jenayah...

- baik dewasa atau kanak kanak..yang tua pun dah tak selamat....

- pasal kanak kanak kena tarik dalam lift membuktikan pekerja asing menyumbangkan banyak kepada kejadian jenayah...

- satu sistem pengambilan pekerja asing yang lebih teliti perlu diperkenalkan...

- harap kes Nurin dan kes kes lain dpt diselesaikan dengan baik

Zulkifli said...

pendapat aku yang kat bawah aku cut and paste kat sini :-
PROTEST DEMONSTRATION BY MALAYS

A big demonstration against the Malayan Union staged by 36,000 Kelantan Malays was reported by MAJLIS 9.2.1946. The Malays chose to call the White Paper as an “atomic bomb thrown by the British in Malaya”. SERUAN RA’AYAT 9.2.1946 gave the number of men who took part in the procession as 65,000. The demonstrators carried banners with inscriptions in English and Malay saying “British Government Betrays Trust”, “Can we trust British Government Again?”, “Allow Malays to exist in this world”, “Give us our rights”, “We want justice”, “We want peace but not at the expense of our rights”, etc.

The paper published the “declaration of oath” adopted by the Kelantan Malay officers who unanimously decided to tender their resignations, if their protest met with failure, and to employ most of their energy and ability in defense of their national status and their motherland.

Commenting on this procession the Chinese MING SENG 7.2.1946 said that the Kelantan Malays were now caught in a fever of nationalism and showed strong opposition to the White Paper. They were even prepared to stage a strike when it was necessary.

How, 2,000 Kedah Malays with banners and shouting slogans awaited the arrival of Major-General Hone in Alor Star to “offer their protest against the Malayan Union." -
Reported by WARTA NEGARA 4.2.1946. (Sumber: Malayan Press Digest No. 16, 10hb-16hb) Feb 1946

- Ni saya ambil dari Rocky's Bru...walaupun dalam beberapa perkara saya tak setuju dengan Rocky's tetapi dalam blog memblogging ni sesuatu isu tu kena la di hujah dengan positif...

- kita merdeka dulu bukan sekadar dengan mata pena sahaja tapi ada juga demonstrasi di jalankan bagi menentang Malayan Union...

- Isu menggunakan kanak kanak tak perlu timbul kerana ketika kerajaan nak hapuskan babi kat Melaka/N9 kalau tak silap saya penternak gunakan kanak kanak sebagai perisai...patut mak bapak penternak babi ni pun kena la tahan jugak...sebab babi ni kalau dah terlampau banyak boleh ganggu orang lain terutama orang Islam kat satu satu kawasan nak beribadah...kalau dah ternak babi sampai terlalu hampir dengan masjid dah melampau tu...

- apa pun budak budak tak patut di seret bersama kalau mak bapak dah tau adanya bahaya sebab polis dah warning akan ada tindakan...

- bab pembangkang atau tak bangkang...kita perlu satu sama lain kerana perlu kepada check and balance...kalau tidak ada check and balance nanti habislah kerana semua opinion akan diluluskan begitu sahaja...

- yang penting sekarang ialah kes kes jenayah yang makin banyak...apa tindakan kita...

- harga petrol naik, itu ini naik apa tindakan kita?

ini la yang kena kita fikirkan..penyelesaiannya kena la kita cari dan bagi pada pemerintah...kalau rintihan tidak di dengari terpulanglah kepada masing masing untuk buat keputusan masa G.E nanti

November 15, 2007 9:18 AM

Awwa said...

Malam tadi tengok 360 kes adik Nurin dan sewaktu dengannya sedih betul. sedih kerana si pembunuh kejam masih lagi lepas bebas...

unicorn said...

360 semalam teruk betul,kalaulah di perlahankan sikit lagu latar tu ,boleh lah dengar dgn terang apa yg parents kanak2 yg malang itu cakap..!!

saya masih tak boleh terpandang gambar mayat arwah nurin....zalim,zalim sugguh perbuatan iblis itu!

betul cakap sue in the previous
entry,sesiapa yg ke mekah atau sedara mara,atas dasar peri kemanusiaan ,tolonglah berdoa agar pembunuh nurin ditangkap cepat.doa ikhlas di tanah suci amat makbul.

pernah bermimpi dulu,sewaktu dlm bulan puasa,saya begitu sedih dgn cara kematian arwah,solat hajat beberapa malam.satu malam ,ada satu gambar lelaki berwajah mirip melayu atau indon muncul.ada parut dipipi,dlm mimpiitu ada suara spt memberitahu parut itu disebelah kanan pipi.

saya tidak berani namun jika ibubapa arwah yang bersolat hajat berulang kali dengan ikhlas dan airmata dan mendapat tanda,mungkin benar.

wallahualam.

Zulkifli said...

ni aku cut and paste comment dari bawah (dengan sedikit baik pulih )takut unicorn tak baca lak karang :-

betul tu Unicorn, bukan pilih party semata mata ...calon tu yang penting...ini kat al jazeera cakap omputeh pun cam tak lepas jer susah tu beb...

yes memang ada calon yang cam tu..kena hantar kat PBB bercakap mau malu negara...ada gak calon pas tak pas pun ada kan...jadi ini ada gak calon BN pun sangap gak...jadi pilih ler yang terbaik...afundi dengan betul...harap calon yang diletak betul betul berwibawa....

jadi pilih jer yang bagus...yang prihatin betul betul dengan nasib rakyat...dengan sistem keselamatan negara ...cam tu...detective conan dan joesniper...jangan la gaduh tak baik maaa..


dan harap sapa yang menang jangan naik kan harga minyak...ingat tu
November 15, 2007 11:36 AM

zalwani said...

assalamualaikum

apparaa ko zulkifli... buang page aje berapa kali nak paste daa.. anyway aku ngan snipers tu tak gaduh cuma kita org bertukar2 fikiran. tapi ye le sejak kes adik nurin tu..makin menjadi2 kes bunuh la kes pedophil la. aku bukannye apa, penjenayah yg paling aku takut ialah penjenayah copycat. dia dah tahu tektik tu baguih tambah lak dia "rase" pak2 polisi tak berapa cretif dlm menangani kes jenayah. atau mungkin mereka dah dapat rasakan yg pak polisi tu skrgn ni sibuk ngan kes2 org politik, so kes depa ni bukan keutamaan.

Zulkifli said...

detective conan, memang yer pun bila penjenayah tak takut dgn polis dan undang undang ini lah jadinya...

penjenayah copycat ni bahaya gak ...harap harap polis kerja keras dalam menangkap dia orang ni...

tension wo kalau tak dapat tangkap sebab dah banyak sangat kes jenayah bunuh ni

Zulkifli said...

unicorn patut masa ko mimpi tu ko pelupoh jer mat parut tu...

sagat kepala dia dengan kukor nyior..tambah parut dia kat kepala sebelah kiri pulak biar dia rasa...isk isk geram tahap ekstrim ni...dapat pelupoh dalam mimpi pun cukup bagus tu

unicorn said...

apa ko bondo pelupoh tu?
bahaso apo tu zul?

mung ingat aku tok mahu katok penjenayah tuh ko?gambaran wajah dlm mimpi tu dtg kejap je ,pah tu aku terjaga.
aku slalu imagine katok penjenyah tu sampai lembik!

tapi masih ingat rupo gambaran muko jantan berparut kat pipi tu.rambut lurus belah tengah,ada misai sikit(bkn lebat),sedikit berjerawat.muko round shape.,mata tak besa cam sketch tu.lain lah dgn sketch yg di lukis tu. ntah ler..tak berani aku.

Zulkifli said...

nasib sekejap aku rasa kalau lama mesti kau dah katok habis jembalang busut tu...

aku kalau marah memang cam tu...macam macam bahasa kuar...
jawa tak sanskrit pun tak...janji bona fide

harap harap dua tiga hari ni dapatlah penjenayah tu...tak sabar lagi aku nak sepelet muka dia dengan chili boh

Zulkifli said...

Unicorn, malam ni kita buat solat hajat harap harap penjenayah tu dapat di tangkap ..

harap harap undang -undang jenayah kita di pinda dan hukuman sebat dan bunuh di buat di hadapan orang ramai...

human rights yang memperjuangkan hak penjenayah sama macam penjenayah tu sendiri...

apa hak dia orang ni semua nak bunuh budak budak tak berdosa ni...?

TaxConsultant said...

Lapang dah kepala aku, takde isu politik kat sini. Terima kasih tuan2 sekalian. Jika sesiapa laman blog untuk pasal politik boleh iklankan supaya isu dapat didebatkan disana. Tak gitu? Apa yang penting kerajaan adalah untuk rakyat dan wajib menjaga kebajikan rakyat. Sekarang isu jenayah yang membimbamgkan rakyat. Rakyat dah rasa tak selamat? Ada tak kerajaan ambil tindakan drastik utk membenteras masalah ni. Apa punca masalah jenayah? Adakah sebab kebanjiran warga asing? Undang2 dan hukuman tak kemas? Adakah hukum hudud penyelesaiannya? Seperti yg aku sebut sebelum ni, jika kerajaan gagal menjaga kebajikan dan keselamatan rakyat, maka hak adalah ditangan kita untuk membuat perubahan.

TaxConsultant said...

maaf ayat tunggang langgang sebab taip guna handphone. Untung guna hphone ada wifi. Ada je line free boleh access masuk internet.

Izleen said...

trey...promosi handphone hang ke...hehehe

aku setuju ngan hang..aku pun tak minat lah kalau ada yang meng-kondem parti tu parti ni, menteri tu menteri ni, etc etc...kalau dia pandai sangat, ha...pi lah jadik PM...nak tengok, dia boleh ke perbetulkan apa yang dia sebok kondem kondem tu.

Nak salahkan seseorang, biar individu tu sendiri, jangan libatkan kementerian ke parti politik ke apa ke...

berangin said...

This is getting too much. Yet nobody taking it seriously.Selagi anak beraknak mereka tak kena..we rakyat will be continously living in fear.

Gi toilet pun dah tak selamat. Melampau sangat ni. We've given them mandate to rule the country..they got power, they got funds..kenapa tak launch anti crime seriously..

Laksana Hudud doesn't necessarily mean sokong the other 'side'. Buta sangat ke tak nampak hukum dunia in tak berkesan..Buat tak tahu aje sana sini orang kena bunuh..budak kena rogol..Kalau kantong kena kacau dek swiss cash.. menggelabah. Boleh pulak sekat semua. Bila tang anak orang mati macam-macam excuse bagi...

berangin said...

The least they can do is buatlah macam kempen alam sekitar ke..kemalangan ke..ah long tu ke..ini langsung tak ada.

Buat bagi yang kaki seks haram yang suka-suka hati rogol anak orang ni terkencing tengok. Ulang banyak kali..kat radio pun..kat newspaper..kementerian penerangan kan ada..tv3 pun heboh banyak profit..tunggu apa..buatlah..INi sonyap jo.HANGIN BERANGIN AKU NI

Zulkifli said...

memang undang-undang yang ada sekarang ni dah kena ubah...dah banyak kali dah kita cakap pasal tu tapi tak ada perubahan pun yang selalu berubah ialah harga minyak...

bila minyak naik ...komoditi lain naik...gaji takuk lama...dan bila wujud tekanan maka tak mustahil gejala sosial bertambah banyak...yang susah nak atasi kesusahan ada yang mencuri etc...

apapun undang-undang jenayah yang ada kena kaji semula...

tang politik tu...semua orang berhak bagi pandangan...siap ada yang cam gaduh jer kat sini...ha ha ha...tapi last last jadi geng cam soul krasty..tu guna demokrasi...pandangan tak salah aku rasa...jangan pergi gaduh buat rusuhan tak guna ...

macam juga Nurin Alert...wujudnya Nurin Alert atas dasar pandangan orang ramai ...tak gitu? even pada zaman Nabi s.a.w dan sahabat mereka minta pandangan rakyat dan kritikan untuk betulkan pentadbiran mereka...pandangan tak semestinya kita tunjuk pandai...tapi kita sebagai rakyat apatah lagi pembayar cukai dan pembayar tol berhak bagi pandangan...aku rasalah...

Zulkifli said...

Berangin,berangin la ko...tapi betul gak apa yang ko cakap tu...tak semestinya kita menyokong other side bila bagi pandangan...kita nak penguatkuasaan tu berjalan lancar...kalau undang-undang lapuk ubah la....

hmmm at the end of the day apa pun kita buat ianya akan berkaitan dengan executive,judiciary dan legislative ...

siapa kat dalam tu orang politik gak so...

UMMI YL said...

betul..tak semstinya sokong pihak satu lagi bila suarakan perbezaan pandangan.... dah silap..memangla kena cakap..bukannya pemimpin ni betullll saja...

ini kes ni, siasat siasat juga...tapi memang lambat daaaaa....

Zulkifli said...

hmmm rulza ada point gak...ni aku nak cerita pasal hadis dan tindakan sahabat Nabi semasa mereka memerintah :-

Sebelum Nabi S.A.W wafat baginda telah datang ke Masjid dan berkutbah :-

"Sesiapa di kalangan kamu yang aku telah sebat belakangnya maka ini belakangku sila balas, sesiapa yang aku jatuhkan maruahnya, ini dia maruahku sila bertindak balas"

Abu Bakar r.a.h dalam khutbah pertamanya setelah dilantik menjadi khalifah berkutbah :-

"Wahai tuan-tuan saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, dan saya bukanlah orang yang terbaik di kalangan kamu, sekiranya saya melakukan kebaikan maka tolonglah saya, dan sekiranya saya melakukan kejahatan betulkanlah saya, benar adalah amanah, bohong adalah khianat (jangan mengampu)"

Umar r.a.h menegaskan "apabila kamu melihat pada diri ku ini penyelewengan maka perbetulkanlah aku"

Zaman mereka ini mereka di tegur depan orang ramai dan khalifah Umar pernah kena tegur dengan perempuan tua tapi dia "iyakan" perempuan tua tu...

ini adalah kata kata perempuan tua tu benar...

dah politik lah dah ..Pak Lah pun suruh kita tegur dia walaupun pahit..

rasa tak ada masalah gitu...

yang penting pembunuh anakanda Nurin, Presheena kena tangkap ...kasi pancung mereka ni...jap lagi adalah tu kata aku pembangkang...

berangin said...

Kita tak bermaksud nak melibatkan politik dalam hal jenayah ini. tetapi suka atau tidak...ia memang berkait.

Sejelas-jelasnya kita dapat tengok dari tindakan pihak berkuasa..kita nampak sendiri kes macam mana sebenarya jadi their top priority.Obviously yg melibatkan nak menjaga org2 penting aja. Kalu pasal tu smua melompat.

Sibuk nak ambil tindakan tegas kat org2 yg berhimpun tu..mcm mana orang tak buat macam tu..tgk ajalah kita kat sini. Macam2 idea. cara kita bagi, kita cakap..ada sapa yng peduli..ada ke..takkan nak suruh smua members kat blog ni gi merusuh pulak kat Bukit aman tu baru dia org nak sedar..

Dari beriya2 pasal org berhimpun tu baik sgtlah sembur air bomba tu kat Mat Rempit, motor2 Mat Rempit yg kena tangkap tu bakar jelah ..kena tangkap lagi..bakar lagi sampai mak bapak dia orang tak larat nak beli.NI dok perap kat balai macam tukun..kalu boleh membiak mcm bisnes cendawan ada gak faedahnya..

Pada saya, Mat Rempit ini pun kena belasah juga sebab aktiviti dia org dah semakin diversified..dari berlumba..skarang dah gila seks merogol anak org..rogol ramai2 pulak tu..pas tu rompak..samun..bunuh..Ni semua anak Melayu..yg jadi mangsa ramainya bangsa lain..Malu..malu..

Zulkifli said...

Mat Rempit ni menyusahkan orang , polis dan negara...ubah la perangai ...best sangat ker jadi kebencian masyarakat...jadi perogol, musnahkan hidup anak dara bangsa sendiri...yang anak dara ni pun lepak gak dengan mat rempit, nasihat mak bapak suruh duduk rumah bantu mak kat dapur tak nak dengar , kuno la tak sporting la ...bila dah "kena" baru nak mengalir air mata...

Hukuman kena keras...sekadar rampas motor tak mengubah dia orang ni...filem Rempit yang aku pernah tengok tu menyebabkan aku meluat tengok budaya rempit ni...

cukuplah dengan jenayah jenayah yang dah ada....road bully la, phadophile la, rempit la, apa nak jadi....?

nak jadi macam Indon? bila jenayah dah jadi macam makan nasi baru nak ubah perangai?

last week pertukaran duit Malaysia dengan Singapore S$1.00 = RM2.30 ..kalau dulu sama nilai sekarang dah jauh hampir 230%

korang bangga ker? nak tunggu harga roti satu bungkus RM 4 ribu baru nak sedar? bila duit kita sama dengan rupee India dan Rupiah?


Insafla..bawak bawak beramal...

budak budak kena bunuh tiap tiap hari tapi budak budak kita masih lagi lalok tak tentu arah...macam mana nak gagah perkasa kan bangsa kalau majoriti jenayah rogol, dadah di pegang oleh budak budak Melayu...

sekarang kat U penuh dengan perempuan...jantan melayu apa dah jadi...? menagih dadah peragut, ganster?

bila pempuan melayu kawin mat salleh kita gak nak marah...habis nak kita sendiri memoyokan bangsa sendiri...siapa salah...?

balik bukak buku sejarah Mat Kilau, tok janggut dan lain lain..dia orang ni bermatian berjuang...orang jadi Dr kat hospital awak jadi Dr kat bawah jambatan dan lorong gelap

kita perlukan pelapis ..tak boleh salahkan bangsa lain kalau mereka maju...aku tak pernah prejudis pada bangsa lain sebab ini semua salah bangsa melayu yang malas...

kalau korang tak percaya pergila penjara tengoklah kalau tak muka melayu yang ramai dalam tu...