Monday, December 24, 2007

Aktiviti Hindraf masih dipantau – Musa



Oleh ARSHAD KHAN
PEKAN 19 Dis. – Polis masih memantau aktiviti dan tindak-tanduk Hindu Rights Action Force (Hindraf) walaupun sebahagian pemimpin mereka telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, ini kerana fail penyiasatan kes melibatkan kumpulan itu belum lagi ditutup meskipun lima pemimpin kumpulan itu telah ditahan.

‘‘Kita masih menyiasat kumpulan itu, masih terlalu awal untuk memberikan komen berhubung status kes berkenaan dan saya juga tidak dapat memberitahu kemungkinan akan ada lebih banyak lagi tangkapan,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas melakukan rondaan dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir ke kawasan-kawasan pendalaman yang ditenggelami banjir di sini.

Lima pemimpin Hindraf yang ditahan di bawah ISA ialah P. Uthayakumar, R. Kenghadharan, M. Manoharan, V. Ganabathirau dan Koordinator Hindraf, T. Vasanthakumar.

Dalam pada itu, beliau juga menafikan pihaknya menemui jalan buntu dalam penyiasatan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang menggegarkan seluruh negara pertengahan tahun ini.

Musa berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu tetapi ia tidak boleh didedahkan kepada media secara keterlaluan pada masa ini.

‘‘Tidak, tidak, kita masih lagi menyiasat kes itu,” katanya ketika ditanya apakah polis menemui jalan buntu dalam kes itu memandangkan tidak ada perkembangan baru untuk satu tempoh yang agak lama.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Dia ditemui mati 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di depan premis perniagaan di Petaling Jaya akibat didera secara seksual.

Kes berkenaan mendapat perhatian yang amat meluas daripada segenap lapisan rakyat dan pemimpin negara.

Polis yang berusaha bersungguh-sungguh menyelesaikan kes berkenaan telah mengambil pelbagai langkah termasuk menghantar rakaman rakaman kamera litar tertutup (CCTV) ke Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat.

Namun, pihak FBI juga gagal meningkatkan sepenuhnya imej kabur dalam CCTV berkenaan.


Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan banjir gelombang kedua di Pahang, Musa berkata, pihaknya bersedia untuk menambah kelengkapan dan anggota jika ia diperlukan.

‘‘Polis mempunyai keupayaan yang cukup untuk bertindak, kita akan ambil anggota dan kelengkapan dari negeri-negeri yang tidak terjejas akibat banjir,” jelasnya.

Beliau juga memberikan jaminan bahawa jenayah dalam musim banjir akan terus dipantau dan ia masih lagi terkawal.

- Utusan Malaysia

22 comments:

Zulkifli said...

Hmmm

unicorn said...

IGP asyik bemain lagu yg sama.bosan...


ada tgk buletin utama semalam?

tak berapa faham apa kamal affendi tu maksudkan, katanya lebih kurang (bila menjawab pertanyaan wartawan on kes jenayah yg lambat selesai) '.....suspek dilepas (selepas direman)bila tak ada bukti tapi bila jumpa bukti kita tak boleh tuduh orang tu dengan tuduhan yang sama,sebab itu namanya 'double jeopardy'..'

ehemm...kalau dah jumpa bukti tak boleh nak tuduh dgn tuduhan yg sama,habis nak tuduh tuduhan apa pokcik? takkan nak tunggu sipenjenayah buat satu lagi crime and baru nak pakai bukti yg jumpa previously. poning kepala lutut nih..!

have you all notice,sudah hampir 100 hari arwah nurin tinggalkan kita semua.mungkin arwah dtg menjengok keluarganya dan melihat mereka masih berduka sebab babi2 dajal itu masih belum ditangkap.

amanlah engkau disana nurin and for us ,we will always pray for justice to prevail soon.

we only hope for magic of doa.

Zulkifli said...

biar betul...apa pulak double Jeorpady...tak faham tu...dia masih boleh dituduh dengan tuduhan yang sama...bahkan orang yang direman pun boleh direman semula atas tuduhan dan kesalahan yang sama...

pelik gak kan ..kalau cam tu seribu kali pun orang boleh tipu polis...apa nak buatkan unicorn...

kesian family Nurin...seriously cara kes ini di tangani amat mengecewakan...harap harap dia orang betul betul cari penjahat tu...

nabil said...

Janganlah kita nak menyalahi pihak polis saje.Mereka tahu apa yang nak dibuat.Mungkin mereka ingn siasat dengan terperinci lagi.Kita juga sama2 bantu dengan banyakkan doa......

Kita patut bersabar.Biarlah pihak polis menyiasat kes allahyarham adik nurin jazlin ini.

unicorn said...
This comment has been removed by the author.
unicorn said...

salah tu nabil...bukan menyalahkan. ini discussion based on facts not fiction.try to look in +ve side.

eh,ada kengkawan polis ke?

ye lah zul, aku poning beto statement kamal tu.almaklumle belajar law sampai 3 x repeat paper baru pass.....he he

Nic said...

harap-harap ada tindakan selepas ni. Ada berita baik.. Amin

Izleen said...

Buletin Utama tadi kata depa terima dua email luahan rasa public berkenaan kes Nurin. Satu email komen kata lambat sangat...alamak satu lagi tak ingat lah...kepala hotak aku ni cepat lupo...sorry ye.

Tapi baguih gak ada yang hantaq email cam tu...satu cara untuk remind semua orang, walaupun sebahagian besar memang takkan lupa, tentang Nurin Jazlin.

Dalam erti kata lain, saper makan cili padi, rasa lah pedasnya kow-kow.

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Memang betul apa yang dikatakan oleh En Kamal tu.. Pokcik penah jugak ikuti kursus penyiasatan dulu2. Tapi tak jd polis lah.. Memang kalau dalam peruntukan peraturan penyisatan dan dakwaan; suspek yg dilepaskan kerana tidak cukup bukti tidak boleh ditahan (reman) semula atas pertuduhan yang sama. Pelik ke tak pelik, itulah peliknye undang2 omputeh yang kite pusakai selama ini.

Walaupun terdapat bukti yang kukuh (hard evidence), sekiranye masih mahu menahan orang yg sama, pertuduhan yang boleh dikenakan mestilah pertuduhan yang berbeza. Gile ke tak gile kalau dipikirkan.

Sebab itu kalau tak silap semasa kes Hinderrap baru2 ni, selepas suspek dilepaskan oleh mahkamah, die ditahan semule sebaik saja keluar bilik mahkamah nak "charge" tuduhan lain. Dalam Mahkamah pon tak boleh nak tangkap, kena tunggu keluar pintu mahkamah.

Tapi kalau ISA, berbeza, boleh tahan berkali-kali atas orang yang sama, tak jadi masalah. Kalau dah dibebaskan pon boleh ditahan semula untuk lanjutan tahanan.

Harap dengan penjelasan undang2 pelik ni dapat menghilangkan kepelikan rakan2 kat blog ini.

Wallahualam.

Zulkifli said...

hmmm mungkin betul gak kata lang...
tapi saya pun tak pasti samada perkara tu masih lagi digunakan...kalau digunakan parlimen perlu ambil tindakan pinda undang-undang macam ni..

banyak undang -undang yang perlu di buat baru cam undang-undang report orang hilang...kalau 48 jam baru boleh ambil tindakan susah la

ye ker unicorn sampai tiga kali...?hmmm

nabil kita orang bukan kritik...baca tak berita harian semalam...even family arwah pun dah agak kecewa dengan siasatan cam ni...sabar dan doa adalah senjata orang mukmin tapi sebagai manusia biasa kita pun berhak rasa kecewa ...kes autopsy pun janji nak dakwa masih juga belum ada apa-apa perkembangan...

Zulkifli said...

lang aku masih ragu ragu dengan kursus yang hang ikuti tu dan begitu juga dengan kata kata kamal afendi sebabnya dalam undang-undang mengatakan " kadang kadang orang yang kena charge lain mungkin boleh dihukum atas satu kesalahan lain ...(he may be convicted wth offence which he is shown to have committed although he was not charged with it"

saya rasa reman adalah untuk mengetahui samada orang tu sabit melakukan sesuatu kesalahan ataupun tidak...kalau dia dilepaskan tanpa dituduh ...itu bermakna dia belum lagi dituduh...jika belum dituduh bukankan dia boleh di reman untuk siasatan terhadap kes yang sama?

Zulkifli said...

lang, fakta kau bagi tu betul...tapi dia macam ni ..."apabila tamat tempoh reman, polis boleh mohon reman dilanjutkan...kalau tidak polis mesti lepaskan suspek, samada dengan jaminan atau tanpa jaminan polis dan tidak boleh ditangkap semula untuk kesalahan yang sama tanpa waran bagi kesalahan yang sama (maknanya boleh ditangkap semula dengan waran) kecuali dengan bukti baru telah di temui selepas tangkapan asal dibuat...."

Bermakna saspek yang dibebaskan boleh ditangkap semula provided police ada new evidence....cam tu...

harap harap clear la ni.....tak pun ada lagi sapa sapa yang boleh explainkan ...thank you lang and unicorn....best gak sekali sekala bincang topik cam ni

.. said...

I hate to say or believe it, but I am very sure that the Police will never find the killer/s. It's way too long now, and I bet that we will hear the same statement from Musa on Nurin's 1st death anniversary. It's not blame but just pure incompetency. If we cant rely on the Police, then who are we to rely on? Ourselves?

Jalal said...
This comment has been removed by the author.
Zulkifli said...

lang, aku try nak masuk kau punya Blog tak dapek la lang...

Jasni, selamat harijadi untuk anak Jasni sorry terlambat...

Mary kate...as much as u do, I hope it is not true....and I don't want to believe it...

benharperbenladen said...

Mengenang 100 hari pemergian Nurin, apa kata Musa Hassan?

http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/325/32/

benharperbenladen said...

hadapi lah kenyataan.Polis bekerja hanya untuk BN...bukan utk rakyat...

sbb tu byk kes jenayah yg tak selesai..yg selesainya kes BERSIH,HINDRAF...and the ada kes Bloggers plak kena tahan dgn polis...

sampai Referee bola pun polis dah digunakan oleh pemuda UMNO kat Johor..sampai leh tembak-tembak org...

aku rasa elok je KPN sekarang ni join sedara lelaki dia yg control ensem dan berpewatakan playboy jadi PELAKON drama dan GER(L)AK KHAS...ntah2 nanti leh menang award sebagai pelakon penjungjung tilam terbaik ..kakkaa..nakal wehh...

Zulkifli said...

ha ha ha...bahayo hang benhaper....karang ada pulak blogger kena tangkap ni karang...

rone said...

Mengenang 100 hari pemergian Nurin, apa kata Musa Hassan?

Tuesday, 25 December 2007
(Harakah) - Hari ini genaplah sudah 100 hari pemergian Nurin Jazlin Jazimin,8, meninggal dunia sekaligus meninggalkan rakyat Malaysia dengan kisah menyayat hati kerana sicomel kecil ini telah 'dihantar ke syurga' tapi terlebih dahulu dibunuh kejam.

Ada yang sesekali nakal, menghantar email mengusik dengan membangkit persoalan, sekiranya siNurin ini adalah anak orang kaya, berpengaruh dan daripada keluarga politik serta pemimpin negara, bagaimanakah persepsi dan tindakan polis menanganinya?

Biarpun lebih tiga purnama berlalu namun nama manis ini masih tidak dilekang di bibir kalimah masyarakat hatta sesekali kedengaran juga Mimbar Khutbah di beberapa masjid menukilkan kisah tragis ini sebagai satu peringatan kepada sidang jemaah agar berwaspada dengan wabak penyakit manusia gila sehingga hilang nyawa anak kecil tidak berdosa.

Tandanya, diam tak diam, masyarakat masih menanti serta tertanya-tanya hasil tindakan serta siasatan polis yang mengambil masa yang agak lama mencari si penjenayah durjana ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga baru-baru ini menafikan pihaknya menemui jalan buntu dalam penyelesaian kes pembunuhan Nurin dan katanya polis masih menyiasat kes itu tapi tidak boleh mendedahkan hasil siasatan ini kepada media.

"Sampai bila? Masyarakat resah selagi tidak tertangkapnya pembunuh gila ini," kata seorang penghantar email yang mahu dikenali sebagai Jabar Alias.

"Daripada tertumpu isu Bersih, Batu Burok dan Hindraf yang tidak ada penjenayah di dalamnya, lebih baik fokus kepada kes Nurin ini. Dan jangan sibuk nak salahkan ibu bapa, cari dulu manusia berhati binatang ini!" katanya yang kecewa dengan kenyataan melulu Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan seolah-olah menyalahkan ibu bapa mangsa dan ingin mendakwa sekiranya berlaku kecuaian.

Semalam, agensi berita turut melaporkan ibu Nurin, Norazian Bistaman, 35, dan ayahnya Jazimin Abdul Jalil serta keluarga "sudah letih" menanti jawapan positif daripada polis.

"Jika di awal-awal dahulu, pihak polis sering datang atau menghubungi kami bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu, namun sekarang mereka langsung tidak menghubungi kami, malah kami pula yang terpaksa menghubungi polis untuk mendapatkan maklumat terkini," kata Norazian.

Laman blog Nurinjazlin.blogspot.com yang diwujudkan oleh bapa saudara Nurin, Jasni Abdul Jalil bagi membantu mengesan kehilangan Nurin sejak Ogos lalu, masih lagi menerima maklumat balas daripada anggota masyarakat yang ingin mengetahui perkembangan perjalanan kes itu.

Pada 20 Ogos, Nurin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1 Wangsa Maju.

Mayatnya ditemui 27 hari kemudian dalam sebuah beg yang diletakkan di depan premis perniagaan di Petaling Jaya dan hasil bedah siasat mendapati Nurin mati akibat didera secara seksual.

Walau apa pun, rakyat Malaysia khususnya umat Islam disaran berdoa, mudah-mudahan roh sikecil ini ditempatkan di kalangan orang yang beriman, melindungi anak-anak kecil di Malaysia ini terhindar daripada perbuatan 'kebinatangan' penjenayah yang berada di merata-rata seterusnya mengheret 'si jahanam' itu ke muka pengadilan.

Zulkifli said...

menarik gak artikel harakah ni...

Izleen said...

Sungguhpun setiap individu mempunyai hak untuk memilih parti politik mana dia nak undi, tapi bagi kes Nurin, semua neutral. Tak kira agama, bangsa, latarbelakang, PAS ke, Keadilan ke, BN ke, etc etc, semua mempunyai perasaan yang sama, iaitu sedih dengan cara pemergian Nurin Jazlin Jazimin.

Article Harakah yang Rone tampal (tima kasih Rone) memang selaras dengan apa kita semua mengeluhkan dalam blog ini selama ni jugak.

Benharper...link yang hang tampal tu, dapat takat intro page je. Article nyer sama ngan yang Rone tampal tu ke? kalau sama, tima kasih pada hang jugak.

mie_taiping said...

Kalau dah ada hint sikit-sikit, takleh ke ISA kan terus si suspek tu? memang dah menggugat keselamatan negara dibuatnya si anjing bangsat ni.