Sunday, December 23, 2007
Propa: Lagu Mila untuk Nurin
Oleh CK
JIKA dua tahun lalu Adibah Noor menyanyikan lagu berjudul Terlalu Istimewa yang ditujukan khas untuk Allahyarham Nurul Huda, pada 18 November lalu pula, Mila turut merakamkan sebuah lagu untuk Allahyarham Nurin Jazlin. Kedua kanak-kanak ini menjadi mangsa kerakusan nafsu manusia yang tidak berhati perut, hingga mengorbankan nyawa mereka.
Lagu yang diberi judul Pergimu itu dicipta oleh Freddie Fernandez, yang juga Ketua Pegawai Operasi, Maestro Talent & Management. Manakala liriknya pula oleh Habsah Hassan. Kiranya inilah hasil ilham pertama Freddie selepas sekian lama tidak berkarya.
Lagu terbabit bercerita mengenai penderaan kanak-kanak dan bakal dimuatkan dalam album sulung Mila, yang dijangka siap bulan ini.
CK dengar cerita, pihak Maestro juga sudi bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin mengadakan kempen berkaitan kebajikan kanak-kanak sebaik saja lagu itu siap dirakam. Mereka juga mengalu-alukan mereka yang ingin menggunakan lagu Pergimu sebagai tema program kesedaran.
Mereka berasakan, tragedi yang menimpa adik Nurin tidak harus dilepas pandang begitu saja. Sebaliknya usaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan dan kebajikan kanak-kanak harus dipertingkat dan digiatkan sepanjang masa. Nasib kanak-kanak tak berdosa harus dibela.
Mila sendiri khabarnya sempat berkunjung ke kediaman Allahyarham sebelum rakaman dilakukan. Dia ingin menyelami sendiri perasaan keluarga mangsa supaya dapat menghayati lagu balada itu dengan sepenuhnya.
- Berita Minggu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
hmmm bagus tu bagus supaya kes ini tak dilupakan ...kempen kebajikan pun bagus .....kempen ini perlu juga serentak dengan kempen membenteras jenayah dan memburu penjenayah....
selain dari lagu elok juga di adakan majlis doa dan tahlil serta sembahyang hajat supaya penjenayah itu dapat di tangkap....
kisah tragis kanak2 nie tidak akan dilupai..bersama-samalah kita berdoa agar rohnya aman disana.Selain itu juga,sama2 seluruh umat islam adakan solat hajat dan doa agar pembunuh itu dapat ditangkap......
lagi baik jika 10-20 sen royalti di sedekahkan kepada keluarga mangsa. realitinya usaha mencari pembunuh samada bersolat hajat atau ikhtiar lain memerlukan bantuan kewangan.
i totally agree wih unicorn...
kalau bukan calling it royalty pun just as donation...
Post a Comment