Sunday, December 30, 2007

Polis tidak pernah abai kes Nurin



KUALA LUMPUR 29 Dis. – Polis tidak pernah mengabaikan penyiasatan kes pembunuhan kejam kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazimin walaupun kejadian itu sudah tiga bulan berlalu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner II Ku Chin Wah berkata, walaupun tiada kenyataan dikeluarkan, ia bukan bermakna kes itu ditutup sebaliknya siasatan akan tetap diteruskan hingga tertangkap pembunuhnya.

Beliau berkata, orang awam seharusnya memahami dan tidak mendesak pihak berkuasa, sebaliknya mereka perlu diberi peluang serta masa untuk menyelesaikan kes tersebut mengikut prosedur siasatan yang ditetapkan.

“Kami (polis) tidak pernah mengabaikan kes ini, sebaliknya isu itu dibincangkan dalam setiap mesyuarat yang diadakan pada setiap minggu.

“Kami sedang mencuba dan tidak akan berputus asa ,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri kempen Pencegahan Jenayah (Rakan Cop) kawasan Jinjang anjuran bersama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, di kawasan perumahan Taman Wahyu, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Wira Abu Seman Yusop.

Beliau memberitahu, polis masih memerlukan kerjasama dan maklumat dari orang awam bagi mengesan pembunuh terbabit.

“Sebaliknya, ada sesetengah pihak yang sengaja mengambil kesempatan ini untuk memberi maklumat yang tidak sahih dan mempermainkan pihak berkuasa,” ujarnya.

Mengulas lanjut, Chin Wah berkata, polis masih memerlukan lebih banyak maklumat khususnya saksi yang terserempak dengan seorang lelaki yang dikatakan membawa beg sukan berisi mayat kanak-kanak malang tersebut.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak dilaporkan hilang pada 20 Ogos lepas setelah keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju.

Pada 17 September, mayatnya ditemui dengan kesan penderaan seksual melampau dan disumbat ke dalam beg sukan di hadapan sebuah kedai di Petaling Jaya.

Sementara itu, Abu Seman memberitahu, Rakan Cop menyaksikan penyertaan baru sebanyak 180,000 orang bagi tahun ini sahaja.

“Saya percaya Rakan Cop merupakan pendekatan gandingan bijak antara polis dan masyarakat. Masyarakat menjadi telinga dan mata polis serta membantu menyelesaikan pelbagai kes,” katanya.

Rakan Cop merupakan sebuah program yang diperkenalkan pada Ogos 2004 bagi melibatkan masyarakat umum dalam usaha mencegah kegiatan jenayah.

- Mingguan Malaysia

13 comments:

nabil said...

Semoga pihak berkuasa dapat menangkap pembunuh allahyarham.Bersama-samalah kita berdoa agar pembunuh itu ditangkap.

Orang ramai jangan salah buat tanggapan pihak polis menemui jangan buntu dalam kes nurin.Kita sepatutnya memberikan maklumat.

Al-Fatihah kepada Allahyarham,amin.......

zalwani said...

assalamuaalikum dan salam sejahtra

alhamdullilah kalau polis masih lagi menjalankan siasatan ni secara bersungguh2. kita sama2 berdoa agar DIA memberi ilham dan pertunjuk di dlm kes adik nurin ini. al -fatihah untuknya.kekawan semua selamat tahun baru, semugamemperolehi rezeki dan kesejahteraan di dlm hidup.

tehsin mukhtar said...

ya, tapi bagaimana dengan gambar autopsy ya wahai polisi...dengar khabar IGP ade another brite idea...get a PR firm to do a makeover of the polisi...improve image..does it mean they will be wearing Gucci or Pucci or only those getting the contract? Presheena pun tarak leads? Tak pakai tracker dogs ka?

meanwhile...another mum leaves her 5 year old in a 10th floor apt alone to jump to her death..or as her other story goes, left the kid with her lorry driver housemate...(God know what that man did/could do to her)...these stupid mothers tak tau lagi ka jenis2 jantan binatang yang berkeliaran ni?????

Tolonglah...lain kali just abort the baby if you mums want to leave young daughters or sons with your boyfriends or live-in-lovers...the kid better off dead in the womb.

unicorn said...

happy new year 2008 and salam awal muharam (10th jan ni)


hmm..the authority always know what to say to the public..juz like politicians.apapun,aku selalu berdoa cepat2lah iblis2 tu ditngkap! bimbang kalau2 terjadi lagi pd kanak2 lain.terlalu zalim mereka itu..

i am disturb how things get bad to worst. ignorance and neglecting children.as tehsin wrote ,2 days ago, 5 yr old girl fell fr her condo tapi no blood trace only lebam2 (no blood spill.?this is weird..)mungkin ada sesuatu tuhan nak tunjuk(nak suruh siasat) atau s/thing not right behind the child's death.

semalam, 5 yr old boy died from beatings /abused.the culprit,his irrational,unreasonable & dead beat father.before this, 3 yr old girl beaten to death by the father too.what were the victims mother doing?tgk saje ke?

bukan nak menggalakkan tapi betul kata tehsin,kalau tak tahu jaga...the kid better off dead in the womb.

Mohamad Hafidz said...

Saya sebenarnya berasa amat lemah & letih sekali apabila mendengar lagi kisah-kisah kanak-kanak hilanglah, jatuh dari bangunan lah, kena cabullah deralah.. Ini semua tanda-tanda tidak sihat dan tidak baik buat masyarakat kita.

Tapi yang jelas walaupun lepas terjadinya kes Nurin masih ada lagi ibubapa yang ambil endah tak endah dengan keselamatan anak-anak.

By the way, pihak polisi & inspektor2 'sahab' yang terlibat dalam siasatan kes Nurin mungkin kini sedang memasang perangkap buat sang penjenayah yang masih bebas berkeliaran. Tapi saya berharap kalau sahih penjenayah dapat dikenalpasti .. tak payah tunggu2 lagi .. bagi je satu das di kepada & satu das lagi di celah peha. Yang celah peha tu didahulukan agar dia sakit menderita sebelum dia mampos kena das yang lagi satu di kepala!

Astaghrafilullah! inilah akibat emosi menguasai minda. apa-apa pun salam tahun baru kepada semua & teruskan dengan bloG ini! Keep it up!

Tini Rahim said...

polis tak boleh nak salahkan rakyat, ibu-bapa, atau mana-mana pihak kalau dikatakan kes Nurin ni senyap tanpa khabar berita. Kalau dah nak senyap sunyi berapa lama, orang pun letih la menunggu. penjahat tak dapat. budak perempuan ada je yang mati kena cabul, pun masih tak dapat tangkap penjahatnye. manalah public tak hilang keyakinan dekat polis. kalau setakat cakap "masih dalam siasatan", itu skrip yang dah basi. lepas tu duk menuding jari kat mak bapak. nak dakwa sebab kuurang prihatin. come on la. what are u trying to prove? aku yakin kalau yang mati kena cabul tu bukan Nurin Jazlin,tapi anak perempuan mana2 menteri atau orang besar kat Malaysia, pagi jumpa mayat, malam dah dapat tangkap sape yang buat.

cakap memang la senang. benda tak jadi kat anak sendiri. muhasabah la banyak2. hari ni mungkin hari mak bapak yang lain. esok lusa mungkin hari kau. Tuhan tu Adil.

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera..

Selamat tahun baru, dan selamat menyambut awal muharam.

Kita memang amat mengharapkan sesuatu yang baik akan dimulakan diawal tahun baru ini. Berita2 yang menggembirakan rakyat. Malangnya, apa yang disajikan adalah berita2 yang memang menunjukkan masyarakat atau lebih tepat lagi, rakyat malaysia semakin sakit. Sakit moral dan attitude.

Diawal tahun sudah ada pembongkaran kes2 yang tak senonoh dalam sambutan tahun baru, dan yang lebih memalukan ialah kes pengakuan menteri malaysia yang mempunyai moral yang rendah.

Apa mau jadi dengan mereka ini. Yang pakcik jangkakan menjadi kenyataan bila dia amat menekankan soal nak suruh polis tangkap orang yang ambil video itu. Nampak sangat orang besar pandai putar cerita untuk mengelak diri dari dicemuh masyarakat. Dahlah tak sedar diri masih ada hati nak kekal dalam jawatan... dia tak puas hati pulak dengan pembongkaran kisah gelap hidup dia dibelakang tabir (private life yang melampau).

Mari kita tengok siapa dulu kena tangkap; orang yang ambil video atau orang yang sebar gambar post-mortem adek Nurin. Pakcik teka yang ambil video tu yang kena tangkap dulu walaupun kes adek Nurin dah nak berkulat tunggu tindakan.

Dari sini kita bolehlah menilai sejauh mana ketelusan bapak2 pulisi di negara kita yang tercinta ini.

Wallahualam...

Lang said...

ada sikit lagi nak tambah...

hehe.. macam nasi tambah pulak..
Ni kita nak pilihanraya tak lama lagi. Bapak pulisi kita makin sebuklah... nak jaga perhimpunan haram, ceramah haram, kempen haram, sebab itu lebih penting dari tugas2 yang melibatkan kes2 jenayah. Takut soru miss nanti kalau tukar kerajaan kot...

benharperbenladen said...

CCTV yg kantoikan Chua Soi Lek punya la clear...polis tak payah siasat beria2....siap ngaku lagi...mmg tak leh lari dah CSL...

tapi kes nurin ni...CCTV cam hampeh...clue ada..tapi tak leh settle gak...kalau that killer ikut contoh CSL kan bagus..ngaku jeh..:)..tapi siap la ke tali gantung...

senang keje KPN..tk payah pening kepala...

Zulkifli said...

Assalamualaikum,

Selamat tahun baru dan selamat tahun baru hijrah...Unicorn nak ditakdirkan hari lahir anak saya yang pertama jatuh awal muharam...bangga betul saya...

sedih kes ni masih belum selesai...kes autopsy? hmmm masuk angin keluar asap...lang blog mu guano ambo nak masok..sampai tahung baru ambo try dok dapak...guano tu...

tengok lak gambar batu nisan nurin yang dikasihi makin sebak dada...semua tu menginsafkan kita...dan paling menyedihkan ada gak mak bapak yang masih lagi otak tak tau simpan di mana tinggalkan budak umur 5 tahun kat tempat tinggi tinggi dengan orang tak dikenali...kesal...harap harap tahun baru ni kes jenayah terhadap kanak kanak di Sifarkan sama sekali...

Aku pun tak tau macam mana manusia manusia keji ini dinamakan manusia? sepatutnya mereka malu dilahirkan sebagai manusia sebab perangai mengalahkan setan...

harap harap pembunuh nurin yang dikasihi dapat ditangkap awal tahun ni...harap kes autopsy dapat disetelkan dengan baik sekali. Amin.

unicorn said...

adoii...penat sungguh ari ini ! anak2 dah mula sekolah.kena beratur nak bayar yuran pibg dll berjam2, berdiri sampai nak patah pinggang ni hah.'tak mesra' sungguh sekolah anak aku tuh,kalu ye pong,letaklah kerusi 5-6 buah untuk parents yg beriya2 nak bayar yuran nih!

selamat lah dunia akhirat untuk anak kau zul yg bakal menyambut u/tahun pd awal muharam ni.

actually, kdg2 rasa malu jadi manusia bila membaca dan mendengar atau melihat kes2 yg berkenaan penganiayaan,penderaan & pembunuhan kanak2.kes2 sebegini realitinya bukan menurun tapi bertambah.how effective line 999 and latest 15999 tu ya?

pernah jugak aku call talian nur tu tanya kes kanak2 lelaki diexploit di 'kowloon'KL,yg menjawab talipon tu pong tak tahu apa2,how deep is their knowledge on social ills ?the question is, staff2 yg dipertanggungjwbkan itu cukup cekap dan fully attentive/sensitive ke dlm hal2 begini?

then, a few days before, terbaca pula kes yg menyedihkan dlm diges misteri(ogos 2007),pekerja sebuah anak2 yatim & terbiar dijln ipoh berhenti kerja dan menceritakan b/mana kanak2 disitu didera secara fizikal & seksual oleh penjaga rumah kebajikkan itu! katanya ,ada kes yg dilaporkan polis tapi senyap begitu saja..!

malu dan sedih jika kanak2 yatim dan terabai dibiarkan lagi dirusakkan oleh orang yg diamanah untuk menjaga kebajikkan mrk.

khuatir jika tindakan keras tidak diambil oleh pihak2 berwajib,akhirnya Allah swt turunkan bala besar pd negara yg tercinta ini! renungkan akibat yg bakal terjadi. Aku rasa penjenayah2 spt pembunuh arwah nurin juga 'dibentuk' oleh sikap 'ignorance' kita sendiri.mungkin semasa kecil,mrk terabai dan di aniaya tanpa bantuan sewajarnya dan akibat itu mereka terus 'develop' menjadi sebagaimana sekarang.

pokcik lang, aku rasa menteri itu harus resign! tak pyh lah nak berlagak cool atau perasan berani krn berterus terang. tak hingin pemimpin yg suka makan luar gitu ye..jijik!

Zulkifli said...

aiseh unicorn saya baru terbaca komen ,,,tengkiu..harap harap semua anak anak kat Malaysia dan dunia ni selamat dunia akhirat...

menteri tu dah pun letak jawatan tapi macam bangga jer dengan perlakuan dia tapi atleast dia mengaku...yang penting tak wajar langsung jadi contoh..

aku pun pelik cam na banyak sangat budak budak jadi mangsa ...amat menakutkan

BORNEO PARADISE said...

Saya ada satu saran guna menangkap pembunuh Nurin, pada tayangangan cctv yang mengambarkan pelaku membuang tas sukan di petaling tentunyanya ada juga tercatat waktu kejadian, dalam rekaman terlihat pelaku melakukan hubungan dengan telepon bimbit, bisakan police menyiasati dengan mencari tahu semua hubungan telepon bimbit yang terjadi di lokasi saat pembuangan tas sukan itu, dari nomor telepon itu kita mungkin bisa mendapatkan informasi.
salam perihatin

Andreas Acui Simanjaya
Pontiank, West Borneo
Indonesia