Saturday, December 15, 2007
Baca naskhah Maskara bela nasib wanita
Barangkali kemanusiaan
telah lama mati
dikerkah gigi-gigi
nafsu yang meruncing
lalu akal dicampak ke jurang
hitam yang paling dalam
kesantunan di sepak
kaki-kaki kebejatan
terlambung entah ke mana
kehormatan sudah tiada
nilainya walau mata
menagih belas berkaca sayu
Izrail pun bersayap di sebelah sini
menjemput banyak lagi mangsa
kerana setiap detik
bakal ada lagi Nurin dan Nurul Huda
dan di hujung sana
para syaitan gegak gempita
bersorak gembira...
DEMIKIAN petikan daripada puisi Gadis Esok karya Zaifulnizam Wagiran yang dideklamasi pada Malam Baca Naskhah Sindiket Soljah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) di Rumah Pena, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Malam baca naskhah tersebut khusus mengutarakan karya-karya yang bertemakan wanita, persoalan kekerasan, hak-hak asasi golongan itu dan sebagainya.
Dalam erti kata lain, naskhah tersebut cuba menyingkap pelbagai isu di sekitar dunia wanita yang berhadapan dengan pelbagai kekerasan dan sesuatu yang tidak wajar.
Pada majlis tersebut, turut membaca naskhah dan karya ialah Farhana Husain yang membaca cerpen Mahkota di atas Jendela, manakala Ummu Hani Abu Hassan menyelami sedutan novelnya, Ladang Hati Mustika.
Pada majlis tersebut, novelis Salina Ibrahim membaca sedutan daripada cerpennya, Tanah Kampung Kami yang tersiar dalam Dewan Sastera pada Februari tahun lalu.
Jurufoto dan blogger, Salina pula membaca naskhah cerpen Adil dan Arial, manakala Nur Safiah Abd. Raub, Nor Diyana Hassan dan Halimatun Saadiah pula membaca puisi dalam bahasa isyarat.
Pembaca naskhah lain ialah Nida, Amyz, Cik Daun dan penulis serta pensyarah, Bernice Chauly manakala pengacara majlis ialah Azie Azah dari sahabat KL.fm.
- Utusan Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
condo mgmt bukan penyebab utama, tetapi beberapa langkah keselamatan lain perlu dilaksanakan oleh condo mgmt seperti pemasangan cctv di laluan utama seperti lif atau tangga. condo mgmt tak sepatutnya memikirkan soal keuntungan semata-mata tetapi juga kebajikan penghuninya. Diharapkan kes ini menjadi teladan kepada condo mgmt lain.
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Maaf jika tersalah pendapat.
Rasa2nye, pendapat pakcik atas kes Adik Nurin ni ialah... bukan kes yang melibatkan keselamatn negara. Sebab itulah perhatian kurang diberikan kepada kes2 begini. Tak macam kes2 perhimpunan yang aman dan tak aman. Kes macam ni akan diambil berat sebab mengancam keselamatan 'negara'.
Persoalannya sekarang; Adakah kanak-kanak di Malaysia ini dikelaskan sebagai rakyat kelas kedua, yang tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya?
(merujuk kata2 IGP dalam isu tangkapan ibubapa dalam kes BERSIH)
lang,
kanak2 kat m'sia ni bukan kelas kedua lagi tapi agaknya jatuh kelas 'tambang plg murah'...!
kalau dianalisis, kes dera dpt perhatian lepas kes baby balasundram (late 80's),kes sumbang mahram rasa aku dlm 90's baru dpt tempat diakhbar.kes culik, rogol,seksa & bunuh dpt status 'kes profile tinggi' bila adik nurul huda dibunuh ,rogol dan liwat menggemparkan negara hanya beberapa tahun lalu.
Tapi aku plg sedih kes nurin sebab dia biarkan menderita hampir sebulan....!
alfatihah untuk anakku nurin jazlin & mangsa2 lain.
baca mastika terkini...ada budak kena cabul dan mak bapak dah report ...dah kenal orang yang buat sebab budak tu tunjuk....tapi polis kata tak ada bukti...alasan yang klise...aku kecewa sebab seolah olah tiada jaminan keselamatan terhadap kanak kanak...risau kalau macam ni
Post a Comment