Monday, January 21, 2008

Cari rumah ke rumah -- Ketua Polis Negara gerakkan strategi baru kesan Sharlinie


Oleh RAMLI ABDUL KARIM dan ZULKIFLI MANZOR

KUALA LUMPUR 20 Jan. – Selepas lebih 10 hari Sharlinie Mohd. Nashar, 5, hilang dipercayai diculik, polis menggerakkan strategi baru untuk mengesan kanak-kanak itu dengan melancarkan operasi mencarinya dari rumah ke rumah di seluruh negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan telah mengarahkan semua ketua polis daerah (KPD) melaksanakan gerakan itu serta-merta.

Bercakap kepada Utusan Malaysia di sini hari ini, beliau memberitahu, strategi tersebut telah mula dilaksanakan oleh semua KPD di sekitar Lembah Klang sejak beberapa hari lalu.

“Bagi KPD di luar Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak, arahan telah diberikan supaya mereka menjalankan operasi sama di kawasan masing-masing secepat mungkin,” katanya.

Musa menambah, operasi mencari itu juga akan meliputi semua kawasan yang disyaki menjadi tempat Sharlinie disimpan atau lokasi persembunyian penjenayah.

“Dalam hal ini, kalau kami dapat sebarang maklumat daripada orang awam, walaupun belum dipastikan kesahihannya, kami akan gerakkan operasi mencari besar-besaran dari rumah ke rumah di lokasi yang dinyatakan.

“Selain itu, semua KPD juga perlu melancarkan operasi di lokasi-lokasi yang berpotensi memberi petunjuk seperti di kawasan-kawasan setinggan dan rumah tinggal,” ujar beliau.

Musa yakin arahan itu dapat dilaksanakan di seluruh negara tanpa sebarang masalah.

Sharlinie yang akan genap berusia enam tahun pada 30 Januari ini hilang dipercayai diculik pada kira-kira pukul 11.30 pagi 9 Januari lalu. Ketika itu kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan pulang bersama kakaknya, Sharliena, 8, dari taman permainan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka di Taman Medan, Petaling Jaya.

Ekoran itu, polis melancarkan gerakan mencari kanak-kanak malang tersebut berdasarkan petunjuk-petunjuk termasuk kaitan kehilangannya dengan satu kes culik lain di taman yang sama sehari sebelumnya melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun, Nur Fatiha Zaidi.

Berjuta-juta poster Sharlinie termasuk yang dicetak akhbar Utusan Malaysia diedarkan di seluruh negara dan ditampal di pintu-pintu masuk di sempadan dan lapangan terbang.

Pelbagai pihak mengambil inisiatif mengedarkan poster-poster Sharlinie. Ada bank menampal gambar Sharlinie pada mesin pengeluaran automatik (ATM) bagi membolehkan para pelanggan bank itu membantu mencari kanak-kanak berkenaan.

Kes kehilangan Sharlinie turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang merayu penculik kanak-kanak itu supaya memulangkannya kepada keluarga secepat mungkin.

Atas arahan Musa sendiri, pihak polis menubuhkan sebuah pasukan khas sehari selepas kehilangan Sharlinie melibatkan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Polis Kontinjen Selangor.

Sehingga hari ini, polis Petaling Jaya sahaja telah melakukan pemeriksaan ke atas 10,000 rumah di daerah itu bagi mencari Sharlinie namun belum ada petunjuk yang dapat menemukan pihak berkuasa dengan kanak-kanak itu.

Penyelesaian kes Sharlinie diharapkan turut dapat menyelesaikan beberapa kes lain yang belum diselesaikan oleh polis termasuk penculikan empat kanak-kanak di Kampung Baru di sini pada tahun lalu dan juga kes culik dan bunuh Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin.

Kes-kes itu dikaitkan dengan lelaki dipanggil ‘Abang Kucing’ yang menggunakan modus operandi memujuk mangsa-mangsa membantunya mencari kucing atau burung yang hilang.

Diperketatkan

Dalam pada itu, Musa memberitahu, beliau juga telah mengarahkan supaya kawalan di sempadan diperketatkan bagi menghalang cubaan melarikan Sharlinie ke luar negara dan menyekat penjenayah yang menculiknya daripada lolos.

Pada masa yang sama, katanya, beliau sendiri telah menghubungi polis Thailand dan Singapura memaklumkan kehilangan Sharlinie dan meminta kerjasama pasukan keselamatan negara-negara jiran itu membantu mengesan kanak- kanak itu.

“Saya juga puas hati dengan penglibatan banyak pihak dalam kes Sharlinie. Ia usaha yang baik dan kalau ada maklumat betul sila lapor kepada polis... pastikan ia bukan maklumat palsu,” katanya.

Mengenai pandangan sinikal sesetengah pihak dan masyarakat terhadap kredibiliti polis dalam menangani kes Sharlinie berikutan kegagalan pasukan polis menyelesaikan jenayah culik lain termasuk kes Allahyarham Nurin Jazlin, Musa berharap orang ramai terus menaruh kepercayaan kepada polis.

Katanya: “Polis harap orang ramai bantu salurkan maklumat sahih kepada polis. Selagi maklumat tidak ada, susah untuk kita menyelesaikan kes ini dan juga kes lain kerana tiada siapa nampak kejadian culik itu berlaku.

“Setakat ini banyak maklumat yang diberi tidak betul. Jika kita ada maklumat yang telus seperti nombor kenderaan yang digunakan atau maklumat mengenai suspek, sudah pasti ia memudahkan siasatan.”

Sementara itu, beliau berharap keluarga Sharlinie banyak bersabar dan berdoa kepada Allah supaya diberi petunjuk di mana kanak-kanak itu sekarang atau semoga hati penculiknya dilembutkan untuk memulangkan semula Sharlinie.

“Saya sendiri rasa geram selagi tidak dapat tahan penjenayah itu.

“Sharlinie bukan saja anak kepada ibu bapanya tetapi dia sudah seperti anak saya sendiri. Begitu jugalah perasaan pegawai-pegawai polis lain yang terlibat mencarinya,’’ kata Musa.

- Utusan Malaysia

10 comments:

tehsin mukhtar said...

great to hear the IGP talk sense...hope they have enough manpower though..

unicorn said...

ada terbaca dlm utusan hari ini ,bapa YIN (budak hilang dulu) ada bertemu dengan bapa sharlinie dan usulkan menggunakan psychic atau cara 'remote viewing'. soalnya ini dah masuk hari yang 12!setahu aku sehari selepas linie hilang memang ramai yg cadangkan cara hypnosis atau jarak jauh ini.Rupanya belum dicuba lagi???
oh TUhan, i dont know what to say.solat hajat mesti diteruskan tapi cara begini juga perlu sebab penjenayah ini super elusive dan maybe practising black magic.

ada excerpt pasal budak lelaki 4 tahun di culik,liwat& bunuh lebih dikentucky US.

psychic 'sees' location of missing child.(ceasar ivan ,4,missing on 29 june 2007 and found murdered a few days later)

Canadian psychic – medium Robbie Thomas is asking why Caesar Aguilar-Cano was left to die by the hands of a known child abuser after Thomas had provided accurate details to police and news networks as to Cano’s whereabouts only two days after the child went missing.
Caesar Aguilar-Cano disappeared from outside his family's Louisville, Kentucky apartment on Oakdale Avenue on June 29, 2007. On June 30 Thomas was notified about the missing child by Frances Etienne, a resident of Cano’s town and former associate of Thomas. Four hours after hearing of Cano’s disappearance Robbie Thomas had ‘received’ enough relevant information to provide police and search teams with Cano’s location.
“I was connected directly to him”, said Thomas, referring to the child during an emotional interview.

“I promised him I would return him safely to his mother if he would show me where he was at. He showed me and I gave the information to Frances who sent it to news networks and the police. They didn’t listen”

Robbie Thomas has been helping people locate missing family or murder suspects for more than seventeen years. His accuracy in retrieving solid facts via remote viewing and psychic impressions has astounded thousands of people over the years but says it has been emotionally stressful.

“I am actually taken to the scene seeing through the eyes of the victims and the killers”, Thomas explained. “I feel a lot of what they feel. You don’t know what it’s like to live with these images and sensations every day. It’s emotionally unbearable at times. I cry when I know how someone died and how he or she felt.

I know how little Caesar died and I still tear up to recount it. I feel their family’s sorrow and when I actually give information to help a child while they are still alive while it’s ignored, it just sends chills down my spine knowing so much”.

Caesar Cano was still alive when Mr. Thomas provided police with his location. On July 4th the child’s body was found dumped in a nearby garbage collection vehicle where a worker discovered him on the 6th of July.

“I know the police have to be careful. They get hundreds of psychics writing in with information every day and not all of them are accurate. It can become an embarrassing nightmare for investigators. But when you have a psychic who provides such detail of a location, gives a description of the suspect and even the guy’s name, well, come on! The suspect was a known child abuser and sex offender with a police record.

He has no rights in my book. They should have gone into the house with or without a warrant and searched. Now the legislation and law works in the favor of the criminals more so then the victims. This must be addressed and changed if one is a repeat offender or on parole. It would give police the opportunity to use the power of search and have that window of opportunity such in this case that got missed and walk directly in searching to save a life rather that of the later, which is recovering a body.

Instead they sent an officer to simply question the suspect. That act most likely spooked the suspect and he eliminated the evidence. Why did the little guy have to die? He was alive when they went to question the creep”
Robbie Thomas is bitter that it took several months to arrest Cecil E. New - Caesar Cano’s suspected Killer.

He believes more should have been done to prevent the murder.
“The guy lived behind the home of Caesar. The police knew he (Cecil) had a record of this type of criminal activity but unfortunately no one in the neighborhood knew. The very least the police could have done for the community was break in the guy’s house and search it. Cecil has been at large for six months to do god-knows-what to other kids. I gave them the guy’s name, for hells sake. Why is Cano dead? Why is his family grieving?”

Cecil New is a repeat sex offender with a record and has been on the Kentucky sex offender registry since March 2000. He was previously convicted of sodomy involving minor-aged victims in northern Kentucky. But while Thomas is angry that Cano was not discovered and returned safely home in time he also recognizes that it’s not the men and women of the force who are responsible and wants to make it clear.

“When I say ‘Police’ should have done more I use the term in general. I don’t blame the individual officers nor am I implying that any of them screwed up. They’ve got kids too and want nothing more than to put these freaks away permanently in hell. But the system is screwed and ties their hands from acting on even their own instincts in many cases, much less psychics.


i think we have to be more open minded accepting gifted people with sixth sense.

now,i'm speechless...

baz said...

Saya gembira sangat mendengar akan strategi baru kesan Sharlinie.Insyallah, semoga inisiatif ini akan dapat mengembalikan Sharlinie dengan selamat.

Tahniah kepada pihak polis kerana dapat memikirkan strategi baru tersebut. I wish strategi ini dipraktikkan semasa mencari adik Nurin dulu.

Walau bagaimanapun, dalam strategi baru ni, polis perlu amat cermat kerana seperti penculikan kanak-kanak di negara barat, kanak-kanak selalunya disembunyi di bilik tersembunyi yang ditutup dengan almari atau kayu dan ada juga dalam bilik bawah tanah (basement)yang dikorek oleh penculik. So, polis perlu cari setiap rumah dengan terperinci.

Saya juga nak beri satu suggestion agar gambar rakaman CCTV pembunuh adik Nurin disiarkan berulang-ulang kali di kaca TV setiap hari agar dapat mempercepatkan lagi pencarian pembunuh adik Nurin.

dari: sayangNurin

Jutawan Internet said...

nampaknya ada peningkatan dari segi kesungguhan pihak polis..
so i must say thank to mr IGP dan keprihatinan Pak Lah dan komitmen Shahrizat..

Zulkifli said...

Assalamualaikum, tahniah pada KPN...harap kali ini kepercayaan kepada pihak polis dapat dikembalikan...

dalam masa yang sama isu drama gerak khas yang ditimbulkan perlu diambil tindakan segera oleh JAzimin and family...saya rasa ianya satu drama yang kurang wajar, memberikan gambaran karekter yang buruk pada JAzimin yang saya pasti Jazimin tidak sedemekian...dan terdiri dari keluarga yang baik baik ....drama tersebut adalah begitu kurang ajar, tidak sensitif dan mengecewakan...


Apabila satu satu pihak mengambil untung atas penderitaan orang lain dan apatah lagi perbuatan itu dibuat tanpa kebenaran...maka pengajaran dan tauladan harus diberi agar perbuatan itu tidak diulangi lagi...

tindakan Pembikin drama gerak khas tersebut mendahului undang-undang dan melampau....

darah boleh naik menyirap juga tengok drama tu..

JaJa said...

korg perasan x...nurin diculik 21 days before birthday...sharlinie pun diculik 21 days before birthday...kalau la penculik physco ni memang physco teramat & he's create a mad game,6 days after date of birth kita akan jumpa adik ni...OMG!nauzubillah kalu kidnaper ni org yg sama dgn kes nurin..ya Allah,jauhkanlah peristiwa lama tu berulang lagi..

Unknown said...

nak tanya
camna kalau kita nak join sama pihak berkuasa dalam usaha cari rumah-ke-rumah... Setakat baca suratkhabar je kurang puas hati.. sekurng-kurang dapat sumbang tenaga sikit..
Mana nak berkumpul...

unicorn said...

arwah nurin yg berambut panjang telah digondol pendek leh hanjing2 iblis itu!
so, adik sharlinie pula mmg berambut pendek,adakah akan dipakaikan 'wig' atau dipakaikan seperti budak lelaki pula?

tapi yg penting,tempat sharlinie dikurung kerana jika mangsa lemah untuk menjerit dan berlari kemungkinan tidak akan didengar. Yg plg membimbangkan jika adik linie diikat tangan dan mulut!

kalau yg ada deria 'extra' bagus join search dr rumah ke rumah ini!

masa semakin suntuk! Ya Tuhan selamatlah anak kecil iu!

Izleen said...

bukan tu je unicorn...arwah Nurin dan adik Lini ada masalah kesihatan. perasan tak? sebelum Lini, adik Fatihah, dia sihat kan? tapi dipulangkan...hmm...

zuriana said...

satu lagi perkaitan kes nurin , nur fateha dan linie...masa nurin asal dari wangsa maju dan mayatnya ditinggalkan di petaling jaya..u all perasan tak masa nur fateha diculik dan dilepaskan di wangsa maju selepas hampir 100hari nurin meninggal dan kita hampir lupa kes nurin. bila kes fateha wujud, pembunuh seolah-olah ingatkan kita kes nurin and reminder ibu-bapa kawasan petaling yang akan ada kanak-kanak hilang. dan x smpai 24 jam linie pulak hilang.. ini mesti ada kaitan...