Tuesday, January 8, 2008
Duka keluarga mangsa rogol, bunuh dihimpit kesedihan
Oleh Nor Affizar Ibrahim
Sukar lupa peristiwa menyayat hati selain terus berharap penjenayah segera dihadapkan ke muka pengadilan
SETIAP kali kes pembunuhan berlaku di negara ini khususnya yang membabitkan kanak-kanak dan wanita, masyarakat pasti akan melontarkan perasaan marah, geram dan sakit hati serta mengharapkan pelakunya segera ditangkap dan dihukum setimpal dengan perbuatan kejinya itu.
Lebih-lebih lagi, jika kes berkenaan berlaku dengan penuh sadis atau kekejaman yang melampau dan di luar batas kemanusiaan. Malah, ada yang begitu emosi sehingga mencadangkan pelbagai perkara agar pelaku melakukan perbuatan terkutuk itu bukan saja dihukum setimpal dengan dosa dilakukannya, tetapi menerima nasib lebih azab lagi sebagai balasan terhadap perbuatan kejam dilakukan.
Hakikatnya, pelbagai perasaan terbuku di hati, manakala rasa tidak puas hati dan amarah akan terus bertakhta selagi pelaku tidak dapat ditangkap dan menerima hukumannya. Malah, lebih menggerunkan apabila memikirkan pembunuh kanak-kanak atau wanita itu masih bebas. Apa yang lebih membimbangkan ialah sentiasa ada kemungkinan si pembunuh kejam itu akan mengulangi perbuatan itu dan sesiapa saja boleh menjadi mangsa seterusnya.
Kes pembunuhan berprofil tinggi dan gagal diselesaikan oleh pihak berkuasa tidak dapat dinafikan meninggalkan trauma dan kesan yang begitu mendalam di kalangan masyarakat. Jika orang luar yang langsung tiada pertalian darah dan kena mengena dengan kes itu mempunyai perasaan sedemikian, apatah lagi keluarga mangsa yang terpaksa melalui detik sukar dalam kehidupan mereka.
Bagi keluarga mangsa, kering air mata dan hilang sudah kata-kata. Tidak dapat lagi hendak membayangkan remuk di hati apabila kehilangan insan disayangi dan lebih mengharukan pemergian itu dalam keadaan penuh dengan penderitaan dan tragis.
Menganggap segala yang terjadi sebagai takdir mungkin dapat meredakan perasaan keluarga berkenaan tetapi ia masih tidak dapat memadamkan luka dan duka di hati. Lebih-lebih lagi, pelakunya terus bebas dan 'bermaharaja lela' di muka bumi.
Merujuk kes pembunuhan adik Nurin Jazilin Jazimin yang berlaku lebih empat bulan lalu, pastinya masyarakat masih ternanti-nanti jawapan dan kesudahan kes berkenaan. Tindakan si pembunuh meletakkan mayat Nurin di tempat umum ketika satu negara mencari mangsa, seolah-olah mencabar polis agar memburu dan menangkapnya.
Umum juga tahu, polis memiliki rakaman imej seorang lelaki membawa beg sukan yang kemudian didapati mengandungi mayat kanak-kanak berusia lapan tahun itu, namun hingga kini, polis gagal menjejaki si pembunuh.
Bagaimanapun, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, berkata dirinya meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat dan menyelesaikan kes anaknya. Walaupun tidak menafikan masih lagi dihimpit perasaan sedih akan kehilangan anak keduanya itu beliau dan keluarga terus menanti perkembangan terkini kes kematiannya.
"Siapa lagi saya hendak harapkan untuk menyelesaikan kes berkenaan jika tidak kepada polis. Biar bertahun menunggu jawapan, saya akan akan tetap tunggu sampai tertangkapnya pembunuh Nurin. Saya juga tahu polis berusaha keras menyelesaikan kes anak saya. Sebagai antara pasukan polis yang terbaik dan cekap di dunia dalam menangani jenayah, saya berharap pembunuh itu dapat dicari. Sebagai bapa, sudah tentu saya kecewa jika kes anak saya yang menjadi mangsa pembunuhan kejam itu tidak dapat diselesaikan," katanya ketika dihubungi Berita Harian, baru-baru ini.
Nurin dilaporkan hilang oleh ibu bapanya pada 20 Ogos lalu apabila kanak-kanak itu gagal pulang dari pasar malam berdekatan rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju. Begitu pun, 27 hari kemudian mayat Nurin ditemui disumbatkan dalam sebuah beg sukan yang diletakkan di tepi tangga di tingkat bawah premis kedai di Petaling Jaya.
Laporan bedah siasat mendedahkan apa yang tidak sepatutnya berlaku kepada mana-mana kanak-kanak: Nurin didera secara seksual. Penderaan teruk itu mengakibatkan beberapa bahagian tubuh Nurin terkoyak dan dijangkiti kuman, lantaran meragut nyawanya.
Jazimin berkata, walaupun keluarganya dapat menangani kesedihan terhadap kematian Nurin, jauh di sudut hatinya sering berdetik mengapa anaknya itu diperlakukan sekejam itu dan tidak mungkin akan memaafkan pembunuhnya.
Beliau sekeluarga yang baru sebulan berpindah di Kampung Baru, Air Panas di Setapak, berkata bersyukur isteri, Norazian Bistaman dan dua anak mereka semakin tabah serta kuat semangat dalam berdepan dengan peristiwa hitam itu. Bagaimanapun, anak pertamanya, Nurin Jazshira kini agak pendiam sedikit berbanding ketika hayat Nurin Jazlin masih ada.
"Walaupun berpindah rumah, anak pertama saya masih bersekolah di tempat sama. Kami tidak bercadang untuk memindahkannya kerana buat masa ini semuanya berjalan seperti biasa. Saya tidak membawa teksi lagi, tetapi bekerja sendiri dan mungkin akan bekerja tetap tidak lama lagi. Mengenai pembunuh itu, bagi saya jika di dunia dia terlepas, di akhirat nanti tentu akan mendapat balasan setimpal," katanya.
Tekanan perasaan dan trauma turut dirasakan sehingga kini Abdul Gani Juni, iaitu bapa kepada Nurul Huda Abdul Gani, murid tahun empat Sekolah Rendah Kebangsaan Tiram Duku, Gelang Patah yang dirogol dan dibunuh dengan kejam di pondok pengawal Stesen Janakuasa Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru pada 17 Januari 2004.
Walaupun, pengawal keselamatan, Mohd Abbas Darus Baksan mengaku bersalah, merogol dan meliwat Nurul Huda di mahkamah serta sudah dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 kali sebatan, ia tidak mudah bagi Abdul Gani melupakan kejadian itu. Apatah lagi, siasatan awal sebelum itu melaporkan Nurul Huda yang lehernya dicekik sehingga tidak dapat bernafas, dirogol dan diliwat oleh tiga lelaki. Tetapi setakat hari ini cuma seorang pelaku saja yang ditangkap dan dijatuhkan hukuman.
"Bagi saya jatuh hukuman macam mana sekali pun sama saja - dikerat 80 atau digantung sampai kering ia tidak akan mengembalikan anak saya. Bukannya kejam atau tidak puas hati dengan undang-undang yang ada, tetapi kejadian itu membuatkan hati saya remuk sampai sekarang. Ia umpama tidak boleh petik lagi bunga yang sudah gugur. Malah, sehingga kini atas nasihat doktor saya masih mengambil ubat penenang apabila setiap kali berada dalam tertekan merindui Nurul Huda," katanya dalam nada tersekat-sekat menahan sebak.
Abdul Gani berkata, walaupun sudah dikurniakan cucu dan ada yang berkata, kehadiran cucu sebagai pengganti baginya, ia tidak akan sama sampai bila-bila dan tiada galang ganti bagi ketiadaan Nurul Huda di dunia. Rumah mereka juga masih lagi dipenuhi dan memaparkan gambar anak kesayangannya itu sejak dari arwah masih kecil hinggalah pada usia pemergiannya.
Kata Abdul Gani, ketika kerinduannya begitu memuncak akan ditatap gambar anaknya itu dan ada kala dicium serta bercakap-cakap dengan gambar berkenan bagi melepaskan segala perasaan sebak di dada.
"Rindu.. memang terasa rindu sangat. Kadang-kadang, apabila tengok anak orang lain hati saya tiba-tiba menjadi sebak. Begitu juga apabila saya mendukung cucu, apabila teringatkan Nurul Huda saya letakkan cucu semula. Takut, sedih semuanya ada. Malah, sehinggakan apabila orang datang ke rumah dan memberi salam, dada saya berasa berdebar-debar," katanya.
Ketika ditanya perasaannya mengenai pelaku yang masih bebas dan belum diseret ke mahkamah Abdul Gani mengakui, kurang arif mengenai perundangan, siasatan polis mahupun prosedur mahkamah, tetapi hakikatnya pelbagai perasaan berkocak termasuklah, sakit hati, makan hati dan sebagainya. Bagi mengubat hati, cuma membaca al-Quran saja yang paling mujarab.
"Saya tidak mahu kata banyak, takut tersilap dan melukakan hati orang lain. Tetapi saya tertanya-tanya juga kalau menonton cerita mengenai penyiasatan atau perundangan di televisyen mengapa semuanya berjalan baik saja. Tidak tahulah saya di mana silapnya dalam kes Nurul Huda. Mungkin kesilapan itu juga berpunca daripada saya yang tidak dapat memberikan bukti dan mengemukakan saksi yang cukup ketika siasatan dibuat. Memanglah dalam keadaan buntu banyak perkara yang saya tidak dapat ingat. Walau apa pun, saya bersyukur Nurul Huda dalam peliharaan Allah dan itulah yang memberikan kekuatan," katanya terus menahan sebak.
Kejadian yang menimpa gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam pada 14 Februari 2001 sebelum ini, turut memberi tamparan hebat kepada ibunya, Zuraidah Abdullah apabila seorang remaja lelaki yang dituduh membunuh pelajar tingkatan lima itu dibebaskan Mahkamah Tinggi Ipoh, awal 2004. Farrah Deeba dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
Bagaimanapun, remaja yang dihadapkan dan dituduh membunuh Farrah Deeba dibebaskan oleh Hakim Datuk VT Singham kerana dikatakan tidak mempunyai pilihan lain kecuali membebaskan tertuduh dengan alasan pendakwa gagal membuktikan kes atau mengaitkan tertuduh dengan pembunuhan seperti pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Keputusan itu begitu menyedihkan Zuraidah sehingga memaksanya merayu kepada pihak yang bertanggungjawab, terutama Pejabat Peguam Negara supaya membuka semula kertas siasatan.
Dalam temubual dengan Berita Harian ketika itu, Zuraidah berkata, orang yang melakukan kesalahan perlu dihukum kerana beliau amat menderita bila mengenangkan nasib Farrah Deeba yang menerima ajal dalam keadaan yang aib sedangkan Allahyarham anak yang baik.
Zuraidah turut menjelaskan, tindakannya itu bukan bermakna beliau tidak menghormati keputusan mahkamah, sebaliknya mahukan keadilan bagi pihak keluarganya.
Katanya, sebagai ibu, beliau sudah berusaha sebaik mungkin untuk menjaga dan mendidik Farrah Deeba, walaupun terpaksa bersendirian membesarkan 10 anak selepas berpisah dengan suami. Pastinya, kesedihan Zuraidah masih tiada penghujung apabila anak kesayangan diperlakukan sekejam itu, manakala pembunuhnya pula tidak mendapat hukuman yang setimpal.
FAKTA
Selain kes Nurin Jazlin dan Farrah Deeba, ada beberapa kes bunuh membabitkan kanak-kanak di negara ini yang masih tidak dapat diselesaikan. Antaranya:
Kes Ang May Hong
Pada 12 April 1987 kanak-kanak berusia 10 tahun, Ang May Hong, ditemui mati kira-kira 200 meter dari rumahnya selepas dirogol dan dibunuh dalam keadaan kemaluannya dirodok dengan kayu sehingga menembusi usus dan jantung, manakala leher mangsa juga dijerut dengan wayar. Bedah siasat ke atas mayat mangsa juga mendapati ada banyak kecederaan serius pada badannya dipercayai dipukul dengan benda keras.
Kejadian berlaku ketika May Hong, murid Tahun Tiga Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Nan, Setapak, dalam perjalanan membeli sarapan pagi bersama abangnya, Yeow Thiam, 11, di sebuah gerai berhampiran rumah mereka di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, kira-kira jam 8 pagi hari berkenaan.
Kekejaman ke atas kanak-kanak itu dipercayai dilakukan penagih dadah yang banyak berkeliaran di kawasan berkenaan. Selepas 20 tahun, pembunuh May Hong masih tidak dapat diberkas.
Kes Audrey Melissa Batinathan
Pada 17 Mei 1999, mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel ditemui berhampiran sekolahnya. Mayatnya ditemui seorang pekerja Alam Flora ketika membersih kawasan itu, pada jam 7 pagi pada 18 Mei, dengan kesan cekik pada bahagian leher.
Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya. Pada awal siasatan, dua lelaki yang berusia 20 dan 28 tahun ditahan bagi siasatan berhubung kematian pelajar berkenaan. Bagaimanapun, sehingga kini pembunuh Audrey masih belum berjaya dihadapkan ke mahkamah.
Kes Preeshena Varshiny
Pada 1 Novembar 2007, seorang murid Sekolah Kebangsaan St Mary, Selayang Preeshena Varshiny, 9.
Didera secara seksual sebelum dibunuh dan dicampak dari sebuah rumah kosong di Kondominium Casa Mila Tower di Jalan Bukit Idaman 3/1, Selayang. Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian oleh ibu bapa yang bekerja. Berikutan kejadian itu, pihak berkuasa menjalankan ujian DNA ke atas 31 sampel yang diambil daripada 26, pengawal keselamatan dan lima pekerja di kondominium berkenaan serta diharap dapat memberi petunjuk bagi menyelesaikan kes itu. Namun, sehingga itu masih belum diselesaikan.
- Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
Pada 4 January 2008, anak kedua (lelaki) dan anak bongsu (perempuan) saya memulakan persekolahan di sebuah taski berhampiran rumah. Tahun ni, 2 orang guru baru diberi tanggungjawab untuk mendidik kanak2. Sewaktu saya menghantar anak2 saya ke taski tersebut, saya tanya cikgu pukul berapa kelas habis, cikgu kata hari pertama adalah hari orientasi jadi kelas habis pukul 1030am. Ok lah...walaupun masih bercuti, saya perlu ke pejabat untuk hantar claim bulan disember. Disebabkan pejabat di PJ dan rumah/taski di Pandan Indah, jauh lah sikit perjalanan pergi balik. Saya tiba di taski jam 1045am dengan beranggapan anak2 saya masih ditemani cikgu2 taski. Bersebelahan taski tersebut terdapat sebuah padang permainan kanak2. Korang nak tau cerita? Jam 1045am saya sampai taski, saya terlihat anak2 saya sedang bermain di padang permainan tanpa ditemani sorang pun cikgu2 taski. Nasib baik lah ada 2-3 mak bapak lain kat situ teman anak2 masing-masing. Tapi anak2 saya tidak ditemani sesiapa.
Now...andaikata tiada mak bapak lain di padang tersebut dan cikgu2 taski sibuk buat hal masing2 di dalam taski tanpa pedulikan samada kanak2 semua telah selamat diserahkan kepada mak bapak/penjaga masing2 waktu habis kelas. Agak2 apa akan terjadi pada anak2 aku?? Dah lah time tu suasana sunyi sepi.
Dalam senario macam ni, nak salahkan mak bapak lagi ke? Cikgu2 sendiri lalai, tak peduli langsung amanah yang diserahkan kepada mereka oleh ibubapa, adakah mereka akan rasa bersalah kalau apa2 berlaku kepada anak2 saya?
Malangnya, saya tak berani nak failkan aduan sebab salah sorang cikgu tu kenal saya. Lumrah hidup masyarakat Melayu Malaysia, kesalahan sendiri tak nak mengaku, sebaliknya menyimpan dendam dan saya tak nak kerana berdendam dengan saya, anak2 saya jadi mangsanya.
Balik rumah, saya pesan pada anak2 saya supaya tunggu dengan cikgu selagi umi belum sampai. Jangan main padang kalau umi belum sampai, tunggu dengan cikgu. Anak2 saya faham.
Semalam, hari kedua persekolahan mereka, kelas mereka sepatutnya habis jam 11am. Saya sampai jam 11am tepat, nampak anak2 saya bermain di padang permainan bersama kanak2 lain dan ibubapa lain serta diperhati kedua2 cikgu taski. Hmm...anak2 aku sound depa kot.
Tadi pula, saya sampai jam 1045am jadi ada 15 minit sebelum mereka habis kelas. Kali ni, saya tunggu dan perhati jauh sikit sambil berborak dengan seorang ibu yang juga sedang menunggu anak dan anak saudaranya. Bila habis kelas, saya nampak cikgu2 taski hanya serahkan kanak2 kepada ibubapa/penjaga masing2 apabila mereka tercegat di pintu kelas atau cikgu2 nampak mereka sampai. Saya sedang perhati dari jauh, cikgu tak nampak saya, jadi anak2 saya tidak dibenarkan keluar dari kelas. Bila salah seorang cikgu nampak saya, baru dia benarkan anak2 saya keluar menuju ke arah saya.
Ibu yang saya berborak siang tadi berkata, pada hari pertama persekolahan taski, dia komen tentang anak2 saya yang bermain di padang tanpa ditemani sesiapa. Saya pun luahkan perasaan kecewa saya atas kelalaian cikgu2 taski. Ibu tersebut berkata suaminya bercadang untuk menfailkan aduan mengenai cikgu2 taski tersebut tapi tak pasti samada sudah dilakukan atau tidak. Pada saya, biarlah orang lain yang buat aduan dengan harapan cikgu tak boleh menjadikan anak2 saya jadi mangsa sebab orang lain buat aduan berdasarkan apa yang telah diperhatikannya.
Sorry lah cerita saya panjang...sekadar nak berkongsi pengalaman saya mengenai seorang dua cikgu taski/taska/tadika yang kurang perihatin tentang tanggungjawab dan amanah yang mereka perlu pikul sepanjang anak2 kita berada dibawah jagaannya.
oh it's so heartbreaking.....!
maybe AMBROSE can help and comments abt these unsolved case.
(give him a chance maybe...?)
"We gather strength from sadness and from pain. Each time we die we learn to live again." ~ unknown
i just got myself NST and one news really made my heart beating faster.
Girl,6,abducted by man for three hours. (pg8,NST)
mr jasni, i think u should paste the news in thos blog.
The public shld be afraid,VERY afraid.i think the serial child molester(s)/rapist(s)and murderers are on the prowl again!
to compare with kg baru cases, ini dah PRA- aktiviti dulu,kemudian akan ada aktiviti follow upsoleh pelaku(2) zalim itu.
aku harap pihak berkuasa perkasakan penyiasatan disekitar PJSI(tmpat mayat nurin ditinggalkan) dan kwsn2 kejiranan disitu kerana kemungkinan salah seorang pelaku tinggal disitu.
my analysis (kalau boleh diterimapakai la) berkaitan hypnosis dr sazali dulu, ada disebut masjid berwarna hijau dan perkataan "klang".KLANG itu mungkin singkatan drpd JLN KLANG LAMA .Masjid berwrna hijau mmg ada dijln klang lama. terdpt banyak perumahan 'kampung' yg bertanah merah(tidak bertar/lorong2 belakang bangunan)& juga projek2 belum siap dikwsn itu.
if im not mistaken, ada satu visitor tulis dulu dlm blog nih, ada percubaan culik budak dekat jln klang lama oleh van putih ttp tidak berjaya kerana disergah o/ramai.
The authority,pls take quick action before the tragedy happens again!NEVER AGAIN!
'Lelaki Kucing' @ 'Abang kucing' mengganas lagi! Kali ini di Taman Sri Manja, Petaling Jaya.Sila rujuk Harian Metro hari ini.Dia disyaki adalah orang yang sama terlibat dalam beberapa kes culik dan mencabul kanak-kanak.Suasana kini sungguh membimbangkan.Peliknya,pihak berkuasa mengatakan kes-kes jenayah masih dalam keadaan terkawal.
Unicorn,saya bersetuju dengan pendapat anda berkenaan hipnosis Dr.Sazali tentang perkataan 'Klang' dan masjid hijau.Mungkin ada kaitan ditempat itu. Saya pernah tinggal disitu. Tempat berlakunya penculikan yang terbaru ini adalah berdekatan dengan tempat mayat Nurin diletakkan.Suasana seperti yang digambarkan dalam hipnosis Dr.Sazali ada juga disitu.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/National/2127755/Article/index_html
Girl, 6, abducted by man for three hours
Email to friend Email to Friend Print article Print Article
Selangor CID chief SAC II Mazlan Mansor says a passer-by found the girl
Selangor CID chief SAC II Mazlan Mansor says a passer-by found the girl
KUALA LUMPUR: A 6-year-old girl was abducted by a man on a motorcycle raising fears that the "Kampung Baru molester" is on the prowl again after lying low for more than six months.
The girl was abducted in Petaling Jaya on Monday evening and released three hours later in Wangsa Maju here.
She was rushed to the Kuala Lumpur Hospital but doctors confirmed that the girl was not sexually abused or harmed.
Selangor CID chief SAC II Mazlan Mansor said the girl was abducted while playing alone near her flats in Kampung Sepakat, Taman Medan, about 5pm.
"She was approached by a man who was wearing a black jacket, who persuaded her to follow him, telling her that he would take her to see some birds and cats," said Mazlan.
He said a passer-by found the girl wandering alone in Wangsa Maju about 7.45pm and took her to the police station.
The girl's mother, who works as a cleaner, came home on Monday evening and was shocked to find her daughter missing.
She lodged a missing person's report at the Petaling Jaya police station.
Mazlan said the girl was still traumatised and police are waiting to question her.
The modus operandi of this incident is similar to the two earlier cases where two girls were convinced by a man wearing a black jacket on a motorcycle to follow him on the pretext of looking for his missing cat.
The first incident occurred on June 27 where a 6-year-old girl playing in front of a nursery in Kampung Baru was persuaded by a stranger to follow him to look for his missing cat.
Hours later, the girl was found some 100 metres away from the nursery with bloodstains on her uniform.
The girl was said to have been sexually abused.
Five days later, a 5-year-old girl was taken by a motorcyclist, fitting the description of the suspect in the first incident.
The child was playing in front of her father's grocery store in Jalan Raja Bot when the incident happened.
hari ni NST, baru PM mengaku keadaan di Malaysia membimbangkan...nak boost police force...jangan hanya kerana election sahaja...Mary Kate...bila kita nak jumpa...
Tehsin,replied 2 yr email.
Another case and again, I want to be challenged that I AM WRONG. This will not be the last. Paedophiles never stop at one victim, they are always repeated offenders. Iam so impressed at the speed of the Police in nabbing the DVD case, while Nurin and Presheena's case? Are we going to see and hear the same old stuff every day, month and year? Am i going to make the same resolution for the killer/s to be caught come 2009? What does it take for the authorities to really do something? I still dont understand this. or...maybe Ambrose can come to our rescue?
Ang Mey Hong tu..laki ke pompuan...?
Rushafiq,
Ang Mey Hong adalah seorang budak perempuan.
Jasni AJ
ooo.terima kasih ye encik Jasni sbb bagitau..emmm...boleh x kalo saye nk jadi member Nurin alert...?itu pon kalo encik Jasni sudi...
Post a Comment