Thursday, January 10, 2008

Tahlil for Nurin

In conjunction with the blessedly day of Maal Hijrah, Jazimin and Norazian today hosted a Tahlil Prayers for their demised daughter Nurin Jazlin at their new neighbourhood's surau.

Some 30 to 40 attendees comprising neighbours and family members graced the event seeking Allah's blessings for both the dead and those alive.

Included in the attendance was a journalist from a local media, so as usual, Jazimin's views were again sought for multiple issues especially now that another child was reported missing.

Jazimin in his response expressed his gladness that there seem to be a changed approach in handling cases of missing child. He noted that immediate actions were taken by the Police upon receipt of missing child report filed by the parents.

Not only the authorities reacted promptly, the mass media also took up the news on the missing child almost immediately and by now almost everyone in the country are aware of the missing child whom had went missing just yesterday.

He regretted that such urgent response was not the modus operandi when Nurin went missing. Nevertheless, the public benefits from the Nurin tragedy as everyone involved had learnt their respective lessons.

On suggestions that the photofit image of the suspect does not differ much from the Nurin's suspect photofit, Jazimin exclaimed that if the two suspects are one and the same, then it is only justifiable for the authorities to intensify their efforts to haul the psycho maniac serial abductor cum killer on an urgent and aggressive approach.

Keeping a file open for 10 or 20 years is meaningless, what is important is the investigations towards finding the culprit be carried out as intense as when the file was first opened.

He also told the journalist that since the country is no longer safe for children, the authorities must work out for some workable scheme to assist the lower waged rakyat in ensuring the safety of their children. To blame parents for being "negligent" each and every time an incident like this takes place is easy but it is simply baseless and unfair. What needed to be done now is to return the country to what it was before, a safe country where nobody is paranoid of their safety like what we are experiencing now.

He also asked the journalist to check with the authorities on what was happening to the autopsy pictures distribution case. No one seem to be addressing to the matter though brought up several times now. He neede to know the actual status of the case before deciding on his next action on the matter.

Jasni AJ

21 comments:

Unknown said...

Saya rasa masa sekarang amat berharga dalam pencarian kanak-kanak yang hilang ni. Tolong panjangkan usaha kepada sedara mara, jiran, kawan kita agar dapat tolong apa cara sekalipun.

Dari komen lepas, Saya nak bangkitkan fakta menarik dari komen OBSERVER yang baru lepas. Dia kata:
1. kejadian terbaru berlaku kat Taman Medan
2. Penculikan sebelumnya berlaku dalam jarak 2km dari tempat baru ni
3. Kanak-kanak mangsa culik ditemui di Wangsa Maju/seri Rampai
4. Nurin dulu di culik di Wangsa Maju
5. Mayat Nurin ditinggalkan diPJ (dekat dengan kawasan Kg Medan)

Jadi, 2 kawasan ini nampaknya menjadi tempat yg familiar bagi Mat Penjenayah ni...
Oleh itu, kepada penduduk kawasan terbabit. Mari kita sama sama buat badan bertindak. Tak payah kumpul sampai 50 orang... 2/3 orang dah cukup. Cuba tingkatkan pemerhatian... Gambar penjenayah tu mesti pernah terserempak punya... kat mana mana... Tak kira sekejap atau lama... Cuba ingat balik... Pertolongan anda amat dihargai

Munira Mustaffa said...

"To blame parents for being 'negligent' each and every time an incident like this takes place is easy but it is simply baseless and unfair."

I agree. I was surfing the net and saw some blog posts, and already people left comments that "Parents should learn by now to take care of their children and not let them go out alone". That's quite unfair. As a matter of fact, Sharlinie was not even alone when she was abducted. She was walking with her sister. I don't think her mother would have allowed her to venture out alone in the first place.

What I find surprising was the fact that the other girl who was snatched earlier this week, did nobody take that as a hint to increase security and double the police patrol? Did they not think that the abductor will strike again? Did they not start searching thoroughly and systematically?

In any case, I don't want to ponder anymore on "Who's to blame". Let's just focus our attention on the recovery of this child. I hope they will nail him this time. I've spread the alert through Facebook and on my blog as well.

I'm quite glad it's a little more systematic this time. People are already passing around the suspect's photofit and the girl's photo on the Internet, from blog to blog. The more people familiarize themselves with their faces, the better.

zalwani said...

assalamualaikum & salam sejahtera

memang penyenayah/penculik mungkin berada di kawasan kg medan dan wangsa maju ataupun dikawasan yg berhampiran. harap pihak yg terlibat di dlm kes penyiasatan ini memantau dikawasan2 yg disebut tadi.kecilkan skop pencarian dgn memantau keluar masuk kenderaan di sekitar area tu. kalau nak besarkan sikit skop pencarian boleh lah melakukan road blok seperti mana yg pernah dilakukan semasa isu hindraf tu.(bapak polisi boleh buat semua tu, antara nak atau tidak ajeeee.)kita harap sedara sedari di sekitar kawasan tu pu alert

zalwani said...

kawan2 yg tinggal berhampiran ngan kg medan tolonglah membantu dgn meluangkan sedikit masa dgn meronda kat sekitar kg medan. (besar mana kg medan ni, aku pun tak pernah gi kat sana). kebarangkalian iblis tu tinggal di sekitar tu aje. sebab kanak2 yg pertama dibebaskan di situ. aku rasa kanak pertama tu dibebaskan mungkin sebab ada org perasan dia bersama kanak2 tu @ mungkin budak tu menangis di kawasan yg ramai org.so memang jelas dia nak bawak budak tu balik kat rumah dia.

minahspring said...

Saya cadangkan pihak NGO bersama polis adakan house to house search di sekitar Kg Medan dan kawasan PJ. Saya rasa ramai volunteer sanggup turun padang. Tapi kita perlukan seseorang utk organize dan canang pada public. Saya cadangkan En. Jasni gunakan blog ini untuk recruit volunteers dan cadangkan waktu dan hari kita turun padang untuk buat massive search. Saya sendiri sanggup volunteer. Kita tidak boleh harapkan polis sahaja.

Lie said...

Kawasan Taman Medan tidaklah sebesar mana.Cuma,kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk yang sangat tinggi.Jika anda kesana,anda boleh lihat sendiri bagaimana kedudukan kawasan perumahan yang diwujudkan sejak 80an lagi.Sungguh sesak,memeningkan kepala melihatkan suasana trafiknya.Dahulunya kawasan ini adalah perumahan setinggan yang luas.Target kerajaan Selangor mewujudkan setinggan sifar hampir tercapai atau sudah tercapai.Tetapi populasi penduduknya makin bertambah dari hari ke sehari.Disini seolah-olah tempat yang sesuai bagi penjenayah kerana berbagai-bagai jenis jenayah dan kerosakan berlaku disini.Ada 3 pondok Polis di Taman Medan.Malah,2 daripadanya sangat dekat dengan lokasi kehilangan Sharlinie.

Unknown said...

Saya doakan Sharlinie akan selamat dan dikembalikan kepada keluarganya.....

Penjenyah ini selagi tak ditangkap akan terus melakukan jenyah...

To all parents please be extra careful the culprit is on the prowl again!

Green_Man said...

Assalamualaikum,

peta kampung medan, taman medan dan sekitarnya

http://maps.google.com/maps?f=q&hl=en&geocode=&time=&date=&ttype=&q=3.077266,101.631088&ie=UTF8&ll=3.076024,101.632547&spn=0.020055,0.039911&t=k&z=15&om=1

Green_Man said...

Log on

-->http://maps.google.com

-->insert 3.077266,101.631088 in
search box

-->Click search

Hanturaya said...

kenyataan Shahrizat tentang kemungkinan ibu bapa Sharlinie akan didakwa adalah suatu kenyataan yang amat kurang sensitif.

Sepatutnya penekanan untuk mencari anak yang hilang bukan menghukum ibubapa yang sedang kesedihan.

Ibu Menteri; tolong sensitif la sikit. Jgn terlalu seronok menggunakan kisah ini utk mencari publisiti bagai pilihanraya

Lang said...

Assalamualaikum, salam sejahtera,

Aku heran la skrg ni.. Pihak krajaan beria-ia benar nak menyaman dan ambil tindakan pada parents ni... kenape?..

Mereka ni dah hilang fokus ke?. Yang patut didakwa tak pula di dakwa (ingat lagi kes gambar post-moterm adek Nurin), yang patut diburu tak diburu (hantu kucing, hantu burung masih berkeliaran).. yang jadi mangse dan dalam kesedihan pulak nak didakwa. Kalau macam tu carenye.. elok jugak bile dah beranak, serahkan anak tu kat kerajaan (rumah kebajikan), biar kerajaan bela pulak.. nak jugak tengok depa ni boleh bela ke tidak kanak2 di Malaysia ni.. (aku dah emo dengan sandiwara piliharaya depa).

Wallahualam.. nak pegi sembahyang Jumaat.

unicorn said...

"What I find surprising was the fact that the other girl who was snatched earlier this week, did nobody take that as a hint to increase security and double the police patrol? Did they not think that the abductor will strike again? Did they not start searching thoroughly and systematically?"

i dont feel that they(the authorities) think that way..!(sadly)
if only action was taken quickly semasa kes kg baru pada may/june 2007 dulu ,there's no nurin,no nurul fatiha & definitely no sharlinie!

baca Hmetro today, the victim's sister, sharlina baru buka mulut yg linie diumpan gula2 sblm ditarik oleh seorang WANITA kedlm kereta hitam!
tukar taktik nampak!

sudah lama aku tak puas hati pasal CCTV (nurin) yg pasal one girl dan men in the kenari tu.Tapi polis ini bila kita tanya pun ,dia bagi remark 'jgn buat SPEKULASI!' tapi kalau tak tanya dia terus diam membisu tanpa ada progress in their statement kecuali 'kes masih dalam siasatan' !

why the men in kenari ambil masa lama utk tampil buat pengakuan (tgh fikir alasan ke..?) dan how FAR investigation been carried out towards them? mlm sampai pagi? atau 1-2 jam saja? and adakah sampel DNA diambil dr mereka semua?

nampak gaya pihak polis dah kena main atau polis sendiri banyak kelemahan.

on legal action , do we suppose to have a safe country? takkan budak2 nak keluar dekat rumah pun tak boleh,can u imagine,having the future generations 'lepaking' kat rumah saja tgk Tv & play videogame? AND have all the samsengs bermaharaja lela outdoors?
soon after,dlm rumah pun samsengs conquer!

public yg patut take legal action sbb gagal tangkap iblis2 ni sehingga berlanjutan sampai kes terbaru sekrg!

Datuk sharizat & tan sri musa,
apapun,saya bangga dgn kata2 dlm press conf. kelmarin.Ada kesungguhan.Tapi jgnlah sekadar retorik semata2 ,kerana kes nurin dulu,IGP kata nak raid SEGALA rumah2 kosong & terbiar tapi...

IF another body found..(touch wood)aku mmg undi parti lain dah!

unicorn said...

..and one more thing, betul kata jazimin,no point kalau file kes dibuka 10-20 thn tapi tak da apa2 progress.

berapa banyak lah pak polisi yg (incharge)dah retire dan kembali karahmatullah selepas 20 thn tu, Pak Musa? dan kes2 jenayah lain bertimpal2 dtg akhirnya buka fail jer le tapi tak aktif!

toksah dOK buat lagu tu,tak proactive langsung. i think police force shuld have motivational dan professional courses more often to upgrade their way of thinking and doing.

Unknown said...

"Saya cadangkan pihak NGO bersama polis adakan house to house search di sekitar Kg Medan dan kawasan PJ. Saya rasa ramai volunteer sanggup turun padang. Tapi kita perlukan seseorang utk organize dan canang pada public. Saya cadangkan En. Jasni gunakan blog ini untuk recruit volunteers dan cadangkan waktu dan hari kita turun padang untuk buat massive search. Saya sendiri sanggup volunteer. Kita tidak boleh harapkan polis sahaja."

saya pun berharap sebegitu pasal abductor tue x mungkin nak bawak sharlinie jalan2 kat kawasan terbuka kalo dah tahu sumer org tgh mencari.. maka house to house search lebih sesuai.. harap2 boleh dapat kebenaran utk buat perkara nie.. and skop pencarian mungkin kawasan PJ tmpt allahyarham nurin dijumpai dulu.. pasal kalo naik motor jer x mungkin dr shah alam pasal berat.. 10km to 20km radius rasanya reasonable.. pasal volunteer xde masalah.. ramai org akan membantu dalam perkara nie.. harap2 xde insan2 di kawasan PJ or Kg Medan boleh usahakan perkara nie.. kalo perlukan bantuan, InsyaAllah saya akan datang hulurkan..

cikthin said...

Ya saya setuju sangat dgn pendapat-pendapat di bawah ni. Lewat kebelakangan ini banyak sangat kes-kes penculikan terutamanya melibatkan kanak-kanak di kawasan Wangsa Maju ni.. Hopefully kerajaan atau badan-badan tertentu menubuhkan satu badan bertindak yang bukan hanya apabila sesuatu isu itu hangat sahaja tetapi diteruskan untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut supaya perkara seperti ini tidak berlaku lagi.

Saya mendoakan adik Sharlinie Mohd. Nashar dapat di temui dengan kadar segera.. InsyaAllah

rone said...

En Jasni, I think this is the right time to get help from Dr Sazali and Master Silat that uoy mention before in Nurin's case.


myMetro » Mutakhir

Wanita tarik masuk kereta

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad, Mohd Nur Asnawi Daud dan Abdullah Wahab


PETALING JAYA: “Masa adik naik basikal, Linie lari ikut belakang. Kemudian adik dengar bunyi tapak kaki kuat. Adik toleh dan tengok seorang wanita beri gula-gula pada Linie dan tarik dia masuk kereta,” kata Sharliena Mohd Nashar, 8.

Dia menceritakan detik kejadian adiknya Sharlinie, 5, dilarikan ketika mereka berdua berjalan pulang ke rumah di 10, Lorong PJS 2C/11N Taman Medan di sini, pagi kelmarin.

Sharliena, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Taman Medan berkata, ketika itu dia melihat adiknya meronta-ronta dan menangis, namun wanita yang memakai kasut tumit tinggi berambut paras leher menarik tangan adiknya dengan kuat sebelum meninggalkan tempat kejadian menaiki kereta berwarna gelap.

“Adik tak kenal wanita itu dan dia tak bercakap dengan adik. Dia ambil Linie kat tepi jalan dan pergi,” katanya menceritakan kejadian itu.





Dia ditemani ibu bapanya, Mohd Nashar Mat Hussain, 29, dan Suraya Ahmad, 28, serta kakak sulung, Nurul Amirah, 11, ditemui di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya selepas direkodkan keterangan, semalam.






Kejadian berlaku selepas dua beradik itu keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu mereka untuk bermain di taman permainan kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.

Difahamkan, ketika mereka bermain, kawasan itu agak sunyi malah tiada kanak-kanak atau orang dewasa si situ. Ketika kejadian, Nurul Amirah berada di sekolah.

Malah, kehilangan Sharlinie dikaitkan dengan perbuatan ‘lelaki kucing’ berikutan tempat kejadian hanya dua kilometer dari tempat kehilangan Nur Fatiha Zaidi, 6, yang diculik sebelum dikembalikan sembilan jam kemudian, pada Isnin lalu. Perbuatan itui dipercayai dilakukan suspek sama.

Sharliena kelihatan agak takut apabila dikerumuni wartawan, namun selepas beberapa kali dipujuk, dia mula mesra dan bercakap.

Murid itu yang kelihatan ceria seolah-olah tiada apa-apa berlaku terhadap adiknya berkata, dia amat sayangkan Sharlinie walaupun mereka selalu bergaduh.

“Adik sayang pada Linie, malam tadi adik menangis lihat emak dan ayah menangis apabila lihat gambar Linie,” katanya.

Emel Artikel Cetak Artikel

Formerly known as Superwomanwannabe! said...

My 2 cents - In town (ampang, bukit bintang) there are hardly any posters of Sharline. WHY..??Let's "shower" the town with her picture- in shops, at parking lots, at the tiang letrik- Surely this is more worthwhile than those plumber adverts usually stuck there ?? Suggest everyone print out her picture and plaster it over all your neighbourhood! Tak yah lah tunggu authorities .....ponek badan jo...

PS You cannot beat a determined monster even if you are allready very alert - this is true, But!!! apa salahnye mengaku that sometimes parents CAN be careless. Ada betulnya. Bukan sengaja or bad parents. Things happen ! We cannot say that we have never,or will never , be negligent, and kalau orang tegur kesalahan kita - Telan jolah......

That said, all this negligence business can be picked on AFTER the girl is found. Now, its just bad taste
.

UMMI YL said...

Assalamualaikum...

ntah bila masalah ni akan selesai..
lama tidak menulis disini bukan maksud menghilang cuma sedih dan jemu masalah ni belum selesai....hanya doa dipanjangkan agar ia mudah diselesaikan

sebenarnya dalam dunia yang dah serba sibuk ni saya sebenarnya setuju yang "kemalangan" yang terjadi adalah dari kealpaan kita sebagai ibu bapa....sudah kita tahu keadaan bahaya lagi diberi kepercayaan kepada seorang budak yang berusia 7-12 untuk ke sekolah, ke kedai, ke shopping kompleks tanpa pengawasan org dewasa....memang dari dulu lagi rata-rata menyuarakan kita nak anak kita berdikari dan sebagainya..malah atas alasan kita perlu melakukan kerja yang lebih penting jadi alasan yang lebih kukuh....senario di kawasan perumahan saya,malah saya percaya di bandar-bandar besar perkara budak 2 keluar sendirian dah jadi biasa.....sedangkan kita tahu bahayanya tapi kita buat tak kisah dan OK sebab kita sibuk bekerja....nak bandingka zaman dulu dan zaman sekarang ni jauh bezanya untuk kita tinggal anak kita sendirian, pergi sekolah sendirian sebab bahaya rogol dan serang hendap penyakit sosial tgh bermaharajalela...kalau anak kita tidak aniaya sekalipun kita patut letak curiga pada bahaya penyakit sosial....bukan kata kemalangan macam yang jadi kat anakanda nurin saja malah kerosakan akhlak juga adalah kealpaan ibu bapa....

betul...ibu bapa tak patut dihukum dalam keadaan macam ni....tapi baik semak balik dalam kesibukan mengejar wang dan kerja betul ke kita jaga anak-anak kita sebaik mungkin dan beri kemudahan yang sepatutnya.....????kita tak berfikir dan masih belum mengambil iktibar....samada ibu bapa atau penjahat laknat tu..... :( buktinya kejadian ni masih berlaku dan terus berlaku....

Jutawan Internet said...

kakaknya kata orang yang tarik sharlinie adalah wanita.. entah2 menyamar jadi perempuan kot? macam caralah boleh buat..susah kalau nak difikirkan wanita terlibat, kecuali atas alasan nak jual.. mintak jauhlah.. aku doakan semoga selamat.. dan penjenayah diberkas dengan segera.

aidil | ai psd said...

mari kita sama2 sedekahkan bacaan al-fatihah kpd allahyarham nurin jazlin.aminn..

Lynn said...

Betul tu...lynn sokong, kenapa nak didakwa ibubapa Sharline??? Bukan kehendak meraka anak mereka diculik. dalam keadaan macam ni kita sepatutnya membantu mengurangkan tekanan kepada ibubapa yn anak mereka menjadi mangsa penculikan bukan nya megusutkan lagi pemikiran diaorg dgn masalan nak dikenakan tindakan undang2 pulak...
Fikir2 kn lah...ibubapa mana yg sanggup kehilangan anak yg disayangi....