Saturday, January 12, 2008

Laman blog Nurin lancar gerakan cari Sharlinie


KUALA LUMPUR 11 Jan. - Berita mengenai kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Sharlinie Mohd. Nashar, di Taman Medan, kelmarin, terus mendapat perhatian pelbagai pihak.

Antara yang aktif memaparkan isu mengenai kehilangan dan melancarkan gerakan mencari Sharlinie adalah laman blog www.nurinjazlin.blog spot.com.

Walaupun diwujudkan khusus mengenang Allahyarham Nurin Jazlin Jazimin, laman blog itu tidak ketinggalan menyeru rakyat Malaysia agar memberikan kerjasama dalam usaha mengesan kanak-kanak tersebut.

Pengendali laman blog berkenaan, Jasni Abdul Jalil, 44, berkata, selain membantu, penyiaran berita kehilangan Sharlinie dalam laman blog berkenaan adalah bagi menyatakan rasa simpatinya terhadap apa yang berlaku.

‘‘Pihak kami pernah merasakan apa yang kini dirasai oleh keluarga Sharlinie iaitu kehilangan Nurin.

‘‘Atas rasa simpati, saya selitkan sama berita kehilangan Sharlinie dalam laman blog agar dia dapat ditemui semula dengan selamat,’’ katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi kelmarin, Sharlinie dan kakaknya, Sharliena, 8, yang dalam perjalanan pulang dari bermain di taman permainan berdekatan rumahnya di Jalan PJS2C/11N, Taman Medan, Petaling Jaya, hilang ‘dalam sekelip mata’.

Lokasi kali terakhir Sharlinie dilihat kakaknya ialah kira-kira 150 meter dari rumah mereka iaitu di persimpangan lorong ke taman permainan itu dengan di kiri kanannya adalah rumah teres.

Jasni berkata, bagi membantu usaha mengesan, laman blog tersebut turut memaparkan gambar Sharlinie serta lakaran wajah suspek yang dikatakan menculik kanak-kanak itu.

‘‘Kita juga menyeru dan meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Sharlinie supaya menghubungi Rakan Cop di talian 03-21159999,’’ katanya.

Ditanya mengenai maklum balas orang ramai terhadap berita kehilangan Sharlinie menerusi laman blog itu, beliau menjelaskan bahawa selain menyatakan rasa marah, masyarakat turut memberikan pelbagai cadangan dalam usaha mengesan Sharlinie.

- Utusan Malaysia

11 comments:

Awwa said...

Agaknya penjenayah ini tidak pernah kenal erti puas selagi tidak mencari mangsa baru, selepas apa yang dia telah lakukan kepada awah adik Nurin. Apa yg kita harapkan semoga nasib adik linie tidak seperti adik Nurin...biarlah dia pulang dengan selamat kepangkuan keluarganya. kepada penyenayah ini cepat2lah mati hidup menyusahkan orang saja...kalau dapat tembak aje....tak payah simpan manusia bertopeng kan syaitan ini.......

Muhammad Rushafiq bin Rohim said...

hai...jgn lupe dtglh ke blog saye...http://darkphoenix94.blogspot.com

sufiahyusof said...

cume aku konfuse, kenapa tkde fotofit wanita, smlm tgk tv3 (jummat tghari), kakak dia kata nmpak perempuan tarik adiknya masuk kete,
tapi, siapa yg buat fotofit ni?.. konfuse

Jasni AJ said...

Torrent,

Menurut berita hari ini, ayah Sharlinie menafikan berita berkaitan wanita dan kereta hitam itu. Untuk berita lanjut, sila baca Utusan Malaysia muka 13 atas tajuk "Bapa rayu media jangan sira fakta salah".

Terima kasih.

Jasni AJ

tehsin mukhtar said...

Yesterday I called Rakancop...the guy who answered macam tak makan, macam menyampah nak layan...I tanya mana nak dapat poster untul NINI, coz I wanted to help distribute in Setiawangsa, Wangsamaju area, and he said.."Saya tak tau laaaaa".....

tehsin mukhtar said...

I think the media yang put the question to the girl and put the words in her mouth..anak2 kalau kita press them and feed them with preanswered questions, memnag la dia confused and say what we want them to say...macam coaching la...

Jasni AJ said...

Tehsin,

You can download the poster from http://www.utusan.com.my/utusan/special/Sharlinie/poster_cari_sharlinie.jpg

Thank you.

Jasni AJ

azryna said...

1. Tehsin, sakitnya hati with that Rakan Cop incident you experienced. So bangang and insensitive.

2. In last night's news clip on interviewing Nini's sister, words WERE put into the sister'a mouth. When she did not answer the question, the interviewer suggested her the answer. ".....ke?" and the girl said yes.

3. Malu eh.. kalaulah betul the same guy.. 5 girls without being caught.

4. I heard that Putrajaya has very canggih CCTV all over the place, some hidden. Is it true? Do you think KL is worth installing all that? Cut the hidden costs all over and invest in CCTV for the city. Some extreme thought..

5. I do hope that this guy will be caught. Once caught, the punishment should be so severe that no one dares to mess with any kids (you think?)

6. As citizens, we want a safe environment for our children. Jangan nak kata dulu tak pe sekarang tak boleh. Kalau sekarang tak boleh let our children be free and creative, what more of the future??!

Please la, stop blaming parents sahaja. For those yang point the fingers to parents as well, it is easy for you to say sebab - either you do not have kids, or you have maids, you don't take care of your own kids yourselves, or you just confine your kids at home!

Lang said...

Assalamualaikum, salah sejahtera..

Berdasarkan pengalaman tehsin tu.. aku memang tak nafikan.. itula jenis masyarakat kite ni..

Kite suke gembar gemburkan bende baek2 ni terutama kalau di mate dunie. Kite nak tunjukkan kite lah mayarakat paling penyayang, bertanggungjawab serta suke membantu. Tapi adakah kite menghebohkannya untuk populariti atau untuk kebanggaan sendiri.. namun hakikatnye pekung dan nanah sahaja cukup untuk menyakitkan hati.

Kekadang tu peribahasa melayu tu ade jugak betulnye.. kite ni lebih diibaratkan menyusukan kera dihutan, anak dirumah mati kelaparan. Niat untuk membantu tu memang ade.. sebab itu ujudkan rakancop. Tapi indah pada rupe sahaja. Semangat nak hidup kan fungsi rakancop tu hanyalah angan2 sahaja.

Sekarang ini memang sukar nak mencari sesuatu yang dibuat dengan bersungguh2. Pastinya perlu adakan ganjaran untuk merealisasikan sesuatu program, pertubuhan dan ape sahaja yang sewaktu dengannye.

Sedih dengan sikap masyarakat kite akhir2 ini.

Lie said...

Saya baru balik dari Taman Medan, hasrat mahu berkunjung ke rumah Sharlinie.Namun terdapat ramai pula wartawan dan Polis.Rupa-rupanya Menteri Besar Selangor datang melawat ibu-bapanya.Saya juga sempat lalu ditempat permainan yang dikatakan lokasi terakhir Sharlinie dilihat.Ya Tuhanku,berilah PetunjukMu akan lokasi Sharlinie.Selamatkanlah dia..AMIN.

tehsin mukhtar said...
This comment has been removed by the author.