Tuesday, October 23, 2007

Hukum mati perogol kanak-kanak

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Parti Progresif Penduduk (PPP) mahu kerajaan meminda akta sedia ada bagi memasukkan peruntukan hukuman mati terhadap perogol kanak-kanak.

Cadangan itu terkandung dalam usul yang dikemukakan pergerakan Puteri PPP dan diluluskan pada perhimpunan agung parti itu di sini hari ini.

Anggota Puteri PPP bahagian Klang, M. Punitha semasa membentangkan usul itu berkata, saranan hukuman gantung itu dibuat berikutan peningkatan kes rogol termasuk kes mangsa penderaan seksual dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8 tahun, yang menggemparkan negara baru-baru ini.

Beliau berkata hukuman rogol sedia ada mengikut Kanun Keseksaaan iaitu penjara maksimum 20 tahun dan hukuman sebat adalah tidak mencukupi dan masih tidak menakutkan penjenayah.

Beliau turut mengusulkan supaya sebatan 20 kali dikenakan di khalayak ramai kepada sesiapa yang didapati bersalah melakukan jenayah rogol.

- Utusan Malaysia

22 comments:

Izleen said...

Memang patut dijatuhkan hukuman mati...kalau dulu dulu, kena hukuman sula...lagi dashyat.

Bangsa yang merogol kanak2 ni, tak tau lah nak kata bangsa apa...buat malu kaum je.

Izleen said...

Baru sat tadi Buletin Utama TV3 kata budak pompuan baju merah tu pi Bukit Aman (kot) dan polis konpem budak tu tiada kaitan ngan beg diadora tu. Budak tu kata beg tu memang dah ada kat situ bila dia sampai.

nazura said...

1000% sokong perogol semua tak kira merogol apa memang patut dihukum mati. Ikut hukum HUDUD kena rejam kan..stone them to death. Perogol memang tak layak hidup. Especially perogol kanak-kanak.
Yang menyeksa dan membunuh kanak-kanak macam kes 'ayam belanda' tu pun mesti termasuk sama. NO EXCEPTIONAL.

benharperbenladen said...

hmmm...apa tunggu lagi..on the next GE pilih la parti yg nak jalankan undang2 based on kitab Allah.FULL STOP!

tehsin mukhtar said...

Hukum sula khalayak ramai. Rejam dengan batu ramai2 sampai mati. Sebat sampai mampus in public. Pak Blah! Nazri Joker!!! Patail!!! Pekak ke kamu semua! Kome cakap nak dengar the truth even if it hurts, kan???!!!!!!

erma said...

kalau lah anda diberi peluang bersemuka dgn LAKNAT tu (kot yer nyer polis dpt trace...mmmm...ntah bile la ye....)... "APAKAH YG ANDA AKAN LAKUKAN ???"

joesniper said...

bukan hukum mati, hukum hudud ...

itu mampu memperbaiki keadaan, masyarakat syaitan akan takut dengan hukuman cara itu, tapi tak la sampai perlu tukar kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh sebahagian rakyat malaysia yang tak tahu menilai kepimpinan negara...

hukuman2 macam tu boleh dilaksanakan dengan kerajaan yang ada,kita rakyat yang tahu perlu bersuara lantang untuk menjadikanya kenyataan.

kalau kerajaan sekarang zalim pada masa tu kita tukar...

kalau kerajaan sekarang sekular pada masa tu kita tukar...

ini tidak nasik dah jadi bubur terus nak buang ! appara ...

nasi yang jadi bubur tu bubur daging tetel, garam, lada hitam, daun sup, halba dll jadi sedapppp ... malah kadang2 lebih sedap sebagaimana berlaku bulan puasa ...

sekarang kita lihat berita hari ini, semalam saya bercadang nak post kat sini kemungkinan kejadian sebagaimana yang tersebut didada akhbar berlaku tetapi tertangguh... tup2 keluar berita sedih begitu hari ini...

jenayah bila-bila saja boleh berlaku walau dihari baik bulan baik (lahanat tak baik-baik) ..

baliklah kita kepada asal(alquraan walhadith) ...

didik kepada anak-cucu kita sekarang AGAMA untuk kebaikan masa hadapan ...

dan AGAMA itu sungguh luas .. bukan sekadar takbir, kutuk sana-sini, sembahyang tonggang tonggek, duduk masjid, buat rapat umum dan sewaktu denganya ...

DALAMI agama yang sebenar-benarnya, pada masa itu kita akan beroleh keamanan

wabillahi taufiq wal hidayah ...

joesniper said...

bukan hukum mati, hukum hudud ...

itu mampu memperbaiki keadaan, masyarakat syaitan akan takut dengan hukuman cara itu, tapi tak la sampai perlu tukar kerajaan seperti yang diwar-warkan oleh sebahagian rakyat malaysia yang tak tahu menilai kepimpinan negara...

hukuman2 macam tu boleh dilaksanakan dengan kerajaan yang ada,kita rakyat yang tahu perlu bersuara lantang untuk menjadikanya kenyataan.

kalau kerajaan sekarang zalim pada masa tu kita tukar...

kalau kerajaan sekarang sekular pada masa tu kita tukar...

ini tidak nasik dah jadi bubur terus nak buang ! appara ...

nasi yang jadi bubur tu bubur daging tetel, garam, lada hitam, daun sup, halba dll jadi sedapppp ... malah kadang2 lebih sedap sebagaimana berlaku bulan puasa ...

sekarang kita lihat berita hari ini, semalam saya bercadang nak post kat sini kemungkinan kejadian sebagaimana yang tersebut didada akhbar berlaku tetapi tertangguh... tup2 keluar berita sedih begitu hari ini...

jenayah bila-bila saja boleh berlaku walau dihari baik bulan baik (lahanat tak baik-baik) ..

baliklah kita kepada asal(alquraan walhadith) ...

didik kepada anak-cucu kita sekarang AGAMA untuk kebaikan masa hadapan ...

dan AGAMA itu sungguh luas .. bukan sekadar takbir, kutuk sana-sini, sembahyang tonggang tonggek, duduk masjid, buat rapat umum dan sewaktu denganya ...

DALAMI agama yang sebenar-benarnya, pada masa itu kita akan beroleh keamanan

wabillahi taufiq wal hidayah ...

Unknown said...

kepada cik SUE... saya setuju gak..
saya dulu pun duduk kat flat wangsa maju. Kat situ masa pasar malam, tak payah bukak pintu pun boleh dengar bising pasar malam.. nak order mee goreng pun boleh jerit je...
Pasal hukum mati tu.. memang la setuju.. tapi ni kan dah lama sanagt la.. pasal tak dapat tangkap lagi si keparat tu..
Saya rasa penjahat ni mungkin bukan gila, bukan penagih dadah dan bukan pencuri.. Secara zahirnya mungkin normal macam kita semua jugak, tapi mat ni & gang dia.. kaki tengok benda lucah la ni... Tapi mari kita ramai ramai tolong cari penjahat ni... Doa lepas solat memang kena buat.. tapi usaha pun kena jugak..
Saya amat risau kalau perkara ini BERULANG...

Anonymous said...

Dua lagi lelaki dikesan merogol budak dalam berita hari ni.Knapa tak je polis cuba siasat kot-kot depa ni ada kaitan dengan kes Nurin? saya kasihan dengan kanak-kanak ini. Belum kes Nurin nak senyap, ada lagi perogol kanak-kanak. Saya sedih la macam ni. Saya harap bila ada Nurin's alert, Kita akan ambil smua gambar sex offender dan masukkan dalam internet. Dan kita bantu kanak-kanak yang menjadi mangsa ni supaya mereka tak akan trauma dan phobia bila dewasa nanti.

Mana driver teksi kuning yang ada depan si penunggang yang bawa beg tu? Tak datang buat statement ke?
Dan kenapa TV3 gunakan perkataan "bantu siasatan" kepada lelaki bermotor tu/ trang tang tang dia jahat dan licik dan dialah yang tukang letak mayat Nurin, tapi kenapa nak suruh dia bantu siasatan pulak?? Beg tu berbau ok!! janganlah buat macam tak tahu. kalau cicak pun ada bau, tak kan manusia tak berbau!! Kenapa tak je suruh "serah diri"?? Walaupun dia tak kan serah diri, tapi at least kita bagitau makhluk tu yang kita tau dia yang buat! eee... tak paham la...apa ni??? apa semua ni?? Kata minta rakyat bantu siasatan, tapi macam tak peduli je. Kita kongsi pendapat la... mungkin boleh selesaikan dengan bantuan rakyat.Please!!! brapa ramai lagi nak jadi mangsa??

Anonymous said...

Semasa saya di Jeddah dulu, saya sendiri boleh rasakan keamanan kat situ. Wanita jarang sekali berkeliaran di waktu siang. Yang bekerja semua lelaki. Wanita slalu ditemani suami atau keluarga lelaki. Pakaian disana sangat sopan. Arbaiyah wajib dipakai. Yang bukan Islam juga pakai. Walaupun dari segi zahir nampak macam kuno tapi banyak faedahnya. Bila kita cakap pasal aurat je nanti semua orang tutup telinga. Kenapa? kenapa kita ketepikan isu ini? kenapa kita pandang rendah pada orang yang menasihatkan kita untuk menutup aurat. Kenapa isu ini telalu sensitif kepada wanita Islam Malaysia? Kita ubahlah yang kecil-kecil nanti kita akan nampak kebaikannya kelak.

tehsin mukhtar said...

Bantu siasatan??? Dah la...my blood pressure is up..I'm so sick of the PDRM...gambar autopsy up their own noses pun tak nak tangkap culprit..apa lagi si motorcyclist ni yang sah2 bawa beg...come on la...kalau Canadian pedophile tu pun Interpol leh unscramble his image, apa lagi yang blur ni dgn no. plate motor lagi...i want to believe that the cops are seriously investigating the matter quietly...i really want to believe that

Zulkifli said...

tehsin,

I can't understand why are they so slow from the beginning...

Polis pun kena kerja sebab orang ramai nak bantu tak ada senjata tak ada "power" ...police have all teh equipment...kena la buat kerja...public setakat boleh bagi information...kalau dah slow macam ni susah la....

cadangan hukum bunuh perogol memang bagus ....tapi kena buat dikhalayak ramai...manusia kalau tak "tengok" hukuman depan mata sendiri mana nak insaf...

Zulkifli said...

Joesnipper,

Hukuman Hudud patut dah dibuat....kita dah bersuara lantang..tak ada apa pun...ramai dah yang kena ISA sejak merdeka hingga sekarang...

anyway aku setuju dengan hudud tu....

nadiyahisham said...

Salam, alhamdulillah...kalau la boleh di upgrade kan sikit hukuman buat para perogol nih, mmg x berhati perut pun, ikut Islam patutnya direjam smpi mati, Islam kan da cukup adil? Kenapa harus manusia meminda2 sendiri? Kalau hukum hudud dijalankan, sudah pasti dapat dikurangkan jenayah2 macam ni, x berani diorg nak buat, kalau nak rejam pun, rejam dikhalayak ramai, biar yg lain belajar byk skit....

nnn said...

sokong sokong sokong - hukuman mati bagi perogol. sebab mangsa rogol hidup trauma SEUMUR HIDUP esp kanak2...

perogol perogol ni biar mampus jer.
buat semak dunia jer dgn jenayah mcm nih.

Izleen said...

Linda, the reason polis and media guna term "bantu siasatan" sebab depa tak leh simply tuduh seseorang tu yang bersalah. Yang boleh menentukan seseorang tu guilty or not hanyalah mahkamah.

The term "bantu siasatan" bermaksud, orang yang dipanggil untuk "membantu siasatan" tu perlu memberi dna, fingerprint dan perlu menjalani "sesi soal-jawab" ngan polis untuk menyabitkan dia dengan kes Nurin. Kalau semua kantoi, then only they can say memang HANJING tu yang bersalah..tapi kalau semua evidence yang polis dapat kumpul tak dapat match ngan orang yang dipanggil untuk "membantu siasatan", then that person will be released.

Anyone...please correct me if i'm wrong.

miss j said...
This comment has been removed by the author.
arilzura said...

Betul tu memang patut perogol kanak-kanak dijatuhkan hukuman mati sebab ada diantaranya melakukan jenayah yang berulang (dah memang ada rekod polis) ia juga membantu menyedarkan dan mengurangkan penjenayah di Malaysia...
klu kerajaan takut nak jatuhkan hukuman mati atau HUDUD why not mereka buat macam kat oversea tu bagi suntikan agar mereka tak bernafsu lagi... bukanlah nak ikut style barat tapi kalau dah susah sangat nak jatuhkan hukuman HUDUD...

kenapa ek, bila negara kita mengamalkan ISLAM HADHARI makin banyak jenayah dan perkara yang tak sihat berleluasa?????
sepatutnya lagi amankan...

Zulkifli said...
This comment has been removed by the author.
Lang said...

Sbb Allah marah kat kita kot.

Ada kah kita ni layak nak ubah Islam jadi Islam Hadari, seolah-olah kita lebih tahu dari Pencipta kita.

Perlu diingat, zaman sekarang Allah tak turunkan bala mcm zaman Nabi terdahulu dimana Negeri diterbalekkan, ditenggelamkan dalam laut dan sebagainya. Zaman sekarang balanya turun seperti ribut taufan, banjir, bencana alam (itu pon mereka2 mengatakan itu adalah fenomena alam… masyaallah), dan bertambahnya malaun2 yang merosakkan alam seta melakukan jenayah.

-Lang cetek agama, Wallahualam

Lyanne Daffy said...

Assalamualaikum! Saya amat SETUJU.. Harap KERAJAAN tidak ambil mudah! Selagi syaitan bertopengkan manusia tu tidak ingat tu, selagi itu kita kena ingatkan mereka.. Kalau hukuman mengikut syarak tidak diikuti, dosanya YG DIPERTUA AGUNG akan menanggung semua dosa.