Saturday, October 27, 2007
Minda Pengarang: Larangan keluar malam bantu bendung kes budak hilang
KETIKA umat Islam masih meraikan Syawal, kita memang tidak mahu dikejutkan dengan berita sedih seperti kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya dijumpai dalam beg sukan selepas hilang selama 27 hari. Disebabkan itu, kita bersyukur Rekha Abdullah, 10, yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di Georgetown, Pulau Pinang sejak lima hari lalu tidak senasib Nurin Jazlin, selepas ditemui selamat. Bukan saja usia mereka hampir sebaya, malah kedua-duanya hilang berhampiran rumah ketika ke pasar malam keseorangan. Dalam soal ini, lokasi pasar malam bukan isunya, sebaliknya budak itu pergi seorang diri. Pasar malam bagaikan perangkap kerana di situ orang terlalu ramai dan apa saja boleh berlaku. Kita kecewa kerana masih ada ibu bapa atau penjaga membiarkan kanak-kanak keluar bersendirian dan kemudian hilang. Hal ini, bukan bermakna ibu bapa terbabit tidak bertanggungjawab, hatta anak tiri sekalipun, tetapi hakikatnya anak perlu ditemani orang dewasa walau seketika, sekali pun di tempat orang ramai seperti pasar malam dan pusat beli-belah.
Kelalaian seperti ini tidak sepatutnya berlaku ketika seluruh negara masih lagi tidak lupa kejadian membabitkan Nurin Jazlin, yang sehingga kini kes itu belum dapat diselesaikan. Dalam keadaan sebegini, walaupun secanggih mana alat digunakan, termasuk proses pengecaman melalui kaedah asid deoksiribonukleik (DNA), penggunaan Unit Siasatan Tempat Jenayah (CSI), bantuan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat atau bantuan kamera litar tertutup (CCTV), semua proses itu diambil selepas kejadian berlaku untuk membantu mengesan mangsa atau mereka yang bertanggungjawab. Jika semua ibu bapa atau penjaga mengawasi pergerakan anak, sudah pasti sebahagian daripada masalah kehilangan anak boleh selesai. Alasan sesetengah ibu bapa bahawa anaknya cuma keluar sekejap, berjalan seorang diri cuma beberapa meter dari rumah atau pasar malam berdekatan rumah, tidak boleh diterima kerana dalam sekelip mata, apa saja boleh berlaku di belakang kita. Ibu bapa sepatutnya peka dan mengambil iktibar kes Nurin Jazlin. Mereka tidak harus membiarkan anak kecil keluar bersendirian, terutama pada waktu malam. Hakikatnya, Rekha dikatakan pernah hilang tahun lalu ketika menunggu bapa tiri mengambilnya pulang ke rumah, tetapi keesokan harinya datang ke sekolah seperti biasa.
Setakat ini, kita tidak mahu kes Rekha hilang berulang lagi. Yang pasti, kebanyakan kes budak hilang ketika keluar rumah berseorangan dan inilah isunya. Jika kerajaan mula bertegas terhadap ibu bapa, kita berharap tiada siapa akan membantah demi kebaikan bersama. Mungkin sudah tiba masanya kita mencontohi undang-undang di United Kingdom (UK), yang membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap remaja berusia 18 tahun ke bawah yang berada di luar rumah selepas jam 12 tengah malam. Dengan ada undang-undang baru seperti itu, polis dapat mengambil tindakan menahan remaja bawah 18 tahun yang berada di luar rumah selepas jam 12 tengah malam dan memanggil ibu bapa untuk diambil keterangan kenapa mereka membiarkan anak mereka. Rekod menunjukkan kebanyakan kanak-kanak hilang di negara kita adalah mereka yang tinggal di kawasan taman perumahan di bandar.
- Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
salam all...
Aku sokong 120% ...good luck
peace!
jgn pukul 12tgh mlm..
kol 10.00mlm..
lewat sgt tu kol 12tgh mlm..
Assalamualaikum, salam sejahtera.
Lang sokong infinity persen. Kite amalkan sikap orang tue2 dulu, anak2 tak boleh keluar rumah selepas maghrib jika tidak ditemani oleh orang dewasa.
Sipenjenayah hanye menunggu peluang. Jika kita tutup semua peluang, insyaallah jenayah dapat dielakkan. Mari kita bersama2 mewar-warkan saranan ini kepada family, jiran, rakan2 dan sesiapa sahaja yg kita temui.
Untuk mu Nurin.. ALFATEHAH
Dengan berlakunya kes-kes kehilangan kanak-kanak dan kes-kes rogol melibatkan kanak-kanak kecil selepas dari kematian tragis Nurin, jelas sekali tidak semua ibu bapa yang mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku.Kurangnya kesedaran ibu bapa terhadap bahaya yang menanti anak-anak mereka menjelaskan tahap mentaliti ibu bapa khasnya golongan bawahan yang mengambil mudah aspek keselamatan anak-anak mereka. Justeru itu kita tidak boleh mengharap tahap kesedaran ini akan meningkat dan kes-kes yang sama pasti akan berlaku terutamanya bila penjenayah masih lagi bebas dan kebanjiran pendatang asing.Seperti anda yang lain saya melihat NURIN ALERT solution terbaik yang boleh kita fikirkan. Namun kejayaan Nurin Alert hanya boleh dimanfaatkan seandainya seluruh komuniti kejiranan dan rakyat Malaysia menjadi mata.Jika hanya setakat seorang dua, NUrin Alert hanya akan tinggal sebagai nama.
Memang, mengumpulkan sokongan perlukan masa, namun atas nama Nurin Jazlin dan kanak2 lain yang pernah menjadi mangsa, saya harap saudara Jazni tidak akan berputus asa.
Jika ibu bapa terlalu sibuk untuk menjaga keselamatan anak-anak, bekalkan anak-anak dengan ilmu mempertahankan diri dan kesedaran dikalangan pelajar dan kanak-kanak sekolah tentang bahaya yang menati mereka diluar lebih wajar diberi penekanan. Mereka sepatutnya diajar untuk tidak terlalu berani keluar seorang diri.
Kalau zaman dulu2 budak-budak takut keluar malam kerana ditakutkan dengan cerita-cerita hantu oleh orang tua-tua. Cerita hantu ni ada baik ada buruknya, tapi yang pasti syaitan itu wujud, boleh dalam berbagai bentuk. syaitan bertopengkan manusia pun ada macam watak jahat dalam cerita ini yang kita dok cari-cari ni. kat bandar ni lain pulak, budak-budak tak takut keluar malam sebab terang-benderang oleh limpahan lampu2. Manusia tetap hidup dengan urusan masing-masing sampai lah ke pagi. Kalau kat kampung kol 9 malam tu dah sunyi, kadang-kadang boleh dengar bunyi burung hantu atau burung tukang bila keadaan sunyi sepi.
Boleh jugakan kalau kite tukarkan crite2 hantu mcm dulu tu dengan crite2 reality mcm ”nnt kena colek, nnt kena bunuh, kalau ape2 blaku bile sorang2 jalan malam, siapa nak tolong” (sebagai contoh la)
Assalamualaikum, salam sejahtera..
Untuk perhatian JAJ dan kengkawan.. adek soul ade contribute idea yg pada pendapat saye berguna dan boleh membantu kot..
Sedutan dari cadangan soul (Okt 27, 9:59pm)
xpn kumpul rakaman CCTV kt sekitar lembah klang.mana tau si LAHANAT tu ade termasuk dlm CCTV tu dgn beg tu..
sedutan dr jawapan saye
Cadangan yg baek..
Trace smue CCTV yang berdekatan yang merakam luar bangunan pd selang waktu tsbt..
Mesti ade CCTV yang high resolution kan.. Mane la tau idea ini dapat membantu.. insyaallah
En Jasni.. Nak bertanye.. Bagaimana nak pastikan nama dan butiran yg diemail telah diterima dalam Nurin Alert.
BUDAK SEKARANG TERLEBIH HIBURAN!!!
@
HIBURAN TERLEBIH KAT LUAR SANA?!!
Kalau ler aku jadi pegawai penyiasat tu aku memang akan terfikir idea ni, tak taulah sama ada dorang dah ambil tindakan ini atau belum. Bila Lang sebut baru aku nak komen sikit. Siasat laluan motor kriss hitam tu mungkin ada premis yang pasang high resolution punya cctv, mana tau dapat rakam nombor plate motor tu. Kalau JPJ lambat nak bagitau siapa pemilik motor tu.. e-mel je kat aku. Aku boleh tolong cari siapa tuan punya.
Yup...Saya pun rasa idea soul tu bernas. Deret kedai tu tak kan ada satu kedai je yang pasang cctv. Ntah-ntah dia singgah beli barang kat 7 eleven terdekat ke...(kalau la ada seven eleven kat situ or di stesen minyak. Period 1-2 jam sebelum dan selepas kejadian tu.mungkin kita boleh cam dari pakaian dan stylenya. Mana tau ada camera terambil jarak dekat. Bagus Soul...TQ harap polis ambil idea ni.
Lang dan kawan-kawan lain,
Semua pendaftaran minat untuk khidmat sukarelawan untuk Nurin Alert melalui sos@nurinalert.org adalah dibawah seliaan Nik Farez selaku sekretariat. Kebanyakan pendaftaran minat telah diperakukan melalui balasan e-mail kecuali pendaftaran yang dibuat sejak dua tiga hari. Ini adalah kerana Sdr. Nik Farez kini berada di luar negara dan akan hanya pulang pada 3 November depan.
Saya mohon maaf sekiranya pendaftaran tuan belum menerima sebarang "acknowledgement" dari Sekretariat.
i agree. now is UK, certain area kitarang ada polis ronda - by foot. sbb banyak sangat pubs yang open late. bebudak under 12 without adult supervision mesti kena tangkap or soal siasat before they call their parents.
but, these days. these kids (in uk) dorang dah tak takut polis. Siap verbal abuse lagi or ludah kat polis.
we all setuju kalau ada curfew for kids after 10pm in Malaysia unless they are with their parents. (then again - mana kite tau the adults are their parents)...
*sigh*
ya, sangat baik jika dikenakan peraturan begini.
kalau tak silap pernah ada satu negeri di Malaysia ni yang cuba laksanakan tetapi mendapat bantahan kononya tidak selaras dengan perlembagaan persekutuan yang menekankan kebebasan. Ini semua NGO+k punya kerja.
macam2 alasan diberi, konon takut nanti anak2 tak boleh pergi mengaji la, itu la, ini la.. semua ide yang dikemukakan sebenarnya boleh diatasi, tetapi akhirnya kerajaan pusat kata tak boleh dilaksanakan. Ini perlu diperbetulkan wahai orang2 yang empunya kuasa memerintah dan mentadbir ..
jika sekatan sebegini dilaksanakan ianya adalah sesuatu yang baik, mungkin kita perlu tetapkan had umur misalnya bawah 12 tahun had hingga 1/2 jam sebelum Maghrib, 12 keatas hingga 1 jam selepas Isya'. selain masalah penculikan, pencabulan masalah anak ABU dan REMPIT juga boleh diselaraskan dan dijumudkan seterusnya.
kalau budak2 tu bersama ibu/bapa atau penjaga tak apa, kalau tanpa ibu/bapa penjaga sekat !
dalam rumah patut ada peraturan...dan patut dijadikan displin dari awal berumah tangga sampailah ada anak-anak...
macam kat rumah saya, salah satu peraturannya ialah semua org mesti berada di rumah sebelum pukul tujuh....sape balik lepas pukul tujuh tanpa alasan dia akan didenda dikurung didalam jamban sebanyak mana jam dia lewat....
kalau terpaksa balik lambat atau keluar selepas pukul tujuh ayah akan pergi ambil dan hantar....
kalau pukul 10-12 perluka anak - anak yang masih sekolah malah org tua sekalipun masih berada di luar...kalau tution ayah patut pergi ambil dan hantar...
bagi saya, bukan hak dan tanggungjawab anak yang belum dewasa keluar sendiri dan sesuka hati...tambah lagi dalam zaman yang "macam-macam" ni..
memang ibu bapa takleh lepa dalam pengjaggaan anak-anak..anak-anak kan amanah allah..wajib disediakan kemudahan yang selamat ke sekolah, tempat tution, wajib bagi makanan HALAL, wajib DIDIK, wajib JAGA keselamatanya..
contohlah, sekarang ni org kita lebih senang belikan moto suh anak pakai pegi sekolah..sedangkan budak tu takde lesen pun...kononnya nak bagi senag/ mudah pi skolah.....agaknya tu yang banyak jadi rempit2..dahla bagi motor tak pernah pesan pulak apa yang baik apa yang buruk...budak tingkatan 1,2,3 dalam otak dia macam-macam idea ada...kalau baik alhamdulillah tapi kalau yang buruk....
sedangkan selagi anak kita yang baligh selagi dia belum mampu mencari rezekinya sendiri adalah KEWAJIBAN mak ayah menyedia kan kemudahan yang SELAMAT...betul sediakan motor tu kemudahan tapi SELAMAT ke?
kalau anak nak minta keluar kita kena jadi macam polis siket....ambil tahu mana nak pergi dengan sapa nak pergi...kenal jugak kawan-kawan dia....sekali-sekali wat spot check...!
memang sebagai mak ayah kita banyak benda nak buat, sibuk tapi kita boleh manage masa kita sendiri...cuma kita nak tak nak saja...jangan sebab kesibukan masa kita lepa dalam hal keselamatan anak-anak..dalam hal mencari MAKANAN HALAL untuk anak-anak....takkan nak hantar dan amik anak dari sekolah, pusat tution, jumpa kawan satu MASALAH BESAR..BANYAK ORANG boleh buat kenapa kita TAK BOLEH?
yang PENTING dunia dah BERUBAH...BAHAYAnya kita tak terjangka....
Post a Comment