Tuesday, October 30, 2007

Nurin’s tragedy to be made into feature film?

By NUR AQIDAH AZIZI

KUALA LUMPUR: Rumours of the upcoming project to turn the tragic killing of eight-year-old Nurin Jazlin Jazimin into a feature film have sparked outrage within the local fi lm fraternity.

Criticising the movie as distasteful, industry players said it would only fuel public anger and cause distress among Nurin’s family members.

Film Producers Association Malaysia president Ahmad Puad Onah said the idea is insensitive and reeked of opportunism.

“This isn’t the fi rst such tragedy of its kind. Why didn’t the producer come up with the idea before this, unless of course, they simply wanted to capitalise on the sensationalism of the case,” he said.

He added there was no need for the producers to declare that the film would be based on Nurin’s case.

“There are other ways to do it, such as fictionalising the events. Although our film industry practises a free market approach, responsible industry players should know the limits.

“If the producer is prepared to face a public outcry, then go ahead, by all means,” he said. Producer David Teo echoed Puad’s views, saying that filmmaking is not only about profit, but also social responsibility.

“How can anyone have the heart to put the family through the horror? I think whoever wants to do this must be insane,” he said.

Teo said it could also give foreigners a negative perception of the country’s image as a safe holiday destination.

“Even if they have the family’s consent, I object to the idea of the film. It’s heartless,” he said.

Actor/director/producer Afdlin Shauki said the only way the movie could be accepted is if it was nonprofit oriented.

“If it is solely for commercial gain instead of education, I’m against it. A sensitive case like this shouldn’t be spun into a commercial product,” he said.

Afdlin, who was deeply affected by the tragedy, advised the producer to think the matter over before proceeding.

The movie, it is claimed, would depict events which took place following the girl’s disappearance at the Setapak night market leading up to the discovery of her battered body stuffed in a bag in Petaling Jaya Utama. Actors Rosyam Nor and Sheila Rusly, whose names were mentioned as the possible leads to play Nurin’s parents, were surprised with the news. Rosyam said he would have to consider it.

A father to five girls, he said he would never undertake a project which would cause anyone grief.

“I think catching her assailant is more important. Instead of talking about her movie, we should instead perform solat hajat and pray for the murderer’s swift capture and punishment,” he said.

Sheila, however, chose to look at it positively and believed that if she took on the role, she could play a part in helping to fi ght crime.

“As a mother, I fear for the safety of my children and wonder what I can do to help. If the movie can help us become more alert and raise awareness, there is no harm, provided the intention is noble,” she said.

Sheila believes it to be rumours as she has yet to receive any offer. Nurin’s body was found stuffed into a sports bag under the staircase of a shoplot in Petaling Jaya Utama on Sept 17.

She went missing after visiting a night market near her home on Aug 20. Her killer is still at large.

- The Malay Mail

41 comments:

Esha said...

En. Jasni,

I've just read the Metro today and it seems that there is a case where a white van was trying to persuade a boy of 11 years old. It believe that it is the same van model that kidnapped Nurin and sad to say that it was the same place in Wangsa Maju.

What is really happening here? What are the police doing?
This means that the BASTARD's are not afraid of the capabilities of our so called policeman.

Izleen said...

I was saying in the earlier entry :
"...aku rasa kalau depa nak buat filem ke tulis buku ke pasal Nurin ni, tunggu lah case closed. Nak buat sekarang, rasa tak sesuai sebab masing2 masih tiada jawapan. Kalau nak kata depa nak buat filem ke apa ke, tak salah as long as En. Jazimin bagi green light...tapi aku harap depa bayar lah royalti...jangan sengap je, tul tak"

However, I agree that the film should be educational rather than profiteering.

Izleen said...

lagipun esha, yang mak budak tu pun pi biaq anak dia jalan malam-malam...kul 9pm lak tu...mungkin gak mak dia fikir kanak2 pompuan je jadik mangsa dan bukan kanak2 lelaki tapi kalau dah HANJING paedophile, lelaki pompuan dia tak kira...

Aku ada anak lelaki 2 orang, anak dara sorang...na'uzubillah

Anonymous said...

kalau nak buat filem pun tunggulah dah tangkap penjenayah tu. Jangan la tak fikir perasaan orang pula. Kasihani keluarga En. Jazimin.

Nak buat cerita pasal cara menjaga anak dan cara berrhati-hati tak pe. Kalau polis perlukan pertolongan rakyat, cakap la. Kalau perlukan pertolongan rukun tertangga pun cakaplah. Sama-sama kita jaga anak kita dan anak orang lain.

Anonymous said...

Mana Tehsin? Dah lama tak dengar. Harap dia sihat walafiat.

Lang said...

Assalamualaikum, slam sejahtera..

Pokcik nak sampuk sikit pasal nak buek felem ni… Pokcik raso tak yah la nak felem2.. kalau nak buek untuk bori ingatan ko, nak bori iktibar ko.. cukupla ngan buek drama TV mcm kito tengok maso ari rayo kemarin. Raso..e kalau drama tu tak do la orang buek untuk cari untung sangat macam org buek felem.. Tak elok buek untung ateh musibah org laen.. nanti ditempelak kek muko sendiri kan jd malu satu kampong..

Pokcik ni tak roti nak buek drama.. tengok drama roti la.. sodeh raso tengok drama rayo kemarin.. banyak pengajaran pokcik dapek..

Sodeh bilo tengok klip Nurin kek Utube. Kalau rindu, pokcik mosti poi kek situ.

rone said...

Van putih ekori anak
Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin


KUALA LUMPUR: Mimpi ngeri kes penculikan dan pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8, lebih sebulan lalu, hampir berulang apabila suspek jenayah sama sekali lagi muncul dan cuba menculik seorang kanak-kanak lelaki di lokasi sama Nurin dilaporkan ghaib, Ogos lalu.

Suspek, seorang lelaki dikesan cuba melarikan seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun itu selepas berusaha memujuk mangsa mengikutnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini, tidak jauh dari tempat Nurin dilaporkan hilang.

Bagaimanapun, dia terselamat apabila ibunya yang terlihat kelibat lelaki terbabit dari dapur rumahnya menjerit sekuat hati meminta pertolongan menyebabkan suspek bergegas melarikan diri.

Lebih memeranjatkan apabila suspek dikesan melarikan diri dengan menaiki van putih, iaitu kenderaan model sama yang didakwa pernah digunakan untuk menculik Nurin Jazlin pada malam 20 Ogos lalu.





Ibu mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Hamidah, 48, berkata pada sekitar jam 9 malam Jumaat lalu, anaknya keluar dari rumah untuk menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di kawasan kejiranan berhampiran.

Dia yang ditemui wartawan Harian Metro pagi semalam berkata, ketika kejadian anaknya, Haziq, 11, ke kawasan rumah teres berhampiran untuk menghadiri jamuan rumah terbuka anjuran seorang ahli perniagaan.

“Ketika itu, saya sempat memesan kepada Haziq supaya membawa pulang sedikit sate. Haziq kemudian pergi berhari raya sebelum pulang ke rumah melalui kawasan meletak kenderaan bersebelahan flet yang kami diami.

“Sewaktu berjalan berseorangan di kawasan itu, sebuah van putih tiba-tiba muncul berhampirannya. Seorang lelaki tiba-tiba keluar dari van itu sebelum menyapa anak saya,” katanya.

Menurutnya, lelaki terbabit yang berpakaian gelap menegur Haziq dengan pura-pura bertanya mengenai rumah terbuka di kawasan itu.

“Haziq yang cukup berhati-hati dengan orang tidak dikenali segera menjauhkan diri daripada lelaki terbabit sambil berjalan lebih cepat.

“Bagaimanapun, lelaki terbabit tidak putus asa dan terus memanggil dan memujuk Haziq mendekatinya sekejap. Haziq tambah takut apabila lelaki itu terus mengekorinya,” kata Hamidah.

Menurutnya, dia yang ketika itu menunggu kepulangan Haziq dengan memerhatikan dari dapur rumah mula menyedari sesuatu tidak kena apabila lelaki terbabit terus cuba mendekati anaknya.

“Berikutan itu, saya menjerit meminta tolong sambil bergegas mendapatkan anak saya yang menangis ketakutan.

“Pada masa sama saya sempat melihat van terbabit meninggalkan kawasan ini tanpa sempat saya melihatnya dari dekat,” katanya.

Hamidah berkata, kejadian itu menyebabkan anak bongsunya daripada tujuh beradik trauma dan lemah semangat.

“Dia yang mempunyai penyakit jantung berasa takut setiap kali melihat van. Saya bersyukur kerana anak saya terselamat, namun bimbang perkara sama berulang kepada kanak-kanak lain,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, sejurus kejadian.

Pada 15 September lalu, seorang lelaki misteri dilaporkan pernah cuba memperdayakan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun menggunakan taktik mirip ‘lelaki kucing’ ketika mangsa berada di pasar malam di Setapak Jaya.

Kanak-kanak terbabit yang dipujuk untuk membantu mencari kucing yang hilang, bagaimanapun enggan mengikut lelaki itu, sebaliknya terus pulang ke rumah menceritakan kejadian itu kepada ibunya.

Kejadian berlaku dua hari sebelum mayat Nurin Jazlin ditemui dalam beg sukan di Petaling Jaya, selepas hampir sebulan dilaporkan hilang ketika ke pasar malam berhampiran rumahnya.

Terdahulu, pada 27 Jun lalu berhampiran Tadika Perpaduan Islam Masjid Jamek Kampung Baru di sini, seorang kanak-kanak perempuan dibawa seorang lelaki yang menggunakan umpan kononnya meminta bantuan mangsa mencari kucingnya yang hilang dan berjanji memberi aiskrim sebagai upah.

Ketika itu, mangsa menunggu ibunya datang menjemput kira-kira jam 11 pagi.

Kanak-kanak itu diculik seorang lelaki bermotosikal dan dibawa ke sebuah rumah tidak diketahui lokasinya sebelum kemaluannya disumbat terung oleh lelaki terbabit manakala kaki dan tangannya diikat dan dikurung dalam rumah itu.

Mangsa ditemui ibunya dalam keadaan lesu serta tidak bermaya 100 meter dari tadika terbabit selepas lima jam mencari di sekitar Kampung Baru.

Pada 3 Julai lalu, seorang kanak-kanak berusia lima tahun pula menjadi mangsa cabul lelaki yang juga menggunakan alasan sama iaitu mencari kucing.

Kanak-kanak perempuan terbabit dilarikan seorang lelaki berjaket hitam, berbaju putih dan berkaca mata ketika bermain bersama sepupunya sebelum ditinggalkan tidak jauh dari rumahnya di Jalan Raja Bot, Chow Kit, kira-kira jam 3.30 petang.

Mangsa yang pada mulanya diajak mencari kucing hilang, turut dikurung dan diikat dalam sebuah bilik dan dibebaskan selepas dicabul.

Lang said...

rone...

above comment (news captured)has been posted in previous column.

If you don't mind to take it off. Its too long.

benharperbenladen said...

setuju dgn afdlin.."If it is solely for commercial gain instead of education, I’m against it. A sensitive case like this shouldn’t be spun into a commercial product,”

buat drama pun aku tk setuju. ni kan plak buat filem...

kalau beria sgt buat la dokumentari...tak pa la jugak...

benharperbenladen said...

itu la malaysia...kalau tgh kecoh pasal hantu...sumer nak buat filem hantu...

kalau pasal dukun/black magic...kerumun lak nak buat filem black magic...

aku nak tunggu gak depa buat filem angkasawan...camno la yer...

p/s: aku puji filem Pursuit of Happyness(W.Smith)...simple but interesting to watch....cam tu la patut depa tiru...

syilla said...

Assallamualaikum,

I don't know why but i think it is weird to feature a film on something like this. Have not heard before...unless it ends up the girl is found or something like that.

i guess malay love to feature a sad film as if we are week and not courageous enough. *sigh... Can't they stop making all those negative songs and movies...

i'm against it too...unless if they want to make a documentary and show all the images of all the sexual offenders and convicts.

learning journey said...

mengarut nak buat filem tu sekarang!i can agree only if the emphasis is on the killer! kalau kita tengok filem-filem hollywood pun, depa concentrate on the killer, tunjukkan how pervert he is, bukan fokus on the victim! so kalau nak buat filem tu, kena tunggu killer tu dah kena tangkaplah! lepas tu expose dia habis-habisan!

nazura said...

I think from now on, people who are buta kereta must start making an effort to recognise car models. Payah lah macam ni. Setakat van putih tapi tak tau jenis apa, susah juga kita nak kerjakan.Dah depan mata tapi still that ******* bastard got away. Ni dah nak attack budak jantan pulak. Apa ke jenis hamba Allah dia ni. After reading the Metro this morning, I straight away alerting my friends about the unwelcomed news. Hello police..are you still there..

Ya ALLAH, tolonglah bagi dapat tangkap si banjingan ini..Ameen

Unknown said...

Saya tak setuju kes ini dibuat filem. Yang banyak cerita ialah si penjenyah tu, bukan arwah adik Nurin Jazlin. Arwah hanya menjadi mangsanya.

joesniper said...

mau bikin pilem ? omg ..

bagi la settle dulu dan tau happy endingnya, kalau tak nanti boleh jadi kacau siasatan sebab ending yang dibuat2 boleh jejaskan fakta bila ditonton nanti ..

kalau bikin ending yang tergantung pilem tu pun nanti tergantung tayanganya ..

tapi yang penting tak sensitif langsung ke produser yang nak buat filem tu dengan kes ni .. lainlah kalau dah selesai dengan baik ..

kecualilah nak buat filem pendidikan mengenai tatacara pengawasan keselamatan diri untuk kanak2 mungkin boleh tonjolkan butiran kes ini sebagai sebahagian dari kajian kes .. tapi setahu aku filem begini hanya Filem Negara Malaysia aje yang berminat..

Rosyam & Sheila, korang jangan terima kalau ada tawaran nanti .. ini last warning pertama aku, ingat !

LiaCatrina said...

Ini semua untuk raih publisiti aje ni, tak lebih itu.

joesniper said...

'tempat yang paling bahaya ialah tempat yang paling selamat' adalah salah satu kaedah menyembunyikan diri atau melakukan serangan/aktiviti.

aku rasa penjenayah yang cuba menangkap budak lelaki itu adalah saspek yang dicari.

minta penduduk wangsamaju aktifkan gerakan waspada, rela wangsamaju aktifkan pencarian dan PDRM aktifkan Ops Tutup terhadap van putih.

aku rasa dia tak sembunyi lama jika dia benar2 penagih seks luar tabi'e.

aku rasa dia saspek yang dicari sebab modus operandi hampir sama, tapi disebabkan otaknya tak berapa betul balancingnya maka modus operandi sebegitu akan memerangkapnya tak lama lagi.

cat van tidak ditukar sebab dalam pemikiranya orang ramai tentu mengesyaki van akan ditukar cat selepas jenayahnya tersebar, lagi pun dia sengkek, mana ada duit nak cat van tu.

aku tak tahu selok belok kawasan tu tapi aku akan membuat tinjauan lagi dan mengendap van tu(aku kan ke sniper ..) dihari cuti nanti, aku rasa wangsamaju tu luas.

kalau tak cukup rest day 2 hari tu aku nak habiskan cuti tahun yang tak mau habis2 utk tugasan sukarela ini.


minggu lepas aku cuti seminggu dan cuba riki jalan2 tapi aku sesat barat, aku jumpa carrefour, giant, taman tasik titiwangsa, wisma perwira, eyes on malaysia dan macam2 lagi yang tak berkaitan.

yang paling banyak aku jumpa 'jammed', tapi tak pe aku tak tobat lagi, kalau aku pergi lagi aku akan bawak roti banyak2 ..

"ya allah ya tuhanku bantulah aku jika aku dijalan yang benar, tunjukanlah kepadaku apa yang baik untuk aku lakukan dalam perkara ini, amin ..."

kay poh chee said...

Hmmm, tak tahulah samada korang perasan atau tidak. selepas membaca berita terbaru di harian metro berkenaan seorang budak lelaki hampir diculik oleh kemungkinan saspek yg sama. dalam berita tu mak budak tu sebut yg anak dia ada penyakit jantung. arwah nurin pun ada mention sakit buah pinggang dan hypertension kan?

just a wild thought, mungkinkah saspek berkenaan mmg TARGET kat kanak2 yg berpenyakit? ini mungkin telahan lemah saya je tapi could it be possible yg saspek mungkin pernah atau sedang bekerja dgn tempat yg ramai kanak2 contohnya hospital?

kadang2 benda camni kita selalu overlook tapi kalau kita biasa tengok cerita2 penyiasatan kat tv begitulah cara pihak polis dorang buat utk narrow down the suspects..

saja kepoh!

mekyam said...

dear kaypoh,

wild thought or not, there's definitely something to your theory. both children are from the same locality and both have ailments connected to the heart (with the late nurin jazlin suffering from kidney problems as well).

if it turns out that both arwah nurin jazlin and the 11 yr-old boy have been seen/treated at a common hospital or clinic (not unlikely since they are from nearby flats), your theory may be just the kind of break the police is looking for.

as you said, the perp or perps may very well be picking their victims from medical info. so it's very likely to be someone or some people who has/have access to such info regarding the kids.

as we remind parents to be more vigilant of their underage kids, we need to remind those of us who do not have kids too to do the same. in fact all citizens should be alert and look out for each other. these sadistic monsters are public enemies, our enemies.

Zulkifli said...

Assalamualaikum, dulu masa kes NorSuzaily Mokhtar mati dalam keadaan tragis ada juga produser nak buat filem...tapi bila orang ramai marah..maka tak jadilah di buatkan filem...sini bukan hollywood, semua kisah sengsara orang dijadikan filem untuk dapatkan keuntungan...


hentikanlah..ni bukan masanya...baik bajet buat filem tu didermakan untuk Nurin Alert atau bantu polis dan orang ramai cari pembunuh nurin alert...nama anda lebih dikenang kalau pembunuh cilabau itu dapat ditangkap...

tang van putih kat wangsa maju...harap polis dah kenal pasti location dan penjenayah tersebut...tak tau dah aku nak cakap apa lagi

Zulkifli said...

Bahaya ni...maknanya penjenayah gila seks ni dah target budak lelaki dah pulak dan area dia kat lembah kelang...

selagi penjenayah tu tak kena tangkap selagi tulah ibubapa tak senang duduk...

harap dapat berita baik hari ni..
penjenayah ni boleh menyerang pada bila bila masa...penjenayah ni boleh di kategorikan sebagai penjenayah bersiri ni...jangan dah bersiri siri baru boleh tangkap..

sekarang isu polis disiasat BPR dah makin banyak...jadi kes ini adalah salah satu cara gak untuk clearkan sedikit imej polis yang tercalar tu...

Ayuh serang penjenayah tu..jangan dok beraya makan lemang lagi...kakak aku pun ada anak ramai tinggal kat wangsa maju...SERAM NI

Zulkifli said...

pandangan political dari soul memang "bagus"...masalahnya berapa kerat orang muda kita berfikiran cam tu?

isu van putih target budak budak di wangsa maju ...? macam mana dengan isu ini..bagaimana polis tackle isu ini?

dah tiga budak kena ..dua hidup, satu meninggal....dia terus mencari mangsanya...jadi pergerakan dah kena lebih agresif...

kita tak mahu "mandi" dengan ketakutan yang berterusan...polis kena lebih agresif...

penjenayah ni nampaknya makin daring...makin Open dah...dia tak takut langsung pada polis...

cukup membimbangkan ni...baju kalis peluru dah dapat apa lagi....

Zulkifli said...

kes ini tidak boleh semakin "slow" ..lead dia dah makin banyak....area lembah kelang dah kena pantau dah...terutama wangsa maju...

van putih jenis apa? kak van dia van apa? kena gak tau...motor tu dah trace ker? karang van benhaper kena selongkar tak ke kes naya? silap silap benhaperladen lak kena reman...dah tu seminggu kemudian dibebaskan ...kes berat gak tu...naya beb jadi cam mazidul lak...mandi mandi...nak kuar rumah pun malu...

rasa memang polis tengah siasat nih..tengah siasat dengan teliti...

esok kena tangkap la banjingan tu...

azryna said...

"Her killer is still at large."

and until then, we will not rest easy. Even then, we will not rest easy until all the necessary prevention measures are in place and duly enforced.

This is a hypothetical question and mainly for personal knowledge; If the unidentified setan we are looking for is not a Malaysian citizen and has fled the country by now, how would the investigation be followed through?
I would assume that we have some form of arrangement with some countries to assist in such conditions. But some countries do not have their citizen's database right?

Zulkifli said...

azryna is right, that is why Nurin Alert have to work hand in hand with other countries..especially our neighbour Indon,Singapore, Thailand,Myammar and Brunei...

some country don't have proper database...

unicorn said...

helooo.. nok buat pilem milem nih pasa kes menyayat hati baguhh untuk iktibar tapi kes nurin nih aku bangkang 200% sebab pelaku hanjing hiblis tuh tengah sedap beraya sakang tah mano2 pong tok tahu..!

sapo2 yg buat open house disekitar wangsa maju/setapak/kg baru dan kwsn sewaktu dgnnya,tolonglah teropong kalu2 ado yg singgah
pakai van putih,lain macam skit..pegilah jadi PI ,ehh cari tuannya, buatlah borak2 skit,
oper rokok ke sambil mata 'berjalan',ambik no van,jenis dan apo2 ler yh org jantan borak

aku punya instint ,penjenayah2 nih dah dtg 'urge' songsang dia, bila aku tgk 'despatch' cctv tu, dia pakai seluar 'tailored' kalau tak silap,mungkin keje opis dan shift.

joesniper,niat kau baik nok pegi survey ,kalu nampok gak2 org pelik ikut budok, kau menjerit sekuat hati kalu boleh bowok pistol ,tembak ngan ubat pelali..ehh kau kan sniper.

i miss my peaceful 'world' tht my children and i enjoyed before this happened..they could go to taman,nearby shops and pergi mengaji malam tanpa rasa takut but now..bilalah pok polis nok tangkap hiblis2 tuh!

XTRACTOR said...

Assalamualaikum,

Aku rasa kalau nak buat filem, lebih baik la buat filem tentang Dr. Muszaphar yang dah sampai ke ISS tu, kalau boleh buat ler.

UMMI YL said...

betul tu....watlah filem boleh bagi inspirasi kepada rakyat malaysia supaya berusaha untuk lebih bahaya....

dah tadak idea gamaknya....
kes blom settle dok sebok dok fikir nak cari untung(agaknya)..

wat filem yang cenggini lagilah dok JANA IDEA untuk penjahat nak wat kerja jahat depa...

Zulkifli said...

kawei raso buat filem ttg penderitaei orghe dok baguh...nok buak in general buleh tapi tok soh spesifik...

ini orghe dok nangih mu nok buak filem ..gedebei sunggoh mu ...

eden tak setuju ....eden bangkang...

I don't agree...

idea buat rumah terbuka kat wangsa maju untuk cekup penjenayah tu memang bagus...targetnya ialah pemilik van putih...dan motor modenna kris hitam...

cam tu...

kenapo lamak buak kerjho ni ...makei lemei banyok sangak lo ni...lutok jadi lemoh semacei

UMMI YL said...

oops lebih bahaya lak..lebih berjaya....

unicorn said...

zulkifli ko punyo loghat tuh ,loghat negeri tupo daroh aku ko, loghat mano tuh..?

aku baco pong sakit kepalo lutut sbb tok brapo nak pehe.

berbalik ler kita semua pada BM standard yer..jarang2 dan kdd2 buleh cubo lagi

old lady said...

Saya harap pihak polis akan bertindak lebih cepat, buat operasi van putih, siasat dan geledah. Buat 'roadblock', jangan tangguh2 lagi.

Kesian anak2 tidak lagi dapat bermain bebas di kawasan rumah.

old lady said...

Dan juga kepada pembuat filem yang berhajat, silalah pikirkan semula niat anda itu. Dalam keadaan begini, tak usahlah bertindak kejam dan mengambil kesempatan. Hormatilah perasaan seluruh keluarga arwah. Dan kepada bakal2 pelakon, pertimbangkanlah dengan akal fikiran. Sebaik manapun watak yang anda lakonkan, saya pasti tidak akan membawa apa2 kebaikan kepada masyarakat, jikalau anda melakonkan semula kisah sedih ini.

Zulkifli said...

sorilah unicorn aku kalau dah terlampau marah semua lorat 14 negeri kat malaysia ni aku campur campurkan...

dah lama dah ni mau sebulan tak juga ada apa apa berita...kes autopsy pun belum setel lagi...mungkin depa siasat lagi kot...mungkin guna mikroskop tu pasal la lama...kau ingat senang ker siasat guna mikroskop...berjuta juta kuman nak kena bilang tu bukan senang....kau orang tau kritik jer...

Izleen said...

aku setuju betoi ngan kaypohchee. Nurin dulu sakit buah pinggang, budak lelaki yang hampir jadi mangsa tu pun sakit jantung, kalau dia target kanak2 bermasalah kesihatan, camana dia leh tau saper sakit saper sihat? tapi depends gak kalau kanak2 kg baru tu mangsa depa gak...tak de lak berita depa pun masalah kesihatan.

Anyway, harap2 polis dah terfikir nak siasat macam kaypohchee sebut tu...mungkin HANJING(2) tu keje kat spital atau mana2 yang dia dapat access medical record..wallahu'alam.

Zulkifli said...

kenapa yerk siasatan slow sangat...? ada update baru tak pasal kes ni....?

Izleen said...

entah lah zul...sengap ja

kalau disebalik tabir polis ada new leads, then syukur lah, mudah2an MANGKUK AYUN tu dapat ditangkap segera.

En. Jasni, ada berita terkini?

Zulkifli said...

bikin la filem pasal ikan ker...ini pehal pasal belacan nak memancung mancung ni...

eh berapaaaaa punya lama daaaa...

entah entah dah kena reman tak samdol tu...harap harap cam tu ler...

Unknown said...

Marah tu marah jugak..tapi jgn jadik typical Malaysian(or, lebih tepat lagi typical Melayu)...berdentum dentam marah ura ura org nak buat filem pasal kes Nurin ni, tapi kalau betul betul filem tu dibuat, 'org kita' ni lah jugak yg berbondong bondong memenuhkan panggung. What a hypocrite!

Zulkifli said...

jackson...aku rasa filem tu tak akan dibuat...

dan aku harap cam tu...dia orang kena minta izin dari Jazimin dulu...

aku rasa Jazimin tak akan bagi...dengan confidentnya aku berkata...dan mengatakannya...sebab dulu ada orang nak buat filem pasal NorSuzaily Mokhtar...orang protes..terus tak jadi...

ayeen said...

i don't think so. it's not a good idea too.
making this into a film just like making a joke about something serious like this.but, making a song,that's okay, i think.