KUALA LUMPUR: Selepas sebulan kematian Nurin Jazlin Jazimin akibat dibunuh dengan kejam, orang ramai terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap siasatan polis apabila pembunuh kanak-kanak berusia lapan tahun itu masih bebas.
Keluarga Allahyarham Nurin Jazlin, turut menjadi tempat orang ramai meluahkan rasa marah dan kecewa termasuk dengan menghantar SMS, menelefon dan surat yang mahu pihak polis segera menangkap penjenayah terbabit.
"Hingga ke hari ini saya masih menerima banyak SMS daripada orang ramai termasuk dari Singapura, Sabah dan Sarawak yang mahu polis segera tangkap penjenayah itu...malah ada yang syorkan saya siasat sendiri.
"Saya tak mampu buat apa-apa selain menunggu hasil siasatan polis. Apa daya saya nak cari pembunuh tu? Saya tak kenal dia, lagipun dunia ni bukannya kecil," kata Jazimin Abd Jalil ketika ditemui di rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, semalam.
Beliau berkata, harapannya untuk melihat penjenayah terbabit segera di bawa ke muka pengadilan lebih tinggi daripada harapan orang ramai yang mahu perkara sama berlaku.
"Saya tak mahu perkara ini terjadi pada orang lain. Selagi dia (pembunuh) terlepas bebas, selagi itulah hidup kami rasa tak selamat," katanya.
Sementara itu isteri Jazimin, Norazian Bistaman, berkata beliau sekeluarga terpaksa menangguhkan hasrat untuk berpindah ke rumah sewa baru kerana belum mendapat jawapan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Norazian berkata, beliau sudah memohon mendapatkan rumah sewa DBKL sejak tahun lalu tetapi hingga kini tiada sebarang jawapan yang diterima.
- Berita Harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
Allah Maha Mendengar doa orang yang dizalimi...
Nanti depan Ka'abah, mohon pada Allah swt semoga pembunuh(2) Nurin diberkas secepat mungkin. Hanya Allah Maha Mengetahui.
Bersabar lah, En. Jazimin & Pn. Norazian. En. Jasni, teruskan dengan blog ni. You will always have our support.
i wonder, hv the forensic checked for foreign matter under arwah's fingernails..? ni dok byk tgk CSI la ni.. kot2 la arwah managed to scratch the binatang(s) tu masa bergelut etc. just a thought..
surely ada kot, namk. Walau bagaimanapun, segala dna bawah kuku arwah tu kena cari tuan punya dia gak...masalahnya tuan punya tu belum dijumpai.
I'm not a crime expert!
However, if I may suggest to the police, why don't we get the exact figure of Black Kriss (registered with JPJ) on the road, call all the owner to report to the nearest police station; ask them any question that could lead to the murderer. Those owner of Black Kriss whose fail to report to police station could have kept the information of the case. Look for their registered address; bring in fr inquiry...
(Looks like he was riding his own Kriss, not borrowed)
Email yr support to: sos@nurinalert.org
Nik A. Farez
Sekadar cadangan,
Dalam rakaman CCTV tersebut suspek membuat/menerima panggilan semasa membawa beg tersebut. Polis boleh bekerjasama dengan pihak Telco untuk menjejak suspek tersebut>>>trace panggilan samada dpd tempat atau kepada tempat tersebut(Tempat Suspek)>>>kemudian kecilkan lagi skop dengan memilih panggilan yang sama dengan waktu rakaman cctv tersebut>>>Setelah itu pada masa ini pihak Telco mungkin mempunyai senarai nama pemanggil tersebut(Inilah kebaikan setiap line perlu register Started Jan 2007)>>>Setelah itu mungkin pada masa ini terdapat beribu-ribu nama>>>kecilkan lagi rekod yang ada dengan pihak JPJ iaitu dapatkan pemanggil yang memiliki Black Kriss tersebut.(Untuk Makluman pemilik Kriss tidak seramai pemilik Jenama Yamaha). Sekian. Sama-samalah kita berdoa.
Nik...hendak seribu daya, tul tak? Wa setuju sama lu.
Tarnatos, ramai gak bagi idea cam tu sebenarnya. Tapi tak tau lah kalau abang2 polis guna idea tu ke tak...
tarnatos9897 - i have suggested that idea to the Investigating Office on Oct 12 hari tu - panjang sms yg i hantar tu. tak senang i nak beraya hari tu sebab geram tengok org naik motor tu... They (PDRM) might be doing it now, hopefully. At same time kita berdoalah biar penjenayah tu dapat ditangkap secepat mungkin. BTW, dengar tak berita semalam cerita bebudak gi raya ala-'asalammualaikum' masa kita kecik2 dulu tu...one is 12 yrs old kena rape. As a Malaysian parent sedih tak habis - kes ayam belanda lah, mati kerana gaduh pasal pen kat sekolah lah...pening!
edda,society dah teruk...budak budak main PS2 PS3 game dia kadang kadang ganas...dah tu internet, TV program...kalau kat rumah kita boleh pantau...kalau kat sekolah camna...? budak budak pun dah teruk sakan dah....
sayang seribu kali sayang
Macam mana forensik negara kita melakukan tugasnya? Belajar pada yang pandai. Saya setuju dgn NAMK.. Saya pun bukannya nak tunjuk pandai, tapi mereka x tengok ke negara lain selesaikan kes ni dgn cepat. Pembunuh dpt dikenalpasti dgn cepat..
Kalau macam ni, kesian arwah NURIN, dah la mati dgn cara dasyat, pembunuh dia plak boleh terlepas. Hidup bebas!!
Post a Comment