Wednesday, October 24, 2007

Polis yakin selesaikan kes foto bedah siasat Nurin

Earlier today, two nice policemen came over the office in connection with the on-going investigation of the mass circulation of Nurin's autopsy pictures over the Internet.

It seems that quite a number of all those who had received and re-distributed the pictures have been interviewed to record their respective statements.

I believe that it is now just a matter of time for the police to conclude their investigation on the case and once concluded, it may be taken as a consolation to the family while waiting for the other bigger and actual case to be resolved as well.

The progress on the investigation is very much in line with what was reported in Utusan Malaysia today. Its full report is as follows :-

KUALA LUMPUR 23 Okt. – Polis yakin dapat menyelesaikan kes penyebaran gambar bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak malang, Nurin Jazlin Jazmin, 8, dalam tempoh dua minggu lagi.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Christoper Wan Soo Kee berkata, polis telah meminta bantuan Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (CyberSecurity), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan makmal forensik bagi membantu mengesan pihak yang menyebarkan gambar tersebut.

‘‘Polis sudah merekodkan keterangan beberapa pegawai polis berhubung isu penyebaran gambar bedah siasat ke atas mayat kanak-kanak malang.

‘‘Siasatan sedang dijalankan dan polis yakin akan dapat mencari orang yang menyebarkan gambar itu dalam tempoh terdekat,’’ katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Gambar bedah siasat Nurin Jazlin, 8, dalam keadaan menyayat hati itu telah disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab melalui Internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) baru-baru ini.

Christoper memberitahu, beliau meminta orang ramai yang menerima gambar tersebut supaya membuangnya dan tidak menghantar kepada individu lain.

“Buanglah dan jangan sebarkan gambar tersebut bagi menghormati keluarga mangsa,” ujarnya.

Pada 9 Oktober lalu, Jazimin Abdul Jalil membuat laporan polis berhubung tindakan pihak tidak bertanggung jawab yang menyebarkan gambar proses bedah siasat mayat anaknya, Nurin Jazlin, 8, menerusi Internet dan SMS.

Jazimin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pada pukul 9.40 malam dengan ditemani oleh sanak saudaranya.

- Utusan Malaysia

21 comments:

joesniper said...

ha ! ni satu lagi penyamun tarbus ! elok la kau kena reman seminggu dua sebelum dibawa ke mahkamah, supaya kat lokap tu kau buleh kena sula ngan cota pulis.

tu la buat lagi ! belajar tinggi2 otak tarok kat kepala lutut! udah ke kau mintak mahap ngan keluar arwah ? pegi cepat ! kalau ko kena penjara pon tetap kena mintak mahap jugak.

orang didik belajat IT utk kebulan, bukan ke neraka ! dah itu jalan ko pilih, hambek !

thumb up to PDRM ! siat-siat sampai ke klimaks, sekurang-kurangnya naik sket rating.

adios all wa salam...

Lucki said...

my sympathies to you and the family. no child should have to suffer as she did, and no family should have to endure the pain of losing a loved one to such a horrific end. I'm sending wishes of peace for all of you, and a quick arrest of the person or persons responsible.

Click_of_Death said...

Bagus-bagus..tak sabar nak tunggu keadilan dilaksanakan ke atas mereka yg tak ada adab tu, yang tak hormat pada jenazah..and yg tak reti jaga amanah pada tugas.


En Jasni,

Semoga encik dapat kongsi klip tentang perkembangan Nurin Alert dari program Wanita Hari Ini tidak lama lagi.

Dan juga di masa depan bila-bila akan ada perbincangan tentang Nurin Alert di TV yang encik sertai atau tahu mengenainya, bolehlah diberitahu pada pembaca yang lain so that kami boleh bersedia utk tgk. Eventhough ada possibility of cancellation at the last minute etc.

Dan juga pada sesiapa yg ada tv card, boleh juga capture and then upload ke mana2 file hosting site and share so org yg tak dpt tengo sebab kerja etc boleh download and watch it later.

Setelah membaca tentang Amber Alert, dapatlah sedikit gambaran tentangnya. Tetapi juga diharap selepas kita semua dapat dengar sendiri dari En Jasni dll, kami boleh faham dan tahu lebih lanjut tentang perkembangan Nurin Alert ini dan cadangan bagaimana utk dilaksanakan di Malaysia.

Penyebaran dan kefahaman boleh mendatangkan lebih banyak sokongan.

Sekian

Green_Man said...

Laporan Berita harian online hari ini....

Lagi kes hilang mirip Nurin

Oleh Faiza Zainudin dan Rudy Syareme Sheriffudin


Murid tak pulang selepas beli VCD di pasar malam

GEORGETOWN: Belum pun selesai siasatan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya dijumpai dalam beg pakaian sukan selepas hilang selama 27 hari, seorang lagi budak perempuan dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di sini, empat hari lalu.

Malah, kehilangan Rekha Abdullah (gambar), 10 , juga menyamai kes Nurin yang tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui hampir sebulan selepas itu.



Rekha, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut di sini, dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu untuk membeli cakera padat video (VCD).

Bapa tirinya, Ahamad Omar, 49, seorang peniaga barang lusuh, berkata Rekha meminta RM5 untuk membeli VCD di pasar malam serta mengajak abang sulungnya menemaninya.

Bagaimanapun, abang Rekha yang berusia belasan tahun, ada urusan lain.

Berikutan itu, Rekha yang berbaju-T dan seluar panjang putih, keluar seorang diri dengan membawa wang RM5. Ketika itu, ibunya, Salmah Sellamah Abdullah, 41, seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Ahamad yang ditemui di rumahnya di sini semalam, berkata beliau sekeluarga bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan anak tirinya itu, tetapi menemui jalan buntu.

Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, Ahamad membuat laporan di Balai Polis Central di sini, kira-kira jam 4 pagi.

"Sehingga kini, kami tidak mendengar sebarang berita mengenainya," katanya.

Salmah yang tidak tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya menitiskan air apabila menunjukkan potret anak keenamnya itu. Pasangan Salmah dan Ahamad mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu.

Ahamad berkata, sebelum ini Rekha sering ke pasar malam, tetapi bersama abang atau rakannya.

"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Samah Mat, berkata gerakan mencari Rekha dilancarkan sebaik polis menerima laporan mengenai kehilangannya.

Operasi mencari kanak-kanak itu diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid.

Beliau berkata, usaha mencari di rumah sanak saudara kanak-kanak itu setakat ini gagal menemui mangsa atau mendapat sebarang petunjuk. Gerakan mencari Rekha juga diperluaskan bukan saja ke seluruh Pulau Pinang, malah ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur.

Abdul Samah menegaskan, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan, terutama ia membabitkan kanak-kanak perempuan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat kini masih tidak ada perkembangan, itu yang kita bimbangkan. Terlalu awal untuk buat andaian (diculik)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan bapa tiri Rekha yang membenarkan budak itu keluar seorang diri untuk membeli VCD di pasar malam.

"Budak itu minta duit daripada bapa tirinya untuk beli VCD. Bagaimana kanak-kanak itu boleh dibenarkan keluar seorang diri pada waktu malam... itu yang menghairankan.

"Masih ada keluarga yang tiada kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak. Keluarganya juga kata kanak-kanak ini sering keluar seorang diri dan tiada masalah pulang ke rumah," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Rekha diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2292222 atau balai polis berhampiran.

Buds of April said...

THIS CASE IS BEGINNING TO LOSE THE ATTENTION THAT IT WAS GETTING AND UNTIL THE MURDERER IS CAUGHT CAN ANY OF US SLEEP WELL AT NIGHT.

I SUGGEST THAT ALL TV STATIONS REPEATEDLY PLAYBACK THE RECORDING OF THE MAN ON THE MOTORBIKE. DO THIS AS A COMMUNITY SERVICE. IN TIME THE MAN WILL DEFINATELY BE CAUGHT. WE MUST NEVER LET THIS INCIDENT BE FORGOTTEN.

unicorn said...

OH my God..! ada anak gadis kecil 'hilang' macam arwah nurin !

NO! NOT AGAIN!

gelora dalam perut ini belum reda pasal adik nurin and now this?

last nite, i watchd prg(astro) pasal 'the phoenix strangler'..if i'm not wrong,dgn DNA (pelaku)yg ada, polis dpt memburu penjenayah dan menangkapnya..!

apahal dgn DNA yg dijumpai bersama mayat arwah nurin..?

arwah was trying to give us lead..she wanted her killer(s) to be caught but until now we failed to do so.

masih sebak bila mengenang penderitaan arwah sebelum menutup matanya..

Click_of_Death said...
This comment has been removed by the author.
Click_of_Death said...

tolong la jgn kes yg sama berulang lagi...blom lg tertangkap malaun tuh, dah ade budak ilang lg.semoga budak tu just tersesat n tinggal kt umah org baik2.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat kini masih tidak ada perkembangan, itu yang kita bimbangkan. Terlalu awal untuk buat andaian (diculik)," katanya.

Susah jd polis ni..nak tau gak bila boleh kita mula andaikan budak diculik?lepas seminggu ke? ke bila dah jd mayat br leh diandaikan diculik? hey emo lak aku pepagi nih.maaf pak pulisi.

dah la kes sekarang bukan culik nk jadi tebusan mintak duit,tapi nk buat bnd lain pulak.
Kalau la Nurin Alert nnt dah ada and gune certain criteria dari Amber Alert before the alarm can be issued ie:

-law enforcement must confirm that an abduction has taken place
-the child must be at risk of serious injury or death
-there must be sufficient descriptive information of child, captor, or captor's vehicle to issue an alert
-the child must be 17 years old or younger

satu mesia leh tahu pasal budak ilang dgn segera..ini ilang ari senin, kuar paper ari khamis...takut je trail dah takde, n anything can happen within the first 24 hours.

The Pisces Man said...

I just hope the investigation on this distribution of Nurin's autopsy photos run in congruent with solving Nurin's murder case, instead giving a priority to the former one (since it seems the latter case gets stuck somehow)...

syilla said...

I think this news need to put in the nurin alert.

Please tell how to do it!!

from berita harian
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20071025013054/Article

here is the pic
http://www.bharian.com.my/Thursday/BeritaUtama/20071025013054/mainpix

Zulkifli said...

saya harap budak nama Rekha Abdullah tu di temui segera..kalau tak saya akan sedih berganda...polis tolong laaaa...jangan jadi pisang berbuah dua kali...

dan teruskan mencari pembunuh Nurin yang dikasihi tu pada kadar segera yang maksimum....

harap kalau benar dia diculik...penculik tu ditangkap segera ...kemungkinan dia penjenayah yang sama kidnap Nurin dulu...ini anggapan saya sebab kehilangan Rekha dan Nurin dalam suasana yang sama...PLEASE...

.. said...

ANOTHER CHILD IS MISSING.

SHE IS 10 YEARS OLD.

SHE LEFT HOME TO BUY VCD.

THE POLICE NEED TO FIND HER FAST, IMMEDIATELY AND ALIVE.

NURIN'S KILLER IS STILL FREE !!

When NurinAlert has been implemented,many other parties can help the police to locate this child.

Justice for Nurin
Find missing children fast and alive
Support NURIN ALERT!!

Unknown said...

Since that guy pakai Handphone, why don't police gi jumpa Maxis, Celcom or any telco provider to track down based it's call time tu..mmg berjuta org pakai hp kat malaysia but kalau kita drill down time and location the call was made..mesti boleh jumpa la..mesti kena sabar kalau nak get the culprit tu

unicorn said...

THE CULPRIT(S) IS(ARE) A WALKING NUCLEAR BOMB!

PLS do something PDRM! latest girl is alraedy 4 days missing! oh God, anything can happen to her!

we must expect the worst BUT wishing the best of this latest case! kalau tak pihak2 berkenaan akan banyak buat andaian dan melengah2kan keadaan.

forget the photofit, frankly, i
think it doesn't help much. i,myself hv found not less than 20 ppl resemblance to it.

PDRM must resort to other alternative to nab the culprit(s).

a man seen in cctv may not be a despatcher but maybe a killer himself or one of them.

try psychic, criminal psychologist or other expert who has extra abilities to see beyond 'normal' world.

the question is not 'WHY?'(to try)
but 'WHY NOT?'


NO MORE PAIN,TEARS & DISSAPPOINTMENT!

Zulkifli said...

tolong cari REKHA...please...kemungkinan orang yang kidnap dia (kemungkinan) adalah orang yang sama kidnap Nurin...cara hilang sama...

segera...public do the same ...dia tak mungkin jauh...

the psycho is still out there...


NURIN ALERT the ball is rolling in our court ....this is the first test....

Zulkifli said...

agree with UNICORN...Nurin killer will strike again...he is a pyscho after all...tak boleh tunggu ..seluruh rakyat kat PENANG kena tolong cari budak Rekha ni...

buktikan kita rakyat Malaysia yang penyayang...gambar Rekha dah patut keluar dah ni...

jangan take for granted lagi...

Izleen said...

eh...style nyer sama je...mangsa pegi pasar malam tak balik balik...

ntah ntah orang yang sama...Ya Allah! Selamatkan lah Rekha !

Rakyat jelata, tolong lah jangan jadi mak joyah (CNN kampung) atau risau orang kata masuk campur...kalau nampak kanak2 meronta ke apa ke, bantai je..tak kira lah kalau orang tu ngaku sedara ke pak sedara ke apa ke...jangan caya sangat, biar ayah dia sendiri datang balai konpem betul tak pak sedara ke apa ke.

Hal Nurin belum sempat selesai, dah timbul hal lain yang sama.

Oi HANJING(2) yang terlibat...korang nak tunjuk terrer ke? Jangan perasan sangat...sepandai pandai tupai melompat, jatuh gedebik ke tanah jugak...

Lang said...
This comment has been removed by the author.
sufiahyusof said...

Siasatan kes polis psl email/web
================================
1. Email layang Siti nurhaliza - amik masa 4 hari , lecturer kene cekup.
2. Website lucah linda rafar - amik masa 5 hari , cikgu dicekup.
3. Komen kutuk islam hadhari dlm weblog jeffoii, amik masa 2 hari, pembantu makmal dicekup.
4. Klip kontroversi penyembelihan video Nick berg diupload di server Kuala Lumpur, amik masa 2,3 jam utk dimatikan server.
5. Email attachment, autopsi nurin jazlin ... even dah dua minggu ... si penyebar tu mmg takleh tidur lenala, habisla kene ko..

tak cayer?, search google,wiki,blablablabala, kelab siti

jiwa sifar said...

salam...aku dtg lagi..hehe..peace no war=)
belajar IT bkn utk ke bln la..

LiaCatrina said...

soul krasty ni memang muka tembok la. Memang la belajar IT bukan nak ke bulan je, tapi kalau pandai pun tapi suka buat andaian yang tak munasabah pun consider bodoh dan bangang juga tu.