Friday, October 5, 2007

Mesej Ayah Nurin


My brother Jazimin was invited to deliver a message at the closing event of "Stop Child Sexual Abuse Campaign" organised by TLC Team, B.Comm (Hons), Final Year Persuasive Communication Students 2007, TCPJ in collaboration with P.S. The Children earlier this evening.

His message was delivered by yours truly. Here's the transcript of his message :-

Saudara-saudari sekelian,

Terlebih dahulu ingin saya sampaikan salam kepada semua yang hadir pada majlis malam ini. Maafkan saya kerana tidak dapat bersama saudara-saudari pada malam ini.

Walaubagaimanapun, sepertimana yang diminta oleh pihak penganjur, mesej saya pada malam ini akan disampaikan oleh abang sulung saya, Jasni Abdul Jalil.

Saudara-saudari sekelian,

Sememangnya apa yang sedang cuba dibuat oleh pihak penganjur - yaitu kempen mencegah jenayah seksual terhadp kanak-kanak - amat besar maknanya terutamanya kepada mereka yang telah mengalaminya seperti kami.

Sungguh tidak disangka, setelah sebulan berusaha mencari anak kami Nurin Jazlin yang hilang entah kemana pada malam 20 Ogos yang malang itu, kami sekeluarga telah dikejutkan dengan penemuannya semula pada 17 September - bukan dalam keadaan yang kami mahu tetapi hanya satu jasad yang tidak lagi bernyawa.

Lebih mengharukan kami adalah anak kami itu telah diperlakukan sebegitu cara yang amat tidak berperikemanusiaan langsung.

Manusia apakah yang tergamak melakukan jenayah terkutuk itu tehadap seorang kanak-kanak yang semestinya tidak berdosa sama sekali.

Kami begitu pasrah, begitu marah, begitu kecewa - hati tertanya-tanya kenapa ini berlaku kepada kami.

Walaupun kami menerima ketentuan Ilahi, namun untuk memaafkan penjenayah yang masih bebas itu tidak sama sekali.

Dan kita sebagai masyarakat harus mengambil iktibar dan tindakan yang sesuai agar anak-anak saudara-saudari pulak tidak akan menjadi mangsa penjenayah ini yang entah esok atau lusa akan mengulangi perbuatannya sekali lagi.

Sementara pihak polis harus berusaha keras menjejaki penjenayah ini, masyarakat harus memikirkan cara-cara yang sesuai bagi memastikan anak-anak kita selamat.

Buatlah sesuatu - saya sebagai seorang ayah kepada seorang anak yang malang ini akan sentiasa menyokong sebarang usaha kearah ini.

Bercakap mengenai usaha, selain dari usaha murni penganjur menimbulkan kesedaran tentang bahaya jenayah seksual dikalangan kanak-kanak, saya juga dimaklumkan bahawa terdapat perbagai lagi usaha oleh perbagai pihak bagi mengatasi masalah ini.

Abang-abang saya beserta rakan-rakan bloggersnya juga sekarang sedang giat berusaha meminta pihak berkuasa untuk mengujudkan satu mekanisma bagi menangani kes-kes kanak-kanak hilang atau yang diculik seperti yang diamalkan dibeberapa negara maju yaitu "Amber Alert" atau nama tempatan yang dicadangkan yaitu "Nurin Alert".

Saya berharap sokongan saudara-saudari terdapat kempen ini dapat juga disalurkan kepada inisiatif ini juga.

Sekian, terima kasih dan Selamat Malam.

Jazimin Abdul Jalil

18 comments:

PiZzA ' Zeee said...

Mudah2an dgn Nurin Alert kita berjaya mengatasi masalah jenayah dikalangan kanak2..
Semoga usaha & sokongan murni dr semua lapisan masyarakat akan menjayakan lagi Nurin Alert ini.. insyallah..

Ride & Roll said...
This comment has been removed by the author.
Ride & Roll said...

I could feel that NURIN ALERT is getting closer to become reality.

One of the concern citizen had sent me an email (sos@nurinalert.org), with regards to the Amber Alert/Nurin Alert 'to be'...

Read about it at:
http://wirelessamberalerts.adcouncil.org/howwirelessamberalertswork.htm

Our pray to ALLAH within the last 10 days of Ramadhan would be granted more BLESS and MAKBULLAH InsyaALLAH!

And Justice for NURIN,
And Justice for ALL...

Nik A.Farez

unicorn said...

CARILAH MALAM LAILATULQADAR DI MALAM2 AKHIR BULAN RAMADAN YANG MULIA INI...DONT FORGET to include doa for nurin ...her killer(s) to be captured ASAP.

PIhak Berkuasa mesti lebih kerja kuat & widen the search for the Anjing2 Iblis nih...jgn hanya concentrate pasal indon yg berlakun gila tu saja.Anjing2 iblis ini adalah 'TIME BOMB' anytime boleh 'meletup'!

hiba kerana raya is around the corner, nanti tak boleh telan biskut raya pulak sebab sedih ingat nasib nurin ...

EN jazimin & Pn norazian,
Gandakan solat hajat,tidak mengapa jika keluar airmata darah sekalipun untuk membela keadilan utk arwah,di bulan mulia ini doa2 kita berlipat ganda juga lebih afdal..!

p/s ada mimpi ttg nurin..? ingin juga dengar 'khabar' nya diSANA..

zorro said...

My sidebar of Nurin will stay up as promised.Continue to be assertive on this common objective.

torrent said...

aku rase kene lantik someone handle nurin alert, mcm persatuan non-profit, rsa kene ader, sbb takut ada yang buat spam claim dari nurin alert nnti..

setiap perkara tu kena ada ketuanya kn?.

hope usaha ni berjaya.. insya-Allah,

p's: pada celebriti luar sana, silalah sebarkan usaha nurin alert, kerana kata mulut dari anda sgt luas dlm public. Atau sila tulis pada Biro Aduan MCA, sbb mca ni aktif dlm perkara ini. (atau biro aduan lain. )

siti najwa said...

kesian nurin kan..........

steph said...

Let's really make NURIN ALERT to become a reality. We could possibly help so many children out there.
As said, Nurin is an angel from GOD to help innocent children from this sinister world.
P/S: 2 more children reported loss from today's newspaper.ALERT!!!!

Linda said...

Saya nak sangat lihat Nurins alert jadi realiti.Kebetulan cakap pasal membentras gangguan sexual ni, Saya harap kita bloggers kalau terbaca mana-mana blog yang berunsur tidak sihat, gemar pada perkara-perkara yang tidak bermoral, saya harap kita boleh sepakat dan adakan forum untuk mendengar pendapat kita tentang blok tersebut dan seterusnya laporkan kepada pihak berkuasa tentang blogger tersebut. Kita mesti sama-sama fikirkan yang blog-blog tidak sihat ini secara tidak langsung membawa keburukan kepada masyarakat. Kita kena kenalpasti tujuan blog seperti ini.Ada tu sampai terang-terangan ada unsur gangguan sexual, tetapi masih berani mengeluarkan pendapatnya secara terang-terangan.Mari kita cuba kurangkan penyebaran perkara seperti ini dan lebihkan blog yang infomatif.

Zulkifli said...

yes Nurin Alert memang patut diwujudkan dan dilaksanakan secepat mungkin...banyak sangat kanak kanak yang menjadi mangsa menjadikan parents semua rasa seram sejuk dengan tahap keselamatan yang ada sekarang

girl74 said...

Semekom...En Jazimin & Family

Insyallah saya sebagai seorang ibu jug menyokong penuh Nurin Alert semoga dapat membendung jenayah dikalangan kanak2.
Semoga usaha yang dijalankan ini dapat sokongan penuh dari semua golongan dan agama.
Di sini saya mengucapkan takziah di atas kembalinya Adik Nurin ke rahmatullah...(Al-Fatihah)

Irwansyah said...

Selaku seorang ayah yang mempunyai 2 anak gadis kecil seakan terkejut dengan insiden yang berlaku terhadap Nurin dan keluarganya. Tak dapat saya bayangkan perasaan ayahnya dikala ini. Semoga Nurin Alert ini menjadi penunjang agar kita lebih berhati-hati dalam mengawasi gerak-geri anak kita yang semakin tidak selamat dikala ini. Menjadi persoalan ini sekarang? Bagaimana manusia berhati binatang ini wujud dibumi yang kita cintai? apakah punca sehingga manusia ini lahir dikala kita mendambakan kasih sayang dan keamanan...

Ride & Roll said...

Announcement about the progress of NURIN ALERT will be made by En.Jasni AJ; I believed, real soon.
Thanks to all the email and suggestion sent to sos@nurinalert.org

At the moment, En.Jasni AJ is heading the Steering Committee to make NURIN ALERT or 'AMARAN NURIN' become reality.

Nik A. Farez

THE NAFASG TEAM said...
This comment has been removed by the author.
THE NAFASG TEAM said...

Assalamualaikum wrb,

Terlebih dahulu, saya dan rakan rakan saya di Singapura ingin mengucapkan takziah kepada abang Jazimin, abang Jasni AJ dan sekeluarga.

Saya, dan rakan rakan saya amat rasa duka cita atas kejadian peristiwa yang amat pahit ini. Kami rasa pilu dan amat tertekan apabila mendengar berita yang memilukan.

Bersabarlah, ini adalah dugaan dari Allah S.W.T yang maha kuasa. Dia penentu segala.

Saya ingin memberitahu bahawa rakan rakan saya di blog NAFASG telah merakamkan suara kami dan telah menyeru kepada semua pihak, sahabat handai yang kami kenali.

Dengan izin-NYA, kami yakin, dapat ditemui si pembunuh yang kejam itu. Insya Allah.


~Al FATEHA~
Khusus kepada Allahyarhamah
Nurin Jazlin
Amin

Sesungguhnya Allah lebih menyanyinya dari kita.

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

Yang Ikhlas,

Rakan-rakan di NAFASG
http://nafasg.blogspot.com
http://nafasg.blogspot.com/2007/10/fight-against-child-abuse-tribute-to_07.html

faizan said...

assalammualaikum,
saya berdoa agar nurin berada dlm keadaan aman & sejahtera, kepada pembunuh nurin saya akan doakan agar di akan mati dlm keadaan yg amat terseksa dan jangan harap dia boleh terlepas dgn begitu sahaja.
saya berharap kita sebagai rakyat malaysia sama sama lah mencari si anjing itu dgn cepat semoga dia boleh mendapat balasan yg setimpal dgn nya. AL FATIHAH UNTUK ADIK NURIN.

sister in touch said...

smeoga dgn Nurin alert barjaya kita mengatasi masalah yang telah lama menular ini..
semoga allahyarham adik nurin jazlin berada disisi orang yang beriman...
Al-Fatihah...

Farra Shahada said...

Nurin Alert ka hapa ka.. Yg penting Pembunuh tuh dapat di tangkap! Tuh jer!!

Al-Fatihah untuk mu dik...