Thursday, October 25, 2007

Lagi kes hilang mirip Nurin


Oleh Faiza Zainudin dan Rudy Syareme Sheriffudin

Murid tak pulang selepas beli VCD di pasar malam

GEORGETOWN: Belum pun selesai siasatan kes Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang mayatnya dijumpai dalam beg pakaian sukan selepas hilang selama 27 hari, seorang lagi budak perempuan dilaporkan tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Kampung Kolam di sini, empat hari lalu.

Malah, kehilangan Rekha Abdullah (gambar), 10 , juga menyamai kes Nurin yang tidak pulang selepas keluar berseorangan ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 20 Ogos lalu sebelum mayatnya ditemui hampir sebulan selepas itu.

Rekha, murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Island, Jalan Larut di sini, dikatakan ke pasar malam berhampiran rumahnya, kira-kira jam 9 malam Isnin lalu untuk membeli cakera padat video (VCD).

Bapa tirinya, Ahamad Omar, 49, seorang peniaga barang lusuh, berkata Rekha meminta RM5 untuk membeli VCD di pasar malam serta mengajak abang sulungnya menemaninya.

Bagaimanapun, abang Rekha yang berusia belasan tahun, ada urusan lain.

Berikutan itu, Rekha yang berbaju-T dan seluar panjang putih, keluar seorang diri dengan membawa wang RM5. Ketika itu, ibunya, Salmah Sellamah Abdullah, 41, seorang warga India bertaraf pemastautin tetap, bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas.

Ahamad yang ditemui di rumahnya di sini semalam, berkata beliau sekeluarga bimbang apabila Rekha tidak pulang ke rumah selepas jam 12 tengah malam dan dengan bantuan beberapa jiran, mencarinya di sekitar tapak pasar malam, rumah rakan serta tempat permainan anak tirinya itu, tetapi menemui jalan buntu.

Selepas empat jam mencari dan gagal menemui Rekha, Ahamad membuat laporan di Balai Polis Central di sini, kira-kira jam 4 pagi.

"Sehingga kini, kami tidak mendengar sebarang berita mengenainya," katanya.

Salmah yang tidak tidak boleh berbahasa Melayu atau Inggeris, hanya menitiskan air apabila menunjukkan potret anak keenamnya itu. Pasangan Salmah dan Ahamad mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan mereka, tiga tahun lalu.

Ahamad berkata, sebelum ini Rekha sering ke pasar malam, tetapi bersama abang atau rakannya.

"Sebelum ini tidak masalah kerana dia balik selepas ke pasar malam atau ke rumah rakannya," katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah negeri, Datuk Abdul Samah Mat, berkata gerakan mencari Rekha dilancarkan sebaik polis menerima laporan mengenai kehilangannya.

Operasi mencari kanak-kanak itu diketuai Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid.

Beliau berkata, usaha mencari di rumah sanak saudara kanak-kanak itu setakat ini gagal menemui mangsa atau mendapat sebarang petunjuk. Gerakan mencari Rekha juga diperluaskan bukan saja ke seluruh Pulau Pinang, malah ke negeri lain termasuk Kuala Lumpur.

Abdul Samah menegaskan, pihaknya memberi perhatian serius terhadap kes berkenaan, terutama ia membabitkan kanak-kanak perempuan kerana khuatir berlaku kejadian tidak diingini.

"Siasatan masih dijalankan dan setakat kini masih tidak ada perkembangan, itu yang kita bimbangkan. Terlalu awal untuk buat andaian (diculik)," katanya.

Beliau turut mempersoalkan tindakan bapa tiri Rekha yang membenarkan budak itu keluar seorang diri untuk membeli VCD di pasar malam.

"Budak itu minta duit daripada bapa tirinya untuk beli VCD. Bagaimana kanak-kanak itu boleh dibenarkan keluar seorang diri pada waktu malam... itu yang menghairankan.

"Masih ada keluarga yang tiada kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak. Keluarganya juga kata kanak-kanak ini sering keluar seorang diri dan tiada masalah pulang ke rumah," katanya.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kehilangan Rekha diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di talian 04-2292222 atau balai polis berhampiran.

- Berita Harian

27 comments:

Izleen said...

Aiyoooo....cepat lah selesai kes Nurin dan harap2 dapat jumpa Rekha dalam keadaan selamat!!

Zulkifli said...

tolong cari Rekha sampai dapat please....kes mirip Nurin...harap harap sebarkan gambar Rekha segera...seluruh Malaysia terutamanay kawasan Georgetown tolong cari Rekha...jangan biarkan MAlaysia bermandi dengan tangisan lagi...kesedihan dengan Nurin belum pandai reda ...

Polis tolong lebih agresif dan gagah...

Coolsharm said...

Nurin's case has yet to be solved and there is already another child missing in Georgetown who was also allowed to venture out alone at a horrid 9pm to a nerby night market! Come on parents buck up. Why is it that no lesson has been learnt? Why is it so difficult for parents to understand that it is no longer safe to let our children especially girls to wonder on thier own day or night. When are parents going to realise that they owe a duty of care towards their child. Can this be termed as negligence or sheer ignorance? What is the point of sobbing after your child is already taken by strangers. Heven't the parents ever heard of the term prevention is better than cure. Please stop taking pride in saying that our child has ventured out alone before and has returned home safe. This 'tak kisah' attitude is the main reason predators are able to take off with children.

Please don't get me wrong. I sympathise with parents who have to work thus can't keep tab of thier kids. However my anger is directed at parents who are able to escort a child at that point of time but yet take no initiative to do so. Look at the cases of Nurin & Rekha. Their parents were at home, gave them money to buy something from the night market but the thought of accompanying the child never crossed their mind. They shirked their responsibility and assumed that another older sibling shall do the neccessary task of playing escort. What can another helpless child do if god forbid the dangerous need arises? Even adults panic when faced with danger let alone a child (irrespective of age,body size & height).

It truly angers me that these young children have to suffer such horrid and tragic ends for no fault of them. Please bear in mind they are children and we are adults for a reason. A child has no or little forsight of danger. They are not aware of the dangers that lurk beyond the walls of their house in the big bad world outside. We as adults and parents we know how dangeruos and cruel the world outside can be so its our duty to protect our children. DON'T SHIRK OFF THAT RESPONSIBILITY SO EASILY!

I pray for the safe return of Rekha.

Zulkifli said...

Tolong cari Rekha please....

nadiyahisham said...

some people wont learn, sad but true, Just now, been reading bout Amber Alert, and how they actually connecting the killer of Zina Linnik to the girl behind Amber Alert, Amber Hagerman, surely it's serial killer, the accused is a disturbed person obviously, been raped by his own brother as a child, same here, if we cant find the culprit behind all this mess as soon as possible, this horrible story will keep on repeating, hopefully, we'll find Rekha, please....find her, Nurin's case was a sad one, dont let it repeat, and we all have to shed tears for another sad tragedy involving lovely child. dont let it happen...

Zulkifli said...

saya harap rekha tak di apa-apakan ...kejadian menimpa Nurin adalah petunjuk dari Allah..malangnya ada yang tidak ambil iktibar...


tolong cari rekha sampai dapat...PENANG..please jangan malukan Malaysia...

setiap inci georgetown perlu di selongkar...cari rekha sampai dapat....HIDUP...

Lang said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat geng2 blog nurin (yg ganas2, tak ganas, yg emo dan yg lain2). Selamat Hari Raya.

Maaf lama udah tak tulis, tetapi masih menjadi penunggu setia setiap hari di blog ini.

Ada beberapa isu yang nak saya tulis kali ini.

Kes orang hilang. Setahu sayalah prosedur untuk melapor orang hilang ialah melebihi 48 jam. (Regardless the way of missing, Reason for that is not really sure. Ini membawa maksud lebih kurang macam inilah; biarlah orang culik tu sempat buat apa2 pada mangsa, cthnye bawa ke Siam ke, dirogol ke, hata nak dibunuh sekali pon, barulah boleh bertindak. Pada penggubal undang2 tolonglah ubah prosedur ni terutama yang melibatkan kanak2. Tak kan nak tunggu sampai satu world tau yang negara kita tak selamat baru nak kelam kabut menjawab. (Biasanya masa ni lah Pemuda nak tunjuk taring menjawab dalam press, bukan nak ambil tindakan memperbaiki keadaan)

Saban hari kita ini dididik oleh gov dengan membanggakan kehebatan diri, biar world tau. Kita tidak lagi dididik untuk menerima kritikan serta menambah baik dari kelemahan. Mungkin sebab pemimpin kita rasa kerajaan kita tiada kelemahan kot. Entahlah..

Isu gambar post-mortem. Sebelum raya saya rasa isu ni dah ambil masa 2-3 minggu selepas repot polis dibuat. Lepas raya, selepas puas makan ketupat, lemang ngan rendang dan kueh2 raya, keluar pulak statement yg mengatakan kes ini akan diselesaikan dalam masa 2 minggu lagi. Perghh... lamanye? Dimana kehebatan agensi2 kerajaan kita ni, kemana hilangnya slogan Malaysia Boleh. Amat pelik bin hairan, bila yang terlibat tu orang dalam kan, sah... memang lambatlah tindakan akan diambil, asyik siasat.. siasat.. siasat, sampai sesat barat.

Buangkan saja kelaut agensi2 multimedia, cybercop dan mcm2 lagi. Buat perabeh boreh jo bayar gaji depa. Bayangkan kalau isu ini terkena pada anak memanda menteri ke, anak ketua hulubalang ke, anak sultan ke. Rasanya hari ini report, 1 jam dah kena cekup. Tak sempat si Dogol tu nak beli makan tengahari dah dapat makan free dalam jeriji besi. Sedihkan bila ade semacam dasar apartheid berlaku dalam negara yang kite cintai ini. "Adakah 50 tahun merdeka membawa makna?".

Handphone Registration Rules. Sekarang baru saya paham kenapa perlunya nombor2 tu didaftarkan. Tujuannya untuk mencekup mereka yang suka sebar fitnah atau ugutan kepada orang2 kenamaan sahaja. Tujuan selain dari itu ada, tetapi the very2 lowesssst prioritylah. So rasanye kena lupakan bantuan dari telco2 kita ni. Mereka hanya nak jaga periuk nasi mereka sahaja (takut lesen kena tarik kalau tak membantu untuk kes2 kenamaan). Jangan ditanya pasal social obligation, humanity, responsibility. Memang tak akan ada. Tapi kalau pasal nak taja Sure Heboh, Konsert dan apa saja hiburan, merekalah yang pertama-tama tunjuk lubang idung.

Isu masyarakat penyayang. Amat menyedihkan kerana belanja yang dikeluarkan untuk melaksanakan program ini bukan sedikit. Kursus sana sini, konvensyen sana sini, Seminar siang malam, kertas kerja berjela-jela, tetapi yang tinggal hanya kertas, kerusi, dewan hotel dan semangat kursus sahaja. Impelimantasinya.. entahlah malas nak cerita.

Lihatlah keliling kita, masyarakat kita. Apa yang saban hari dihidangkan. Rancangan TV yang bertaraf 18SG, 18SX dan entah apa 18 lagi. VCD, DVD, masyaallah, berlambak-lambak termasuk yang lucah2 ni. Macam jual goreng pisang je, mudah sangat diperolehi oleh semua golongan usia. Itu belum lagi isu internet yang sememangnya tak boleh nak disekat sama sekali. Yang menjadi persoalan tentang rancangan hiburan, vcd lucah dan pelbagai ni ialah "Siapa dalang dan siapa taukenya". Sungguh kebal imuniti mereka.

Tengok sahaja pakaian anak muda kita, tak cukup kain pon ada, pakaian koyak pon ada (bukan miskin tp fesyen). Sampaikan yang dipanggil nenek pon lebih kurang itu juga rupenye. Nafsu syaitan mana yang tak teruja. Kalau ditegur, rasanya faham2 sajalah standard answer mereka.

Isu Hukuman. Hukuman di negara tercinta ini memang tidak menakutkan sipenjenayah. Sekadar penjara 20 tahun dengan 6 sebatan pastinya tidak akan mengajar mereka. 20 tahun duduk jel dan tak tengok perempuan, paham2 sajalah kalau ydah keluar tu. Itulah sebabnya ada penjenayah tegar, keluar penjara ulang kesalahan yang sama. Saya bersetuju dengan geng yang cadangkan hukuman mati dijalankan keatas penjenayah seksual wanita dan kanak. Sebab kalau dalam Islam pon rejam sampai mati.

Nampaknya ini sajalah yg dapat ditulis. Maaf jika terlalu panjang.

p/s: Saya terkilan dengan statement KPN kita dalam berita tempuhari. Seolah2 public tak boleh komen keatas agensi dibawahnya. Komen tersebut agak keras dan dengan nada yang terlalu serius.

-Lang rindukan keamanan dan kesejahteraan macam tahun 60an 70an dulu-

cikmilah said...

i am still amazed at how some parents can still afford to be ignorant!!!
and i really, really hope those who initiated circulating d post-mortem pictures will be caught and be dealt severely.
who can we trust now?

tehsin mukhtar said...

I agree totally with Sharmila.

Zulkifli said...

tolong cari Rekha....tolong cari dia sampai dapat..to KPN kami tahu u did your job tapi dalam masa yang sama komen adalah perlu untuk memperbaiki kelemahan ...we all love PDRM ..tahniah atas kejayaan hampir menyelesaikan kes autopsy...itulah yang kami mahu...

Rekha please pulang anakanda...

saya harap Inspektor sahab dapat menangkap penjahat tu...adui tension

Izleen said...

Petikan dari article :

"Masih ada keluarga yang tiada kesedaran mengenai keselamatan kanak-kanak. Keluarganya juga kata kanak-kanak ini sering keluar seorang diri dan tiada masalah pulang ke rumah," katanya (Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Azam Abdul Hamid.)

Memang dah biasa keluar sorang sorang dan balik selamat...tapi jangan over-confident.

unicorn said...

PLS guys, this is really not the time to point on the victim's parents.

I'm sorry but sometime their social &economy status,lifestyle,surrounding,background(education/bringing up/growing up process) could be correlated to how they perceive life as they are doing now.

I, too before all these happened do not think that my children wandering just abt the block is wrong. i think it's their way to venture life,making friends and be somewhatindependent.

of course, you do not want anything bad happend but i admit ,ignorance may come lurking when we turn our head we think just for a lttle while.some may think that ppl like that 'tak tahu jaga anak' but they do love & care their children.

however, i hope whoever live in george twn or nearby wld call the police, suggst them to use 'tracking dog' start fr victim's hse. while it's still fresh.

oh God, i hope for the best, pls ,pls ,pls come back rekha..safe and sound!

Zulkifli said...

face the fact that malaysia dah tak macam 60-an,70-an...kanak kanak boleh jalan keliling kampung dengan selamat independent...sekarang ...keluar rumah sebelah kena rogol...inilah masalahnya ...pening kepala memikirkan...pemimpin dan rakyat kena bersatu dalam hal ni...cari jalan untuk jadikan Malaysia selamat....atau lebih selamatttt..Aman tak kena bom belum bererti selamat kalau hari hari ada kes jenayah

Zulkifli said...

jasni, tengok mymetro...berita pasal mak rekha menangis sambil minta kejadian nurin tak kena pada rekha...harap dapat paste kat sini...

benharperbenladen said...

lang,

aku mmg setuju dgn hang....hang mmg WORLD!!

long live lang...

Zulkifli said...

lang memang betul...kalau 48 jam orang hilang baru nak buleh report sempatlah kena jual....

patutnya undang-undang cam ni dah ubah...dulu memang la tak ramai ada kereta, pakai kereta lembu...48 jam sempat lagi kejar ...sekarang penjahat naik 4 wheel drive, kereta sport lamborghini ...polis naik kancil...48 jam baru nak cari bukan saja makan asap...bayang pun tak nampak...


tu aku kata semua orang kena belajar terima kritikan...

kalau dah tak leh kritik susah la...

aidaali said...

agree with unicorn. maybe all schools should start (urgently!) reminding children not to go anywhere by themselves - can be done during morning assembly or through teachers in class.

where are u rekha? Pls come home...

benharperbenladen said...

yes mr.zul..
masalahnya kalau kita kritik sket dituduh sebagai pro-pembangkang ...tu yg susah tu...tu yg ramai jadi Yes Man in this country...

Click_of_Death said...

setuju dgn lang and sharmila

mak bapak sekarang mmg tak boleh bersikap 'tak apa, budak dah biasa, selamat aje balik rumah'.
we just can't afford to these days.
it has just gotten 'expensive' now.
tak terbayar bila anak dah hilang.

dulu2 mmg selamat berjalan sorang2 di kawasan perumahan,playground
waktu mlm pon selamat lg saya nak pegi tuisyen, surau or kelas mengaji
sekarang semua tak boleh dah...kesian sy tgk budak2 tak boleh rasa apa yg sy rasa dulu

bila saya tgk budak2 sekarang dilepaskan begitu sahaja nk bagi diorang mengutip duit raya dari rumah ke rumah, saya terfikir kes jiran rogol budak hanya menunggu masa sahaja..kalau budak2 lelaki dlm kumpuln yg besar mmg selamat kalau nk beraya,
yg budak perempuan pulak kalau dibiarkan mcm tu saja, itu mcm kita sendiri yg hantar dia ke rumah org sakit tu..senang keje dia, tak perlu keluar susah2 cari mangsa..mak bapak dah 'hantar' sendiri anak perempuan ke rumah dia..

kita di Malaysia mmg masih rasa selamat kalau budak lelaki kleluar rumah, tapi kalau kat US, diorang pon fair game jugak pd org2 sakit yg hanya target pada boys tu...tengoklah pulak nnt kalau ada trend baru yg jadikan budak lelaki as mangsa,nnt Malaysia akan terkejut lagi.apa sudah jadi pd negara kita

the 48-hour-rule tu still apply ke today?48-hour baru bleh report or........48-hour baru mau keluar siasat? kalo itu mcm, budak rekha tuh dah selamat keluar dari pulau, keluar dr sempadan...then kalo dah ujan, sniffer dogs pon takleh nk wat apa dah [geleng kepala]

Anonymous said...

Lang, saya setuju dengan anda. Saya pun hairan la kenapa masih nak teragak-agak nak buat tindakan. Boleh sure tak sure pulak budak tu kena culik atau tidak.Apa la nak jadikan...Cari lah dulu!!

Janganla tunggu sampai budak tu dah lama hilang sampi 27 hari!!! Apa ni?? Ya Allah, apa dah jadi ni? baru semalam dalam perjalanan ambil anak skolah, saya lihat seorang budak perempuan jalan seorang diri. Waktu sekolah pulak tu! usia dalam 10 tahun agaknya. Apa ibubapa tak heran ke or tak baca berita? Salah satu cara untuk sedarkan ibubapa secepat mungkin ialah menggunakan pihak sekolah sebagai medium. Sebarkan risalah kepada anak-anak . Suruh mereka beri ibubapa baca. Tulis besar-besar.. AMARAN KEPADA IBU BAPA.

Saya sedih lepas kes Nurin, then kanak-kanak yang dirogol pergi raya tu, Then lepas ni sapa lagi? Maknanya kes perogolan kanak-kanak semakin menjadi jadi. Kepada semua yang ada di luar sana.. pleasela... anak itu tanggungjawab kita. selagi dia belum boleh jaga diri sendiri, dia adalah amanat Tuhan!

Anonymous said...

betul tu Su.. dah semput kita bercakap dah... macam cakap degan tiang je kan...

Unknown said...

Sedih betul bila tengeok berita, kes rogol menjadi-jadi. Setiap hari mesti ada beritanya. Apa dah jadi. Siapa-siapa yang boleh cakap dengan Pak Lah (PM) katakan pada dia stop all the ponography di internet, vcd cetak rompak yang melambak sekarang ini.......

Kes arwah adik Nurin Jazlin bila lagi hendak selasai, Mr Policeman tolonglah!!!!!!

sufiahyusof said...

harap pihak berwajib cepatkn nurin alert, agar ramai kanak2 dpt diselamatkn.

sufiahyusof said...

Sedih betul bila tengeok berita, kes rogol menjadi-jadi. Setiap hari mesti ada beritanya. Apa dah jadi. Siapa-siapa yang boleh cakap dengan Pak Lah (PM) katakan pada dia stop all the ponography di internet,

tak berani paklah stop pornography, cuma ada kumpulan kecil pertubuhan islam hantar pernah hantar surat bantahan suruh kerajaan banned porno pd thun lepas.. sedihlah aku ketua kerajaan sendiri buat dek je pasal ni.. kalau website kutuk certain people lajuje ISA, ni ramai orang malaysia setup website porno tapi tak tangkap pun... kat akhirat nanti kitaorg tuntut lah nnti wahai ketua2 menteri islam..

Lang said...

fiAssalamualaikum, salam sejahtera

Jika diikuti perkembangan kes2 anak2 kecil diculik, dirogol dan dibunuh, trendnya semakin menjadi-jadi. Sangat menghairankan kenapa sipelaku tidak merasa takut untuk melakukan jenayah.. adakah kerana tidak takut pada hukuman atau mengambil kesempatan keatas ketidak cekapan pengurusan keselamatan dinegara ini?

Tunggu dan lihat.. adakah itu masih menjadi amalan agensi2 kerajaan. Atau nak tunggu TV3, NTV7, TV8, TV9, Astro Awani, ape lagi TV yang kita ada huh?!!! Hantar orang2 macam Karam Singh Wallia, Wan Kamaruddin, Zakiah Anas, Mazidul, Dang Suria dan mereka2 yg sewaktu dengannye buat program gegar ke? Lepas tu baru nak beria-ia turun padang buat kerja. Entahlah apa ke jadahnya yang nak jadi ni.

Dimana silapnya.. Jenayah semakin hebat terutama yang melibatkan anak2. Masalah gejala sosial semakin meruncing. Sepatutnya perkara2 begini dah menjadi isu nasional, musuh Negara nombor satu macam isu menangani dadah yang tak berkesudahan.

Lihatlah Malaysia, semua kita boleh, buktikan tahap keselamatan kita yang terbaik didunia. Kadar jenayah yang terendah didunia. Buktikan Malaysia Serba Serbi Boleh.

-Lang kata boleh kalau boleh buat, kalau tak boleh tak berani kata boleh, takut malu-

Zulkifli said...

benhaperladen, tu ler mentaliti salah kita suruh depa amend undang undang supaya makin bagus kalau undang undang tu tak bagus tukar la follow la quran ka hadis skit skit...tak semestinya kita pro pembangkang...kita kritik sebab kita nak semua orang termasuk gomen hidup aman damai..semua sayang...

undang undang zaman British tu kena ubah..sebab sesuai dengan zaman sebelum merdeka...kalau 48 jam baru buleh report orang kena culik habis la naya...sebab nak bawak orang gi siam jual hanya ambil masa beberapa jam saja...dah tu kes rogol makin menjadi jadi ..budak budak , remaja ...nenek tua pun kena rogol...orang tua nak mati pun merogol...maknanya undang undang tak efektif...fail..kena ubah...

cam tu..Benhaper...aku harap kau kena bagitahu depa tak semestinya pengkritik pro pembangkang tapi kalau harapan rakyat tak di dengari ...susah la

Hanis Baharuddin said...

alhamdulillah, rekha telah slamat ditemui.. hopefully parents lebih bertanggungjawab kat anak2.. kita tak mau kes nurin berulang lagi.. al-fatihah..