Tuesday, September 25, 2007

Cops take statements from Nurin’s parents

Monday, 24th September 2007

KUALA LUMPUR: Police recorded statements from Jazimin Abdul Jalil and his wife Norazian Bistaman at their home in Wangsa Maju over the kidnap-cum-murder of their eight-year-old daughter Nurin Jazlin.

A police team from Petaling Jaya led by Asst Supt Loh Pei Pei from the Sexual Crime Investigation Unit questioned the couple on events leading to the disappearance of Nurin on Aug 20.

Jazimin, who later spoke to reporters, said the police would inform him as soon as the culprit was nabbed.

“I have asked the police to let me talk to the culprit. I just want to ask him why he did such a thing to my daughter,” he said.

The police team who questioned Jazimin refused to comment or reveal the details of the statement recorded.

Nurin was found stuffed in a sports bag in Petaling Utama on Sept 17. Meanwhile, Bernama reports that police might consider using “psychic expertise” to in investigations if there was such offer from experts.

A senior police officer said however this did not mean that the police could not solve the case on their own.

- The Star

191 comments:

Anonymous said...

Kepada keluarga Nurin Jazlin harap bersabar. ALLAH sentiasa disisimu.


http://www.youtube.com/watch?v=XYXQdDKKmYY


http://www.youtube.com/watch?v=eLWuofYH48A

Anonymous said...

Tribute to Nurin Jazlin (Bidadari Syurga):

http://www.youtube.com/watch?v=HNavzbqefqg

su said...

setiap kali menatap wajah comel adik nurin....pasti menitis airmata...moga keluarga adik nurin diharapkan banyak2 bersabar...

doa saya sentiasa mengiringi adik nurin....Al-Fatihah...

RedsFC UUM Kelate said...

kepada keluarga adik Nurin harap anda bersabar dengan dugaan yang Allah turunkan....

Hanya Allah yang Maha Mengetahui dengan segala yang terjadi...
ini kerana hanya Allah jua yang mampu membalas segala perbuatan yang dilakukan oleh pembunuh itu... Undang2 Allah akan menjamin keselamatan kita semua bukan undang2 buatann manusia..
celakalah keatas pembunuh adik Nurin dunia Akhirat...

Allauakbar..........

Anonymous said...

to abang jasni n family takziah di ucapkan atas pemergian anak saudara tercinta, semua itu dugaan semoga tabah - still remember ima?

Anonymous said...

Nurin Jazlin Dalam Kenangan
(Sweet Little Angel)

Wahai anakanda Nurin Jazlin
Permata hati ayahanda dan bonda mu
Tidorlah anakanda....
Tidorlah dikau didalam lena mu yang panjang
Diatas persada tilam baldu dan sutera
Berharuman kasturi syurga

Teman mu kini bidadari-bidadari
Di taman-taman syurga firdausi
Yang menjadi idaman abadi
Tiada yang dapat menyakitimu lagi

Dikau ditangisi dan tetap dirindu
Didalam pelukan pilu
Semoga ayahanda dan bonda mu
Dimartabatkan ke tempat penantian mu

Tidorlah sayang ....
Tidorlah didalam lena mu yang panjang ....

Amin ....

***kentzu***

Anonymous said...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Al-Fatihah, kepada keluarga Nurin ingatlah Allah Maha Adil, pembunuh kejam pasti akan menerima hukumannya,kita haruslah bersabar dan berdoa kepada Allah sebanyak mungkin.

Pada kesempatan ini saya menyeru kepada pihak media atau polis tolong hormati keluarga Nurin.Kenyataan akan mengambil tindakan atau dakwaan jika didapati cuai amat mengguris perasaan.Siasat dulu baru buat tindakan.Ini tidak, kubur masih merah dan keluarga Nurin masih trauma keluar kenyataan begitu pula.Inikah contoh masyarakat cemerlang,gemilang dan terbilang.

Pada pihak media dan pihak polis tolong hormat. Jika nak laksanakan undang-undang berkenaan ibubapa cuai,saya rasa pihak polis akan kepenatan sebab banyak sangat.Satu contoh, terdapat ramai ibubapa yang cuai menjaga anak-anak dibawah tanggungan mereka yang merempit siang dan malam dan terdapat anak-anak ini berumur dibawah 16tahun malahan ramai tak berlesen,tak kan polis nak tunggu ada kematian baru nak buat dakwaan.Ini baru merempit, bagaimana black metal, punk, skin head dan bayak lagi kelalaian ibubapa mendidik anak. Takkan atas kematian baru nak dakwa.

Maaf kerana terlalu panjang tetapi saya amat kesal dengan tindakan media dan polis berkenaan dengan tugasan mereka yang tidak menghormati sesitiviti keluarga Nurin. Akhir kata Takziah untuk semua keluarga Nurin, yang pasti setiap yang terjadi pastilah ada hikmahnya, bersabarlah dan ingat pada Allah.

rougeberrynudd said...

condolence for your lost...lets pray that the culprit behind this would be taken behind bars as soon as possible...Al-Fatihah to the dearest Nurin....

Anonymous said...

Ketenangan seharian saya bagai direntap semenjak kehilangan si comel nurin jazlin...tiada apa yg dapat difikirkan selain dia, apa yg dirasai dan apa yg telah dilaluinya...setiap kali memandang anak perempuan saya yg berusia 4thn pasti wajah comel nurin jazlin hadir bersama...

Doa saya semoga dia damai disana...dan kepada kedua ibubapa nurin jazlin byk2 bersabar dan redha dgn dugaanNYA..

Amin....

Rentaka said...

insya4jjI...tak lama lagi tertangkaplah pembunuh kejam tu..aku pun nak tgk muka die camner...

Anonymous said...

saya tidak dapat menolong menghilangkan kesedihan keluarga en Jazimin, saya rasa walau dalam apa jua keadaan pun kesedihan itu susah untuk hilang... saya mempunyai anak.... tak dpt saya bayangkan jika ianya berlaku kpd saya.....

en jasni, minta tolong sampaikan kepada en jazimin dan pn norazian pesanan saya ini....
dapatlah kiranya en jazimin dan pn norazian mengamalkan surah Alam Nashrah.... perbanyakkan membaca surah ini diiringi dengan doa di dalam hati (doa ini memerlukan keyakinan yg mendalam kpd Allah swt) supaya segala masalah terurai dgn mudah.... InsyAllah, Dia akan membantu....

Saya dulu bukanlah seorang yg baik. Byk juga melakukan dosa dan kesilapan....namun setelah sesuatu berlaku (yg amat buruk) saya benar2 terpukul...lantas saya menginsafi diri...terus saya tunduk kepadaNya.. dlm proses memperbaiki diri itu,saya byk mengulangkaji semula semua pengetahuan agama saya...dan ketika itulah saya berjumpa dgn kebaikan surah Alam Nasrah ini.... saya amalkannya ketika dlm kesusahan.... Alhamdulillah Allah membantu saya....

Saya masih lagi belajar memperbaiki diri kerana baru kini saya tahu saya ini selemah2 hambaNYA....sesungguhnya tiada apa yg berkuasa melainkan DIA...

bhg di dalam surah ini yg terbaiknya apabila Allah berfirman dua kali ungkapan "Setiap kesusahan itu disertakan dengan kemudahan"... percayalah memang setiap kesusahan itu disertakan dgn kemudahan.... saya telah merasainya....

Saya tidak membuat kenyataan ini berdasarkan emosi semata2 tetapi juga bukti yg saya alami sendiri dimana kesusahan yg saya alami saya dapati ada kemudahan disebaliknya...tetapi dgn syarat, utk mendapatkannya, kita mesti berdoa....

untuk lebih memahami kebaikan surah ini, saya sarankan en jazimin mencari sejarah disebalik turunnya surah ini..... di situ en jazimin akan faham....

Ramai tidak sedar akan 'the power of doa'... Doa yg disertakan keyakinan mendalam, insyAllah selalunya dimakbulkan Allah....

Saya mendoakan keluarga en Jazimin berbahagia dan sentiasa mendapat kesejahteraan Allah dunia dan akhirat...amin....

satihya said...

Saya terbaca paper hari ni kemungkinan ibubapa nurin akan dikenakan denda RM5000 atau 2 tahun penjara .. apa dah jadi ni ? sedang pembunuh bebas d luar sana ..

baybe foxx said...

Saya harap pembunuh nurin akan direjam di khalayak ramai sampai mati!

Anonymous said...

salam...
saya rasa amat simpati terhadap keluarga adik nurin..semoga sentiasa tabah,berdoa selalu kepada Allah kerana sesungguhnya doa org2 yg teraniaya sngt diperkenankan..
saya doakan roh adik Nurin berada dalam lindungan-Nya..
ameen..

Reading For The Global Generation said...

En. Jazimin dan keluarga,
Takziah saya ucapkan. Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Jangan biarkan rasa kesedihan menguasai dirimu tetapi jadikanlah kesedihan itu satu kekuatan untuk bangkit semula. Saudara masih muda, anak-anakmu yang lain masih kecil, bangkitlah untuk membina semula keluargamu. Nurin sudah pergi, biarlah dia damai di sisi Allah.
Yakinlah bahawa pemergian Nurin tidak sia-sia, seluruh rakyat Malaysia meratapi pemergiannya. Pemergiannya menggegarkan seluruh warga negara ini, kini kita dapat melihat dengan lebih jelas, berfikir dengan lebih rasional dan bertindak dengan lebih berhati-hati.
Akhir kata, kami akan sentiasa bersamamu ...

sue said...

saya baca berita harian online hari nie...kaedah psikik akan dilalkukan lagi..semoga ia dapat membantu...mari kita ikuti perkembangan semasa pembunuhan Nurin di http://mstar.com.my/cms/index.jsp

dzast said...

Takziah diucapkan. Betapa sedih mata yang melihat berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang terbayang di benak fikiran saya pada ketika ini.

Cuma satu yang mengganggu benak fikiran saya. Mengapa petala seumpama ini berlaku di dalam kehidupan kita? Bagaimanakah nasib generasi kita yang sedang membesar pada ketika ini? Semua persoalan ini benar2 mencemaskan sanubari saya.

Ya Allah, bantulah kami dalam segala urusan kami Ya Allah.

sue said...

Ya Allah...
Kami bersujud kepada Mu ya Allah...
Bantulah kami..tolonglah kami..berikanlah kami petunjuk ke atas kes pembunuhan adik comel yang tidak berdosa Nurin Jazlin Jazimin...Bantulah kami agar tertangkapnya manusia durjana itu..AMIN

ErnieZuraida said...

Salam Ramdhan ....

kepada keluarga Nurin Jazlin....

Semoga tabah menghadapi dugaan yang maha hebat ini..... Insyaallah... semua rakyat Malaysia di saat ini meratapi pemergian Aruwah.... Al-Fatihah untuk mu Adik Nurin Jazlin.....

Kepada pihak polis.....

Carilah ... selidiklah.... tangkaplah... manusia yang bertopengkan iblis itu secepat mungkin... segala usaha pihak polis diiringi dengan doa daripada kami semua rakyat malaysia...

kepada Manusia yang bertopengkan iblis.....

Ingatlah Allah itu maha mengetahui..... maha melihat..... Allah akan membalas setiap ape jua yang kau lakukan..... semoga kau akan insaf dan diberi pengadilan seadil-adilnye..... Hidup kau dikala ini sesungguhnye di dalam KETAKUTAN... DAN SENTIASA KETAKUTAN.....

Anonymous said...

dalam keadaan sekarang pasti bapa kepada adik Yin dulu tu..terlalu bersyukur kerana sekurang kurang nya anak mereka balik dalam keadaan baik...walau terdapat sedikit kesan2 mengelupas di kaki...

Anonymous said...

Kepada keluarga Nurin Jazlin - Takziah diucapkan dan sy doakan agar Allah berikan kekuatan untuk anda mengharungi dugaan yang cukup berat ini. Sedangkan sy yang tak punya apa2 pertalian darahpun, terasa amat sebak dan tersiksa jiwa dan raga sy.

Sekiranya 'culprit' itu dapat ditangkap, jajalah wajahnya diserata M'sia. Hukuman disiarkan 'live' - jalankan hukum Allah - itulah hukuman yang setimpal dengan kejahatannya.

Anonymous said...

Ya Allah ya Tuhan kami..Kau berilah kami petunjukMu,permudahkanlah pekerjaan kami, untuk mengesan pembunuh laknat itu..Ya Allah ya Tuhan kami..peliharalah kami, umat Nabi Muhammad s.a.w, dari kekejaman di bumi yg nyata..Jadikanlah kami hambaMu yang bertaqwa..Ya Allah ya Tuhan kami, Kau ampunilah dosa2 kami, jauhkanlah kami dari api neraka jahannam & siksa kuburMu Ya Allah..Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Anonymous said...

Kepada En. Jasni AL - semoga Allah memberkati usaha anda mengadakan blog ini. Kami seluruh rakyat M'sia meratapi pemergian pilu allahyarhamah Nurin Jazlin. Semoga yang ditinggalkan akan sentiasa dilindungi Allah, Amin.

Sue said...

Setuju dgn Anonymous @ September 25, 2007 9:44 AM...Semoga Allah memberkati usaha murni En Jasni ni..di sinilah kita dapat sama2 meluahkan rasa simpati kita...di sinilah kita dapat memberi sokongan kepada keluarga si mangsa..Al Fatihah

Anonymous said...

bagaimana kalau saya kata saya lah penjenayah itu?

saya nak test pihak polis. Kalau betul polis cekap, sila kesan saya segera.

jad said...

Saya tidak dapat menahan sedih setiap kali melihat En Jazlin dan isteri dalam keadaan mereka sekarang. Setiap manusia memang diuji tapi saya rasa dugaan yang mereka lalui antara dugaan yang paling berat. Berilah sokongan dalam apa carapon dan jangan sekali-kali mengkritik atau menambahkan kepahitan yang mereka alami ini. Jika kita dalam situasi mereka, baru kita tahu apa maksud kesengsaraan yang sebenarnya.

Lia Sakinah said...

Hingga kini, hati saya menangis mengenangkan saat2 sukar yg terpaksa ditempuh adik nurin...moga Jazimin sekeluarga diberikan kekuatan untuk menempuh dugaan yg maha berat ini. Dan moga syaitan bertopengkan manusia itu dpt diberkas dan dihukum dgn sekeras2 hukuman.

nor said...

salam.just got an email from someone.teruknyee adik nurin disiksa.xdapat nak bayangkan mcm mn dia tanggung sakit."she was not fed for over 2 weeks only water (they did not find any source of food inside her body).smoga ALLAH melembutkan hati org yg menyeksa adik nurin utk bertaubat n berhenti dr berbuat kejam lg..

Anonymous said...

Bacaan surah Alam Nashrah yg merdu....

http://www.youtube.com/watch?v=VL2r5KsBlu4

sue said...

To Anonymous @ September 25, 2007 9:59 AM
lawak apakah yg ko buat ni?
tahukah ko bagaimana kemarahan seluruh rakyat malaysia sekarang..jgn lah buat lawak mcm ni IP kau akan dapat dikesan...

Anonymous said...

aku tak buat lawak laaaa

aku cuma geram ngan progress polis kita nih...

kejap cakap macam dah nak dapat tangkap dah

pastu macam tak dapat tangkap lagi

kang nak pakai khidmat psikik la pulak...

tu yg aku nak test, kalau la aku ni penjenayah tu polis kita ni capable ke nak kesan aku?

V said...

Hopefully the Forensic Hypnosis Expert could really help.

With the growing numbers of foreigners arrested for serious crimes (latest killing a mother in front of her young children), could the killer be a foreigner?

This killer appears to be sending a "message" i.e. he/she/they purposedly want(s) arwah to be discovered.

And hopefully the people at the pasar malam who claimed to see arwah being dragged could also help to describe the person or persons for that matter.

Maybe Datuk Fadhilah was right...we need to become "busy body" again e.g. observing weird and suspicious neighbours.

Anonymous said...

I would like to send a cash donation to the aggrieved family of the late Nurin Jazlin. How can I channel my donation to them? I just can't stop feeling angry and helpless over the unfortunate incident. Alas, there's nothing we can do to set things right for En.Jazimin and his family except to try and appease them with kind words.The loss of a life,in such a cruel manner, especially that of a young, defenseless girl is too painful to bear. Let's all do our bit to help the family.

sue said...

semua org marah dgn kejadian ini..saya pun....sentiasa tidak sabar untuk tahu perkembangan siasatan polis...dalam paper hari ni pasal lelaki yg nak menyewa sebuah rumah dgn sorang anak tu..harap2 dapat membantu...harap2 dapat lakaran wajah lelaki itu...

N said...

Al-Fatihah Kepada Allahyarham Adik Nurin Jazlin yang coMeL..


Semoga dgn petunjuk2 baru dan bukti2 kukuh pihak polis dapat memberkas si binatang tuh..

AMIN YA ROBBAL'ALAMIN

Anonymous said...

Charging the parents would be REALLY REALLY STUPID. More children die in traffic accidents than by rape and murder. Should we then charge a parent for negligence every time he brings his child into his car?

Children should be free to run and play just as we did in our younger days. If they are in danger for such innocent pleasures, it is not the fault of the parents but our government for allowing crime to escalate to such levels.

Anonymous said...

POLIS: Ronda jerlah keliling balai/rumah sendiri.. tAK PERNAH TENGOK pOLIS rONDA DI paSAR2 MALAM

rye corleone said...

PDRM, show us that u boleh pakai in dis country.find the culprit, no matter what.

Anonymous said...

Saya mmg sgt tersentuh dgn issue ni.. airmata menitis setiap kali membaca kisah insan istimewa ini...

Betapa hancur nya hati seorang ibu...

Dgn kalimah bismillahirrahmanirahim, pembunuh keji-kejam-zalim-hina itu dpt ditangkap tidak lama lagi...aminnn..

sue said...

I've been very touched by yestesday's news..

"Nurin then went to the mother and asked for some money to buy hair clips. She asked for permission to go to the night market again"

How sweet girl...buying hair clips...

Anonymous said...

Alfateha buat Adik Nurin..

InsyAllah sekarang lena dalam buaian di syurga, tanpa sebarang ganguan drama dunia.

Takziah buat keluarga Nurin.. InsyaAllah keredhaan dan kesabaran kalian akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t.... Ameen

~ Shaikha (S'pore)

Anonymous said...

polis kita ni bila dah mati kutu takleh setelkan kes..... ditangkap la mana-mana mamat Indon untuk dijadikan kambing hitam....

pastu dinobatkanlah sebagai polis terbaik Asia..... hahahahaha

Anonymous said...

hari2 dgr berita "polis masih dalam siasatan" "polis akan menangkap suspek dalam masa terdekat"

icai said...

hmmm...

kes ni mengingatkan aku pada satu filem mathhew mcnoughey & sandra bullock pada tahun 90an. tajuk dia 'A Time To Kill'. did u guys come across this movie? a farmer's daughter (starring samuel l.jackson) was raped & murdered & the murderer was found as a white man. kontroversi black & white mewarnai cite tu tapi point aku, bapak budak tu akhirnya bunuh perogol, tembak dgn senapang walau pun dia dah didapati bersalah. hukuman penjara je seumur hidup.. tapi pada bapa hukuman tu still not enough, x setimpal dgn nasib anak dia yg kena rogol & dibunuh kejam.
walau pun bapa tu kena tangkap tapi mesej yg cuba disampaikan dlm movie tu ialah; ada kalanya taking other person's life is justified, termasuklah bapa yg membunuh perogol kerana perogol dihukum dgn hukuman yg x setimpal dgn kesalahannya. it was indeed a time to kill...tindakan bapa tu direstui atas nama keadilan & naluri kemanusiaan...

so, encik jazimin, guys out there, ada apa2 yg boleh dicontohi dari cite di atas??

nor said...

kita xbleh nak salahkan polis smata2.pembunuh tue yg licik.kt msti sokong n bantu pihak polis.polis pun manusia jugak n ada perasaan mcm kita gak..

Anonymous said...

icai.... ko nak suruh en Jazmin pi buru pembunuh tu ke? kalau ye, aku nak itut

salam dari Pekida Klang

Anonymous said...

dengan nama Allah.
Saya sentiasa berdoa pembunuh itu akan dapat dikesan di tangkap secepat mungkin.Polis Malaysia, tolong siarkan hukuman live.Dan tunjuk muka iblis bertopeng manusia ni.Dua-dua sekali.Yang perempuan dan lelaki.InsyaAllah.Allah jua yang dapat membantu.

Anonymous said...

wa sedang tubuhkan team dark justice utk setelkan sendiri kes-kes jenayah yg berleluasa skang nih tanpa perlu kepada pihak polis. polis lembab banyak protokol, prosedur bagai. dengan adanya team dark justice nih para penjenayah boleh dihapuskan dengan lebih segera.

keahlian adalah terhad, by invitation only. mereka yg mahir dgn martial art dan penggunaan senjata api dialu-alukan memohon.

email resume korang kat aminalkalam@gmail.com

Anonymous said...

semalam aku mimpi kejar pembunuh nurin..aku cuba kejar..tapi tak dapat tgk muka dia....harap2 di dunia nyata ni tak lama lagi pembunuh gila ni kena tangkap then kena hukum seberat2 beratnya

Anonymous said...

Wahai pemimpin;

Inikah balasan yang kami dapat dalam mengejar Wawasan 2020?.

Negara Maju tapi Masyarakat Mundur..
Rakyat takut di negara sendiri..
Alien jahat berleluasa..
Cemerlang, Gemilang Terbilang...
tapi jenayah tak terbilang-bilang..

Nak selesai masaalah, main pakai kepala sendiri, banyak pakar tak dirujuki...

Buat Akta sesuka hati ..
Simpan dalam kain sendiri..
Bila arwah Nurin dah pergi..
Baru teringat ada Akta simpan dalam almari..

Apa dah jadi dgn menteri-menteri..
Dok sibuk hitung harta sendiri..
jgn ingat atas usaha sendiri..
Ingatlah rakyat yang memberi..

Anonymous said...

aku rasa pembunuh tu tau camne marahnya korang kat dia

so skang dia dah menyamar jadik org baik-baik...... pakai kopiah

icai said...

pekida klang,

gerakla ahli korang cari laknat tuh. pasni kalau polis dpt buat lakaran wajah laknat tu, sebar lakaran tu merata tempat. ayuh rakyat malaysia kita bersatu cari pembunuh tu sampai dapat. hukum di khalayak!!

gerenti pasni bakal2 perogol kecut perut punya.....

Anonymous said...

Apa ke bodohnya Pak Lah cadangkan skolah 1 sesi sampai ke 4 petang utk atasi jenayah camni? hahahahhahaha

buduh tul.....

apa ingat perogol tu tak boleh merogol kul 4.30 ptg? 5.00 ptg? 6.00 ptg?

tak pun dia rogol hari Sabtu & Ahad wakakakakakaka

Anonymous said...

pompuan boleh join ke team dark justice tu encik aminalkalam?

Anonymous said...

hahaha!

alamak.. ada org terlebih layan 'Who wants to be a superhero' la.. The Dark Justice vs Dark Enforcer!

hahahah...!

fareid said...

Al-Fatihah to Nurin Jazlin...
Allah is alwiz bless u..
Dont worry, Nurin is now in heaven..
Allah telah menempatkannya di syurga..
Semoga Allah merahmati keluarga pakcik jazimin sekeluarga...
Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa...
Penjenayah bangsat itu pasti akan dihukum kelak..
Ameen~

amin said...

at least ada gak la org yg nak bertindak utk kepentingan masyarakat.

daripada dok gelak saja

Gumbbie said...

Al-fatihah buat Allahyarham Adik Nurin.... Buat keluarga adik Nurin banyak2 bersabar.... Hanya Allah yang Maha Mengetahui atas segala yang terjadi...dan Allah jua yang mampu membalas segala perbuatan yang dilakukan oleh pembunuh itu...

Amin.... Al-Fatihah

sue said...

setuju dgn amin... tak baik gelakkan niat murni org....

Anonymous said...

betul.. semua org nak bertindak.. tapi ada banyak pilihan tindakan..

tak perlu tindakan yg terlalu childish.. dgn mengiyakan cadangan itu.. anda seolah2 mengapprovekan this childish proposal..

kamon la.. act like an adult.. use ur brain wisely..

amin said...

childish ke? lantak ko la....

yg aku tau, lebih banyak bertindak dari bercakap!!!

nampak penjual VCD lucah kat pasar malam, kita hempuk ramai2... biar patah tulang belakang, bocor buah pinggang dia!!!!

ko dah cuba call polis bila nampak org jual VCD lucah?

Aku dah lebih sepuluh kali call polis. Tiap kali tu sekor polis pun tak datang.

Itu contoh tindakan 'like adult' yg ko banggakan sangat tu.


NOW, SORRY LA!!!!! Cukup la Nurin mati camni. Aku ngan geng2 aku takkan bertindak sopan santun lagik.

Siap korang penjenayah semua. Penjual VCD Lucah, pengusaha premis urut batin, kedai mesin kuda apa semua!!!!!

Anonymous said...

ok.. we'll wait for your action my superheroes.. thanks.. for saving our lives... ;)

go! go! go!

Anonymous said...

pihak polis ada cara tersendiri nak setelkan masalah ni..
korang jgn la asyik nak salahkan polis..
aku heran tol la.. ada je jenayah polis.. rompak polis.. bunuh polis..
macam polis lak penjenayah..
patutnya kita sebagai rakyat malaysia bersatu.. bukan nak carik salah polis je..
kita ni lagi byk hanya tahu bercakap.. buatnya tidak..
polis x tido tau carik penjenayah tu.. yang kita asyik nak kutuk2 dorang je.
ada aku tgk sempat lagi gelak2 kat forum ni..
MUHASABAH diri.. jgn selalu mencari kesalahan org lain kalau diri masih belum cukup dengan iman dan amal.

maria said...

Takziah kepada keluarga adik Nurin di atas pemergian yg sungguh tragis.

Bersama-samalah kita berdoa dan membuat solat hajat supaya pembunuh tersebut cepat ditangkap dan mendapat hukuman yg setimpal.

lily1911 said...

...Al fatihah...
nabbed de culprit ASAP!!

sue said...

mari kita sama2 berdoa...polis dapat petunjuk dari Nya...dalam masa terdekat ini...

am said...

cukup la tu kawan-kawan...website ni di buka untuk kita ingat adik nurin n bagi sokongan kat keluarga die..jgn kite bergaduh macam ni plaak..kite bagi sokongn kat keluarga ni..diaorg baca ni emua..Insya Allah...Al-Fatihah untuk princess Nurin..

sue said...

yes setuju dgn anonymous September 25, 2007 11:46 AM...ada yang tergamak dok gelak2 dalam forum nie...kalau kurang setuju dgn niat murni atau cadangan seseorang....nyatakan dgn lebih berhemah...dan berikan cadangan anda (jika ada)....

Anonymous said...

semoga pembunuh Nurin akan menerima balasan .kalau bukan sekarang, suatu hari nanti akan terima juga. Allah itu adil .

Anonymous said...

Klau Polis buat kerja, ronda betul2, tak harapkan Rukun Tetangga, benda mcm ni boleh elak awal2..Ni dah terantuk, baru mengada-ngada ..tuduh ibubapa cuaila, apalaaaaa. Ni yg buat ronda, org giler perogol budak..cis

Anonymous said...

aku sokong... sebab kalau polis buat keje dia betul2,dah tentu penjenayah tu dah lama kena tangkap. Takkan ada kejadian macam kes ni...

amin said...

sori la polis... bukan aku tak appreciate korang. Tapi di sebalik segala resources korang yg melimpah ruah tu, keutamaan korang adalah kat kerja-kerja nak mengintip & menekan pembangkang...... pembangkang buat ceramah dalam premis sendiri pun korang hantar trak FRU, anggota beratus2 orang.....

apa ke jadahnya tu? Itu ke priority korang selama ni?

TAPI... kat pasar2 malam.... satu tempat awam yg terbuka..... selamba aje peniaga2 bangsat ni jual VCD LUCAH..... mana muka korang wahai polis? Aktiviti rahsia sangat ke penjualan VCD LUCAH ni? Budak2 sekolah rendah pun pandai jumpa benda ni, takkan korang yg kononnya pandai menyiasat tak boleh nak nampak penjualan VCD LUCAH ni?

Kalau benda salah yg berlaku secara terbuka pun korang takde inisiatif nak bertindak.... jangan harap la korang nak berinisiatif buat penyamaran untuk melindungan orang ramai kat pasar malam dan tempat-tempat macam itu.

TAPI kalau intip pembangkang.... fuhhhhh laju je korang ye.

P/S: Aku bukan ahli mana2 parti politik.... bapak aku Bendahari Bahagian UMNO hehehe

sue said...

saya pernah tinggal di flat wangsa maju seksyen 1 tu...actually masyarakat kat situ lebih banyak berfamily...tak mcm tempat sekarang saya duduk ramai bujang, indons, nepals dan banglas...masa saya duduk kat w maju tu...jiran2 amat ambil berat...kdg2 balik lambat kerja..tak perlu risau sangat...coz biasanya akan ada org2 tua dia kawasan tu yang boleh jenguk2 kita...jarang ada org2 bujang lelaki yang melepak..kalau ada pun mereka mmg penduduk situ..bukan org luar yg datang menyewa...biasanya kita akan kenal budak ni atau budak tu anak siapa...pasar malam tu pulak mmg dekat dgn flat tu..saya tak pasti nurin block mana...tapi kalau area block saya mmg tak mustahil kalau bebudak sebaya nurin berani untuk pergi berseorangan..sebab terlalu dekat....saya rasa sedih sgt bila kejadian ni menimpa adik comel ni..maybe sebab saya pernah tinggal di situ..saya terbayang2 mcm mana nurin berjalan ke pasar malam tu....Ya Allah cucurilah rahmat ke atas roh adik Nurin...dan peliharalah keturunan ku dari kezaliman manusia...

sue said...

tiba2 saya teringat lagu Negarakuku nyanyian Namawee....

Anonymous said...

Al Fatihah…..dan takziah kepada keluarga adik Nurin.

Syaitan dan Iblis dirantai pada bulan suci Ramadhan ini supaya bulan ibadat ini dapat dilalui oleh umat Islam dengan penuh ketaqwaan.

Namun jika makhluk yang keji dan jijik bergelar Syaitan dan Iblis sudah dirantai, jadi apalah nama yang harus diberikan kepada NAJIS DUNIAWI yang melakukan kekejaman ini?

Terkutuklah pembunuh itu di mata Allah. Jenayah tidak seharusnya dilakukan oleh sesiapa pada bila-bila masa jua, namun jika ada yang sanggup melakukannya, itupun di bulan suci ini di mana kita berusaha untuk menyucikan jiwa kita…..MasyaAllah…..adakah si NAJIS itu masih mempunyai jiwa manusia?

Allah Maha Adil. Tiada kezaliman terlepas tanpa balasan. Walaupun tidak di dunia yang sementara ini, nantikanlah, wahai Si NAJIS, di alam selama-lamanya nanti.

Abdul Halim said...

Di harap En.Jazimin & Pn Norazian bersabar mengahadapi hari2 mendatang. Semoga Allah merahmati ruh adik Nurin dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman.
Jangan biarkan kedua2 anak (kakak & adik kepada Nurin) terlalu bersedih dengan tragedi ini. Mereka perlu disokong oleh orang sekeliling supaya hidup mereka tidak terganggu dan dapat menjalani kehidupan mereka dengan baik apabila besar nanti.Jaga& didiklah mereka dengan ajaran agama Islam.
Semoga pembunuh itu dapat ditangkap secepat mungkin dan dihukum setimpal dengan perbuatannya. Kalau boleh sula/rejam pun bagus juga.

Anonymous said...

sulalah penjenayah tu.. rejamlah penjenayah tu... tapi bak kata orang.. patah tumbuh hilang berganti.. cuma sekarang ni patut kena pikir macamana nak hindarkan sekaligus lupuskan perkara2 macam ni... nak harap sapa???

Anonymous said...

----TAKZIAH KEPADA KELUARGA NURIN----

1 - Penjenayah sebegitu wajib direjam di khalayak ramai.

2 - Polis tak dapat jumpa Nurin tapi sebaliknya cuba ubah topik nak laksanakan hukuman kepada ibubapa cuai. Tiada ibubapa yang waras akan biarkan anaknya diculik, disakiti dan dibunuh!

BEN HARPER BEN LUDIN said...

lepas ni kalau ada lagi kes ni berulang parents akan takut nak buat report polis sbb takut kena saman dek polis!

bwh Musa ni mmg la...tak abih2 menyalahkan rakyat...aku teringat dulu kes bunuh d kuantan, suspek tu lepas sbb bukti tak cukup. Bila interview dlm berita Musa ni salahkan rakyat gak...sng la keje polis cam ni...

kalau betul polis nak saman pun, tunggu la kesedihan keluarga arwah tu reda sket...ni baru 2/3 ari arwah dikebumikan si Musa/rizat/nazri dah sibuk nak saman parents atas sbb cuai..pe kejadah!!!

kalau kes culik aku rasa bukan cuai..penculik mmg mencari masa yg sesuai....lain la kalau anak2 tu lari dr rumah n then merayau kat mana2 ke, tu layak la di panggil cuai..

Anonymous said...

Salam....
Takziah buat keluarga En Jazimin dan Puan Norazian.... moga Allah memberi kekauatan hati dan iman untuk menerima ini sebagai dugaan supaya anda tergolong dalam golongan hambanya yang direhdoinya.

Pengajaran terbesar dari kisah ini ialah hanya Allah shj tempat kita memohon supaya dijauhkan malapetaka ini. Kejadian ini tidak pernah disangka oleh mereka, tetapi memberi pengajaran yang penuh makna pada semua orang supaya jangan leka bahawa adanya penjenayah laknat tidak berperkemanusiaan sedang bebas lepas.

sue said...

response to BEN HARPER BEN LUDIN @
September 25, 2007 12:23 PM...

yes..nurin bukan anak yang lari dr rumah n then merayau kat mana2 ke..merempit ker..membohsia ker...
nurin hanya pergi ke pasar malam yg jaraknya sekangkang kera dengan keizinan ibunya untuk membeli kepit rambut....

PiZzA ' Zeee said...

Sian aku tgk ayat2 polis yg nak mintak tolong tenaga pakar (psikik/bomoh/pawang/ & semua keturunan temberang)

Sekarang dah masuk hari keberapa..
Dari kes hilang tak dpt cari2..
sekarang pun masih mencari2 dan minta dicarikan lagi..

Sian.. sian...

macam petunjuk di sini polis mendidik masyarakat mintak tolong bomoh2 seantera ni kalau ada masalah..

Pls do ur job by urself not from others..

bomoh2 ni pun manusia Tuhan yang cipta, tiada keistimewaan yg Tuhan bagi mereka.. mereka bukan Malaikat or Nabi2 utusan Allah..

Jangan percaya dgn benda2 kurafat ni... berserah kepada Allah, mohon petunjuk & sembahyang hajat lah beramai2.. Tuhan tu Maha Pengasih & Memahami.. Doa ramai2 dr seluruh rakyat Malaysia lebih baik dr doa satu individu sahaja.. AMIN.

Anonymous said...

Ni lah puncanya bila kita lupa pada Allah yang mencipta. Dah di tetapkan segala hukum yang clear ada kat Al Quran, tapi tak nak jugak ikut. buat sendiri punya... Dengan hukum yang di buat sendiri... tengok lah apa dah jadi... jangan salahkan pemerintah.. kenapa?? kerana kita juga yang suruh dia memerintah.. cuba fikirkan untuk 20-30 tahun akan datang.. bagaimana pulak jenayahnya... selamat ke anak cucu kita duduk kat malaysia ni???

a mother said...

Assalamualaikum,
Bismillah. Al Fatihah buat adik Nurin. Semoga Encik Jazimin sekeluarga tabah menghadapi dugaan ini, be strong for yr families especially yr 3 other cute princesses. Kalau perlu kaunseling, berjumpa ustaz2 supaya lebih tenang menghadapi dugaan ini. Seluruh rakyat Msia mendoakan kebaikan utk keluarga En. Alhamdulillah.

pemburu CELAKA said...

polis g la tangkap penjual cd or vcd lucah yang blambak kat kl and town2 area masing2..ni x,,asyik ambik rasuah je kejenye..xpun tubuhkan pasukan pembanteras kegiatan ni,,tapi jgn hangat2 taik je..
harap kejadian serupa ini x berulang lagi..

Zainal A. Kasim said...

Mari kita semua berdoa semoga cepat pihak polis dapat menangkap pembunuh itu keran kita tidak tahu siapa pula yang akan menjadi mangsa sekiranya pembunuh ini masih bebas.

Kepada yang main-main di dalam blog ini, cermin diri dan ingat bahawa perkara yang sama boleh berlaku kepada diri anda, anak anda, adik anda, kakak anda dan sesiapa sahaja yang dekat dengan anda.

Anonymous said...

Kepada penulis2 semua tolong jangan politikkan blog ini.Tujuan ditubuhkan untuk berkongsi maklumat mengenai adik Nurin.Bukan nak menyalahkan polis,kalau tak salah saya nisbah polis dengan rakyat macam kita yang tak henti-henti buat salah ni 1:2500. kalau nak bantu cegah jenayah sila sarankan saudara mara anda masuk polis atau anda sendiri mohon jadi polis baru tahu asam garamnya..ni tahu salahkan orang tapi tak cermin diri sendiri..semoga penjenayah itu segera dicekup,tolong rakyat M'sia berdoa ramai-ramai.

nadia said...

So sad to hear this news. Al- Fatihah to adik nurin and i hope her family can cope with this current situation. May Allah bless her and all of us.

Anonymous said...

Its sad to know what already happened in our country with such cruel murder specially kid. Pray hard to God that the killer will have their own punishment and die in peace,Nurin. Your next life will be a better and smart growing on the earth!

Anonymous said...

sungguh menyedihkannnnnnnnnnnnn!!!

Raja Nurulfaraiza said...

Buat En.Jazimin dah keluarga..
Bacalah petikan ini dari tulisan Dr.'Ayidh Bin 'Abdullah Al-Qarni dalam bukunya 'Jangan Bersedih (Don't Be Sad).
Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantinya dengan yang lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya. 'Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya, kemudian dengan cubaan yang Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu,nescaya akan Aku ganti dengan syurga - (Al-Hadith)'.
Yakni; barangsiapa kehilangan anaknya tetap berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujaan). Saya tidak mampu untuk menyatakan bahawa saya memahami perasaan sedih dan kecewa anda kerana saya tidak pernah melaluinya namun percayalah, dunia ini adalah terlalu kejam untuk di tangisi. Kepada si Ibu, janganlah terus bersedih, kerana sedih membawa derita. Kasihanlah anak-anak anda yang masih memerlukan perhatian anda.Redhalah dengan ketentuanNya dan ucaplah 'Hasbunallah wa ni'mal wakil' (Cukuplah Allah sebagai Penolong Kami dan Dia adalah sebaik-baik Pelindung). Amin.

Agen Perubah said...

Adik Nurin telah pergi.. usah dirisaukan kerana Syurga menantinya..

Kita yang masih hidup ini perlu berubah.. jadilah manusia yang baik dan mementingkan orang lain lebih dari diri kita sendiri..

Ubahlah gaya hidup kita.. bantulah rakan, saudara lain yg dalam kesusahan.. dermalah..

Tak rugi memberi.. menderma.. membantu..

Semoga dgn perubahan sikap kita dpt menyelamatkan ramai lagi kanak-kanak di luar sana..

Anonymous said...

Dengan Nama ALLAH yang Maha Adil dan Berkuasa keatas segalanya.

Berilah bantuan dan petunjuk kepada pihak Polis untuk menangkap si celaka yang laknat itu dan segerakanlah perkara ini supaya tiada lagi yang lain yang menjadi mangsa.

Kejahatan yang melampau telah dilakukan oleh si celaka yang laknat itu keatas hamba-mu yang kecil lagi tidak berdosa.

Ya ALLAH yang Maha Mendengar dan yang Memiliki Alam Maya ini, sediakanlah hukuman-hukuman yang melampau pula kepada si celaka yang laknat itu untuknya di-dunia ini, di-alam kubur dan di-alam akhirat.

Ya ALLAH ya tuhan-ku yang Memberi Rahmat dan Memberi Kasih Sayang, Engkau terimalah Nurin, anak kecil yang bersih dari segala dosa dan yang mengakui engkau sebagai Yang Maha Esa. Berilah allahyaharmah Nurin, rahmat dan kasih sayang-Mu dan tempatkanlah dia di syurga pilihan-nya.

Ya rabbanna Ya Rahman Ya Rahim, Berilah keselamatan dan perlindungan kepada semua anak-anak kecil.

Selawat dan salam Keatas junjungan besar Nabi Muhammad SanalAllahalaihiWasalam berserta keluarga Baginda.
Amin.

Anonymous said...

Al-fatihah.....
Kepada keluarga Nurin, hadapi lah apa yang berlaku dgn tabah dan ingatlah sentiasa....anakmu Nurin kini sedang berbahagia di Syurga Allah. Nurin menanti orang tuanya di sana. Mudah2an apa yang berlaku mengandungi hikmah yang tak ternilai. AMIN......

Anonymous said...

salam,
Al-Fatihah buat arwah adik Nurin..
Salam Takziah utk En Jazimin & Puan Norazian...
Biarlah apa yang org perkatakan.. Penduduk wangsa maju sentiasa menyokong kalian sekeluarga....
Allah sentiasa di sisi orang yang benar.. dan doa insan teraniaya itu didengar Allah...
"Laillahahilla anta subahana ka inni kuntum minazolimin...'
Nurin damailah kau di sana di sisi Tuhan yang Esa....Tidurlah
adikku... kami di sini sentiasa mengingati wajah comel dan keletah manjamu...

salam
anak wangsa maju
Block C6 SS1

Anonymous said...

"DID police wait too long before setting up a special unit to probe the disappearance of Nurin Jazlin Jazimin?

The 8-year-old went missing on Aug 20 and her parents lodged a police report the next day.

Police set up a special unit to look for the missing girl on Aug 27.


Shelter executive director James Nayagam says police should not have waited almost a week to set up the special unit to investigate the mater." -NST-

Need I say more ???


"The minute a child below 10 goes missing, we should push the panic button so that everyone, including the public, is alerted.

Anonymous said...

kalau tak salah kan polis , nak salahkan sapa..nak suruh public cari sendiri, nak salah kan parent nurin pulak?? Nak suruh public jadi RT tangkap sigiler tu?. Kot nyawa public pulak melayang..dahlah public takde pistol., Pistol Air adeler...

Anonymous said...

icai said...

hmmm...

kes ni mengingatkan aku pada satu filem mathhew mcnoughey & sandra bullock pada tahun 90an. tajuk dia 'A Time To Kill'. did u guys come across this movie? a farmer's


haiyaa. icai, malaysia susah mau beli senapang patah woo...

Anonymous said...

assalamualaikum...

setiap kali terpandang anak2 sekecil nurin....alangkah sedihnya mengenangkan kejadian yang terjadi padanya...

terkadang tertanya2...mengapa dan kenapa adanya manusia sekejam ini hidup di muka bumi ini....mengapa dan kenapa manusia menjadi lupa diri dan langsung tak punyai rasa takut pada tuhan...

Mengapa dan kenapa...manusia seperti ini dibiarkan hidup senang lenang dan bahagia di atas penderitaan orang lain...

Sama2 kita berdoa...berdoa dan berdoa...moga manusia yang tidak layak dipanggil manusia ini akan tertewas akhirnya dan dihukum..(rasanya kala setakat hukum gantung pun tak memadai...)

Dan....moga ibu ayah nurin ini akan sentiasa sabar...tabah...dan berdoa...moga manusia berhati binatang itu akan tertangkap akhirnya.... supaya tidak ada lagi insan2 kerdil yang menjadi mangsanya..cukuplah atas dosa2 yang amat hina itu..

sue said...

ada baca MSTAR online? saya nak quote ckit.. berkenaan dgn Doa khas untuk Tun Dr Mahathir..

Dr Mohd Asri berkata, doa khusus itu perlu dibaca bagi "meminta agar Tun yang dalam keadaan tidak sihat dan baru menjalani pembedahan dianugerahkan kesembuhan dan kesihatan."

Beliau turut mencadangkan petikan doa ringkas yang berbunyi, "Ya Allah! Engkau sembuhkan Tun Mahathir Mohamad dan rezekikanlah beliau kesihatan dan kesejahteraan."

Menurut kenyataannya hari ini kepada para imam di Perlis, mufti itu berkata imam juga boleh terus membaca apa-apa doa yang membawa maksud meminta Allah menyembuhkan bekas Perdana Menteri itu.

Beliau juga berkata "qunut tersebut (boleh) dibaca oleh imam ketika rakaat yang terakhir selepas dari rukuk pada solat fardu."

"Maka pihak masjid diminta melakukan perkara ini dan juga imam boleh membuat doa yang sama ketika berqunut witir," kenyataan itu dipetik.

mungkin selain dari mengamalkan nyer untuk bekas PM kita...kita boleh jugak mengamalkan nyer untuk meminta pertolongan Nya bagi menjejaki pembunuh Nurin Jazlin...

-saya yg jahil..

Anonymous said...

Jgn laa salah kan polis sepenuhnya... dorg wat gak krja utk kes ni.Ntah2 dorg lagi tgh serabut...bkn 1 kes ni jer yg polis kena handle..byk lagi. Mcm mana nk soh polis tambah staff,kalu pemuda2 m'sia sendiri x minat nk apply jd polis, merempit jer tau... parents' adik nurin disoal siasat,itu salah satu usahank dlm mengesan penjenayah..mungkin segelintir polis jer yg x wat krj,tp ramai lg yg lebih bert/jawab..

Anonymous said...

salah menyalahkan macam dah jadi adat.. kita kena carik pulak sapa yang salah.. macam xde pedoman kan? macam x boleh berfikir dah. asyik nak carik salah org.. kalau la adat carik salah org berterusan, aku rasa malaysia ni xkan aman. asyik nak begaduh je.. asyik nak tunjuk menunjuk je. aku nak ajak korang berfikir seketika, kenapa Allah swt itu menjadikan ibu dan ayah untuk anak2 mereka? mesti untuk dijaga bukan? salah polis ke kalau sesuatu malang itu berlaku? salah polis ke kalau mak bpk x jaga anak? salah polis ke kalau ada perogol di malaysia ni? cube bgtau, negara mana yang xde jenayah kat dunia ni? polis ke yang kene jaga anak2 kita? MALANG itu tidak berbau! polis sama macam kita, yang x pernah jangka apa akan berlaku. apa yang boleh dilakukan.. akan dilakukan seterdaya meraka. hingga sanggup gadaikan nyawa.. kerja 24jam.. masa diorang bekerja, dimanakah kita? kita masih boleh tidur lena. sedangkan mereka hari2 hidup dalam cacian dan makian dari kita. fikirlah kawan2.. jika kita x boleh melakukan apa2 untuk mencari pembunuh adik nurin, apa salahnya kita trus berdoa untuk dia, bukan nak carik siapa salah.

Anonymous said...

assalamualaikum..
semoga keluarga nurin tabah menghadapi ujian dariNya...
ermm...betul ker aper yang aku dapat tau...pembunuh nurin seorang lelaki melayu dalam lingkungan umor 20 an...sebab ader sorang saksi tampil membuat pengakuan...rumah saksi nie tidak jauh dari beg mayat arwah nurin dijumpai...dia pernah didatangi seorang lelaki yang ingin mencari rumah sewa...tapi lelaki tu dalam keadaan yang mencurigakan...bila saksi nie tanya nak sewa dgan saper...lelaki tersebut cakap nak sewa dengan adik perempuan...tapi bile saksi nie tanya maner adik pompuan die...lelaki tersebut terus pergi dalam keadaan kelam kabut....
Ya allah semoga pembunuh kejam adik nurin dapat diberkas secepat mungkin......

Anonymous said...

Salam.. en Icai..
Errr.. baru terbaca arr tulisan awak.. Hmmm.. satu ja nk peringat..
Yang Arwah adik Nurin pun sebenarnya akan sedih melihat ayahnya masuk penjara nanti gara2 usul yang saudara lontarkan tu...
hmmm... En Jazimin sedang bersedih... seluruh negara meratapi pemergian tragis ini.. jangan di tambah bara yang tersimpan...sebagai warga yang perihatin pada kesedihan dan kesulitan yang di hadapi keluarga arwah.. marilah kita keluarkan idea yang bernas, bukan menuding jari sesama sendiri..menyalahkan pihak tertentu... takdir telah tertulis cara pemergiannya...cuma sekarang tugas kita bersama2 ialah mencari pembunuh durjana@anak haram tu sampai ke lubang cacing...dan serahkan pada pihak berkuasa....bkn kita menetukan undang2 kita sendiri...(tapi kalu haku dapat dulu pun haram jadah tu, haku 'kerja'kan dulu, baru serah kat polis..ahaakksszz..oppss)
Apapun.. don't try this at home... buat saudara Icai.. patut2lah..

aku yang bernama seri...

BEN HARPER BEN LUDIN said...

tau alamat en.jazimin?

kalau tk dpt ziarah, nak send kad raya/derma atau apa2 sebagai pemberi semangat terutama kak long

Anonymous said...

kesianilah keluarga ni..jgn di spekulasikan isu ah long lg..fikir secara logic drpd ah long bnuh arwah lebh baik jual dpt cover blk hutng duitnyer..dh ternyata nurin mmg di bnuh dgn kejm oleh seorng raped maniac..septutnyer kite m'nunding jari pd kerajaan pemimpin kite knape msih tiada jua tindakan yang di janjikan dulu b'kuatkuasa "rotan di khalayak rmai" biar tkut sume org..bukn mahu b'sikp emotional, atas sikp kerajaan kite telah byk kes d laporkan Ang May Hong, Nurul Huda, NurSyuhada, entah sape lg nnti..penjenayah semkin brani m'cabar!!biar org rmai tgk life hukuman ke ats pesalah biar org lain rsa ngerinyer tkutnyer!!!

sue said...

itu ada dalam berita harian hari nie...ni saya paste sebahagiannya:

~~~Dalam laporannya, pemilik rumah berkenaan juga memberitahu lelaki terbabit memaklumkan mahu menyewa rumah itu bersama anak perempuannya.

"Bagaimanapun, dalam perbincangan mengenai sewa rumah pada hari itu, lelaki terbabit memberitahu dia tidak membawa anaknya kerana bimbang dicabul.

"Pemilik rumah itu hairan kerana lelaki berkenaan berkata demikian walaupun tidak ditanya, tetapi ketika itu dia tidak mengesyaki apa-apa," katanya ketika dihubungi, semalam. ~~~

ex-69 said...

balasan tuhan itu cerita akhirat... balasan dunia, itu kerja kita... sebab itu kita mesti mempunyai sifat balas kekejaman dengan kekejaman.. kadangkala kita harus bertindak kejam & ganas demi untuk menyelamatan nyawa mereka meraka yang tak bersalah darimenjadi mangsa seterusnya... "fight terror with terror"

amin said...

sebab aku tak nak menyusahkan polis la maka aku nak tubuhkan team dark justice nih

aku nak tolong polis hapuskan penjenayah... serius aku cakap.... kalau tak kerana prosedur2 mengarut tu sume, senang je nak hapuskan dorang nih...

contoh... kalau penjual vcd lucah tu... kita hempok ramai2 biar mampus atau cacat seumur hidup.... setel... takde lagi dia nak jual vcd lucah. kawan2 dia pun jadi takut.. terus tukar kerja jual vcd nasyid hehehehe

pusat2 urut haram pun sama.... kita pi sana pastu simbah air kumbahan najis yg paling pekat sekali.... sure takde pelanggan dia nak datang dah... tokey dia kita pukul sampai penyek pankreas dia... sure lepas tu dia insaf punya

takde dakwa dakwi buang masa mahkamah dah...... jimat wang rakyat

sape yg nak join team aku ni, email aku kat aminalkalam@gmail.com

amin said...

ex-69.... ko sesuai masuk team aku

bunga_layu said...

salam...

jangan lah kalian meyalahkan mana pihak, yang penting sekarang penjenayah itu harus ditangkap & mendapat hukuman yang sepatutnya.. kata2 korang ni boleh menyinggung berbagai pihak...
ingat ni bulan puasa tak baik kata bukan2..
bagi sesiapa yang ada maklumat atau ingat sesuatu yang mencurigakan bantulah polis ngan memberi maklumat kerana mungkin kita terlepas pandang pada hari kejadian...bersatukan teguh dari pada berpecah belah dan menyalahkan pelbagai pihak...

diharap keluarga arwah dilindungi dari sebarang perkara yang tak baik kerana mereka cuba menerima kenyataan atas dugaan yang berat yang telah menimpa mereka..

harap pihak berkuasa menimbangkan semula tuduhan yang bakal dikenakan oleh keluarga arwah...
diminta tangkap penjenayah terlebih dahulu dan bila kita tahu motif dia barulah buat keputusan.. jangan buat keputusan mengikut emosi, fikirkanlah jika anda ditempat mereka..at least bila dah tahu kedudukan sebenar dan motif serta dah dapat tangkap penjenayah barulah ditimbangkan sama ada patutkah ibu bapa harus dijatuhkan hukuman dalam kes ini?
kerana mereka masih mempunyai anak2 yang masih kecil jika ibu bapa mereka dijatuhkan hukuman maka siapa yang akan dipersalahkan terhadap pengabaian anak2 mereka yang lain...

Anonymous said...

budk2 yg lahir sempurna bleh ckp de kaki de tgn..klu d larang pun klu dia nk p, dia p jugak..klu dia nk m'nipu ibu bapk dia, kita tau apa..kita yg sebgai ibu bpa cuai tang mna plak ni..awat hangpa nk bg kita ibu bapa yg slah nk bg msuk penjara undang2 apa hangpa buat ni..klu ibu bpak msuk penjara ank2 lain cmne?ank2 sekrg pun dh pndai kt umh dia b'lakon baik kt luar dia jd apa kite pun x tau..klu nk d ikut ja ank2 kite x blehla, kite bleh tegur, pkul dia tp klu dia xnk m'dngr nsihat org tua kita lagu mna nk buat..aduh, kesian keluarga en.jazimin kita, kita cri p'bunuh bukn ckp sumbat ibu bapa p penjara denda lg..aku ni bapak jugak ank 3 semua pompuan klu jd kt ank aku, aku msuk penjara plak..sape nk kasi ank aku kt umah mkn...hanpa kerajaan ka polis ka ckp tu pikir sensitiviti org lain gak..ni yg wat chek mrh sgt ni!!!

Anonymous said...

KENYATAAN MEDIA

WANITA PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)



22 September 2007



TRAGEDI MENIMPA NURIN – SATU TAZKIRAH RAMADHAN



Wanita JIM merakamkan perasaan sedih yang teramat sangat di atas berita pembunuhan kejam anak perempuan comel yang tidak berdosa, Nurin Jazlin setelah hampir empat minggu kehilangannya dihebohkan di akhbar tempatan. Ucapan takziah ditujukan khas kepada ibu dan bapa Allahyarhamah serta keluarganya yang tentu sekali begitu terkesan oleh insiden malang yang menimpa Nurin. Sesungguhnya, nama Nurin akan bersemadi selama-lamanya dalam hati setiap rakyat Malaysia yang turut sama berkabung di atas pemergiannya.



Wanita JIM mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kejam dan sadis yang dilakukan oleh pembunuh yang sudah hilang perasaan perikemanusiaannya. Insiden tragis ini ternyata mencemarkan kesucian bulan Ramadhan yang mulia dan suci ini, di mana kebanyakan umat Islam sedang berusaha mempertingkatkan dan membersihkan diri dari dosa dan noda. Kisah sedih Nurin kini menjadi satu lagi peristiwa hitam keganasan seksual terhadap kanak-kanak dan wanita yang berlaku di tanahair tercinta ini. Tragedi ini mengingatkan kita semua kepada peristiwa yang menimpa Allahyarhamah adik Nurul Huda dan ramai lagi mangsa keganasan seksual sebelum ini. Namun ternyata, segala tindakan, akta dan hukuman yang dijalankan selama ini masih tidak mampu menghalang manusia pemangsa yang kejam dan tidak berhati perut ini dari terus mencari mangsanya. Siapakah pula mangsa seterusnya? Persoalan ini akan mencetuskan satu suasana gerun dan ketakutan yang semakin menyelubungi masyarakat hari ini.



Seperti juga biasa, tragedi ini akan mencetuskan dan membangkitkan perasaan marah yang meruap-ruap di kalangan orang ramai. Cadangan demi cadangan dianjurkan, tindakan dan hukuman diperketatkan. Tidak kurang juga yang cuba meletakkan kesilapan dan kesalahan di atas bahu pihak tertentu seperti ibu bapa dan pihak berkuasa. Seringkali pula, reaksi spontan sebegitu perlahan-lahan hilang dan pudar ditelan masa. Tidak mungkin kita akan dapat membasmi jenayah seksual ini dengan tindakan `hangat-hangat tahi ayam', sebaliknya amat perlu kita membuat muhasabah diri dan refleksi yang jujur bagi mencari punca dan penyebab utama jenayah seperti ini berlaku.



Wanita JIM sudah seringkali menekankan, fenomena peningkatan keganasan seksual di kalangan masyarakat berkait rapat dengan longgarnya ikatan spiritualiti dan lunturnya pegangan akidah individu. Tanpa adanya perasaan takut kepada kemurkaan Tuhan dan rasa harap kepada keredhaan-Nya, jiwa manusia dengan mudah diperdayakan oleh nafsu syahwatnya. Apabila syahwatnya mengganas dan menjadi raja, individu tersebut tidak akan teragak-agak melakukan sesuatu yang di luar dari jangkaan kebiasaan kita. Integriti dan amanah tidak lagi menjadi identiti diri. Perkara pokok mengenai keteguhan iman dan takwa inilah yang perlu ditanamkan setiap masa dan ketika dalam diri individu terutamanya generasi muda.





Wanita JIM meminta ibu bapa memuhasabah diri secara jujur dan telus, menilai semula sejauhmanakah konsep akidah dan kepercayaan ini berakar umbi dalam jiwa anak-anak mereka. Disamping mencadangkan agar ibu bapa sentiasa lebih peka dengan aspek keselamatan anak-anak di luar rumah, sepertimana yang sering diperkatakan, Wanita JIM benar-benar menyarankan agar kesemua ibu bapa memastikan anak-anak mereka dididik dengan acuan nilai dan moral yang tinggi, berpaksikan kepercayaan agama yang dianuti. Fahaman materialistik dan gaya hidup hedonistik yang begitu berleluasa di kalangan keluarga moden hari ini, mestilah digantikan dengan cara hidup sederhana yang menekankan tentang integriti, amanah dan keseimbangan.



Jika para ibu bapa di Malaysia masih leka dan terus menerus melakukan kesilapan membesarkan dan mendidik anak-anak mereka, jangan terkejut sekiranya kita sebenarnya sedang membesarkan satu generasi penjenayah yang berhati kejam dan tidak berperikemanusiaan. Bukankah sudah tiba masanya setiap seorang dari kita melakukan refleksi tersebut?



Pihak berwajib disarankan memberikan fokus yang serius dalam usaha menanamkan nilai agama dan kerohanian yang tinggi kepada ahli-ahli masyarakat. Keseimbangan hidup mengejar dunia dan akhirat akan mencetuskan manusia yang kompetatif dan berdaya-saing tinggi. Dalam masa yang sama, Wanita JIM menuntut agar segala unsur-unsur yang terbukti merosak jati diri generasi muda dan dewasa ditangani dengan tegas, berkesan dan berhemah.



PASTIKAN KEMATIAN NURIN TIDAK SIA-SIA. JADIKAN IA SATU TITIK MULA UNTUK MASYARAKAT KEMBALI KEPADA ASAS AKIDAH YANG MANTAP DAN KUKUH.



Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj

Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM)

012-3243134

amin said...

kalau aku ada singgung mana2 pihak, aku mintak maaf.

Niat aku cuma nak hapuskan penjenayah ni dgn cara aku sendiri.

Anonymous said...

salam,
lawak lah ko ni amin...tapi bernas gak idea ko tu.. apa pun pesanan pihak penaja.. "Ikut rasa binasa, ikut hati... mati.."

p/s Ko ngan icai leh duduk sekapal...

aku yang benama seri...

Anonymous said...

salam.

takziah buat keluarga en jazimin.
semoga Alah cucuri rahmat ke atas arwah dik Nurin....

semoga piak polis dapat mencari pembunuhnya segera.

Anonymous said...

sampaikan sembah salam saya kepada keluarga arwah Nurin. Beritahu ayah dan ibu arwah..."jangan pedulikan segala tohmahan. Seluruh rakyat Malaysia amat bersimpati terhadapnya. Kami rasai kesakitan yang keluarga Nurin rasai. Tabahkan hati..."

cokodok said...

semoga jasad mu tenteram dan roh mu bahagia di sana..kami semua meratapi kehilangan mu..wahai nurin..pemergianmu bagai satu tragedi buat ibubapamu tapi mungkin ada hikmah selepas ini..kepada in-bubapa nurin saya ucapkan takziah dan banyak2 bersabar..semoga kamu akan mendapat kesenangan diatas tragedi ini..anakmu sentiasa mendokan kebahagian kamu..alfatihah..

Anonymous said...

minta polis pamirkan gambar beg sukan tersebut di akhbar atau media elektronik supaya pemilik beg tersebut dapat dikesan. mungkin ada rakan/jiran/ahli keluarga yang pernah melihat beg yang sama bentuk/jenis.

Anonymous said...

smoga roh mu dicucuri rahmat.
kpd keluarga nurin jazlin kuatkan iman mu dlm mhadapi ujian allah.
kami di sini sentiasa mdoakan yang nasib mu diadili dgn kadilan y setimpal .

abang said...

aku bukan sengaja nak buat lawak sebab aku tau ini waktu sedih utk semua org.. terutama ibubapa Nurin.

aku pun ada anak perempuan... umur 4 tahun. Aku boleh bayangkan camana perasaan ayah Nurin (masa taip ni hampir meleleh air mata aku tau)

abang said...

To amin... aku harap misi kau berjaya. Bagus kalau ada warga yg prihatin macam kau ni. Cuma jangan salah gunakan kelebihan yang kau ada.

gidong said...

Sampai hati KPN keluarkan statement KEMUNGKINAN IBUBAPA NURIN AKAN DIKENAKAN DENDA RM5000 ATAU PENJARA 2 TAHUN ...

UNDANG UNDANG MANA LAK DORANG PAKAI NI .. YANG TAK BERSALAH DIJADIKAN TAHANAN ?

AKU MAKIN BINGGUNG DENGAN UNDANG UNDANG .....

Saya terbaca statement tu dari NST .

grd said...

My very deep condolences to Kak Ngah's family. This incident realy brought up angers,sadness,frustration n sympothy..What can v really do with this kind of human beings which also can be called as HAIWAN YG BERTOPENG MANUSIA. Actually more than a haiwan. It is really hard to believe that they can do this to such a young unsinful child. What did the child do to that murderer?? I really don't understand!!! It realy brought up heavy tears. Now, children especially girls cant live a safe life. They cant move in freedom. What does these people need? Why do they torture this young children??? This incident also woke all the parents up.
(PARENTS)= IT IS UR JOB 2 TAKE GD CARE OF UR CHILDREN. NEVER LET THEM OUT OF UR SIGHT. This world is getting dangerous. As more our world grow up, more cases as this is increasing but it supposed to decrease. I hope Nurin will stay safe n happy with GOD. But I still hope that girl in the sport bag is not Nurin. I am praying that Nurin will come back one day. I will try not to lose hopein that. If this murderer is caught he must be punished in front of ALL Malaysians. Wish that murderer will be caught and punished in a satisfied way. (MALAYSIANS)= PLEASE DO NOT LOSE HOPE TO FIND THAT MURDERER. IT IS ALSO ONE OF OUR JOB TO DO SO. PLEASE GIVE CO-OPERATION. WE MUST FIND THE MURDERER!!!!!!

The words are just pouring out in anger. But this is a few words that i would like to say in my part as a human being. Sleep in harmony with God, Nurin. He is always with u.

Anonymous said...

pada pendapat saya, ibubapa kepada arwah perlu dikenakan tindakan atas kecuaian yang telah dilakukan.mereka tidak sepatutnya membiarkan arwah pergi seorang diri tanpa pengawasan penjaga.kita sbagai manusia dianugerahkan akal dan fikiran untuk berfikir.lihatlah akibat yang terpaksa ditanggung sekarang.renung2kan apa yang saya perkatakan ini.sesungguhnya mencegah lebih baik dari menyesal dikemudian hari.apapun saya mengucapkan takziah ke atas kehilangan arwah.semoga rohnya dicucuri rahmat.amin....

Anonymous said...

Peristiwa ini membuatkan saya cepat panas hati dengan lelaki, kalau polis tak dapat menangkap pembunuh ini, aku bersumpah biar Allah S.W.T merubah wajah pembunuh itu menjadi wajah binatang.

AkaZukii said...

salaams..

NO words can described the family's grief i'm sure and NO amount of sympathy can bring back beloved nurin. AND now MORE police interrogations and allegations with loan sharks definitely NOT helping...simply absurd!

WHAT is happening with our authority and society? Is nurin's case not clear enough to see how sick and dangerous our surroundings have become especially to young kids?? Do we need another Nurin killed?

TO IGP: get your men rolling, find the mad rapist fast before they strike again! AND QUICK hassling the parents and threats of possible negligence arrest! they had enough..ENOUGH!

TO Nazri & Shahrizat: More stringent penalty enforced to the sex-maniacs when caught, tolerance not an option at all.

p/s: as i was reading past entries...tears was running down my cheeks..I, a STRANGER could not bear the pain, as such, only Allah knows how terrible the family have to go through..

with that, to the ignorant people, STOP politicizing this blog, THIS blog should be kept in loving memory of the beautiful girl, for us to mourn..and for society to learn not to leave our guards down easily...ALL of us should take note of this sad tragedy..

The only thing we can do is to pray for her soul and pray for the beast to be caught soon.

Al-Fatihah.

MALAIREN said...

Salaam.

Tidak tertulis kesedihan di hati ini. Bergenang lagi mata ini memikirkan keperitan yang dilalui si kecil ini. Terubat jua sedikit apabila teringatkan janji Allah dan RasulNya. Aman sudah adik ini disisi PenciptaNya.

Persoalan yang tinggal hanyalah gerangan siapa pembunuh kejam ini. KPN kata polis semakin hampir untuk menangkapnya, tapi ibubapa Nurin pula yang disoal. Kalau pun benar mereka bersalah, harga yang sudah mereka bayar tidak sanggup ditebus oleh rakyat Malaysia yang punya anak mereka.

Kepada pihak berkuasa, saya menyeru agar tumpuan diberikan kepada penangkapan pembunuh Nurin. Bawa mereka ke muka pengadilan, dan jika benar bersalah, sama-sama kita hantar mereka untuk berjumpa dengan Yang Maha Adil.

gidong said...

Saya rasa itu bukan kecuaian mereka .. tetapi "keadaan" tersebut adalah normal bagi masyarakat kita .. kadangkala kita biarkan anak kita jaln sorang2 juga .. cuba tanya bapa2 yg lain, siapa antara mereka yg berkepit gan anak 24jam sehari .. CUAI dlm ertikata lain cthnya "ter"jatuhkan anak ketika dlm gendongan .. itu cth sahaja .. tetapi kita lihat dlm kes ini ... "keadaan"nya bkn dlm kes kecuaian .. Saya masih tdk setuju kalau tindakan undang2 diambil terhadap bapa Nurin ..

TIDAK SETUJU !

Anonymous said...

I really pity Nurin. She was such a sweet little girl. The person who murdered her is a really horrible person.

Anonymous said...

Sampai masa ubah hukuman. Perogol perlu dihukum sebat di khalayak ramai. Kalau boleh rejam, aku pun nak baling batu sama.

Anonymous said...

Buat Sue,amin,icai and semua..
apa2 pun kita tunggu perkembangan nya esok... bagi masa pada pihak berkuasa lagi 2 hari ja lagik..Pastu Amin ngan Icai leh jadi 'kepala', kita sama2 cari pembunuh tu ngan 'cara' kita sendiri...Nmpk mmg mcm lawak.. tapi hati ini penuh dgn dendam...Bkn nk jadi superhero ka cicakman ka... geram tau dak...gerammmmm!!! sampai dah hari ke 8.. apa kes?!! takkan kat beg tu tak ader sikit kesan pun selain rambut 2 helai tu? Cap jari ka... pelik lah...tiap kali aku nk lelap, mata terbayang wajah
Nurin...Kalu ada lah Team CSI aku nk join sekali...

Anonymous said...

mesti adik nurin sedih klau tahu ibu dan ayahnya kena dakwa..

SUDAH JATUH DI TIMPA TANGGA...

Daripada buang masa nak dakwa parents dia, lebih baik fikir camna nak perangkap penjenayah keji tuu... selesaikan keja satu persatu dulu..

Anonymous said...

Marilah kita berdoa ramai-ramai..doa dengan khusyuk..agar penjenayah tersebut dapat ditangkap dan dihukum.

"Ya Allah, Tiada Tuhan yang disembah melainkanMU ya Allah...Ya Allah, Tuhan sekelian alam..kami mohon padaMu, dengan kekuasaanMU, dengan kebesaranMU ya Allah, tunjukkanlah kami jalan yang benar..permudahkanlah urusan kami untuk mencari penjenayah yang telah membunuh adik Nurin...kurniakanlah kami dihidayah dan petunjukMu, sesungguhnya tiada tempat untuk kami meminta..tiada tempat untuk kami mengadu...hanya pada MU ya Allah..kami meminta..perkenankanlah permintaan kami ini..Amin ya rabbala'lamin.."

untuk keluarga adik Nurin, saya menyarankan amalkan surah Alam Nashrah..lakukan selepas solat..khusyuk dan berserah diri kepada Allah semasa memohon padaNYA..InsyaAllah, Allah akan memberi apa yang kita minta selalu..

Al-fatihah untuk Adik Nurin Jazlin...

Anonymous said...

saya nak cadangkan di sini, kalau tertangkapnya pembunuh arwah Nurin biar arakkan dia ke seluruh negara. biar setiap rakyat Malaysia menatap wajah binatang bertopengkan manusia ini.

sekian. tk

Anonymous said...

untuk amin & the geng..

korang sume nie serius ke???

pe pun saye bagi sokongan moral laaa... Tolong tangkap A.S.A.P

TQ..

Anonymous said...

kenapa mesti nak hukum ibu bapa nurin....kalau diorang dihukum saper nak bagi makan anak² diorang yang lain tu...kalau nak kater mak bapak nurin cuai cuba tengok brape ramai anak² yang sedang bermain² di luar sane...balik dari sekolah jalan kaki...anak² bawah umur yang merempit, isap ganja, jadik bohsia....bolehkah pihak berkuasa hukum semua mak bapak kat malaysia nie???...semua mak bapak nakkan yang terbaik untuk anak² mereka...semua benda nie berlaku sebab si penjenayah durjana nie...bolehker mak bapak berkepit 24 jam dengan anak² mereka...pikirla logik....kiter pikir malaysia nie selamat...tak sangka pulak ader si penjenayah durjana nie....

amin said...

Aku tak janji la boleh tangkap ke penjenayah kes Nurin ni. Kami akan cuba.

Tapi penjenayah2 lain tu mmg kami akan cuba hapuskan.

Fokus utama... penjual VCD lucah dulu.

Sebab dorang ni antara punca kenapa lahir banyak sangat sex maniac dalam masyarakat kita.

amin said...

tapi.. apsal takde yg apply masuk team aku nih? ishhhh takut ke?

bebudak silat... meh join weh...

Anonymous said...

AlFatihah to Allahyarhamah Adik Nurin..

Until this very day, I still can't help but shed tears over Nurin's unjust and brutal death.

To Nurin's family, be strong...every grey cloud has its silver lining.

Probably all our solat hajat has 'softened' the heart of the beast to return Nurin to the parents in one piece, so she can be kapan-ed and buried according to our rightful Muslim way.

To Nurin, may you rest in heaven...

gidong said...

Baik kita buat petisyen utk BANTAH tindakan undang2 d ambil terhadap keluarga mangsa.

Agar polis akan lebih fokus utk mencari pembunuh durjana tersebut.

Sapa setuju ..

Anonymous said...

Salam,

Takziah buat keluarga Jazimin...

p/s:- untuk amin aku doakn ko semuga burjaya... AMIN...

Anonymous said...

Salam semua...

aku rasa polis takkan ambil tindakkan undang-undang kpd ibubapa nurin.....
kalau ditakdirkan KPN dan lain-lain bersetuju tindakan undang-undang diambil kepada ibubapa nurin...

makanya.... takut rakyat je kang buat "keputusan" sendiri.....

harap Pak lah boleh bg "komen" dia sikit kot.... kalau tidak KPN, Nazri dan lain-lain asyik "melatah" je.

Anonymous said...

Takziah kepada keluarga Nurin...
Aku masih risau kepada anak2 yang kecil yg tidak berdosa ini...selagi penjenayah ini tidak ditangkap keselamatan anak2 kecil termasuk juga anak ku masih belum lagi selamat.

Ya Allah selamatkan anak2 ini daripada genggaman penjenayah yg masih bebas ini.

ZAHARAH said...

Saya teramat sangat Agree dgn pendapat cik AMIN!

Anonymous said...

3:49pm anonymous said:i'm not agree at all
tidak patut cadangan tindakan ke atas ibu bapa nurin di sokong.nanti kalaula anda berkeluarga ataupun telah berkeluarga bolehkah anak anda diperhatikan 24 jam?bolehkah anda memastikan keselamatan anak anda berjalan pulang dari sekolah hanya 100 meter dari rumah anda, bermain di luar rumah, taman permainan dan sebagainya. anda perlu ingat malang tidak berbau di rumah pun boleh terjadi hal yang sedemikian jikalau rumah anda dimasuki perompak merogol anak anda dengan kejam sedangakn anda terpaku kerana di pukau bagaimana??

perlu diingatkan di sini bagi semua malang tidak berbau.

yg merindui nurin said...

pasti tak tertanggung kesakitan nurin...

Allah Maha Besar
Allah Maha Penyayang
Allah Maha Pengasih

Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar

Ketika Nurin disiksa...Kesakitan terlampau yang dirasai tidak terucap...

Allah Yang Esa pasti mencabut rasa kesakitan itu dari dalam diri Nurin...

yang nurin tahu...telah terbayang di mata Nurin satu taman indah yang tidak pernah terlihat oleh dirinya di dunia ini....

dan seorang jejaka yang amat tampan rupanya,harum, sedang merenung Nurin dengan penuh kasih sayang...hanya menunggu masa dan izin dari tuhannya untuk membawa Nurin ke taman indah.....................

BEN HARPER BEN LUDIN said...

amin...

aku nak join tapi malu...bkn apa aku dah la kaki bangku, silat apatah lagi...silat cekak pinggang tau la...

mummy aaa said...

kepada nazri aziz dan musa hassan...

apa la hampa dua orang dok mengarut ni...

hampa ni.. dah lah mak bapak nurin tak abih lagi bersedih dgn kehilangan anak kesayangan depa..
hampa dua orang plk dok buat roplah jingga...tambah lagi kesedihan depa.. depa dah cukup terhukum..

awat? dah abih ka reja hampa dua ornag..

hampa ni.. kalau nak sanagt saman orang.. p lah saman mak bapak yang biaq anak depa dok merempit siang malam, mak bapak yang biaq anak2 depa dok ponteng skolah, dok hisap rokok.. yang dok bawah pokok dalam taman..

iissshhh.. nasib baik aku ni posa.. kalau tak, rasanya boleh terkeluaq api kat telinga aku ni...

hampa dua orang baik p mintak maaf balik kat mak bapak nurin atas keceluparan hampa dua orang..
mintak maaf la ni jugak.. tak payah tunggu raya. takut hampa tak sempat sambut raya lak..

Deanz said...

Salam,

takziah untuk keluarga Nurin,

Secara peribadinya, dakwa dakwi, cuai muai, tuduh menuduh, ambil kesempatan dan yang paling pentingnya isu ini bukan modal politik bukanlah jalan penyeselaian kepada tragedi yang menimpa Nurin. Jejak dan berkaslah manusia haiwan ini!

Anonymous said...

bagi saya semua org salah dan cuai..ada betul ibu bapa cuai, betul juga masyarakat cuai, ada benar pihak berkuasa cuai...

kadang-kadang ibu bapa memberi kebebasan pada anak tak sesuai dengan kematangan anak..betul kita nak anak-anak kita berdikari tapi dalam usia 1-12 sekiranya berseorangan atau berdua dengan rakan yg lebih kurang umur apalah daya seorang budak hendak melawan dan mempertahankan diri...KENA INGAT!!! ANAK-ANAK adalah AMANAH BESAR dari ALLAH...pincang dia akan dipersoal, jadi begini juga akan dipersoal....selagi dia tidak baligh tanggungjawab terhadap anak sangat-sangat besar...

Betul ke masyarakat kita prihatin..?ni saya tanya diri saya sendiri... ? Kadang2 masyarakat pandang sebelah mata saya..tak peduli hal org lain...kadang-kadang bukan tak peduli tapi takut nak tanya atau tegur kalau-kalau kena maki, kena pukul ataupun tersalah tanya kena malu...

Pihak berkuasa hanya bersifat reaktif..bertindak bila terjadi sesuatu...sudah lazim dan sangat-sangat lazim...

jadi sudah-sudahlah menyalahkan org lain....mungkin kita semua salah...baik diri kita sendiri dan keluarga arwah.. sama-sama muhasabah diri....yang betul kekalkan betul yang salah ubah biar jadi betul...

ketepikan dulu nak dakwa ibu bapa dan sebagainya..hal tersebut pada waktu ini tidak kritikal..yang PENTING tingkatkan usaha untuk mencari penjenayah SADIS ni...manatahu sekarang BINATANG tu ada "plan" lain pulak.....biarlah dulu..bebanan sedih keluarga nurin tak hilang lagi ditambah dengan kerisauan lain pulak...sedangkan BINATANG tu mungkin tegah bergelak ketawa..

polis tgh menjalankan tugas walaupun lambat....

KIta perlu sabar dengan DOA....
DOA itu SENJATA MUKMIN...kalau pihak berkuasa lambat marikita semua cepatkan dengan doa..

lebih2 lagi doa ibu arwah..BERDOALAH...DOA itu hak kita tapi ketentuannya milik Allah..tapi allah ada berfirman allah akan makbulkan doa bagi orag yang solat dengan sabar dan berdoa......

MaryKate said...

To En Jazimin and Family
My condolences.I followed Nurin's progress day and night, read all the papers and news. I cried when i saw the funeral.as a parent to 3 young children, i am so sad and angry over this incident. It should not have happened. there are so many children died due to sexual abuse and we hardly see the culprit being caught. I hope that Nurin's death will not be in vain, that laws and procedures will be changed to make Malaysia a safer place.We must implement the most severe punishment possible to these sick people. Nurin is in our heart and we will pray for her always. marykate

alerina said...

salams..
mmg ada undang2.tp kenapa skrg baru hendak diguna pakai?adil ke?if mcm tu..charge kan semua parents yg anaknye pernah dirogol,hilang, and any related crime.baru adil..charge adek yin nye parents..mereka cuai juga n menyusahkan rakyat n polis juga....nasib je baik...nak charge,charge semua..baru adil...Malaysia mmg mcm tu.bila dah teruk,baru nak guna akta n undang2.masa dulu2..if dah tegaskan akta ni..sure tak byk kes n parents are more aware n takut to undang2..

chicken Little said...

JAZIMIN Abdul Jalil memangku jenazah anaknya, Nurin buat kali terakhir sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Setapak, Kuala Lumpur, semalam.



KUALA LUMPUR 21 Sept. – Suasana sedih dan pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Taman Ibu Kota, Gombak di sini hari ini apabila jenazah kanak-kanak mangsa bunuh dan deraan seksual, Nurin Jazlin Jazimin, 8, disemadikan kira-kira pukul 2.45 petang ini selepas solat Jumaat.

Bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, 33, dan ibunya, Norazian Bistaman, 35, serta tiga adik-beradik Nurin Jazlin tidak dapat menahan tangisan mereka ketika jenazah itu diturunkan ke liang lahad.

Suasana bertambah pilu sewaktu 500 hadirin di tanah perkuburan itu memberi perhatian kepada bacaan talkin oleh Imam Madrasah Assa’Adah, Abdul Aziz Elias Zahari Abdullah.

Selesai upacara pengebumian yang diadakan ketika cuaca panas terik, Jazimin yang sebelum ini tidak dapat menerima hakikat bahawa kanak-kanak yang dibunuh itu adalah anaknya gagal mengawal emosi.

Pemandu teksi itu menangis teresak-esak di hadapan pusara Nurin Jazlin hingga terpaksa ditenangkan oleh keluarga terdekat. Isterinya, Norazian berdiri di sisi bersama tiga orang anak mereka iaitu Nurin Jazshira, 10; Nurin Jazrina, 6, dan Nurin Jazliza yang berusia setahun.

Jazimin yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam kemudian dilihat memeluk isterinya yang berjubah dan bertudung hitam.

Norazian juga tidak dapat menerima hakikat pemergian anak kesayangan mereka.

‘‘Kita dah berikhtiar, nak buat macam mana.

‘‘Allah sayangkan Kak Ngah (Nurin Jazlin), nak buat macam mana. Allah sayangkan Kak Ngah,’’ bisik Jazimin sambil memeluk isterinya buat seketika.

Turut berada di tanah perkuburan itu menyaksikan pengebumian Nurin Jazlin yang hilang selama sebulan sebelum ditemui mati dalam keadaan tragis ialah Isteri Yang Dipertua Negeri Melaka, Toh Puan Zurina Kassim; Ketua Puteri UMNO Wangsa Maju, Datin Ismalina Ismail dan kenalan rapat keluarga mangsa iaitu penyanyi dan pelakon, Hail Amir.

Selepas perasaannya kembali tenang, Jazimin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang prihatin dan tidak putus-putus mengirim ucapan takziah kepadanya sekeluarga.

Jenazah Nurin Jazlin dituntut dari Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini pagi ini sebelum disembahyangkan di Madrasah Assa’Adah, Seksyen 1, Wangsa Maju yang terletak kira-kira tiga kilometer dari tanah perkuburan itu.

Semalam, Jabatan Kimia mengesahkan mayat kanak-kanak yang ditemui dalam sebuah beg pakaian di Petaling Jaya pada 17 September lalu ialah Nurin Jazlin.

Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat itu menggunakan sampel kuku, rambut dan darah ibu bapa Nurin Jazlin mendapati ia sepadan.

Jazimin petang semalam masih tidak mahu menerima keputusan DNA itu, tetapi mengubah fikirannya selepas bertemu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad malam tadi.

Imam sembahyang jenazah, Abdul Aziz Elias Zahari juga dilihat menangis teresak-esak ketika membaca doa selepas mengimamkan solat berkenaan yang disertai 200 jemaah.

Keluarga terdekat dan ribuan orang ramai tanpa mengira peringkat umur dan kaum turut menziarah. Turut datang ialah rakan-rakan sekolah dan guru-guru Nurin Jazlin yang berkumpul di madrasah itu bagi menatap buat kali terakhir jenazah mangsa yang tiba kira-kira pukul 11.30 pagi.

Ibunya, Norazian, tidak mampu untuk berkata-kata. Setiap pertanyaan pemberita dan kenalannya hanya disambut dengan esakan wanita itu.

Antara yang turut menziarahi jenazah Nurin Jazlin di madrasah itu ialah Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharudin.

Sementara menunggu jenazah anaknya disembahyangkan, Jazimin sempat menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah bagi dirinya dan isteri berserta anak-anaknya.

Beliau juga membayar zakat fitrah untuk Allahyarham Nurin Jazlin.

Zakat fitrah untuk enam orang yang nilai keseluruhannya RM28.20 diterima oleh Amil Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Abdul Manan Abdullah.

Jazimin datang ke rumah mayat (HKL) pagi ini bagi menuntut jenazah anak keduanya daripada empat beradik itu.

Beliau tiba kira-kira pukul 10 pagi.

Sepanjang proses menuntut mayat dan menunggu jenazah anaknya dikafankan, beliau kelihatan sugul dan tidak dapat menahan perasaan mengenangkan anak perempuannya menjadi mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang ditemani keluarga dan sanak saudara, dibenarkan membawa keluar mayat anaknya pada pukul 11.15 pagi.

Selepas bacaan doa, jenazah dibawa keluar dari pekarangan hospital dengan sebuah van sambil disaksikan dengan wajah sayu oleh orang ramai dan kakitangan HKL.

Pada 20 Ogos lalu, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak di sini, dilaporkan hilang setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju.

Usaha mencarinya di Kuala Lumpur dan beberapa negeri selama sebulan tidak membuahkan hasil. Pada 17 September lalu, mayat seorang kanak-kanak yang disumbat di dalam sebuah beg ditemui di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya dekat sini pada pukul 8.30 pagi.

Jazimin dan Norazian pada mulanya menafikan mayat kanak-kanak itu Nurin Jazlin yang rambutnya telah dipotong pendek, tubuhnya kurus kering dan mengalami kecederaan akibat deraan seksual. Empat hari selepas itu ujian DNA yang dijalankan mengesahkan mayat itu ialah Nurin Jazlin.

chicken Little said...

sy nizam dr GHETTO SCOOT CLAN SELURUH MALAYSIA.megucapkan salam takziah kepada allahyarham nurin jazlin semoga die trus masuk kedalam syurga..

AL-FATIHAH....

Anonymous said...

All that ought be said had been said, so i'm just going to say al fatihah and may Jazimin and his family seek solace and guidance from Allah.Jangan hiraukan apa yang suka dikatakan oleh mereka yang mulut berbisa, Anda tahu bahawa anda telah menjaga Nurin dengan baik, semampu anda, ada hikmah sebalik duka anda sekeluarga.Ingat, Allah tidak akan membebani hamba dengan beban yang tak tertanggung olehnya.-Surah Alam Nasyrah...
hajah Paizah.

Anonymous said...

ucapan takziah untuk keluarga nurin. sememangnya terlalu sedih membaca dan mengikuti kesah adik nurin. walaupun orang asing dan bukan terdiri dari golongan keluarga nurin, saya terkenang akan kisah nurin yang menyayat hati yang pasti akan mengalirkan air mata sedih. dan doa saya agar polis segera dan menangkap binatang tersebut, isya'allah bulan ramdhan yang mulia ini, allah makbul kan hajat. berdoa-lah.

Anonymous said...

It is said that prisoners, despite being crooks themselves, hate people who harm children, like paedophiles, child rapists, abusers etc. They reserve "special treatment' for these beasts.

Dear God, make it possible for this satan to be caught.

shahxx said...

kenapa pulak la ibu bapa nurin yg kna hukum rm5000/jail 2 taun..sume org pun cuai gak..perdana menteri pun cuai gak..bukan sume org perfek..kes ni jgn ditumpukan kpd enjazimin n isterinya..tumpukan kpd hamjadah yg bunuh nurin..org zaman skarang dah mcm x cukup pompuan..budak2 yg jd mangsa..saya harap pembunuh ni dpt diseksa dgn terok

hamba Allah said...

hanya Allah dan Arwah Adik Nurin yg tahu segala keperitan dan seksaan yg dilalui... dan juga siapa sebenar2nye yg melakukannya...

kepada En Jazimin sekeluarga, banyakkan bersabar, ini semua dugaan dan ketentuan Ilahi. Terimalah dgn penuh redha. Setidak2nya, Arwah Kak Ngah insyaAllah telah pun berada di Syurga Allah menantikan ibubapa dan adik-beradiknya yg lain utk datang menemani beliau di sana.

Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah bagi kami untuk mencari hambamu yang bertanggungjawab terhadap perbuatan keji ke atas insan yang tak berdosa ini.. Amin Ya Rabbal Alamin.

Anonymous said...

Buat arwah adik Nurin Jazlin semuga roh mu di sisi ALLAH...ALFATIHAH
Buat keluarga bersabarlah banyak-banyak, saya tahu kesedihan ini susah untuk diatasi....
Saya sendiri sentiasa menitiskan air mata apabila melihat wajah arwah adik Nurin Jazlin...
Saya doakan penjenayah cepat ditangkap!

Anonymous said...

harap famili nurin bersabar dengan dugaan ini..cepatlah dpt pembunuh nurin jazlin..semoga syaitan laknat itu dapat pengadilan yang setimpal....disiksa sebelum di hukum gantung...insyaALLAH... Allah itu maha adil...harap famili nurin tidak putus2 berdoa supaya diberi petunjuk di mana syaitan laknat itu berada dan polis dpt menjejakinya...Insyaallah doa org yg dianiayai akan dimakbulkan Tuhan...Amin..

Badai said...

Assalamualaikum! kawan2 semua..
Aku terpanggil untuk meluah kan rasa sedih dengan apa yg terjadi pada adik NurinJazlin.

Kita percaya apa yg terjadi adalah sudah tertulis sejak azali, cuma kita terkilan cara dia disiksa yg tidak peri kemanusiaan.

Apalah si SYAITAN tu dapat setelah membunuh budak yg tidak berdosa?

Dengan kesempatan ini sya mengucap kan takziah buat mak & ayah NurinJazlin...

Anonymous said...

Hairan betul dengan sesiapa sahaja yang melemparkan tuduhan cuai terhadap ibubapa allahyarham adik Nurin. Adakah ibubapa yang ingin melihat anaknya diseksa dan dipisahkan dari mereka? cubalah tanya diri sendiri. Berfikirlah dengan waras sebelum melemparkan tuduhan sedemikian terhadap ibubapa mangsa. Kepada En.Jazimin & Pn.Norazian, bersabarlah..Allah itu adil..semoga binatang yang memisahkan adik Nurin dengan kalian dapat diberkas dengan segera dan diberikan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya.

:: dotter.hms :: said...

to jasni,

thanx sbb tak tutup blog ni.. :)

~semoga adik nurin bersemadi dengan aman di sana..

~semoga 'manusia yang bertopengkan haiwan' itu semakin tidak aman & ditunjukkan siapakah gerangan si dia itu!!!

~al-Fatihah buat adik Nurin Jazlin bt. Jazimin..

mischa said...

Mana pergi perikemanusiaan saat melihat sekujur tubuh arwah?

Mana pergi pertimbangan??

MasyaAllah...kenapa kejam sangat?
Arwah masih tak mengerti apa-apa...

walauapapun alasan & spekulasi tentang keluarga arwah,
tindakan si pembunuh memang melampaui batas!

buat keluarga arwah,
tabahlah menghadapi dugaan ini...
banyakkan berdoa
dan saya yakin setiap saat dan ketika ramai yang tak lekang mendoakan anakmu

balasan pasti akan tiba....

mischa said...

Undang-undang manusia takkan cukup dan setimpal dengan perbuatan si pembunuh durjana!!!

Laknatullah lah kamu dunia & akhirat!

Allah itu Maha Adil!!

rye corleone said...

bukti betapa korupnya sistem kat negara ni ha.cetak rompak diharamkan la apa la.tp cd ciplak dan lucah besepah jual tepi jalan.ko mintak je mesti ada yg hulur.mane tak ramai org gile seks kat malaysia nih.

nak cegah bende2 camni, kene tgk dr akar/punca dulu.prevention is better than cure.

can malican oi oi said...

manusia sekarang tidak bertindak mengikut akal fikiran yg waras...bnyk faktor luar yg mempengaruhi sesuatu tindakan itu...aku sokong dgn pendapat rye corleone...kite harus sedar suma yg berlaku ade hikmahnye...

Anonymous said...

nak rekod apanya polis hoi.....
dah lebih sebulan kes berlaku,dari hilang sampai dah jumpa dalam keadaan yang mengerikan...lagi mau amik kenyataan????

yessss...saya setuju keluarga nurin cuai...

yesss...saya setuju kita rakyat malaysia pun cuai....

yesss...totaly yesss...saya bersetuju kalau dikatakan polis paling bersalah dalam hal ini sebab mereka adalah orang yang dibayar gaji untuk menjaga keamanan kita...dapat GAJI tau jadi POLIS...bukan sukarela macam RUKUN TETANGGA tuh..ribulah saudara..bukan ratusan aje

adakah polis menjalankan kerja mereka? yesss..ada...kerja yang dibuat kalau ada udang sebalik mee je..selain tuh susahlah..

dulu orang respek dengan polis sebab polis dulu rajin dan cekap.Hari nih penyangak pecah rumah,kalau tak besok,lusa tulat sah ada yang kena tangkap.Skang nih jangankan kata pecah rumah kita..yang pecah rumah menteri dengan rumah polis berpangkat pun tak settle2 lagi.Jadi alasan lapok diaorang ialah kekurangan anggota.

Kenapa tak mohon kabinet peruntukan tambah anggota lagi?Beribu orang yang tak bekerja skang nih,asal korang pilih orang tak ikut bulu sudahlah.

cubalah kita renungkan sekejap, mana lagi banyak antara anggota polis dengan doktor?aku pasti polis lebih banyak dari doktor,tapi aku tak percaya kadar jenayah sehari kita lebih banyak dari kadar orang yang sakit dalam sehari.Kenapa masih boleh kata tak cukup pulak??? sedangkan takde pulak doktor komplen tak cukup kakitangan.

alasan semata2....

skang ni aku boleh jumpa vcd haram merata tempat,mercun,rokok seludup,mesin kuda,rumah urut...alahai..melambaklah..tapi apa nak buat..polis sibuk dengan hal lain...hal apa tak taulah..

sampai bila pun tak selesai masalah ni

taichee~@! said...

Assalamualaikum wbt.,

Dear En. Jasni & Family of Arwah Nurin Jazlin,

My deepest condolences to you and family. Alfatihah.

Its a sad sad world kat Mesia nih jenayah yg dibuat ke atas kanak2 terlalu banyak! Apakah ini tandanya ketidak seimbangan pembangunan insan dan pembangunan negara? Org yg membuat jenayah sekejam ini tidak ada pegangan agama, korup minda dan spritual yg lemah.

Saya selalu berdoa agar penjenayah kejam ini, tak kira lah lelaki atau wanita dijumpai, ditangkap dan seterusnya dihukum bunuh. (Kalau boleh nak lihat mereka tersiksa dulu). Ikut perundangan Islam, org begini selayaknya MATI.

Setiap yg berlaku ada hikmahnya. Senang saya berkata tapi yg pasti, keluarga arwah yg menanggungya, lebih berat memikul dan meneruskan hidup. Semoga Jazimin & keluarga bersabar kerana sabar itu besar pahalanya.

Semoga arwah Nurin Jazlin/ Nurul Huda (JB) dijadikan bidadari syurga, insyaAllah.

Elmi said...

sabarlah dgn dugaan yg melanda.....

Anonymous said...

al-fatihah buat nurin jazlin
kepada keluarga nurin jazlin salam takziah..harap kalian bersabar dgn ujian allah s.w.t

Anonymous said...

To the family of Allahyarhamah Nurin Jazlin.... Bersabarlah... Allah lebih menyayangi dia yang kini bersama para Anbiya menanti ibu dan ayahnya di sana.
To the Culprit.... If you happen to be in my path, I'll make sure you will endure the same of what you have done to Nurin before anybody else can touch or see you.

Anonymous said...

akum...

berat mata memandang, berat lg bahu yg memikul. tiada kata2 yg dpt sy keluarkan.

sy cuma berharap, kalaupun kita tidak berjaya menjejaki pembunuh, biarlah pembunuh itu tidak tenang tidurnya, tidak kenyang mknnya, tidak keruan gerak gerinya, tidak sejuk penghawa dinginnya. panaslah engkau, gilahlah engkau lalu berserahlah engkau. bagaimana gilanya engkau sanggup menjadi kerabat iblis, segila itulah engkau kepingin menyerah diri di tgn pihak berkuasa. dan ingatlah,sekejam2 manusia, sesungguhnya balasan Allah yg plg adil dan setimpal. tawakallah!

-ashikin

-Pencinta Kanak-kanak said...

Aku memang geram gile kat bapak binatang 2!!!Tak sabar rasanya nak tengok muka jahat dia.Bilalah polis dapat tangkap penjenayah 2??Lama lagi ke??Setiap hari aku nak tau news tbaru.Tapi xtau bile?Rasanya semua orang geram dan sedih dengan kisah adik Nurin.Yang pasti dia sedang berada tenang di syurga.Amin...

-Pencinta Kanak-kanak

Anonymous said...

Ya Allah

tempatkanlah bidadari ini
bersama hamba-hambamu yang saleh.

Tabahkan hati bonda dan ayahandanya
serta seluruh keluarganya.

Peliharalah anak-anak kami
dari syaitan bertopengkan manusia seperi ini.

nurin
bersemadilah dengan tenang sayang
diiringan doa ayahanda-ayahanda dan bonda-bonda mu yang lain.


*madcap*

pencinta kanak-kanak said...

Esok pagi aku tengok lagi klu ada news terbaru tentang binatang 2.Pantang ada berita aku xkan miss.Hari ni ada story pasal penyewa rumah yang nak sewa rumah dgn ank pmpuannya.Harap polis dpt lakarkan wajah,kmdian siarkan kat paper dan tv.Biar org rmai tolong carikan.Tp ingat klu dpt tangkap penjenayah tu,jgn lupa panggil parents Nurin suruh parents dia tampar&pukul sekuat2 hati sebelum dia dihukum.Klu polis dapat lempang ,sepak dan dera dia lagi bagus.Biar dia pulak rasa penderitaan yg di tanggung Nurin dulu.Tak cukup dgn itu ,cucukkan anu dia dengan buah durian!!!!!eee gerammmnya aku...


Pencinta Kanak-kanak

Anonymous said...

Condolences to Nurin's family. We all hope that the murder will be caught soon. This incident has awakened our society on our increasing crime rates.

The murderer is most probably having a serious psychological disorder. Be more alert to check on people with abnormal behavior, who shows high interest in young children. POssibility of sexual dysfunction.

To those who know the murderer, please step out and bring justice to Nurin and her family. She's innocent and does not deserve to be murdered in such a gruesome way.

123 lekuk.... said...

ada yg tnye nape baru skrg nak hukum mak bapak. jwpnnye senang.. sbbnya baru skrg ni je jenayah melibatkan kanak2 semakin bertmbh dari sehari ke sehari. dgn kes culik la, anak2 lari dri rumah la & mcm2 lagi. bila polis senyap makin menjadi2 plk. polis wat cam ni sbb nak ingkan org ramai supaya nnti xde lagi yg jadi mangsa. biar org ramai lebih careful. bila polis buat undang2 korg kate x adil. bila x buat undang2 korg kate negara ni xde undang2. buat salah x buat pun salah...

ingla wahai korg semua, polis tu pun manusia biase gak. semua nak tunding jari kat polis. korg yg bnyk mulut tu ape sumbangan korg dlm kes ni?

Anonymous said...

cant wait to see the murderer. those yg ade info tu cepat2 la report pd police. let the police settle the case ASAP!

cencuroot said...

Al-Fatihah buat adik Nurin..

Kami sekeluarga dari Bandar Sunway nak ucapkan Takziah buat Jazimin sekeluarga..harap bersabar, marilah kita semua umat Islam mendoakan agar penjenayah laknat tu di tangkap secepat mungkin...Amin

Anonymous said...

123 LEKUK,,,

BILER PULA POLIS BUAT UNDANG-UNDANG ???

YG BUAT UNDANG2 MANUSIA NI MANUSIA2 KAT PARLIMENLAH...BUKAN POLIS

KO SEKOLAH KE TAK SEKOLAH ??

AKU LEKUK KO BARU KO TAU

azryna said...

Khusus kepada parents and family adik Nurin,

Stay strong. Perasaan sedih memang tak tertanggung. Sedih dan air mata kami yang terlalu ini tak setanding dengan bahu yang memikul.

Kita tak dapat merubah apa yang sudah berlaku. Yang perlu kita fikirkan ialah adik Nurin berada di sisi Allah dengan aman dan bahagia sekarang, ok? Jangan dibayang-bayangkan perkara yang dah berlalu, boleh gila jadinya. Kami cuma cuba bantu dari segi emosi, kalaulah boleh bantu lebih dari itu.

You are good parents, no doubt about it. Kalau perkara nak berlaku, bila-bila sahaja boleh berlaku. Walaupun semasa Nurin bermain di taman dengan perhatian ibu pun, adik Nurin masih boleh dilarikan. Banyakkan istighfar dan sabar..

To Malaysia, this should be the last wake up call for us. Justice can only be served with the implementation of our Creator's law. Setakat penjara dan sebatan, cuma orang yang kena sahaja yang mungkin akan sedar. Tak memadai untuk hindar orang lain lakukan kejahatan. Think about it.

Anonymous said...

Saya adalah seorang Peguam Syari’e , warganegara Malaysia yang bertugas di Negara Brunei Darussalam.

Saya mengikuti perkembangan berita kanak-kanak yang diculik bernama Nurin Jazlin dari awal hinggalah DNA kanak-kanak yang ditemui mati di dalam sebuah beg disahkan DNAnya sebagai Nurin Jazlin.

Ironinya kanak-kanak yang tidak berdosa tersebut mempunyai pertalian darah dengan isteri saya yang bernama Norein. Saya mempunyai tiga orang anak, seorang anak lelaki bernama Mohammad Nur Syahiran dan dua orang anak perempuan bernama Nurin Syazani dan Nurin Shamila masing-masing berumur 5, 3 dan 2 tahun.

Saya amat kecewa dengan berita sedih tersebut kerana selama ini saya amat berharap Nurin ditemui selamat tetapi hampa. Sama seperi ibubapanya saya juga mendoakan anak tersebut di temui dalam keadaan selamat. Sama juga mungkin dengan perasaan berjuta rakyat Malaysia yang mungkin sukar menerima berita tersebut apalagi ibubapanya. Saya cuma boleh mendoakan agar ibubapanya bersabar tetapi dada saya sendiri sebak dan sukar tidur dengan peristiwa semacam ini. Saya sendiri masih tidak dapat menerima kenyataan tersebut dan bukan setakat itu saya masih tidak dapat menerima dengan akal saya , hati, jiwa dan raga saya bagaimana ada manusia sebegini.

Doa saya kini berubah iaitu dapatkan penjenayah tersebut dan hukum dia. Yang melakukan, yang bersubahat juga mesti dihapuskan. Pihak polis perlu tinggalkan kes lain dan tumpukan kepada kes ini. Anak anda juga tidak selamat.

Persoalannya kini ialah adakah di sekeliling kita di Malaysia selamat? Saban hari kita mendengar berita pembunuhan yang sadis dan tragik yang tidak mungkin kita dengar perkara sebegini berlaku 20 atau 30 tahun dahulu. Ini isu serius. Kanak-kanak yang tidak berdosa di seksa sedemikian rupa, mana hilang akal dan perasaan manusia itu? hilangkah pertimbangan? Dahulu kalau masa kita kanak-kanak, hendak pergi ke kedai berdekatan dengan rumah masih selamat tetapi sekarang bagaimana?

Pakar Perundangan Negara , Pakar Psikologi , Pihak Polis dan sebagainya perlu mengembeleng tenaga bagi mengatasi masalah ini. Kita telah 50 tahun merdeka tapi merdekakah kita kalau anak-anak hendak keluar rumah pun tidak selamat? Ini penderaan paling teruk yang pernah saya baca. Bayangkan anak tersebut di seksa selama dua puluh hari? Perkara sebegini amat menyesakkan dada . Samada pembunuh itu sakit jiwa atau tidak jawapannya hanya satu iaitu dia, pembunuh itu harus di matikan. Tidak perlu di masukkan ke wad mental dan sebagainya. Saya mengikuti kes pembunuhan yang melibat penderaan seksual pada era 2000 ini sudah tidak mengenal usia. Bermula dari kes Suzaili Mokhtar, Canny Ong , sehinggakan nenek turut tidak terlepas dan yang terakhir ini iaitu kes Burin Jazlin menuntut pihak berkuasa bekerja lebih keras. Cuba bayangkan, Canny Ong tinggal di Amerika tidak pernah kena penderaan seksual dan balik sahaja ke Malaysia dia di rogol dan di bunuh. Kita semua patut malu dengan tahap jenayah dan cara jenayah dilakukan di Malaysia.

Saya bukan hendak menyalahkan pihak berkuasa dalam hal ini tetapi sepatutnya selepas peristiwa dua orang budak diculik di Kampung Baru dan ada deraan seksual pihak-pihak terbabit telah sepatutnya mengambil tindakan. Ini samalah dengan kes anjing liar berkeliaran bila ada orang mati di gigit anjing barulah hendak ambil tindakan.

Prevention is better then cure, (Mencegah itu lebih baik dari menyembuhkan) . Ini sesuai dengan Hadis Nabi s.w.w yang bermaksud “ tidak ada kemudaratan dan tidak memudaratkan” dan saya rasa perlu hukuman-hukuman bunuh dan sebat ini disiarkan ke khalayak ramai. Bekas Perdana Menteri juga pernah menyarankan agar sebat di khalayak ramai di adakan kerana penjenayah sekarang telah terlalu kejam . Idea ini perlu di fikirkan. Setidaknya disiarkan di Televisyen atau di dada-dada akhbar. Biarlah ada pihak mengatakan undang-undang sebat dan hukuman mati di khalayak ramai itu undang-undang rimba tetapi kenyataan seperti itu datang dari orang yang tidak berilmu dan tidak menghayati Al-Quran. Tun Mahathir ada sebab menyatakan demikian di penghujung khidmatnya sebagai Perdana Menteri. Iran dan Arab Saudi mengamalkannya dan peratusan jenayah disana adalah rendah. Perkara ini perlu dikaji dan diteliti.



Saya minta sangat sangat pihak berkuasa cari idea untuk kurangkan jenayah pada tahap minimum kalau boleh “sifar jenayah”. Mungkin perlu diadakan satu pulau seperti Alcatraz untuk menempatkan penjenayah seksual . Idea memakai gelang tangan khas kepada bekas penjenayah seksual adalah idea yang baik tapi saya rasa letak di sebuah pulau lagi baik. Biarlah mereka berinteraksi dengan rakan rakan mereka yang sehati sejiwa. Kes seksual yang melibatkan bapa rogol anak, atuk rogol cucu semakin bercambah dan elok lah mereka ini di kumpulkan dengan rakan sejenis mereka di sebuah pulau. Biarlah mereka tua dan mati disitu dari hidup menyusahkan masyarakat.


Masyarakat juga harus menukar sikap dari tidak menjaga tepi kain orang kepada menjaga tepi kain orang dalam hal melibatkan jenayah. Dan pihak berkuasa pula bila ada laporan kes sebegini perlu ambil tindakan drastik. Wang yang membayar gaji kamu adalah wang pembayar cukai, jadi jalanlah tugas dengan cekap dan amanah.


Saya amat menyintai kanak kanak. Anak kita kalau luka sikit pun kita dah risau ini pula melihat keadaan anak yang di seksa kejam dengan muka berlumuran darah apa perasaan anda? Tolonglah kerajaan , orang ramai , jadikanlah Malaysia merdeka dari Jenayah apalagi Jenayah yang melibatkan kanak kanak.

-Shahray – Negara Brunei Darussalam

Anonymous said...

sape pun yg buat undang2 tu bkn soalnye. soalnye skrg ni, org malaysia ni klu bab tuduh menuduh nu laju je. mmg dah terang2 sblm polis jaga kebajikan korg, korg sendiri la yg jaga diri n family korg tu bebaik!

tgk wanita hari ini?
"perevent much better then cure~!"

Anonymous said...

woi...BILA mASA pOLIS JAGA AKU & famili aku ??
pOLIS JAGA nAZRI, SHARIZAT DAN igp muSA.. KO TAK CAYA TANYA ESCOrt Depa..

ko nak propaganda POng Biar Berbukti.

Kesian Nurin. Polis tak jaga mu cayang.

Anonymous said...

mmg la polis x jaga ko! ko jaga la diri ko sndiri, ngok!

biarkan budak 8 tahun kluar rumah sndiri. mlm plk tu. even klu dgn kakak dia sklipun, tau ke mcm mane kakak dia nak defend diri??? ngaku je la tu mmg silap mak ayah dia! klu duduk kg xpe la nak biar anak dia kluar rumah xde org besar eskot, ni ddk kat bndar yg dah tentu2 bnyk setan.

sue said...

to anonymous @ September 26, 2007 6:49 PM..saya rasa lebih baik kita jgn bercakap atau berbincang tentang isu kecuaian ibu bapa jazimin lagi buat masa nie....apa perasaan blog's owner yang ada pertalian darah yang sangat dekat dengan allahyarhamah ni..kalau dok tgk kita bertekak pasal isu kecuaian ni...lebih baik kita luahkan rasa simpati, banyakkan doa, dan bantulah keluarga ni dgn apa cara sekali pun agar tertangkap nya iblis a.k.a syaitan bertopengkan manusia ini....

Anonymous said...

dulu ko jugak kata polis jaga KEBAJIKAN rakyat....bila kata takde, suruh jaga diri sendiri..
cakap futar felit la. machem kipas angin...suka ati ko lah labu. Jgn ko syok sendiri, asyik ronda keliling balai sendiri...budak kiri kanan diperabis..bilo tanya sigiler tu..sigiler jawab : NI bukan salah saya kak, ni salah BUDAK dan KEluarga BUdak !!!

Putar alam betol ka ko...

Anonymous said...

Good day to all,

Im seriously not satisfied with what had happened to our lovely sis Nurin.
My deepst condolences to the whole family.
I could feel the pain and cant digest what had happened to Nurin.
An 8yo girl knows nothing and its absolutely disguting knowing that this happened in Malaysia the so Called Negara Maju dan Bebas.
Guys,this has nothing to do with Nurin's parents.Please do not condemn them for their negligence.Nothing happens with predictions.
For the Bloody Murderer who has no heart,if i get to see him...I'll be the first person to murder him with my very own law.
En.Jazimin,we are all on your side..

Hope to see the bloody culprit asap.

-An indian with tears-