Wednesday, September 5, 2007

Rosmah gesa masyarakat cari Kak Ngah

KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor berharap masyarakat bersepakat menggembleng usaha membantu mencari kanak-kanak hilang, Nurin Jazlin Jazimin, 8, atau Kak Ngah yang masuk hari ke-14 supaya kembali ke pangkuan keluarga.

Isteri Timbalan Perdana Menteri melahirkan kebimbangannya mengenai nasib kanak-kanak malang itu dan tekanan dihadapi keluarga Kak Ngah selepas berjauhan dalam tempoh masa agak lama.

“Saya mendoakan supaya Nurin Jazlin dapat ditemui segera dalam keadaan selamat dan sihat serta berharap keluarganya bersabar dengan dugaan dihadapi sekarang,” katanya selepas menghadiri Majlis Makan Tengahari The Challenge Lunch (DCL) 2007, di sini, semalam.

Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam untuk membeli sepit rambut berhampiran rumahnya bersendirian kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.

Keluarga kanak-kanak itu begitu mengharapkan kepulangan anaknya terutama menjelang tarikh kelahiran Nurin Jazlin pada 11 September ini.

Rosmah menyeru gerakan mencari Nurin Jazlin diperhebatkan dengan kerjasama pelbagai pihak terutama daripada media bagi membantu menyelesaikan misteri kehilangan kanak-kanak malang itu seperti pernah berlaku kepada Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, sebelum ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Deputi Komisioner Zulhasnan Najib Baharuddin, pula berkata pasukan khas diketuai Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, bertungkus lumus setiap hari bagi mengesan kanak-kanak itu kerana terus menjadi tanda tanya kerana hingga kini polis tidak mendapat sebarang petunjuk mengenai kedudukannya.

Zulhasnan yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur berkata, polis bertindak atas setiap maklumat diterima.

Sementara itu, anggota keluarga terdekat Nurin Jazlin merayu semua pihak supaya menghentikan perbuatan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mempermain-mainkan perasaan ibu bapa kanak-kanak berkenaan.

Norazila Bistaman, 31, yang juga ibu saudara kanak-kanak itu berkata, terbaru satu SMS dihantar ke telefon ibu mangsa yang juga kakaknya, Norazian, memaklumkan Nurin Jazlin berada bersama seorang lelaki bersenjata.

Dalam perkembangan berkaitan, jumlah ganjaran kepada individu yang memberi maklumat hingga berjaya membawa kepada penemuan Nurin Jazlin Jazimin meningkat kepada RM8,000 apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyumbangkan RM3,000.

Pegawai Komunikasi dan Perhubungan Awam PPIM, Noor Nirwandy Mat Noordin, berkata sumbangan itu sebagai usaha mengesan Nurin Jazlin, 8, yang dilaporkan hilang sejak dua minggu lalu.

- Berita Harian

3 comments:

Anonymous said...

askum wbt
kpd kuarga nurin dhrp bsbr dn byk berdoa. sesungguhnyamgkn ade hikmah dsebalik kejadian nie. dhrp pihak polis segera dpt menangkap manusia berht iblis!! hukuman gantung smpai mati x berbaloi. lbih baik seksa dia terlbih dahulu! biar dia rs ape yg Allahyarham Nurin rs.
Al-Fatihah.....

Anonymous said...

askum
uat keluarga nurul jazlin
bersabarlah menghadapi dugaan ini
kita manusia tidak lari dari rasa kecewa
serahkanlah rasa kecewa dan sedih itu pada allah
balasan kepada pembunuh kak ngah kita akan tetap terjadi sesuai dengan janji allah

Anonymous said...

Mama said...

assalamualaikum kepada keluarga nurin. Saya berharap pihak polis segera menagkap penjenayah iblis ini.Saya berharap iblis ini mendapat pembalasan yang setimpanl tak payah hukum gantung tak rasa sakit seksa dia cukup-cukup macam dia buat pada allahyarham nurin. Pada pihak polis atau orang atasan janganlah nak menyalahkan ibu bapa.adakah dengan pergi pasar malam atau kedai dah anggap cuai. Anda semua beruntung ada orang gaji, driver macam kami rakyat biasa ada apa??????. Kedatangan rakyat asing kenegara ini pun angkara siapa....tak ada yang pantau mungkin rasuah kot.....