Saturday, September 22, 2007

Pasukan siasatan khas Bukit Aman ketuai kes bunuh Nurin

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Pasukan penyiasatan khas Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah ditubuhkan bagi bagi membantu usaha memburu dan menangkap suspek yang terlibat dalam pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, kata Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan.

“Saya memandang serius kes ini dan kita sedang kumpul maklumat. Pasukan Siasatan Khas ini mempunyai strategi khas dan rangkaian mereka yang tersendiri sehingga tertangkapnya penjenayah itu.

“Buat masa ini saya tidak boleh mendedahkan kaedah atau bagaimana mereka akan membuat siasatan. Ini kerana kalau kita (polis) beritahu semua, nanti suspek akan larikan diri,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan suspek mungkin berada di luar Lembah Klang selepas media menyiarkan berita mengenai kehilangan dan kematian Nurin Jazlin.

“Saya minta semua pihak bekerjasama dalam kes ini dan jangan buat sebarang spekulasi dalam media. Kita cuba sedaya upaya,” katanya.

Pada 20 Ogos lepas, Nurin Jazlin, 8, pelajar tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang selepas keluar bersendirian ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini.

Usaha pelbagai pihak mencari Nurin selama sebulan di Kuala Lumpur dan beberapa negeri di seluruh negara gagal menemui kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, pada Isnin lalu, selepas 27 hari kehilangan Nurin Jazlin, orang ramai digemparkan dengan penemuan mayat seorang kanak-kanak perempuan dalam sebuah beg pakaian di sebuah premis perniagaan di Jalan PJS 1/48, Taman Petaling Utama, Petaling Jaya.

Sementara itu Bernama difahamkan polis telah merekod keterangan daripada seorang lelaki, yang berada berhampiran lokasi kejadian pada hari sebelum beg itu ditemui.

Lelaki itu dikatakan boleh menyalurkan maklumat yang penting dalam membantu polis menyelesaikan kes pembunuhan Nurin.

Difahamkan polis juga cuba melihat rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang dipasang di premis bersebelahan dengan premis di mana beg itu ditemui.

– Bernama

65 comments:

Unknown said...

IGP dan Dato Sharizad memang tak sensitif. Sepatutnya Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri, IGP didakwa kerana makan gaji buta dan biar penjenayah berkeliaran.
Tahun 60an dan 70an tak dengar pun cerita macam ni adik beradik saya lelaki dan perempuan semua kesekolah jalan kaki 1 kilometer.Tak da siapa nak kacau. Kerana dulu polis betul-betul buat kerja, semua orang takut. Tetapi sekarang apa sudah jadi?

Anonymous said...

jgn cakap begitu. zaman dulu, cara zaman dulu, zaman sekarang cara zaman sekarang, maksudnya persekitaran kita berubah disebabkan byk faktor. dulu tak banyak mat bangla, mat indon dan penjenayah seks. dulu tak ada org jual vcd lucah secara terbuka dulu tak ada kisah cium-peluk-gomol mcm yg boleh kita tgk dgn banyaknya di astro. jgn cepat tunding jari dalam konteks ini pada sharizat dan igp. tapi bila ada hal sebegini, kerajaan harus lebih peka tangani masalah yg seiring dgn keperluan. jgn sekejap aje panasnya. nak buat talian 999 la, suruhjaya kanak-kanak yg jadi mangsa serangan seksual la, itu la ini la, tapi lepas tu sejuk.

Anonymous said...

nurin kembali kepada pencipta-Nya sebagai bidadari di syurga.

to jazimin, sekarang waktu untuk bermuhasabah diri. stop clubbing, cruising from one club to another!

allah maha pengampun lagi maha penyayang!

Anonymous said...

Saya setuju dgn komen kedua tentang Nurin. Sejak mat indon dgn bangla masuk ni, macam2 terjadi dgn negara kita...paling byk, kes deraan seksual, rogol. Saya tak kata lah yg memang binatang yg buat mcm ni kat Nurin adalah pendatang, tetapi kemungkinannya tinggi. Saya pasti ramai yg bersetuju dgn saya.

Hanya saya terkilan yang dalam zaman teknologi maju mcm ni pun, kita tak ada kaedah sistematik dan standard untuk menagkap penjenayah. Saya rasa kalau kita gunakan sistem DNA yg dicouplekan dgn sistem JPN dan Immigresen, kebarangkalian identifikasi penjenayah dapat dikurangkan half-fold.

Tak dapat saya tidur malam dah dua hari sejak Nurin meninggal. walaupun saya tak ada kena mengena denganya, atau talian persaudaraan...saya tak dapat lupa wajahnya di dalam akhbar semasa ditemui di dalam beg..hinggakan ibu bapanya pun tak dapat cam. Sesiapa pun tak dapat cam...sampai begitu sekali binatang bertopengkan manusia tu buat!

Saya doakan supaya dia disiat-siat lepastu dibiarkan mampus dalam longkang dihurung cacing dan lalat dalam keadaan yang hina sekali.!

Amin ya rabbal 'alamin...

Emazull said...

implement hudud law NOW Malaysia!

Anonymous said...

PEMBUNUH TU HARUS DICARI DAN DIREJAM SAMPAI MATI...

Anonymous said...

pancung kepala si keparat tu

PiZa Rusian said...

Leave to God.. He will help us to search this brainless animal..

Anonymous said...

selagi video/website lucah tak disekat, selagi tulah pembunuh makin ramai timbul dan makin kejam...
selagi mat rempit berlakon clip lauk tak ditangkap, selagi tulah kite membenarkan pembunuh seks baru wujud dan makin kejam...
selagi kita buat tak kisah klip2 video lucah 3gp melayu, selagi tu lah kita biarkan mereka terdidik untuk menjadi penjenayah seks pada masa akan datang.....


tak yah salahkn polis pasal ni, tapi jgn salahkn parents, bender ni semua ikut aturannya. kerana kita pilih undang2 ciptaan manusia berbanding undang2 hudud dari Allah.

selagi tidak tertegaknya hukum Allah, selagi tulah pembunuh makin ramai dan makin kejam...

hanya hukum hudud sahaja yang dapat membela nasib Allahyarham Nurin Jazlin..

Azmi said...

Semakin lama semakin tak selamat negeri kita. Undang undang yang lebih ketat diperlukan. Biarkan orang kata kerajaan kuku besi, asalkan anak-anak kita tidak mati dibunuh oleh manusia binatang.
http://azmi.buildvertical.com

Anonymous said...

"Syaitan" yang melakukan kekejaman keatas nurin mesti ditangkap dan dihukum sekeras-kerasnya. Polis perlu mengiatkan lagi siasatan sehingga tertangkapnya binatang berjiwa iblis ini. media jangan berhenti dari memberikan liputan dan kesedaran kepada orang ramai.

Kematian Nurin mesti dibela.

Jangan seorang kanak-kanak lagi dinafikan hak untuk terus hidup di bumi ini.

Anonymous said...

sedarlah wahai rakan2 sekalian. jgn lah kita membelangkan islam. Jadikan lah pengajaran.Laksanakan lah hukum Allah di muka bumi ini.Sesungguhnya Allah yg mengetahui yg terbaik untuk ciptaan-Nya. kita hanyalah manusia biasa yg mempunyai had pemikiran yg terhad walau sebijak mana pun.

sifu said...

I don't read or speak malay...I a singaporean chinese...I am both saddened and angry like everyone else over this case...i cry when i read the news about the details in which she is found...i hope that her soul may rest in peace and prayed that the bastard or bastards get caught soon...let's not forget nurin and i hope this will wake the authorities up about the rising crime and not point fingers.

just me said...

takziah pada keluarga nurin dan semoga pemergian nurin menjadi pedoman kepada semua.

this proves that we can never be too careful. i agree, this is not the time to put blame on others.

al-fatihah.

Anonymous said...

Takziah to nurin's family...sabar...berdoa banyak2...pembunuh keji mcm binatang tu tak akan selaamt selamanya...tgk la...

to nurin..semadilah dgn aman n tenang di sana...

to malaysian..let us think..let us take precautions..let us pray..supaya pembunuh mcm binatang ni di tangkap secepat mungkin..

and..jum ask ourself..do our country safe enough now...with all these..??

al fatihah..

r. ahmadi said...

a'kum ...dengan rasa hiba dan terharu, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga allayarhamah nurin, semoga ALLAH merahmatinya dibulan Ramadhan yang mulia ini.. semua yang berlaku adalah di atas ketentuannya..walaupun begitu, usaha mencari pembunuh durjana patut diteruskan, saya ingin memberikan cadangan, sila ambil perhatian, sesiapa yang tahu tempat begi mayat nurin ditinggalkan, cuba perhatikan kedai-kedai yang berada di kiri kanan dalam jarak 1 kilometer yang mempunyai CCTC, minta tuan punya kedai memainkan semula CCTV mereka pada hari beg ditemui, mana tau kita boleh nampak si pembunuh sedang membawa beg tersebut..hanya ini sahaja yang mampu saya tolong dari segi idea...YA ALLAH berikan lah kami petunjuk..AMIN

Anonymous said...

Assalamua'alikum,

Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin,
AlFatihah untuk rohnya.

Ulungkali jenayah penyiksaan & pembunuhan seorang anak kecil yang tidak berdosa menimpa adik Nurin adalah amat menyayat hati dan belum pernah terdengar di Malaysia.
Berita ini diterima memeranjatkan sekali kerana Malaysia adalah negara Islam, dengan bilangan besar rakyat melayu yang terkenal dengan peradaban dan hidup berjiran dengan masyarakat majmuk lain yang selama ini dalam suasana harmoni.

Jika saya bandingkan sejak saya bermustautin di Amerika Syarikat yang kebanyakkannya mengamalkan "free thinker" dan kebebasan, jenayah seperti ini memanglah lebih lazim bahkan setengahnya kerosakan jenayah nya disana lebih dasyhat lagi.

Tragis yang menimpa adik Nurin, patut membuka mata semua pihak.
Arus peredaran zaman modern yang memberikan kemudahan dan kemajuan telah juga menjemput unsur2 sampingan yang tidak baik yang menganjur hawa nafu.

Kekejaman yang seperti ini sama seperti di zaman Jahiliyah. Runtuhnya ahlak meningkatlah jenayah besar sepertimana yang sering berlaku di negara Barat yang maju.

Setiap insan perlu dididik atas pekara yang hak dan batil. Umat Islam perlu kembali memahami AlQuran dan Sunnah dan cuba sedaya upaya hidup atas jalan yang diredai Allah. Semoga dengan cara berhikmah dan berdoa, insyallah sama2 lah kita dapat membendung kezaliman seperti ini dan kembalikan kehidupan makmur seluruh masyarakat.

Menunding jari antara satu sama lain adalah tidak bermanafaat. Tumpukan perhatian dan kerjasama semua pihak untuk memberkas mereka yang bertanggungjawab keatas kezaliman ini. Lumrahnya jika kecelakaan ini berlaku keatas keluarga kita, pasti kita akan berikhtiar bersungguh-sungguh untuk menyelesaikannya. Allah sentiasa bersama orang yang benar & ikhlas.

Berikut saya petik sekali lagi artikel dalam bahasa Inggeris yang saya terbaca dari website di Amerika Syarikat yang mungkin dapat menyumbang pengalaman agensi mereka dan mungkin pengetahuan tambahan kepada pihak berkuasa Malaysia khususnya dan masyarakat amnya dalam menganalisa jenayah yang seumpama ini (Wallahua'alam):

http://www.skeptictank.org/nc70.pdf

Semoga Allah memberi kita Taufiq dan Hidayah.

Our Heart & Doa goes to you adik Nurin from our family in US.
Assalamua'alikum

Anonymous said...

No matter what our race or religion is, we all share the same opinion: what happened to little lovable Nurin Jazlin is an evil and inhumane act. malaysia is no longer a safe haven like before. Even racial and religious tensions are higher now than before, fanned by political parties for political gains.This is probably the reason why neighbourliness and inter-racial interaction is on the decline. We should re-examine our personal values and start living as a unified society, where Ali, Ah Chong and Kumar care for each other and their families.

Anonymous said...

yg pergi tetap pergi walau macam mana caranya, yg hidup kena tabah dan berubah.

Anonymous said...

salam

Takziah buat keluarga nurin.moga Allah merahmati roh Nurin

Kes yg lebih kurang sama dgn Nurin da pernah berlaku 2004, dimana mayat seorang budak perempuan ditemui di dlm longkang di sekitar ampang, bersama terung dan timun disumbat di bhg sulitnya

Thn lepas, kes adik Nurul Huda yg dirogol dgn kejam dan dibunuh dgn kejam lalu dibuang ke dlm semak

Maybe org yg sama yg buat sume2 ni..dan org yg sama..masih hidup..berkeliaran..dan mungkin skrg tgh merancang utk next project pulak

Penjenayah dgn bangganya..memulangkan 'hasil jenayahnya' menaiki motosikal..dgn disaksikan oleh CCTV. sungguh berani.Seolah mencabar pihak polis dan masyarakat..seolah mengatakan..'aku boleh buat ape yg aku suka, dan takde org bleh kalahkan aku'. satu cabaran besar kpd pihak polis

harap polis dpt siasat dgn teliti dan bersungguh2. bukan hanya tangkap mana2 mat ganja..dan suh die mengaku sbg pembunuh nurin, then tutup kes

pelik bile ade pihak yg nak dakwa parents nurin pulak sbb careless jaga anak.mcm nak lepaskan kesalahan pd org lain.dahlah family tgh bersedih..nak dakwa2 pulak.tak logik langsung

Anonymous said...

Ble ada kes rogol & bunuh kanak2, ada le cdgn nk laksana hukum hudud..biase la..hgt2 taik ayam..ble dh lama cket sumenye snyp laa,biasa laa,melayu mdh lupe..jgn asyik slhkan krjaan xlksanakan hukum hudud,jgn asyik slhkn polis xbuat kerja,jgn asyik slhkan mak bapak xpndai jg anak..slhkan diri s'dri laa..

Anonymous said...

si binatang bertopeng manusia nie patut diberi balasan yg setimpal...

Anonymous said...

Innalillahwailairojiun.. Takziah kepada keluarga Nurin.Semoga rohnya didalam rahmatNYA.
sejak kehilangan adik nurin, saya tak lena tidur.apatah lagi bila mangsa didapati mati akibat kekejaman seksual.tak dapat tido dibuatnya mengenangkan anak-anak kita. APa sudah jadi pada keselamatan rakyat malaysia sekarang? ke sana ke sini seperti sudah tidak selamat...

Manusia bertopeng syaitan harus dicari dan dihukum pancung..tak berhati perut langsung...
Harap semua rakyat malaysia dan polis dan sesiapa saje memberi kerjasama supaya manusia jenis ini dihapuskan dimuka bumi ini.
Kerajaan juga perlu ambil iktibar, tingkatkan usaha untuk sekat web2 lucah, penjualan vcd lucah secara meluas, kemasukan pendatang asing yang melampau, rancangan tv yang agak ganas seperti dlm ASTRO.. semua ini mengundang kepada peningkatan nafsu berahi orang yang dah gila seks...
tolong lah kerajaan.. tingkatlah usaha.. tak cukup orang, tambah bilangan polis supaya kes-kes begini tidak terhenti begitu saje seperti yg berlaku pada adik nurul.. jojo yang dicari entah kemana.. pembangunan yang tah apa2 boleh buat, keselamatan rakyat tidak terjamin.. bukalah mata pihak2 tertentu...
Jangan lepaskan kesalahan kepada ibubapa sahaja.. ibubapa sudah pasti akan buat yang terbaik utk anak2 tp kalau keselamatan tidak terjamin, jaga mcmana pun... jadi jugak.. dahlah keluarga mangsa bersedih, nak dakwa cuai pulak...sepatutnya tumpukan perhatian pada pencarian pembunuh nurin tu...

Al-Fatihah utk allayarhamah Nurin Jazlin.

Anonymous said...

kiang amphasuwan,
penjenayah paling dasyat dan kejam...semoga dengan doa orang ramai dapat menjejaki penjenayah keparat itu!!!!
biarlah dia 'kepanasan' sekarang ini dan moga moga polis berjaya tangkap penjenayah binatang tu segera sathukk......

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Salam Takziah buat keluarga Allahyarhamah Nurin Jazlin.

AlFatihah untuk rohnya.

Telah banyak pekara seperti ini berlaku .cerita yang disiarkan oleh media dan suratkhabar dan kalau kita baca mestika herm,,..

Masih teringat lagi wanita yang dipijak dengan lompatan dari atas pokok beramai2 oleh remaja kita sendiri.

Kepada Rakyat Malaysia janganlah hanya pandai menuding jari sahaja.

Kerajaan bangkitlah... ekonomi sahaja tidak cukup untuk membina negara yang maju. Keamanan dan keselamatan dalam sesebuah negara juga penting.

Kepada ibubapa anggaplah ini sebagai iktibar. Bukan menyalahkan sesiapa. tapi kalau kita sudah tahu banyak pekara sebegi sudah berlaku jagalah permata kita. Janganlah biarkan anak bermain keseorangan atau keluar seorang diri.


Takziah buat keluarga nurin.moga Allah merahmati roh Nurin.

Amin.

processcer@gmail.com

Anonymous said...

aslmkm & slm sjhtera...
salam takziah kpd keluarga nurin.
kpd smua muslim & muslimah
sama2lh kita doakan agar kluarganya tabah dlm mghadapi dugaan yg amat besar utk dilaluinya dan 'syaitan' yg direjam itu dpt ditngkap tak lama lagi..
--Norazlan Abd.Ghafar._

ahmed said...

Takziah kami ucapkan. Simpati kami lahirkan. Namun begitu, masih tidak mampu bagi kami untuk meluahkan belas yang begitu membungkam. Atas dasar ‘cinta’ ini, kami daripada Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) turut bersikap mengutuk kejadian pilu ini. Sekaligus menegaskan bahawa kami akan bersama pencinta keharmonian Islam dengan terus memperjuangkan agenda meruntuhkan segala bentuk penganiayaan, penindasan, kezaliman, dan ketidak adilan.-www.permaya.org

Anonymous said...

Selamat jalan sayang, selamat jalan Nurin Jazlin...cahaya ilahai menanti mu di sana, pergilah ke alam abadi yang lebih tenteram bersama sang pencipta.....
Buat keluarga sabar menempuh dugaan yang amat perit ini, hidup perlu diteruskan...ALFATIHAH

Anonymous said...

ASSALAMUALAIKUM W.B.T.
TAKZIAH DIUCAPKAN KPD KELUARGA NURIN.SEPATUTNYA SEORG KANAK2 TAK BOLEH DIBIARKAN SENDIRIAN.ITU ADALAH KESILAPAN IBUBAPA KRN BIARKAN ANAK TANPA AWASI MEREKA. BAK KATA PEPATAH BAGAI MELEPASKAN BATUK DITANGGA.PANDAI BUAT AJE..
KHAS BUAT PENJENAYAH, BUAT LA LAGI KRN MASA NI LA ENGKAU NAK BUAT, NANTI DLM KUBUR DAH TAK BOLEH DAH.BETUL TAK???DLM KUBUR NANTI ENGKAU DAH KENA AZAB, DAH TAK BOLEH BUAT ZALIM KAT ORANG.AKU DOAKAN ENGKAU DITEMPATKAN SEBELAH FIRAUN...
IKHLAS :KAMAL & YUS

Anonymous said...

Sebelum nak tuduh orang/ibubapa cuai, cek diri sendiri dulu.....ada
ke polis berjalan kaki ronda ke di hari kejadian...di pasar Malam
WMaju tu? Ada tak polis ronda setiap kali ada pasar malam di situ.?

Jadi, bolehkah polis di tuduh cuai jika orangramai kata tidak ada
polis meronda di pasar malam tempat/masa Nurin hilang ?

Di Jalan Kucing, setiap Khamis ada pasar malam. Aku TAK PERNAH
NAMPAK POLIS BERUNIFORM RONDA DI PASAR MALAM JALAN KUCHING NI.
SEINGAT AKU..DAH LEBIH 10 TAHUN...BANYAK KES BUDAK HILANG SEKEJAP
DISINI TAPI NASIB BAIK JUMPA BALIK. NAK MINTA POLIS TOLONG, TAK
NAMPAK POLIS MERONDA ...

Ibubapa Nurin sekarang perlukan sokongan emosi lebih sikit.
Everybody feel the pain. Terimakasih banyak-banyaklah pada polis
sebab issue statement mcm ni... pada masa macam ni. Child
killer/molester tu belum di kenalpasti, belum lagi dituduh, belum
lagi naik mahkamah, belum sabit salah, belum lagi di hukum
gantung..bagus sangatlah buat public statement macam ni..hantar
wrong message to the actual killer...Patutnya bulan baik macam bulan
Puasa, eloklah bersangka baik pada makbapak Nurin tu...Terimakasih
banyak2lah Tan Sri Musa Dato Hassan Azhari.

Anonymous said...

Sekiranya benar KPN akan mendakwa ibubapa nurin dia atas kesalahan cuai menjaga anak-anak, mari kita semua mebuat satu petisyen untuk
1) mendakwa KPN dan PDRM kerana cuai menambahkan anggota polis untuk membenteras jenayah yang semakin berluasa sepanjang tempoh perkhidmatan beliau ini.
2) membantah dakwaan yang bakal dikenakan ke atas ibubapa kanak2 malang ini.
Tiada ibubapa yang mahu anak2 mereka diapa-apakan oleh sesiapa. Takdir telah menyebabkan terjadinya anak ini keluar seorang diri. Semua ini adalah rahsia Allah S.W.T. Jangan ditambah lagi kedukaan mereka yang terbabit. Sama2lah kita membantu dengan cara kita tersendiri untuk membenteras penjenayah yang sememangnya berakalkan syaitan. Sedangkan binatang sayangkan anaknya. Inikan pula manusia. Usah kita mempolitikkan musibah yang melanda saudara sesama Islam kita. ALLAHUAKBAR

Anonymous said...

Sudah sampai masanya Malaysia mengamal sistem Hudud. Saya bukan penyokong pihak pembangkang, tetapi setiap apa yang telah ditetapkan oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk kita umat manusia.

Bagaimana kita nak sekat moga kejadian seperti ini tidak berlaku lagi??? Dengan mempertontonkan hukuman yang diterima kepada umum secara live menerusi TV, siaran berita agar tidak ada lagi 'binatang-binatang' yang berani melakukannya pada masa akan dtg.

Hukuman mesti dijalankan kepada setiap warga Malaysia yang terbukti melakukan jenayah atau kesalahan tak kira bangsa dan agama.

Kerajaan perlu menimbangkannya. Saya kurang pasti hukuman hudud yang patut diterima oleh 'binatang' yang membunuh Nurin. Sekiranya rejam sampai mati, saya tawar diri utk melakukannya.

Anonymous said...

Assalamualaikum, takziah kpd kuarga En Jazimin atas pemergian Nurin. Semoga arwah adik Nurin dirahmatiNya, sy ikuti kes adik Nurin sejak hari pertama dia dilaporkan hilang...dan prnah turut berusaha mencarinya bersama kawan2 sy...1 perkara yg mungkin org ramai x nampak, mahupun pihak polis sendiri...ttg penemuan van putih mistri di jln klang lama suatu ketika dulu...mmg benar siasatan tlh dilakukan dan didapati van itu tiada kaitan dgn kes adik Nurin...tapi kenapa?kerana pihak polis tiada bukti untuk mengaitkannya, betul tak?and now, mari kita sama2 luangkan masa berfikir...adik nurin dikatakan ditarik masuk ke dlm sebuah van ptih, then beberapa ari kemudian van mistri dijumpai d jln kelang lama..mayat adik nurin pula dijumpai di off jln klang lama...ketiga-tiga perkara ni seolah2 ada link...mungkin van itu telah dicuri, dan setrusnya ditinggalkan kerana mungkin area tu adalah berhampiran area pembunuh tersebut...naluri sy mengatakan pembunuh tu org PJ, mainly klang lama...tolong siasat balik, dan kpd en jazimin, adakah encik menpunyai kenalan di kelang lama?fikirkan balik...

Anonymous said...

mmg keparat sape yg bunuh bdk kcil yg xbrdose 2..
xkn la psl nk bli hair clip pn nk kne bnh..
KALAU la brdndam ngn bpk pn, pehal lak anak yg kne..
kalau brani kaco bapak dia lar..
mnate pn syg kaum die.. manusia yg dh berakal pn...??? haduii..

Anonymous said...

AKU CABAR POLIS TANGKAP SI PEMBUNUH TU SAMPAI DAPAT. KALAU TAK DAPAT TANGKAP, MEMANG POLIS BACUL DAN MAKAN GAJI BUTA. MENGABAIKAN TUGAS MEMBANTERAS JENAYAH KEKERASAN, CULIK, ROGOL, SEKS, BUNUH TAPI LEBIH MENGUTAMAKAN MENANGKAP ORANG POLITIK PEMBANGKANG DAN MAT TOPI KELEDAR BAKAR BENDERA MALAYSIA. PEMBUNUH NURIN TELAH BERJAYA MEMPERKOTAK-KATIKKAN ANAK-ANAK BUAH MUSA HASSAN. BABI PUN TAK JAHAT MACAM TU. BABI LAGI BAIK DAN MULIA DARIPADA PENJENAYAH TU.

Anonymous said...

wooi bro ..cakap biar ber lapik sikit.suke hati abah ko ckp polis cam2..ni skrg aku cabar ko cari babi tu..klo ko tak dpt ko mmg anak haram.ade berani????
ucapan takziah kluarga nurin jazlin.AL FATIHAH

Anonymous said...

Al-fatihah buat yg tersayang Allahyarhammah Adik Nurul Jazlin...
Apapun saya berasa kesal dgn kenyataan IGP,Dato' Seri Nazri dan juga Dato' Seri Shahrizat agar ibubapa Nurin didakwa,bagi saya inilah satu kenyataan kurang bijak buat masa ini.Apa yg saya nampak seolah-olah pihak berkuasa cuba menutup kelemahan mereka memberkas pembunuh Nurin.Lebih sebulan masa yg diambil untuk mengesan Nurin dan akhirnya hanya jasad yg layu menjadi tatapan.Oleh itu untuk menutup kegagalan pihak berkuasa maka satu kenyataan bersama dibuat agar ibubapa Nurin didakwa atas kecuaian mereka.Cuba bayangkan sekiranya ini terjadi kepada anak-anak mereka...Pasti satu batalion pihak berkuasa dikerah mengesan pembunuh,tapi apakan daya ini tidak terjadi kpd mereka.Maka mereka tidak memahami kesedihan dan keperitan yg ditanggung oleh keluarga Nurin.
Wahai rakyat Malaysia,sekiranya ibubapa Nurin didakwa,bersatu hati-lah kita agar mendakwa juga kerajaan malaysia dan pihak berkuasa kerana gagal menyediakan persekitaran yg selamat untuk kehidupan kita.
Kepada IGP,Nazri n Shahrizat...anda tak layak memimpin.
Kepada keluaraga Nurin,banyakkan bersabar...ada hikmah yg tersembunyi d sisi Allah.

Anonymous said...

memang polis tak buat kerja...ini kenyataan...!!!!!!

Anonymous said...

APE KO TAU ?? SEBAB ADE ORG OTAK CAM KO LA DUNIA NI JD TAK SLMT KO TAU TAK???

Anonymous said...

Just nak tanya pendapat u all...ini pada pendapat i la..ada kemungkinan tak yg si pembunuh adalah seorang peniaga pasar malam tu sendiri yang tak bukak meja sgt berniaga kat tepi2 tu ajer yg anytime blh chow bila dia nak...kemungkinan adalah si penjual sayur...saya cuma tertanya pada diri sendiri...out of all things...y cucumber and brinjal...??? kalau kita...we do standby timun tu kat rumah but terung??kalau ada pun mungkin dah htak elok kalau disimpan lama dan kita tak simpan stok begitu byk kan...it must be sumthing yg si pembunuh senang dapat dan benda yg ada didepan mata....he wont go out and leave all the trace behind in purpose to buy all those things....for me lar kan...itu pendapat i ler...and to kidnapped sumone, if we dun plan...we will leave trace behind..this person must have planned carefully...that means..dia mmg dah tgk lama dah...so it must be sumone yg from that particular area jugak..n dah mmg perhatikan budak ni...i dun know about u all..but this is wat i tink...it might not make sense but it is one of the possibility....

Anonymous said...

apehal nak dakwa ibubapa nurin jazlin...? coz dorang careless jaga anak? kalu camtu, ibubapa2 yg lain benti krja laa, dok umah mengadap jer anak2 kita...x perlu wat krja lain..nanti takut terlepas pandang kejap. ilang pulak anak korang...

Anonymous said...

Takziah buat keluarga Nurin Jazilin...semuga pembunuh Nurin akan dapat diberkas dan di hadapkan ke muka pengadilan...

Anonymous said...

AL - FATIHAH utk adik ku nurin jazlin.. Berbahgia lah kau disamping Nya..

To the relevant authorities.. korang tak dapat setel kan kes kini parent pulak yg korang kejar..adding salt to injury.. lebih baik korang panggil grissom CSI Vegas ajar korang buat keje.. sure bole setel kes..

Anonymous said...

Kpd pihak polis dan pihak yg bertanggungjawab, tolonglah usahakan bersungguh-sungguh utk mencari PEMBUNUH berperangai lebih teruk dari haiwan/iblis ni... tolonglah! tak tertahan rasanya mengenangkan perasaan ibubapa arwah ni... saya sendiri menangis, inikan pula ibubapa arwah?

Kpd menteri-menteri jgn nak dok tuding jari tanpa memikirkan HATI DAN PERASAAN org faham? belajar tinggi-tinggi, otak letak kat lutut ek? fikirlah sikit perasaan org yg kematian insan yg disayangi... jgn senang2 nak dakwa plak?? abistu klu dakwa, masuk penjara, anak-anak yg tinggal tu siapa nak jaga? pak dan mak menteri sanggup nak jaga?????? cuba laaa klu anak sendiri yg kena culik, nak ransom, pastu bunuh dgn kejam, apa perasaan pak & mak menteri??? fikir la dalam-dalam seblom suka-suka hati jek nak dakwa org? PALING PENTING KERAHKAN POLIS2 MU TU CARI PEMBUNUH bukan mendakwa org tak tentu pasal!!!

Geram betul la... apa laaa mereng sgt tak boleh nak fikir rationally???????? geram betul!

Kpd ibubapa adik Nurin, bersabarlah.. kami sentiasa menyokong anda dan bersama-sama meratap atas pemergian adik Nurin...

Anonymous said...

ini semua kerana pengaruh porno..sampai rakyat kite nih dah ramai yg sakit mental,gila seks...

pada manusia yg suke tengok porno..insaflah..kerana bila dah tengok porno..budak sekecil 5-8 thn pun kau dah bernafsu tengok..jijik betul saiko mcm ni

Anonymous said...

alfatihah..... buat insan kecil yg di sayangi ini..
kami semua sayangi dia...

kepada pihak berkuasa..TOLONG berkas haiwan ni walau kelubang cacing sekali pun dia lari...

Anonymous said...

Gaduh yang takde maknanya semua tu... skang kita kena banyak2 doakan agar pembunuh adik Nurin Jazlin ditangkap dan dikenakan hukuman yang setimpal atas perbuatannya...
jangan biarkan Syaitan nie bermaharajalela menganggu keamanan Bumi Malaysia tercinta....

Allahuakbar....

Anonymous said...

sebenarnya pada saya pembunuh nie mungkin adalah org yg terdekat dengan keluarga Nurin sendiri...mungkin teman-teman parents arwah yg berdendam dengan mereka...jika tidak kenapa dia mengambil risiko letak mayat arwah kat tempat awam agar dijumpai?bukankah kebiasaan pembunuh akan simpan mayat agar tak dijumpai seperti timbus agar tiada bukti...ini menunjukkan yg pembunuh tersebut sengaja agar keluarga arwah sedih....satu lagi kemungkinan pembunuh ini ialah perempuan....ini terbukti dengan mayat arwah yg dijumpai tidak dirogol tetapi hanya ditusuk dengan terung dan kesan dipukul dan didera.....

Anonymous said...

ada possibility jugak yg si pembunuh tu seorang pompuan...dan mmg betul pun, kalau pembunuh lain dia akan timbus bukti nyer..setuju...itu adalah salah satu kemungkinan yang amat besar....dia mmg sengaja buat nak bagi sakit hati.....yg penjual sayur tu...boleh jadi la....tak sure lar....kalau tu pendapat awak...tapi ada betul nyer jugak...make sense la jgak..seorang pompuan, penjual sayur...peniaga pasar malam...sebab tu budak tu tak menjerit kat pasar malam....

fendeis said...

sy sedih ngn famili nurin, niat nk g ziarah pusara nurin, bertambah sedih la jwbnya. hal kerajaan nk dakwa parents sy rasa perlu d kaji, bukan sume undang2 yg ada di negara maju kte nk 'cut n paste' je, cube bayangkan kalau pencadang yg nak impliment rules ni anak nya di culik n di bunuh, agak2nya nak ke menteri, kpn or hakim yg tugas nya mjatuhkan hukuman masuk ke dlm penjara? mst ada org akan mengaru kepala sendiri..bg mahluk yg lebih dpd binatang ni sy nak kerajaan menjatuhkan hukuman yg betul2 berbaloi n akan di jdikan peringatn kpd org2 yg macmni!

Anonymous said...

rasanya ada possibility laa haiwan tu haiwan betina..kalu laki x perlu laa dia guna terung n timun..baik dia guna "terung" dia.And sure forensik dpt trace air nyer. Bahan yg digunakan pon mudah di dapati di psr malam yg adik nurin pegi tu. kpd ibubapa nurin, cuba fikir2 kan masa silam anda..kemungkinan anda pernah dimusuhi dalam diam.. dan sekarang masanya haiwan tu nk balas dendam..

Anonymous said...

Takziah buat keluarga adik Nurin..Memang x dinafikan pembunuh tu kejam..x berhati perut langsung..buatlah satu bantahan andaikata bila dah dapat pembunuh tu tapi dikenakan hukuman sebat atau gantung. Pembunuh tu x patut di bagi mati terus sebaliknya seksa mcmmana dia seksa Nurin.Ikat je kat Dataran Merdeka tu..sure ramai ringan tangan dan kaki untuk mengajarnya..x pun ikut hukum islam..hukum hudud..lepas ni sure perogol lain takut..asyik masuk penjara je,kena sebat, mana nak insaf..hantar je balik ke pangkuan Yang Esa dah tentu balasannya berganda..tapi sebelum tu kenalah dibalas di dunia..baru fair dengan kekejaman yang dilakukannya..

Anonymous said...

Saya pun berpendapat pembunuh tu berkemungkinan besar perempuan..pembunuh tu mmg sengaja nk keluarga Nurin especially ibu bapa dia tengok mcmmana keadaan anak dia..sedangkan biasanya pembunuh lain campak dalam sungai lah,mcm mona fendey tanam je senang.Tapi kes Nurin ni lain..dahlah culik kat KL campak hantar mayat pun kat KL siap letak kat kawasan tumpuan ramai plak tu. X jauh mana pun.Pendapat saya dendam punca kejadian ni berlaku..Mgkn dendam dgn ibu atau bapa tapi memandangkan kudrat si pembunuh ni x kuat mana jadi nak berlawan dgn bapa dia takut kalah, tu yang dia balas kat budak yang x blh atau x kuat mana untuk melawan tenaganya.Pembunuh ni mesti bukan tergolong dalam pembunuh berpengalaman..Saya pasti mesti cepat dapat tangkap punya lah..Ada gak terfikir mungkin sedara atau kenalan rapat keluarga Nurin sebab mcmmana dia bk=lh ikut org yang x kenal..budak sekarang mana pandang gula-gula.Lgpun Nurin dah besar,blh bckp dgn baik..mesti jerit punya klu org tangkap secara ganas,betul x?Apa pun yang pergi tetap pergi tapi yang kena buru tu siap-siapkanlah diri..ada terfikir x?entah2 masa pengkebumian Nurin elok je pembunuh tu datang..siap nangis lagi kan?

Anonymous said...

Salam takziah untuk keluarga nurin. Semoga mereka tabah dan semoga arwah nurin dicucuri rahmat. Sekiranya pembunuh tu ada buka blog ni dan baca semua ni, diharap bergembiralah walau sekejap sebab lepas ni memang nda dapat lari lagi da. Kalau dia (pembunuh) masih dapat senyum2 dan ketawa2 lagi di dunia ni tunggu la di akhirat nanti kalau dia jumpa api neraka. Mau lihat masi lagi ka dia mampu senyum2 atau ketawa2....Tak tahu la pulak jugak kalau dia (pembunuh) ada anak yang sebaya dengan budak yang telah dibunuhnya. Rasa2nya pembunuh tu bukannya dilahirkan oleh perempuan kot....bukan jugak dilahirkan oleh binatang. Kalau tidak mana mungkin menyeksa nurin yang sememangnya perempuan dan seksaan yang diberi pulak binatang pun tak tahu macam mana nak buat macam tu.....fikir2kanlah ye.....

Anonymous said...

minta polis pamirkan gambar beg sukan tersebut di akhbar atau media elektronik supaya pemilik beg tersebut dapat dikesan. mungkin ada rakan/jiran/ahli keluarga yang pernah melihat beg yang sama bentuk/jenis.

Anonymous said...

Takziah buat keluarga adik Nurin Jazlin...semoga pembunuh adik Nurin akan dapat diberkas dan di hadapkan ke muka pengadilan serta menerima pembalasan yang setimpal...

Anonymous said...

kiter ptut cri binatang yg bertopeng kn manusia 2 heret kan dier ke khlayak ramai n then suler dier depan org ramai biar penjahat yang laen takut utk melaku kan jenayah..kiter ajar binatang tu cukup2..lepas 2 kiter bg binatang 2 ke muker pengadilan,kena kan hukuman sebatan sampai mati...kalau x mati jgak gantung sampai mati...yelah,,ner tau sebat sampai baper kali pun x mati??
orang cam 2 patut di ajar cukup2...binatang 2 dah bunuh kanak2 yg tidak berdosa..semua orang dah dendam sama binatang 2..jgn sampai orang len dpt jumpa binatang 2 dulu...nahas dia..

Ki Kiey said...

pmbunuh 2 amat kejam!!!

Anonymous said...

takkan polis tak boleh kesan cap jari kat beg tuu... kan polis kita antara yang terbaik kat dunia nie..(xth arr btul ke x....
jangan bagi alasan yang tak munasabah.....
lagipun untuk alih perhatian umum diorang nak dakwa mak ayah nurin plak...
apa halnya.....
jangan jadi bodoh...
dahla diorang baru ilang anak, skang nak kena denda@penjara plak...
apa dah jadi....
inikah penjawat awam yang dilantik untuk jaga keselamatan rakyat..
pikir2kanlah....

Anonymous said...

betul jugak...memang si pembunuh ada kemungkinan seorang yg dikenali dan memang dia sengaja nak bagi sakit hati..entah lah..tapi saya setuju dgn idea pasal paparkan imej beg sukan tu...saya rasa polis memang perlukan bantuan orang ramai buat masa ni...kita semua kena kerjasama...baru si pembunuh ni cuak..kalau dah semua org tolong polis...dia pun tak sanggup....ntah2 gi bunuh diri plak nanti....pasal takut sangat bala yg bakal menimpa dia kalau kita semua bekerjasama...

Anonymous said...

as,kum .....

saya ingin ucapkan takziah pada keluarga jazimin atas kematian nurin jazlin.saya harap keluarga beliau dapat terima aper yg terjadi.kite semua kena bayak berdoa semoga roh beliau di cucuri rahmat..semoga manusia bertopengkan binatang tu di hadap kemuka pengadilan......

mari lah kite berdoa semoga penjenayah itu dapat di tangkap secepat yg mungkin.....

Anonymous said...

sekatlah web web yang berunsur seks di malaysia....kerajaan perlu la mengambil tindakan dgn cepat ...punya la lambat nak cari pembunuh nurin,kalau kat luar negara dlm 2 hari boleh tau tapi kat malaysia aja cukup lambat ..kesian la budak kecik tu...errrr kalau la anak pm ke anak tan sri ke mesti dalam 2 jam boleh tangkap ,tapi anak orang masyarakat biasa punya la lambat untuk tangkap pembunuhnya .....Semoga rohnya dirahmati oleh Nya....Takziah ....

Anonymous said...

Bukannya polis makan gaji buta tapi mereka ini memang tak ambik peduli ..dok buat lepas aje....Kerajaan malaysia memang bodoh....................

Anonymous said...

pandangan saya (Ashley)
Sampai sekarag saya rasa x sabar2 nk tengok muka si penjenayah kejam tu..ye lah memang kejamlah sebab namanya pun 'penjenayah'.Memang betul, klu anak atau cucu atau sedara mara orang berada @ berpangkat besar,berkedudukan tinggi barulah kes ni cpt selesai..x de polis nak dakwa punyalah..dan-dan tu jugaklah x ingat atau buat2 lupa akta-akta yang dah tersedia ada.Memandangkan kes ni melibatkan org biasa, mcm nilah jadinya..Klu nk dakwa ibu bapa cuai, bnyk ibu bapa cuai dlm m'sia ni..tu, ibu bapa minah rempit,mat rempit, bohsia,bohjan tu pun cuai jugak..x de pulak polis nak dakwa..lgpun klu nk mengadapa anak je 24 jam..x payah kejelah ibu bapa ni..dah tentu produktiviti kerajaan akan merosot. Kita jaga pintu depan, anak blh ikut pintu belakang..ikut tingkap pun ada gak kes..Apa-apa pun saya trt membantah mengenai isu dakwaan terhadap Jazimin dan Norazian.Orang kita ni..selagi x kena batang hidung sendiri selagi tu suka2 bercakap,dakwa org lah..ye lah..namanya sebangsa tapi x semestinya sekata.