Monday, September 17, 2007

Ganjaran Bagi Temui Nurin Cecah RM26,000

14 September, 2007 18:02 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) -- Jumlah ganjaran kepada sesiapa yang berjaya membantu mengesan Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak 26 hari lepas meningkat kepada RM26,000.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCFP) menghulurkan sumbangan terbaru iaitu RM3,000 bagi membantu sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga membawa kepada penemuan kanak-kanak perempuan itu.

Anggota exco MCPF Datuk William W.T. Lim berkata sumbangan yayasan itu telahpun disampaikan kepada bapa mangsa, Jazimin Abdul Jalil, baru-baru ini.

"Saya harap pihak yang tidak bertanggungjawab ini segera mengembalikan Nurin Jazlin kepada keluarganya," katanya kepada pemberita selepas mengedar 5,000 keping risalah mencari Nurin Jazlin kepada pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) di Plaza Tol Sungai Besi di sini.

Sementara itu, seorang ahli MCFP iaitu Ketua Polis Daerah Cheras ACP Rusli Ahmad, yang turut membantu mengedar risalah itu, berkata pihaknya sedang membuat rondaan dan pemantauan 24 jam di sekitar Cheras bagi mengesan mangsa.

Pada 20 Ogos lepas, Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Desa Setapak di sini yang menghidap sakit buah pinggang dan kencing manis dilaporkan hilang di Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini selepas pergi seorang diri ke pasar malam berhampiran rumahnya.

-- BERNAMA

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. Saya ingin membuat komen tentang "missing" posters ini. Sejak bulan ramadhan ni, saya selalu lah pergi ka pasar ramadhan tmn tun dan kelana jaya. Tapi tak pernah pun saya temui poster Nurin. Mungkin perlu di pergiatkan lagi untuk "maximum coverage".

Saya dan keluarga turut mendoakan Nurin selamat pulang.
Salam
Hamba Allah

Jasni AJ said...

Terima kasih atas doa berterusan tuan serta cadangan bernas yang diberi. InsyaAllah, cadangan ini akan dipanjangkan kepada penyelaraskan gerakan mencari untuk tindakan lanjut mereka.

Wassalam