Monday, September 3, 2007

Kehilangan Kak Ngah terus dirindui






KUALA LUMPUR: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, atau Kak Ngah yang masuk hari ke-12, memberi kesan emosi yang mendalam terhadap tiga adik beradiknya terutama kakak sulungnya, Nurin Jazshira, 9, yang sering menangis dan termimpikannya.

Nurin Jazshira yang paling rapat dan dianggap kembar Kak Ngah, Nurin Jazrina, 6 dan Nurin Jazlisa berusia setahun setengah kelihatan muram sejak kehilangan Kak Ngah.

Kakak sulungnya itu juga dikatakan mengalami mimpi sama setiap malam, Kak Ngah dijaga satu keluarga termasuk seorang lelaki yang dikatakan sering memarahi Kak Ngah.

Ibunya, Norazian Bistaman, 35, berkata berdasarkan mimpi itu Nurin Jazshira memberitahu adiknya dijaga keluarga berkenaan selain dimarahi seorang lelaki jika Kak Ngah sibuk menyuruh keluarga itu menghantarnya pulang.

“Situasi itu menyebabkan saya lebih sedih dan tertanya-tanya kehilangan anak saya kerana sehingga ini tiada petunjuk diperoleh. Mungkin itu hanya mimpi, tapi jika mimpi itu benar saya berharap ‘keluarga’ yang menjaga anak saya memulangkan Kak Ngah secepat mungkin,” katanya ketika ditemui Berita Minggu di rumahnya di Wangsa Maju, di sini, semalam.

Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.

Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata kehilangan Kak Ngah masih tidak diketahui datuknya di Perak yang kini sakit berikutan bimbang kesihatan bapa mentuanya lebih terjejas.

“Kak Ngah antara cucu kesayangan dan jika datuknya mengetahui kehilangan itu pasti dia bersedih. Sebenarnya kami berjanji untuk pulang ke kampung melawat datuk pada Hari Merdeka kelmarin, tetapi kehilangan Nurin Jazlin menghentikan rancangan itu.

“Seboleh mungkin kami berusaha mencari Nurin Jazlin sebelum ‘kehilangannya’ dirasai bapa mentua saya,” katanya yang kini terpaksa menghentikan sementara pekerjaannya sebagai pemandu teksi bagi mencari Nurin Jazlin.

Keluarga kanak-kanak itu begitu mengharapkan kepulangan anaknya terutama menjelang tarikh kelahiran Nurin Jazlin pada 11 September ini.

Norazian berkata, terlalu banyak impian anak keduanya itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini. Sebelum kehilangan Nurin Jazlin, dia pernah menyuarakan keinginan untuk mengadakan sambutan ulang tahun berbeza dengan tahun sebelumnya .

“Dia sibuk meminta saya memasak laksa Penang dan menjemput rakan lain untuk meraikan hari jadinya selain mengatakan dia sendiri akan memilih kek yang akan dipotong pada majlis itu.

“Sebelum ini, kami sekeluarga hanya meraikan sambutan hari lahir secara ringkas dengan membeli kek dan makan bersama keluarga, tetapi kali ini Kak Ngah berhasrat meraikannya bersama rakan lain.

Katanya, dia sekeluarga dihujani ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan yang mengutuk dirinya tidak pandai menjaga anak daripada individu tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kehilangan Kak Ngah.

“SMS terbaru yang saya terima ialah daripada seorang individu yang mengaku seorang penyiasat persendirian yang menyatakan ingin membantu mencari anak saya tetapi bertanyakan upah yang boleh diberikan jika berjaya menemukan Nurin Jazlin,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, ketika dihubungi berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan murid tahun dua itu dan mengharapkan kerjasama semua pihak menyalurkan maklumat.

“Bagaimanapun, polis memberi amaran kepada individu yang mengambil kesempatan dengan kehilangan Nurin Jazlin dengan memberikan SMS ugutan atau palsu kerana boleh menjejaskan siasatan selain daripada mengganggu emosi keluarga terbabit,” katanya.

- Berita Harian

26 comments:

lockhaus said...

why wudnt the police checks on all the sms-es the parents received? just in case maybe the kidnapper did sent any sms be it nice or nasty... we never know! maybe they did!

Anonymous said...

Al-Fatihah kapada allahyarham adik nurin. The "animal(s)" who did this to adik nurin will be caught and when caught we will like to appeal to our beloved prime minister to allow the authorities to publicly display this "animal(s)" for everyone to see his/her/their face(s). We also want this "animal"(s) to be tried the islamic way. Let him/her/them feel the pain the way nurin had felt. Starve this "animal(s)", slice and pour lime on this "animal(s)" skin. Make sure the "animal(s)" die a slow death and die in front of all rakyat Malaysia. My dear allahyarham adik nurin we all loves you. Allah akan tempatkan adik disamping nya di dalam syurga. AlFatihah.
And if by chance the "animal(s)" is reading this message, it is only a matter of time you will all be caught.Insyaallah.

Anonymous said...

Assalamualaikum kepada ibubapa Nurin Jazlin...Salam takziah diucapkan di atas kehilangan anak tersayang..Sukar untuk dipercayai tetapi itulah hakikatnya..Saya juga seorang ibu dan saya mengerti bagaimana perasaan Puan Norazian dan semoga puan tabah dalam mengharungi hidup tanpa Nurin. Al-fatihah buat arwah semoga rohnya dicucuri rahmat...


frm : Badriena 6979

Anonymous said...

al-fatihah buat allahyarham nurin jazlin....semoga allah mencucuri rahmat ke atas rohnya....
buat semua umat islam di malaysia sama2lah kita berdoa semoga "penjenayah" yang kejam itu akan ditangkap dan menerima hukuman yang setimpal...semoga Allah akan memberi petunjuk kpd pihak berkuasa utk menangkap "penjenayah" tsbt....
buat keluarga nurin jazlin semoga sentias asbara dan tabah dalm menempuh dugaan ini.....jadikan iia satu iktibar buat orang lain..

Anonymous said...

Nurin bagaikan sehelai kain putih yg belum t'conteng sedikit pun . Nyawanya d'ragut dgn s'begitu kejam tanpa apa apa dosa . Utk keluarga nurin saya ucapkan takziah dan banyak b'sabar . Hanya Allah yg tahu hikmah d sebalik p'mergiannya . Untuk adik Nurin , kami semua m'nyayangimu , pintu syurga t'buka luas utkmu ,semoga dikau aman d sana & semoga rohmu d'tempatkan b'sama org yg b'iman . Amin ya Rabbalallamin .

Anonymous said...

Al-Fatihah kepada adik Nurin Jazlin, semoga ditempatkan di syurga.
Saya sebagai seorang awam tidak dapat menerima kejadian yang menimpa Nurin walaupun tidak mengenali nurin dan keluarganya.
Saya menyeru kepada semua umat Islam agar terus berdoa dan bersolat hajat agar laluan dipermudahkan untuk menjejaki dan seterusnya menangkap penjenayah yang tidak berhati perut oleh pihak berkuasa.

Anonymous said...

assalamualaikum.... takziah kepada keluarga en.jazimin dan pn. norazian... kehilangan adik nurin secara mendadak dengan cara yang tragis pasti meninggalkan kesan yang mendalam... saya menitipkan ucapan takziah dan sekalung doa buat roh adik nurin di sana. moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh adik nurin. kepada penjenayah yang kejam, tak berhati perut dan umpama iblis nertopengkan manusia silala membilang waktu untuk engkau berpijak dengan bebas di bumi bertuah yang sesungguhnya tidak ada tempat untuk orang seperti engkau!lepas ni satu malaysia akan mencemuh engkau termasuk keluarga kau.tunggula masanya nanti!

Anonymous said...

ya Allah ya Tuhanku, Tuhan sekalian alam... Kau berikanlah petunjuk dan jalan kepada PDRM dan pihak lain yang bertanggungjawab menyiasat kes ini supaya tertangkapnya, iblis yang bertopengkan manusia ini. Semoga tiada lagi anak2 kecil di malaysia yang menjadi mangsa psikopatik tak berperikemanusiaan ini.
Amin Ya rabbal Alamin.

Anonymous said...

takziah buat family adik nurin...semoga allah mencucri rahmat ke atas roh adik nurin..saya amat sedih skali dgn kematian adik nurin yg selama ni saya berharap agar adik nurin dijumpai dengan selamat..tapi lain beritanya, allah lebih sygkan dia. amin..... kepada pembunuh yang tidak berperikemanusiaan tggu la masanya hukuman terhadap anda. saya mencadangkan bahawa pembunuh yang membunuh adik nurin ni dibawa ke seluruh negeri bg menghukumnya dengan balingan batu..so sebagai iktibar kepada orang ramai.

Anonymous said...

takziah buat keluarga adik nurin..
penjenayah tu memang syaitan!!!!kalau dah jumper,seksa habis-habisan sampai mati...memang malaysia ni takkan gemilang selagi 'syaitan2' mcm dia wujud...

Nurul Nahdzah Hasanah bt Ismail said...

Takziah utk keluarga adik Nurin Jazlin,saya berharap sgt2 penjenayah yg x berhati perut itu ditemui dgn secepat mgkin... Insyaallah penjenayah itu pasti dpt dikesan...bersabarlah diatas dugaan ini...semoga ALLAH mencucuri Rahmat ke atas roh adik Nurin Jazlin...amin

Anonymous said...

Assalamualaikum wmt.wbt...
Di bulan Ramadhan yg mulia ini marilah kita kaum muslimin dan mulimat semua sama2 mengambil kesmpatan ini utk sama2 menadah tgn ke hadrat Illahi, berdoa bg perkara yg sama iaitu mudh2an Allah mmpermudahkan tugasan polis bg mengesan dan menangkp segera PEMBUNUH adik Nurin Jazlin. Kpd kedua ibu bapa & adik-beradik Nurin Jazlin semoga dilindungi Allah srta bersabar selalu menempuh ujian ini... -zaki2092pp@yahoo.com.my-

Noradhila bt Abdul Wahid said...

asmkum fmly kepada arwah nurin jazlin.sya sentiasa mengikuti perkembangan kes arwah dari awal kehilangan hgga penemuan mayat kanak-kanak yang dkatakan nurin itu. sya nak sangat tengok pembunuh tu di bunuh balik dihadapan khalayak ramai ataupun di dlm tv je...bunuh dengan kejam k camane dia wat kat adik kita tu..pihak polis tolongla pham prasaan fmly arwah,cari sampai dapat k.polis boleh!!!

Anonymous said...

Assalamualaikum wbt...
Al-Fatihah kpd Allahyarham adik Nurin Jazlin dan salam takziah kpd keluarga adik Nurin Jazlin...Semoga bersabar dlm menempuh ujian Allah..Saya turut berasa sedih atas kehilangan adik Nurin dan berharap agar PEMBUNUH GILA adik Nurin dapat ditangkap segera oleh pihak polis..Teruskan usaha dan berdoa kepada Yang Maha Esa..Sesungguhnya Allah Yang Maha Mengetahui dan Maha Mengasihani..Amin..

Anonymous said...

Nurin nama yang tak mungkin hilang
Ungkapan sayangku ikhlas buatmu
Rahsia deritamu kau bawa bersama
Indah lenamu walau diulit derita
Namamu kan kekal dihati kami semua

Semoga sipembunuh kejam yang tak berhati perut itu akan menerima balasannya secepat mungkin.Semoga Allah menurunkan bala dan laknat buat sipembunuh gila..Amin

Anonymous said...

Ucapan takziah kepada seluruh keluarga allahyarham Nurin. Saya juga ibu kepada empat anak dan begitu terharu dengan pemergian nurin yang sungguh kejam. Sampai ke hari ini saya ashik menanggis terkenangkan betapa siksanya dia. Namun saya percaya, sekarang ini nurin sedang bergembira bermain bersama baginda dan ahli keluarganya dan bersama-sama kanak-kanak lain yang juga telah syahid di sidratul muntaha. Buat ibubapa nurin, percayalah yang kamu akan bertemu semula dengan nurin di akhir hayat di dunia sana...Alfatihah buat nurin dari auntie Norita dan Norazlina di Kg Baru(kawan uncle Jazlan)

Anonymous said...

adik nurin insan terpilih oleh Allah....Sesungguhnya Allah teramat menyayangi adik Nurin..kehidupan di akhirat lebih kekal..adik Nurin yang masih suci akan kekal di syurga...kami yang di dunia belum pasti lagi..bertuah adik Nurin..ada sebab kenapa tuhan memilih adik..selamat kembali bertemu tuhan yang agung..kepada si pelaku...balasan dunia mungkin anda boleh terlepas.....balasan Allah anda tidak dapat lari........insaflah......

Kak nor said...

Takziah buat keluarga adik Nurin. Akak berdoa agar Allah membantu pihak polis dengan menunjukkan bukti sehingga tertangkapnya pembunuh psiko ini. Kepada pembunuh, di dunia kau boleh lepas, tapi tunggulah balasan kat akhirat.

Anonymous said...

My deepest condolence and sympathy to the family of Nurin. I feel so helpless for this poor child. Definately your daughter is with the Almightly, Allah s.a.w. I wish the worst to happen to the "beast" and I hope he/she will regret from all the curses aimed to him/her. As for Nurin's parents, go on with your life and be positive minded. I can't imagine yr sufferings but sincerely i do share my tears and sorrow. LET THE CRIMINAL BE CAPTURED AND HE/SHE WILL DEFINATELY NOT GOING TO GET AWAY WITH EASY DEATH

ARIESMA ARTIEKAH said...

Sehingga ke saat ini saya masih lagi mennanti siapakah sebenarnya 'binatang yang membununh Adik Nurin Jazlin'...Saya doakan semoga ALLAH swt permudahkan urusan kita untuk mencari dan menjumpai 'binatang yang sakit jiwa' itu...InsyaALLAH...Bukan setakat ayah Nurin sahaja yang mahu menjadi oranng pertama untuk melihat 'binatang sakit jiwa'itu, tetapi saya juga mahu untuk menjadi salah seorang yang dapat melihat binatang sakit jiwa itu.
saya sangat2 berharap agar semua rakyat Malaysia dapat melihat binatang sakit jiwa itu. dan saya berharap agar hukuman yang akan dikenakan terhadap binatang sakit jiwa itu dapat dijalankan dikhalayak ramai dan dapat disiarkan didalam televisyen.saya rasa ia amat penting agar menjadi tatapan masyarakat dan pengajaran bermakna kepada menusia-manusia lain yang berhajat untuk melaklukan perbuatan terkutuk itu.biar binatang sakit jiwa itu tahu rasa malu, rasa sakit dan segala macam rasa lagi la...buat ibu bapa kepada binatang sakit jiwa itu saya nak tanya...macam mana pak cik dan mak cik mendidik anak pakcik tue?sampai jadi binatang sakit jiwa???? Minta maaf sekiranya ayat dan bahasa yang digunakan ini kasar. tetapi saya rasa ia sepadan dengan sikap binatang sakit jiwa itu. malah saya rasa tindakan binatang sakit jiwa tue lagi kejam.....
YA ALLAH....KAU TOLONG LAH KAMI SEMUA UNTUK PERMUDAHKAN URUSAN MENJEJAKI PEMBUNUH ADIK NURIN JAZLIN...SESUNGGUHNYA KEPADA ENGKAULAH TEMPAT KAMI MEMINTA DAN MEMOHON SEGALANYA. KAMI MOHON AGAR ENGKAU TURUNKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA KAMI AGA PEMBUNUH ITU DAPAT DIJUMPAI SEGERA...PERKENANKAN LAH DOA DAN HAJAT KAMI INI...AMIN YA RABBAL ALAMIN.....
AL-FATIHAH

ummi_13579 said...

Assalamualaikum....Semoga kisah adik Nurin akan menjadi kisah terakhir buat kita rakyat Malaysia. Banyak pengajaran yang boleh kita dapat melalui kisah beliau. Al-fatihah buat adik Nurin.

Anonymous said...

Assalamualaikum, takziah diucapkan kepada Puan Norazian sekeluarga di atas kehilangan adik Nurin. Semoga puan tabah menjalani kehidupan tanpa adik Nurin di sisi. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak perempuan yang sebaya adik Nurin, saya memahami perasaan puan yang kehilangannya. Semoga kasih sayang puan terhadap adik Nurin memberi rahmat kepadanya disisi Allah. Semoga roh adik Nurin dicucuri rahmatNya. Al-Fatihah.

Anonymous said...

Assalamualaikum.............
Takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga arwah puteri Nurin, SABARlah kak Norazian........... Pasti puteri kakak sedang bahagia & ingatlah dlm 40 hari slps kematian arwah, rohnya masih b'sama kakak, rohnya pasti x mahu lihat keadaan kak yg sedih, apa yang pasti kak hadapilah semua ni dgn tabah, walaupun kita x pernah knal, saya sendiri rasa keperitan sbb saya juga ada ank pmpn, hingga skrg setiap hari saya akan baca berita t'kini mengenai arwah,
BUAT PEMBUNUH ank kecil yg tidak BERDOSA, ngkau x layak di gelar manusia & hanya layak di gelar MAKHLUK LAKNAT, DURJANA & TAK LAYAK tinggal hidup di kalangan manusia, x perlu pura2 menjadi manusia skrg, krn BALA menanti ANDA

pelajar tingkatan 2 Gemilang S.M.K Seksyen 7g said...

Al-Fatihah kpd Allahyarham adik nurin jazlin..kami,pelajar2 S.M.K seksyen 7,Shah Alam ingin mengucapkan takziah kpd uncle Jazimin,auntie Norazian dan adik2 Allahyarham.....harap uncle bersabar dan sentiasa ingat bahawa Allah itu sentiasa berada di sisi kita.kesedihan juga masih menyelubungi murid2 kelas kami..kami merasakan seperti kehilangan adik kami sendiri...Insyaallah,kami akan menziarahi uncle dan sekeluarga tidak lama lg...percayalah!!binatang itu pasti akn menerima hukumannya di dunia mahupun di akhirat!!salam sayang dr kami,pelajar tingkatan 2 Gemilang!

farahain said...

Al-Fatihah buat Allahyarham adikku,Nurin Jazlin...buat uncle Jazimin dan keluarga,sbnrnye,saya sndiri tidak sanggup utk menulis ini..saya cuba utk menahan air mata saya.....tetapi saya terfikir,pasti kak ngah tidak mahu kita semua bersedih...seluruh rakyat malaysia sayangkan kak ngah...uncle dan auntie harus tabah demi tiga lg puteri uncle...jika uncle rebah,apa yg akan terjadi kpd mereka?sekarang,uncle lah semangat mereka..saya doakan agar roh kak ngah ditempatkan bersama dgn ahli syurga....cuma dia pergi bukan dgn cara yg kita semua mahu dan sangka....saya selalu dan akan sentiasa mengikuti berita ttg kak ngah...SELAMAT INGGAL ADIKKU,NURIN JAZLIN,KAKAK SAYANGKAN KAMU!!!salam sayang dr saya,farah!

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Salam Takziah diucapkan kepada family Allahyarham adik Nurin Jazlin di atas apa yang telah berlaku.Walaupun telah ditimpa ujian Allah S.W.T yang begitu berat sekali untuk menerimanya..namun pasti ada hikmah di sebaliknya...
Marilah kita rakyat Malaysia berdoa agar penjenayah yang kejam itu segera ditangkap & dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukannya pada adik Nurin Jazlin...& Semoga hidup penjenayah terbabit tidak akan tenang walaupun sesaat di muka bumi ini...di akhirat pula menerima hukuman dari Yang Maha Esa
Al-fatihah buat adik Nurin Jazlin...Semoga rohnya dicucuri rahmat dari Yang Maha Esa...Amin.